Saturday, April 4, 2015

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 4 APRIL 2015

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard. Saya doakan anda berbahagia di samping keluarga tercinta.

Hujung-hujung minggu ni ke mana anda bawa family anda?

ke shopping complex? Tengok wayang? pergi zoo?,...

Hujung minggu lah hari yang paling bahagia bersama keluarga kan?

Entri kali ini saya ingin membawa anda seketika untuk menikmati kebesaran Allah. Apa ye?

Pernah dengar Gerhana Bulan?

Gerhana Bulan Penuh

Hari ini pada 4 April 2015, sebentar tadi baru saja berlaku fenomena Gerhana Bulan. Saya sangat terkilan kerana tak dapat menyaksikan detik-detik kekuasaan Allah swt ini. 

Kali terakhir saya dapat menyaksikan Gerhana Bulan secara 'live' seingat saya 30 tahun lalu. Waktu tu saya masih kecil lagi. Subhanallah ...Allah Maha Besar menciptakan makhluknya.

Real Gerhana Bulan 4 April 2015

Ini adalah gambar sebenar gerhana bulan 4 April 2015 sebentar tadi.
Photo kiri adalah Gerhana Bulan yang sempat di photo shoot oleh sahabat saya di Sabah.

Photo kanan pula adalah Bulan Normal. Bezakan antara dua photo tersebut.

Terima kasih gambar ihsan dari Tuan Ismet sahabat saya dari Sabah yang sempat merakamkan detik-detik indah ini dengan rakan-rakan terutamanya rakan yang tak dapat menyaksikannya seperti saya ni.

Bagaimana Gerhana Bulan Terjadi?

Gerhana Bulan terjadi apabila Matahari, Bumi dan Bulan dalam kedudukan selari. Bumi berada ditengah-tengah antara matahari dan bulan. Begitulah yang saya belajar dalam Sains waktu sekolah dahulu. Ingat lagi nampak gayanya.

bagaimana Gerhana boleh terjadi?
Sebaran Berita Gerhana Bulan 4 April

Berita akan munculnya fenomena ini telah diwar-warkan oleh pihak Jabatan Agama setiap negeri beberapa minggu yang lalu.

Ramai juga yang share di Laman Sosial seperti FB, Whatsapp dan Telegram.

Antaranya Jabatan Agama Islam Johor telah menyebarkan watikah ke setiap Masjid di jajahan takluknya seperti di bawah.

Watikah Jabatan Agama Islam Johor


Saya walaupun anak kelahiran Johor tetapi telah bermastautin di Selangor sejak 10 tahun lalu sangat terkilan kerana tak dapat menyaksikan fenomena kekuasaan Allah ini kerana petang tadi cuaca tidak mengizinkan di kawasan rumah saya. Awan sangat tebal hingga membataskan penglihatan sang bulan.

Namun begitu rasa sangat bersyukur kerana saya masih berupaya untuk menunaikan solat sunat Gerhana yang sangat-sangat dituntut (sunat Mu'akad).

Antara waktu-waktu Gerhana tersebut adalah seperti di bawah yang dikeluarkan oleh MOSTI dan ANGKASA.



Waktu Gerhana Penuh berlaku adalah pada jam 9.01 malam tadi. 

Solat Sunat Gerhana

Saya percaya masjid-masjid di seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk mendirikan solat sunat Gerhana ini memandangkan jarang sekali kita jumpa Gerhana Bulan Penuh sebegini.




Entah berapa tahun lagi kita akan menemui Gerhana ini.

Amalan lain sewaktu Gerhana


Antara sunnah lain yang dituntut semasa Gerhana ini adalah:



1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Dalil-dalil Gerhana

Solat gerhana-

ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ، ุฃَู†َّู‡َุง ู‚َุงู„َุชْ ุฎَุณَูَุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ ูِูŠ ุนَู‡ْุฏِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

ูَุตَู„َّู‰ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจِุงู„ู†َّุงุณِ، 

Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

ูَู‚َุงู…َ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َ، ุซُู…َّ ุฑَูƒَุนَ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ุฑُّูƒُูˆุนَ، 

Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.

ุซُู…َّ ู‚َุงู…َ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َ ูˆَู‡ْูˆَ ุฏُูˆู†َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…ِ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ، ุซُู…َّ ุฑَูƒَุนَ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ุฑُّูƒُูˆุนَ، ูˆَู‡ْูˆَ ุฏُูˆู†َ ุงู„ุฑُّูƒُูˆุนِ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ،

Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.

ุซُู…َّ ุณَุฌَุฏَ ูَุฃَุทَุงู„َ ุงู„ุณُّุฌُูˆุฏَ، ุซُู…َّ ูَุนَู„َ ูِูŠ ุงู„ุฑَّูƒْุนَุฉِ ุงู„ุซَّุงู†ِูŠَุฉِ ู…ِุซْู„َ ู…َุง ูَุนَู„َ ูِูŠ ุงู„ุฃُูˆู„َู‰، 

Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ุซُู…َّ ุงู†ْุตَุฑَูَ ูˆَู‚َุฏِ ุงู†ْุฌَู„َุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ، ูَุฎَุทَุจَ ุงู„ู†َّุงุณَ، ูَุญَู…ِุฏَ ุงู„ู„َّู‡َ، ูˆَุฃَุซْู†َู‰ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ

Kemudian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:


ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ุขูŠَุชَุงู†ِ ู…ِู†ْ ุขูŠَุงุชِ ุงู„ู„َّู‡ِ، ู„ุงَ ูŠَู†ْุฎَุณِูَุงู†ِ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฃَุญَุฏٍ ูˆَู„ุงَ ู„ِุญَูŠَุงุชِู‡ِ، 

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

ูَุฅِุฐَุง ุฑَุฃَูŠْุชُู…ْ ุฐَู„ِูƒَ ูَุงุฏْุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَูƒَุจِّุฑُูˆุง، ูˆَุตَู„ُّูˆุง ูˆَุชَุตَุฏَّู‚ُูˆุง . 

Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.

ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ : ูŠَุง ุฃُู…َّุฉَ ู…ُุญَู…َّุฏٍ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ِ ู…َุง ู…ِู†ْ ุฃَุญَุฏٍ ุฃَุบْูŠَุฑُ ู…ِู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَู†ْ ูŠَุฒْู†ِูŠَ ุนَุจْุฏُู‡ُ ุฃَูˆْ ุชَุฒْู†ِูŠَ ุฃَู…َุชُู‡ُ، ูŠَุง ุฃُู…َّุฉَ ู…ُุญَู…َّุฏٍ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ِ ู„َูˆْ ุชَุนْู„َู…ُูˆู†َ ู…َุง ุฃَุนْู„َู…ُ ู„َุถَุญِูƒْุชُู…ْ ู‚َู„ِูŠู„ุงً ูˆَู„َุจَูƒَูŠْุชُู…ْ ูƒَุซِูŠุฑًุง 

Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044]

Kefahaman karut

ุนَู†ِ ุงู„ْู…ُุบِูŠุฑَุฉِ ุจْู†ِ ุดُุนْุจَุฉَ، ู‚َุงู„َ ูƒَุณَูَุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠَูˆْู…َ ู…َุงุชَ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠู…ُ، 
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)

ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู†َّุงุณُ ูƒَุณَูَุชِ ุงู„ุดَّู…ْุณُ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฅِุจْุฑَุงู‡ِูŠู…َ.

Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.

ูَู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… " ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ู„ุงَ ูŠَู†ْูƒَุณِูَุงู†ِ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฃَุญَุฏٍ ูˆَู„ุงَ ู„ِุญَูŠَุงุชِู‡ِ، ูَุฅِุฐَุง ุฑَุฃَูŠْุชُู…ْ ูَุตَู„ُّูˆุง ูˆَุงุฏْุนُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ

Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1043]

Gerhana adalah amaran Allah

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุจَูƒْุฑَุฉَ، ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… 
Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata: Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑَ ุขูŠَุชَุงู†ِ ู…ِู†ْ ุขูŠَุงุชِ ุงู„ู„َّู‡ِ، ู„ุงَ ูŠَู†ْูƒَุณِูَุงู†ِ ู„ِู…َูˆْุชِ ุฃَุญَุฏٍ، ูˆَู„َูƒِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุชَุนَุงู„َู‰ ูŠُุฎَูˆِّูُ ุจِู‡َุง ุนِุจَุงุฏَู‡ُ 

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1048].

kredit to fb ustaz abdul basit...


Saya doakan kita semua dalam peliharaan dan lindungan Allah. Semoga dengan fenomena yang dapat kita saksikan ini menjadi keinsafan kepada kita mahkluknya untuk lebih dekat kepada Allah.

Amar makruf nahi mungkar.

Sekira anda suka dengan entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai orang yang dapat manfaatnya. Wallahua'lam.

love,
Hafizah

~design your life not by default


0 comments:

Post a Comment