Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat sekalian?? Saya doakan anda dalam lindungan Allah dan akan dikurniakan ganjaran syurga tanpa hisab kelak.
Entri kali ini saya buat kerana saya amat tertarik dengan tajuk di dada-dada akhbar lately tentang ROTAN!!
Allahuakhbar!! agak terkejut jugalah saya dengan undang-undang negara yang bakal rakyat jelata ikut.
berita penuh |
Serius saya nak tanya anda, sapa yang pernah kena rotan?
Saya pulak, saya tak ingat sama ada saya pernah kena rotan atau tidak. Tapi cubit-cubit sayang tu adalah.
Oh,ya! pernah sekali dengan cikgu, tapi saya tak ingat apa kesalahan saya masa tu. Dengan rotan yang hinggap di tangan itulah menjadikan saya melangkah ke Universiti dan seterusnya bergelar Jurutera sekarang. Alhamdulillah, terima kasih cikgu.
Perasan tak, masyarakat Melayu khususnya sememangnya telah dibiasakan dengan didikan Rotan.
Kalau dulu guru-guru yang masuk kelas pasti memegang sebatang rotan tak kira guru disiplin atau guru biasa. Manakala ustaz ustazah mengaji Al-Quran kalau tak pegang rotan ditangan tak namanya ustaz/ustazah mengaji gitu.
Begitu juga dengan ibu bapa. Pantang silap sikit confirm rotan hinggap di badan. Kalau tak rotan pun, anak-anak yang agak nakal akan diikat di pokok yang ada kerengga, betul tak? sapa pernah merasa SAY 'I'...
Bagaimana anak kita nanti |
Tapi kemungkinan ada segelintir ibu bapa dan guru tersalah gunakan kuasa ROTAN itu untuk mendera anak-anak kecil ini.
SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak-anak)
عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.
- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.
Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :
Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.
- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________
Dalil Pukul Anak.
"Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.
(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)
___________________
Had Tangan ketika merotan
Islam telah menggariskan beberapa panduan bagaimana merotan anak-anak untuk tujuan mendidik bukan menghukum atau mendera.
1. Rotan dengan niat untuk mendidik adabnya
2. Rotan di tapak kaki
3. Tidak merotan kerana mengikut nafsu amarahmu
4. Had tangan ketika merotan tidak melebihi paras ketiak.
Macam mana tu ye?
Ibarat kepit buku di ketiak dan buku tak jatuh semasa mengangkat tangan.
(harap anda faham apa yang nak saya sampaikan)
5. Pukul atau rotan bukan ikut nafsu syaitan, anak adalah amanah Allah.
Mereka penghuni syurga, Jangan sampai dilaknat Allah kerana menzalimi
mereka.
6. Paling penting, jangan merotan ketika marah!!!
Islam itu indah, Allah telah mengaturkan percaturan kehidupan Mahkluknya dengan baik sekali. Janganlah kita engkar.
Sejujurnya, saya sebagai ibu kepada 5 orang anak sudah tentu menghadapi seribu satu karenah anak-anak yang kian membesar.
Alhamdulillah saya ikut sunnah Rasulullah menggantungkan rotan sebagai salah satu cara untuk mengadabkan mereka.
Jangan nanti dengan undang-undang yang dicipta, akan melahirkan anak-anak yang Derhaka!....kesian mereka...
Cubalah anda tanya kepada semua orang even perompak sekali pun, nak masuk Syurga ke Neraka?
Rata-rata mereka mengimpikan kehidupan disyurga yang kekal abadi bukan?
Takkan lah kita sampai hati nak tinggalkan anak kita ke lembah neraka kelak. Sedangkan kita syok dalam syurga sorang-sorang.
Allahuakhbar,nauzubillahimin zalik...
Ya Allah, jauhilah anak-anakku dari menderhakaiku |
Saya doakan orang yang berkuasa yang akan menggubal undang-undang ini supaya fikirkan semula PRO dan KONTRA nya dan saya bermohon supaya berbalik kepada Ajaran Sunnah Rasulullah yang sangat mengasihi kanak-kanak.
Kembalilah kepada Islam dalam mendidik anak-anak. Dan terapkan Cinta Rasul dalam didikan mereka.
Wallahua'alam bissawab...
Mohon anda yang baik hati LIKE dan SHARE entri saya.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Ibu 5 anak, ibu perihatin,muhasabah diri
Hafizah Mahfoz
#CintaRasul
#Rotanjenayah
#Rotananakjenayah
#Rotan
No comments:
Post a Comment