Friday, November 14, 2014

PETUA KESIHATAN DAN KECANTIKAN WANITA GAYA RASULULLAH

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabatku sekalian? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan kerahmatan setiap hari oleh Allah subhanahuwataala.

Entri kali ini saya ingin membawa anda mengenali penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita yang disarankan oleh Rasulullah.

Saya ambil petikan daripada perkongsian petua-petua kecantikan oleh Ustazah Norhafizah Musa.

Tak perlu celoteh panjang. Suka saya ingin berkongsi dengan anda video ini yang saya kira sangat bermanfaat untuk anda semua.

Check it Out!!



Daripada video tersebut dapat dirumuskan,

Petua harian wanita gaya makanan Sunnah.

1. Bangun tidur minum air suam.

Kenapa perlu ambil air suam sejurus bangun tidur? Kerana semasa tidur pelbagai proses dalam badan. Oleh itu, air adalah sebagai sentuhan terakhir untuk membuang bendasing yang tidak diperlukan dalam perut.

Doktor yang Ustazah ceritakan menasihatkan sekurang-kurangnya minum 1 botol setengah pada awal pagi. Sila klik KEBERKESANAN MINUM AIR DENGAN BETUL.


2. Selepas itu minum sesudu minyak zaitun. Besar atau kecil sudu tersebut bergantung kepada saiz badan.

3. Minum pati delima (buahan syurga)

4. Kemudian, buat campuran 
+ Air Suam 
+ Madu 
+ Minyak habatusawda (sudu kecil) 
+ Minyak kelapa dara 
+ Beberapa helai Zafaran (zafaran baik untuk minda dan menguatkan ingatan)

5. Selepas itu biarkan perut berehat dalam masa 2 jam baru makan breakfast.

6. Sekiranya makan makanan berat boleh ambil Khal (cuka kurma) selepas makan. Elok untuk membuang lemak-lemak dan kolestrol jahat yang tidak diperlukan dalam badan.

7. Kulit kayu manis

pecah-pecahkan kulit kayu manis dan makan seperti makan kacang ( digigit ).
waktu malam disarankan gigit kulit kayu manis supaya dapat tidur yang berkualiti dan tenang bak snow white sleeping beauty.


Namun Doktor yang bercerita dengan ustazah menasihatkan supaya ambil kulit kayu manis dari indonesia iaitu kulit kayu manis yang benar-benar asli.

Dikhuatiri kulit kayu manis yang berada di pasaran Malaysia ini adalah yang palsu.

Di samping itu Ustazah menyatakan UTM telah membelanjakan 2 juta untuk membiayai Research tentang Kacip Fatimah.

Beliau dapati Kacip Fatimah sangat baik untuk dalaman kesihatan wanita.

Ustazah pernah mengamalkannya, dan ia dapati tenaganya sangat power.

Saya berharap dengan perkongsian yang tidak seberapanya ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang pemakan sunnah untuk anda semua.

Sekiranya anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan LIKE button dan SHARE kepada rakan-rakan anda. Semoga ia turut memberi manfaat kepada rakan-rakan lain.

Love Sunnah,

Hafizah Mahfoz


**************************************************************

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

No comments:

Post a Comment