Sunday, November 30, 2014

Kisah Saudagar Kaya dan Khadamnya

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? saya doakan anda sihat walafiat di samping tugas-tugasan yang dilakukan. Saya doakan anda berada dalam kesabaran menghadapi hari-hari yang penuh mencabar.

Kalau anda nak tahu, setiap pagi saya tidak miss untuk mendengar motivasi pagi jam 7.30 pagi di Radio kegemaran saya ikim.fm
 
Andai anda belum tahu, saya syorkan anda bertukar ke channel ikim.fm pada jam 7.30 pagi setiap pagi untuk menambah cas-cas positif dan juga sebagai vitamin rohani kita. Bukan jasad saja yang perlukan vitamin ye, rohani juga sangat perlukan vitamin supaya jiwa kita tidak terlalu kosong.

Pagi ini motivasi pagi menyentuh topik yang sangat sentap dalam diri saya iaitu SABAR.

Kisah saudagar kaya

Ustaz penceramah ada menceritakan alkisahnya ada seorang saudagar kaya ingin menjamu sahabatnya yang bertandang ke rumahnya.


Besi panas

Lantas si khadamnya membakar daging hancur yang telah dikepal-kepal dengan besi panas. Kalau di Malaysia ni biasanya panggil daging kebab.

Semasa khadam itu hendak menghidangkan daging yang masih dalam besi panas tersebut terkena anak saudagar kaya tersebut yang pada ketika itu sedang berlari-lari bermain. Maka, dengan ketentuan Allah mati anak saudagar tersebut.

Cuba anda teka apa tindakan saudagar tersebut? 

Merdekakan hambanya
Saudagar kaya tersebut menguruskan dengan tenang jenazah anaknya sehingga selesai. Selepas selesai. ia jumpa khadam tadi lantas membebaskan khadam tersebut.

Untuk pengetahuan anda, zaman para nabi khadam ini adalah hamba kepada tuannya. Di mana tuannya boleh melakukan apa saja terhadap hamba ini. Sekiranya mereka dibebaskan oleh tuannya, adalah menjadi satu penghargaan yang sangat besar terhadap mereka.

Allahuakhbar! Sabarnya saudagar kaya itu.

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda ada seorang bibik. Tetiba bibik tertumpah air panas terkena anak kita. Mati anak kita. Cuba bayangkan, apa perasaan anda ketika itu? Marah kan? Meluap-luap terus hantar bibik balik indon kan? Sudah pasti terpampang kat dada akhbar muka glemer kita menyaman bibik yang mencederakan anak kitakan. Belum lagi report polis berjela-jela dikarang.

Jauhnya tahap kesabaran kita dengan mereka kan?

Hakikatnya zaman para sabahat. kekuatan bukan terletak pada tenaga mereka yg kuat. kekuatan bukan dinilai dari kekayaan yang mereka miliki. Tetapi kekuatan di nilai dari kesabaran yang mereka miliki.

Ibu bapa sekarang selalu silap dalam menghukum anak-anak. Anak-anak selalu dipukul bila ayah tidak tahan sabar.

Ada sampai satu tahap mereka memukul anak hingga anak itu lembik dan tidak berdaya
bila di tanya kenapa buat anak begitu, si ayah jawab " mujur aku sabar, kalau tidak mati aku kerjakannya "

Allahuakhbar....adakah itu nilai kesabaran mereka.

Sabar dinilai sebelum sesuatu perkara buruk terjadi. Sebelum anak tersebut dipukul, adalah lebih baik si ayah mengambil wudhu' dahulu. Insya allah si ayah akan mengambil tindakan rasional selepas itu.

Hakikatnya, api kemarahan itu datangnya dari Syaitan. Syaitan sentiasa ingin mengganggu anak cucu adam dan membuatkan jiwa seseorang itu kacau.

Allah menjadikan makhluk bernama syaitan asalnya dari api. Untuk padamkan api adalah air. Oleh itu, dengan berwudhu' saja yang dapat meredakan api kemarahan cetusan dari godaan syaitan.



Sukar ingin melawan api kemarahan ini.Tetapi ia boleh dicegah dengan membuat benteng pertahanan dari gangguan Syaitan. Syaitan sentiasa mencari peluang mencetuskan keberantakan makhluk Allah yang bernama manusia. Bukankah itu ikrar janji syaitan dengan Allah di syurga dulu.

Jangan bagi peluang kepada syaitan durjana. 

Tips nya:
  1. Perbanyakkan membaca Al-Quran.
  2. Banyak berzikir.
  3. Solat 5 waktu tidak tinggal.
  4. Sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
  5. Makan makanan yang menenangkan. Menurut kajian makan coklat boleh menenangkan jiwa. Tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil berlebihan.
Gantikan coklat dengan suppliment B Complex. SILA klik link B Complex dan keistimewaannya.




Stress jangan dianggap enteng. sekiranya anda ada tanda-tanda stress berlebihan sila rujuk kepada pakar. lebih buruk lagi sekiranya stress boleh mengakibatkan migrain, tekanan darah tinggi, obesiti, strok, serangan jantung dan sakit mental.

Nyanyuk juga adalah satu penyakit akibat dari stress berlebihan (SILA RUJUK LINK SINDROM NYANYUK PUNCA DAN TIPS). 

Mudah-mudahan Allah menjauhi kita dari sebarang penyakit kronik tersebut.

Sekiranya anda ingin berada di kalangan DARJAT TERTINGGI DISISI ALLAH, anda perlu BERSABAR. 


Sekiranya entri ini memberi manfaat kepada anda sila tekan button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang mendapat manfaatnya.

No comments:

Post a Comment