Tuesday, December 31, 2013

KUIH BATIK KEGEMARAN KELUARGA

Hari ni gedik pulak nak post pasal kuih batik.
Kuih batik ni kuih kegemaran en. hubby dan anak2 juga. Entah kenapa ntah suka sgt en Badrul Hisham dengan kuih ni. padahal ramuan asasnya cuma biskut marrie je pun....

Kalau biskut marrie kosong tu letak atas meja sure tak habis punya. Pandang pun tak laku. Tapi bila dah di adun dengan coklat dan milo ...ummmpppphhhh....menjilat jari. mak mertua lalu belakang pun tak perasan.



Terliur tak nampak kuih kat atas tu.

Nak buat tak de la susah sangat pun. Sediakan bahan-bahannya seperti di bawah:

Bahan-bahan kuih batik:

Biskut Marrie  600g ( 2 bungkus )
Telur 4 biji
Mentega 250g ( 1 ketul )
Serbuk Koko 1 cawan
Milo 1/2 cawan
Gula 1 cawan ( kalau nak kurangkan gula lagi elok, ikut secukup rasa )
Air 1 1/2 cawan


Caranya:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Saya masukkan dalam blender saja, senang.


 2. Cairkan mentega dalam kuali. 
PERHATIAN : panaskan mentega atas api yang kecil ( ingat!! )



3. Bila mentega dah cair keseluruhannya, masukkan telur dan gula yg telah di blend tadi.

dan masukkan serbuk koko dan milo ke dalam kuali tadi.
Kacau rata sehingga agak-agak tak begitu pekat. Kalau pekat nanti tak boleh digaul dengan biskut.

PERHATIAN : Jaga api, api jangan terlalu besar.

4. Masukkan biskut Marrie yg telah dipecah 4 ke dalam kuali tadi.

Gaul sebati biskut dan bahan-bahan cairan tadi.

5. Setelah sebati, tuangkan kesemua bahan yg tergaul sebati tadi ke dalam bekas besar hingga sejuk. TADAAAAAAA......dah siap...


Lepas tu aduan yang telah sejuk boleh dimasukkan ke dalam peti ais utk merasai kelazatannya di tahap optimum....YUMMMMPPP

Senang tak?
Bukan susah pun. campak2 je dah jadi kuih.

~Selamat mencuba~

Dari Hati
fiza


0 comments:

Post a Comment