Friday, December 19, 2014

CIRIT BIRIT JADI KAMBING? BEK!..BEK!...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Kalau sesiapa perasan dalam minggu lepas saya ada post satu status FB seperti ini,

"Dah 4 hari saya dan Faris kena cirit birit. Tak tahulah silap makan apa.
Tadi mak saya suruh kunyah pucuk jambu. Lepas tu cakap Bek! Bek! Bek!....
Hahaaa...nak tergelak saya. Macam kambing pulak. Dah petua orang tua kan jangan engkar...

Tak caya tak apa! Buat je!

Alhamdulillah...dengan izin Allah...amazing
Lepas setengah jam saya dah tak cirit birit lagi. Lega perut saya yang menggelodak. Confirm mujarab daun jambu batu untuk penawar cirit birit.
Alhamdulillah hilang seksaan perut menggelodak yang ditanggung selama 4 hari."
 
Haaa...kebetulan saya berada di kampung ketika itu, senang la saya nak dapat pucuk jambu batu tu.

Mak saya kata lebih mustajab kalau makan pucuk jambu batu tu dari pokoknya terus tanpa dipetik. Macam kambing tu. Orang tua cakap jangan engkar. Buat je! Tak caya tak apa!

Anak saya Faris pulak yang berusia 5 tahun sudah tentu tak mahu kunyah pucuk jambu batu ini begitu saja kan. Sedangkan makan sayur pun susah. Jadi alternatifnya, pucuk jambu batu tu perlu ditumbuk lumat dahulu sebelum dicampurkan dengan air untuk diminum.


Daun pucuk jambu batu sebagai penawar cirit birit

Kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah seperti saya boleh ikut petua mak saya ni. Sejak saya kecil amalan ni dipraktikkan. Alhamdulillah sangat mustajab dengan izin Allah.

Sekiranya entri saya kali ini boleh dimanfaatkan oleh anda sila LIKE dan SHARE supaya lebih ramai lagi rakan-rakan yang mendapat manfaatnya. 

"Sebaik-baik umat adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain"

#cicitbirit
#petua
#penawar
#daunjambubatu
#kampung
#mak 
#petuamustajab

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265]
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:






No comments:

Post a Comment