Saya post gambar Makaroni Cheese Bakar ini ke status FB saya. Tak sangka pulak ramai yang bertanyakan resepinya.
Alahai kawan-kawan, saya guna resepi campak-campak je. Mana yang sempat saya campak, saya campak dalam Makaroni tu.
Oleh kerana tak nak menghampakan rakan-rakanku sekelian, saya kongsikan resepi campak-campak saya ni yer.
Saya doakan resepi ini dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua. Kalau kurang sedap tambahlah apa-apa yang patut ikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan:
sepeket makaroni San Remo (rasanya makaroni ini yang sedap).
4 biji bawang besar holand (bawang besar yang warna kuning putih tu) dicincang dadu.
6 ulas bawang putih dicincang dadu.
1 biji lada benggala potong dadu.
1 tin kacang peas.
3 sudu lada kisar.
sedikit oregano leaves.
secubit garam sesuka rasa.
secubit gula sesuka rasa.
Daging cincang.
Cheese (saya guna chesdale atau cheese kraft)
1 tin sos speghati Prego Campbells (cari yang dalam tin warna hijau)
* cari yang ada logo halal. almaklumla, kalau dalam bekas kaca tu diragui halalnya sebab tak ada tanda halal.
makaroni elbow |
makaroni asli
pilihlah mana satu yang berkenan dihati untuk masakan makaroni anda. Kalau saya dua-dua tu pun sedap.
bawang besar holand
bawang putih
lada benggala
kacang peas
cili kisar
sos spageti tomato
saya pilih Prego sos spageti tomato cendawan. ada ready cendawan kat dalamnya.
oregano leaves
boleh juga ditambah bay leaves atau apa-apa leaves yang seangkatan dengan spageti. Saya campak je apa-apa leaves yang ada.
Cara-cara penyediaan.
1. Sepeket makaroni di rebus dalam air mendidih. Air didih tersebut tambahkan sedikit minyak dan garam sedikit sebelum makaroni di masukkan.
2. Rebus makaroni sehingga 10 minit atau sehingga makaroni lembut.
3. Sementara menunggu makaroni siap direbus. Jom kita sediakan bumbu sosnya dulu.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
5. Masukkan bawang putih yang telah dicincang dadu tadi,
6. Kemudian, masukkan bawang besar yang telah dicincang dadu juga ke dalam kuali yang minyaknya telah panas tadi.
7. Layukan kedua-dua bawang tersebut hingga naik baunya,....ummmppphhh harum bau bawang yang digoreng.
8. Bila dah nampak agak-agak layu masukkan daging cincang. Kacau bagi daging tergaul rata.
9. Masukkan sos spegati prego. Gaul dan kacau sebati.
10. Masukkan 3 sudu lada kisar pula untuk tambah kepedasan sos ( saya orang jawa, suka pedas sikit. Kalau orang itali suka masam, original sos prego tu agak masam, jadi saya tambah lada kisar ini untuk menambahkan pedasnya).
11. Renehkan ramuan dalam kuali tadi sambil digaul sekali sekala supaya tidak hangus.
12. Sementara itu, tengok-tengok makaroni yang kita rebus tadi. Jangan sampai airnya kurang, sekiranya agak-agak air dah kurang sila tambah air secukup rasa.

13. Toskan makaroni yang telah empuk.
14. Kemudian, masukkan kacang peas yang telah dicuci dan lada benggala (capsicum) kedalam bumbu yang sedang merenih dikuali tadi ( maaf tiada gambar, sebab saya ni masak nak cepat siap. Lupa pula nak snap gambar ).
15. Masukkan Makaroni yang telah ditos tadi ke dalam bumbu yang sedang merenih tersebut.
16. Gaul-gaul ratakan nya.
17. Sebelum itu, panaskan ketuhar 150 darjah celcius.
18. setelah sebati bergaul, matikan api dan tuangkan makaroni tadi ke dalam bekas tahan ketuhar. Lapiskan kepada 2 lapisan selang seli dengan cheese yang telah dicarik sekeping-sekeping ( ini pun tak ada gambar, nak cepat punya pasal ).
19. Selepas itu, masukkan makaroni tadi ke dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
Hasilnya TADAAAAAA!!!!!

dari pandangan sisi
dari pandangan atas
Nampak sedap tak?...
Tentu sedapkan...
belum rasa lagi.
Apa lagi cubalah resepi ini.
Semoga anda dapat manfaatnya. Insha allah.
~Masak dari hati
Hafizah Mahfoz
Sekiranya anda suka resepi ini sila LIKE dan SHARE.

No comments:
Post a Comment