Wednesday, January 28, 2015

MENJAWAB ISU ROTAN SATU JENAYAH??

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian, saya doakan anda sihat dan sejahtera dilindungi Allah swt.

Ingat tak entri saya 2 hari lepas pasal isu Rotan yang hangat sekarang ni. seminggu pun belum habis cerita lagi pasal rotan ni.

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah!!! (sila klik)

Rupanya apa yang diberitakan dalam akhbar-akhbar tempatan tidak tepat. Allahuakhbar, sebab itu saya dah lama tak baca paper sebab diragui kesahihannya.

Komen dari sahabat saya kerana mengingatkan. Terima kasih sahabat.
 Namun begitu kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjelaskan.

" Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan Mental dan Fizikal boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan JENAYAH"

Macam tu rupanya cerita sebenar, Dato' Sri Rohani hanya ingin menjelaskan kesalahan jenayah yang hanya akan jatuh kepada mereka yang merotan hingga mencederakan mental dan fizikal kanak-kanak tersebut. Bukan dalam kes guru atau ibu-bapa yang merotan sebagai pengajaran atau meng'adab'kan mereka.

Alhamdulillah, kalau inilah langkah yang perlu diambil, saya sokong sepenuhnya. Kerana kategori seperti ini ada kes penderaan. Individu yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa 'Dewasa' mereka untuk menghukum anak-anak kecil hingga melampaui batas perlu dihukum.

Lagipun undang-undang dalam kes penderaan ini telah sedia ada buat masa ini di bawah seksyen 31(1) Akta kanak-kanak 2001.


Tohmahan dijawab

Apabila isu ini semakin menjadi viral di dada-dada akhbar dan juga rangkaian sosial yang tiada batasan, maka Kementrian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah drastik untuk menjawab balas tohmahan yang dilemparkan.




Insya Allah dengan penggubalan rang undang-undang ini nanti dapat menambahbaikan dan tidak mengganggu institusi kekeluargaan Masyarakat di negara kita kerana isu ROTAN ini sangat sensitif dikalangan Masyarakat Melayu umumnya dan Masyarakat Islam khususnya.
 
Semoga kementerian yang berkenaan meneliti dan menkaji sebaik-baik mungkin sebelum undang-undang dilaksanakan.

Jangan nanti isu seperti pasangan Malaysia di Sweden yang dipenjara untuk beberapa bulan lamanya demi untuk meng'adab'kan anak-anak mereka akan berlaku di Tanah air tercinta kita ini juga.

Sekiranya anda perihatin dan suka entri saya, sila tekan button LIKE dan SHARE supaya ramai orang yang tak tahu hal sebenar akan lebih jelas lagi tentang isu Rotan ini.

Terima kasih kerana membaca.

Love,
Hafizah Mahfoz

No comments:

Post a Comment