Friday, December 19, 2014

BERCUTI DI IMPIAN MORIB HOTEL

Asslamualaikum wbt,

Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan keceriaan, terutamanya musim cuti sekolah yang dah nak ke penghujungnya.

Ke mana anda bawa anak-anak anda bercuti tahun ini sempena cuti sekolah?

Alhamdulillah baru-baru ini saya berpeluang bercuti bersama keluarga di Morib, Banting Selangor.

Jauhkan? Haha...selalunya kita pandang yang jauhhhh je...tapi yang dekat kita tak ambil kisah...

Jarak antara rumah saya di Seri Kembangan ke Pantai Morib ini tidak lah terlalu jauh. Lebih kurang dalam 60 km dari Taman Lestari Putra, Seri Kembangan.

Lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah saya.

Map lokasi Impian Morib Hotel
Kenapa Impian Morib Hotel menjadi pilihan?

Saya tak plan pun nak ke sini. Tetapi suami saya yang beriya-iya ingin gembirakan anak-anaknya. Kenapa hotel ini menjadi pilihan pertamanya ia tidak memerlukan kos petrol yang banyak untuk ke sini. Almaklumlah harga petrol dah meningkat, destinasi pun cari destinasi budget tapi selesa.

Harga hotel pun tidak begitu mahal. Dalam rate RM220 - RM 280. Kalau anda ingin hotel pool view, rate dalam RM220 sahaja dapat tengok swimming pool yang luas dan besar. Sekiranya anda suka chalet style, rate dalam RM280 menghadap ke Pantai.

Untuk ke sini, saya nasihatkan anda pilih pool view kerana pantainya tidak begitu menarik. Pada pendapat sayalah. Namun begitu, sekiranya anda kaki pancing, sesuai sangat sewa chalet style yang menghadap ke laut. Turun chalet je dah boleh memancing. Ikan ada ke tidak saya tak pasti.

pool untuk orang dewasa. Luaskan?

Sebelah hujung kiri pool untuk kanak-kanak

Faris dah tak sabar terjun swimming pool

sukelah tu
Biliknya pun boleh tahan luas juga. Dengan satu katil king size dan satu katil single. Sesuai untuk famili outing.

Waktu ini anak saya yang 2 orang pergi Kem Remaja di kawasan berhampiran. Jadi kurang sikit kapasiti keluarga saya. Sesuai sangatlah katil yang disediakan.

Bilik sebesar ini sesuai untuk famili 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak seperti saya. Kalau lebih dari itu, sama ada anda perlu bawa extra Toto bersama atau anda sewa 2 atau lebih bilik.

Untuk menjimatkan kos sudah tentu bawa Toto dari rumah saja. Di hotel ini kelemahannya, tiada extra bed.



first time Awina duduk hotel
Antara yang menjadikan kesukaan saya sefamili kerana poolnya yang sangat luas. Puas hatilah untuk anak-anak swimming. Dah menjadi idaman mereka berendam dalam pool.
 
Apa lagi petang tu jugak mereka berendam sampai kecut.

Biarlah gambar yang berbicara.







deliciousnya air nih...

proses mengapungkan badan



Awina dah pandai berenang lahhh...




Dah penat berendam malamnya jom makan.

Lagi satu yang menarik di sini kerana senang mencari tempat makan iaitu di Pantai Morib. Macam-macam makanan ada di situ. Sotong bakar ada, ikan bakar ada, otak-otak ada.

Lebih kurang 500 meter dari hotel dah sampai ke Pantai Morib syurga makanan.

Apsallah muka Faris begitu

Saya dan Awina

Santapan malam ini

Tarik dan tarik lagi
Pantai Morib ini lautnya tak sesuai untuk bermandi-manda. Sebab itulah kami mencari tempat penginapan yang ada swimming pool. Konsep percutian kali ini adalah bercuti sambil bermandi manda di pool.

Kami ke sini juga kerana anak kami yang 2 orang Abang Long Eizz dan Fitri menghadiri Kem Remaja di Kem El-azzhar terletak 2 km dari hotel.

Lepas makan kami singgah menjengguk anak-anak kami pula di Kem.

Eizz dan Fitri yang berbaju Harimau Malaya dalam group mereka

Mereka sedang ber'supper' rupanya.
Selepas dah menghilangkan rindu dengan anak-anak bujang saya, kami balik hotel bum bum...

Esoknya nak bangun awal, berendam lagi. Dah nama konsep holiday swim-swim kan.

Saya lapar...mana breakfast!!!

Inilah breakfast pagi kami. Kat hotel je boleh jumpa gini. Kat rumah mana nak buat cam ni.

Lepas breakfast terjun semula

Puaslah diorang berendam haaa....

Sementara mereka berendam, saya ke pantai.

Sampai kecut mandi tu

Check out time sayangku.
Jom kita check out. Receptionist dah call dah menandakan kita kena keluar dari bilik ini.

Jom ambil abang-abang kat Kem El-azzhar.

Setakat ini saja percutian kami di Impian Morib Hotel. Nantikan entri saya seterusnya, percutian kami belum tamat. Percutian ini baru saja bermula.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya. Manalah tahu ada orang di luar sana ingin bermandi manda di sini.

Salam percutian,
Hafizah Mahfoz 

0 comments:

Post a Comment