Saturday, December 20, 2014

KOMUNIS MENYERANG PORT DICKSON??

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Confirm sahabat-sahabat terkejut kan dengan tajuk entri saya kali ini.

Tak caya ke?

Meh sini saya cerita.

Dalam perjalan pulang dari holiday di Morib menuju ke kampung halaman di Muar baru-baru ini, kami singgah sebentar di Port Dickson. Biasanya bila sebut Port Dickson (PD) confirm dalam fikiran kita terbayangkan pantai PD yang indah tempat berkelah dan bermandi mandi bukan?

Tapi hari ini berita yang menggemparkan bila Komunis menyerang Markas Tentera Port Dickson. Surprise tak??? Tak masuk news pun? Tak masuk paper pun?

Tak caya ke??

Kisahnya begini, kami berpeluang melawat Muzium Tentera Port Dickson setelah 2 kali percubaan untuk melawat muzium ini sebelum ini gagal.

Alhamdulillah, syukur..hari ini cuaca baik seperti menantikan ketibaan kami.

pandangan hadapan Muzium Tentera

Kami terutamanya anak-anak tentunya sangat teruja dengan jet pejuang yang dipamerkan di sini.  Di samping itu terdapat juga pameran peralatan-peralatan yang digunakan semasa perang suatu ketika dulu.



post di depan robot tentera



en Badrul Hisham khusyuk melihat replikak paracute

replika tatoo

shoot satu photo di Mural Kekejaman semasa perang
Nak kata saya tipu ye sebab tak ada komunis pun kan??

haaa....cuba tengok nih...

kami dah berada di Terowong bawah tanah komunis

di sinilah ubat-ubatan dan segala kelengkapan keperluan harian mereka di simpan


dapur minyak tanah pun mereka ada

operation room mereka.
Tempat yang sempit seperti ini pun mereka boleh hidup.
Tentera komunis sangat berdikari.

Motor yang mereka gunakan untuk pengangkutan pantas

Post sikit atas motor.

Tak kenal ke gambar sapa sebelah Cici tu?

Tolonglah jangan kembali ke Malaysia ye!

Bilik mesyuarat mereka.
Terowong bawah tanah tempat persembunyian Komunis ini sangat sempit. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh bersembunyi di dalam terowong yang kekurangan oksigen ini begitu lama.

Sedangkan saya yang tak sampai beberapa minit di dalam terowong ini nak keluar cepat-cepat kerana kekurangan oksigen. Padahal ada penghawa dingin.

Tak dapat saya bayangkan kehidupan mereka masyarakat dinamakan komunis di Terowong bawah tanah mereka suatu ketika dulu.

Oklah, anak-anak pun dah ajak keluar...takut katanya, terutamanya Faris...jom kita keluar...

Keluar dari terowong....BEBAS!!!

Anak-anak dah berlari bebas dulu

Dah sampai atas dah

Pengalaman adventure yang menyeronokkan

pondok ni tempat komunis lepak dalam hutan

Pondok ini pulak dibina hanya satu minggu saja.
Tempat lepak sementara komunis la kot sebelum mereka ke misi seterusnya.

sedang membayangkan kehidupan komunis yang sangat berdikari

ini namanya pondok paya

bukan main seronok lagi mereka merasai jambatan gantung

muka princess eizzatul macam cuak je. Seram ke?

wahh!!! steady la Faris

Saya pun tidak melepaskan peluang adventure ni

hensem sangat la tu

sedang pasang strategi

alaaa...kuingat senapang komunis. Sekali monopod la.

Awina tensen tak dapat naik jambatan gantung

selfieee skeeettt...

tarzan moden

mak tarzan

releksss bro...

bergaya di tempat tinjau komunis

princess eizzatul, mula-mula takut..at last dia yang lebih.





pintu keluar yang kedua dari terowong bawah tanah.
Belum di buka kepada umum

Tak dapat bawak jet pejuang...post kat sayap jadilah yer..

Haaa....sekarang caya tak caya, ada komunis kat PD?

Sebelum pulang dan meninggal Markas Komunis kami sempat shoot beberapa gambar untuk tatapan. Sudikan lah menatap album kenangan sepetang kami di Muzium Tentera Port Dickson.

berlatar kan jet pejuang

Alor Gajah! Alor Gajah...sapa nak balik Alor Gajah.

Ada gaya staff KTM tak?

Yang pakai baju putih tu Mandor

Kenapa nak balik Alor Gajah pulak? bukan kampungku pun...


Tetiba Eizz jadi Incredible Hulk

Adakah bakal prajurit?


Alahai comelnya prajurit ni

Ni lagi cute

Eh! Sapa Chin Peng ? Tak kenal...


Berlatarkan Monumen para prajurit yang terkorban


kereta perisai yang digunakan semasa perang

hai beranilah jenguk meriam tu!!

Readyyyy!!! kebabommmm!!!
 Jemput cuci mata gaya bebas anak-anakku yang 5 orang.






Ini juga yang delicious!!

Tamatlah kisah kami berada di Markas Komunis Malaya. Muzium yang saya rasa sangat awesome. 

Saya syorkan anda bawa anak-anak anda melawat Muzium Tentera Port Dickson ini, supaya mereka mengetahui sejarah bagaimana mereka boleh hidup senang seperti sekarang ini.

Bagaimana para prajurit dahulu mempertaruhkan nyawa mereka demi negara tercinta.

Alhamdulillah...syukur, kita dilahirkan dan hidup dalam sedia KEMERDEKAAN.

Sekiranya anda suka entri saya ini sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah ini supaya lebih ramai orang yang tahu kewujudan Muzium Tentera Port Dickson ini.

Salam sejarah,
Hafizah Mahfoz

No comments:

Post a Comment