Saturday, April 4, 2015

RESEPI RAHSIA NOW EVERYONE CAN KURUS : AYAM MASAK UNGKEP

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya doakan anda kurus dan sihat...

Dah lama saya tak menulis entri blog. Rindu rasanya dengan kawan-kawan. Kali ini saya nak berkongsi dengan anda satu resepi yang sangat special.

Special khas untuk pembaca blog fiezabard dan tak jumpa di mana-mana blog resepi yang lain.


Pilih Cara Masakan Yang Sihat

Sejak saya join Now Everyone Can Kurus, cara masakan saya pun dah berubah.

Semalam Ikan Siakap Stim, hari ini ayam ungkep menggunakan periuk ajaib.

Suka sangat periuk ajaib ni sebab membantu saya masak dengan cara yang sihat sebab periuk ni tak melekat even masak tak menggunakan minyak. Best sangat.
  • NO GARAM
  • NO GULA
  • NO SANTAN
  • NO GORENG
  • NO MINYAK
Resepi rahsia saya untuk mengekalkan rasa sedap setiap masakan saya walaupun tanpa gula dan garam ialah gunakan perasa asli dari perahan lemon atau limau nipis atau limau kasturi...

Perghhhh!!!...lazattt

Tak caya tak apa....buat je!
Mudah, ringkas dan pantas masak secara sihat. 10 minit dah boleh makan.
Anak-anak pun suka sangat resepi baru ibunya.




Ramailah pulak yang menanya nak Resepi Rahsia Ayam Masak Ungkep ini. Oklah saya share. 

Sebenarnya resepi Ayam Ungkep ini adalah resepi turun temurun ibu saya. Tapi saya dah 'customize'kan menjadi resepi yang lebih sihat. Ayam Ungkep ini adalah masakan orang jawa. Dah memang family saya jawa...

Terima kasih tak terhingga kepada ibu saya yang sentiasa berkongsi resepi yang lazat-lazat waktu saya kecil-kecil dulu.


Bumbu (bahan-bahannya)

1/2 - 1 ekor ayam (ikut saiz famili)
Seulas Bawang besar
4 ulas Bawang putih
Seinci Halia
Sedudu besar ketumbar 
Sesudu besar jintan putih
3 sudu besar cili kering blender (kalau nak pedas. kalau tak nak pedas tak payah bubuh)
3 sudu serbuk kari (jika nak tambah kelazatannya)
Lemon atau limau nipis atau limau kasturi ( perisa asli-pengganti garam/perasa )

Cara-cara masak

1. Basuh ayam yang telah dipotong kecil dan toskan.




2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia hingga agak-agak tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar. Saya gunakan Chopper Magic brand Tupperware untuk memudahkan kerja-kerja dapur saya.

hasil yang memuaskan. Hancur dengan sekata.
3. Hancurkan ketumbar dan jintan putih. 2 bahan ini terpaksa guna lesung sebab tak akan hancur guna Chopper Magic. Inilah kelemahannya. Back to traditional way. Oklah kan ketumbar dan jintan tak pedihkan mata.


ketumbar yang telah dilenyek


kenapa saya tak guna serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih saja? Jawapannya, saya tak begitu gemar gunakan serbuk ready made kerana dah tak rasa keasliannya. Sedap lagi yang original.

Sekiranya anda 'rajin' boleh saja nak gunakan serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih tersebut. Tak jadi halangan.

4. Gaulkan sekata ayam tadi dengan bumbu yang telah ditumbuk tadi. Gaulkan sekali dengan cili blender atau serbuk kari atau kedua-duanya sekali.


Gaul ratakan nya
5. Perahkan lemon atau limau nipis atau limau kasturi (mengikut citarasa kesukaan anda) ke atas ayam tadi. Gaulkan rata sekali lagi.

Air perahan limau ini adalah pengganti garam atau serbuk perasa. Rasanya nanti sangat enak dan asli. Tak caya tak per...buat je!

limau kasturi dari kampung Panching, Kuantan
Boleh juga diperap dalam 10 minit. Tapi biasanya saya tak perap sebab nak pantas.

6. Masukkan ayam ke dalam Magic Pan. Di larang bubuh minyak even sedikit. Insya Allah Magic Pan tidak melekat. Ayam pun tidak hangus.

7. Kecilkan api.

8. Biarkan Magic Pan masakkan ayam untuk anda. Tutupkan penutupnya rapat-rapat.

9. Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga ayam empuk..

Kemudian silalah makan dengan gembira....

Mudahkan?? 10 minit dah boleh ngapppp!!!

Maaf tiada gambar selepas ayam masak sebab tak sempat ambil gambar dah kena belasah dulu.

Ubah kaedah masak anda, Insya Allah tahap kesihatan anda akan terubah kepada yang lebih baik.

Ubah untuk mengamalkan gaya hidup dan makanan yang sihat.

Saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ebook Now Everyone Can Kurus

Anda nak kurus? Tak tahu caranya?

Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya?

Baca Ebook ini dahulu


DAPATKAN PERCUMA!!!

Nak ebook ni? Sila Whatsapp/Telegram saya Hafizah (019-211 8757).

1. Sila Taip " Saya Nak Kurus "
2. Tulis nama penuh
3. Beri Email

Saya berbesar hati nak beri PERCUMA ebook ini kepada semua pembaca resepi saya ini. BONUS UNTUK ANDA!!!! suka tak?

Saya doakan "Anda Sihat dan Kurus"

Terima kasih kerana sudi baca resepi saya. Sekiranya anda suka resepi saya ini mohon tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi rakan-rakan kita dapat memasak dengan cara sihat.

Love, 
Hafizah

#design your life not by default



No comments:

Post a Comment