Monday, April 9, 2018

Xplorasi 3H2M di Pulau Redang (Maldive Malaysia) Yang Menakjubkan 17-19 Mar 2018

Assalamualaikum wbt,

Hai Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Cuti sekolah kembali lagi..

Bila cuti sekolah tiba, ibu-bapa ambil peluang untuk bercuti-cuti Malaysia di samping keluarga tercinta.

Kami fiezabard sekeluarga juga tak lepaskan peluang untuk menghabiskan 'familytime' kami.

Kali ini kami bercadang bercuti di Pulau Redang, Terengganu Darul Iman. Orang kata Pulau Redang ni, Maldive Malaysia. 

Betul ke?

Tak caya?

Meh saya share photo.




Amacam?

Betul tak ala-ala Maldive gitu....

Di Malaysia pun banyak lagi tempat yang cantik dan mendamaikan ok. Subhanallah...

Ok,

Sedekah satu lagi natural view yang mendamaikan. Subhanallah...




Saya suka konsep percutian menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Kalau konsep shopping-shopping...perabeh duit...itu bukan konsep percutian yang saya impikan.

Oklah kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jumaat malam Sabtu. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 10 malam.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 6 jam melalui lebuhraya Karak, LPT 1 dan LPT 2.



Kami sampai di Masjid Tarapung Kuala Terengganu, Masjid Tengku Tengah Zanariah lebih kurang jam 4 pagi.

Suami saya yang memandu non-stop dari Kuala Lumpur malam tadi mengambil kesempatan untuk melelapkan mata dulu di sini. Subhanallah, cantikkan masjid ni.




Ni pula replika Batu Bersurat di tengah-tengah roundabout Bandar Kuala Terengganu. Kepada mereka yang pernah sampai di sini pasti jumpa replika ni.


Sejurus azan subuh kami bergegas pula ke Masjid Putih di Bandar Kuala Terengganu dan menunaikan solat subuh di sini. Kami ke sini memandangkan rombongan bas ustaz dan ustazah dari Sek Rendah Taman Universiti Indah singgah di sini.

Untuk makluman anda Explorasi 3H2M di Pulau Redang ni adalah pakej percutian yang dikelolai oleh suami saya En Badrul Hisham di bawah naungan JMBp Services. Kami membawa lebih kurang 43 orang dalam percutian kali ini.



Sebelum bertolak ke jeti, kita sarapan dulu ok. Perut kasi kenyang. Banyak tenaga nak guna lepas nih. Apa lagi, Nasi Dage Ganu Kite la ....yummyy..



Memandang En. somi dah park siap-siap kereta di jeti. takut tak cukup parking katanya. Makanya, kami berjalan dari kedai makan tadi ke Jeti Shah Bandar. Dekat je, tak sampai 100 langkah pun..




Di jeti, en. somi selaku CEO JMBp Services berurusan dengan agen resort. Abang Long Eizz macam nak belajar je dengan ayahnya. Bakal waris company ayahnya nih.




Posing sikit sementara ayah uruskan tiket.

Antara ustazah-ustazah yang akan menyertai rombongan cik kiah


Ustazah-ustazah ni lah yang mengajar anak-anak saya dari anak sulong hinggalah sekarang. Terima kasih ustazah atas jasa yang dicurahkan.




Satu lagi pose dari mereka.


OK, time to belayar...yehhh!!


Suasana dalam feri. Ada aircond tau dalam ni. Tempatnya juga luas.



Tengokla anak-anak ni dah tak sabar nak sampai pulau.



Apalah anak ayah sembang tu.



First time anak-anak naik feri macam ni.



Bersama ustazah-ustazah SRATUI dari kanan Ustazah Marinah, Ustazah Norhafazah dan Ustazah Hanim dan saya bukan Ustazah 😊😊😊



Saya dan kakak Eizzatul dan Awina. Ala-ala titanic gitu...


Barisan ustazah-ustazah yang lebih selesa duduk di deck atas menghirup udara segar laut.


Bersama Ustazah Asmawahidah, Ustazah Syatirah dan Naniey



Angin kuat kat atas deck ni. Segar rasa hirup udara yang jauh dari pencemaran. Subhanallah.




Ntah berapa kali la shoot dengan cik abang ni. Semata-mata nak nampak bendera Terengganu tu berkibar megah.




Laut biru, langit pun biru. Biru antara warna kegemaran saya sebab ia mendamaikan. Sungguh menakjubkan aturan ciptaan Allah.



Ada gaya tu hero Fitri sorang ni



Transit dari feri ke tongkang pulak. Feri tak boleh sampai ke pesisir pantai. Tak de jeti di sini kerana mereka nak kekalkan dan tidak mahu mengganggu ekosistem di Pulau Redang. Sengeh manjang CIk Mona melompat dari feri ke tongkang.


DAY 1


 Dah sampai,....

Masya Allah, hanya Allah saja yang dapat gambarkan saat ini bila melihat salah satu ciptaan Allah yang menakjubkan.

Airnya boleh buat cermin you....jernih ya amat.



Ok, rombongan dah sampai. Sorry Abang Long terpaksa angkut beg dabak ibu tu. Ada 3 orang punya baju tau dalam tu. Bukan ibu punya sorang ok.



 Mana chalet kita ni ibu....cam tu la kot gayanya Fitri



Letih la kot kakak-kakak angkut beg. Kesian...Lepas ni mesti hilang letih bila berendam dalam air.



Masya Allah, luasnya langit dan lautMu.
Awina dah tak sabar nak turun laut tu.


Amacam, macam Maldives kan?


Amacam, tak dapat ke Maldives....dapat jejak Maldives Malaysia pun dah cukup bersyukur. Allah jadikan bentuk muka bumi dan makhlukNya yang cantik dan menawan untuk kita menghayati kebesaranNya. Allahu Akhbar...



2 beradik ni memang tak sabar-sabar nak uli pasir.



Tengok la Awina tu. Sukanya main pasir. Sebelah tangan lagi pegang Herbablend, krim serbaguna kegemarannya. Herbablend sentiasa dibawa kemana-mana Awina pergi. Kiranya macam First Aids untuk kami sekeluarga. Herbablend amat berkesan mengurangkan/menghilangkan dikala Awina kegatalan, kena gigit nyamuk, serangga atau ruam-ruam dengan segera. Bukan Awina sorang guna Herbablend ni, seisi keluarga kami guna herbablend krim serbaguna ni. Dijadikan sebagai sunblock pun boleh. Ianya selamat sebab dari ekstrak kelapa dan buah-buahan yang dijamin SELAMAT, SEMULAJADI dan TERBUKTI BERKESAN. Jadi, selamatlah ikan-ikan di laut dari kesan bahan kimia dan bahan merbahaya yang terdapat dalam sunblock-sunblock lain.


Manakala En. Bard CEO JMBp Services sibuk mengagihkan kunci kepada ahli rombongan.


Ni antara chalet yang rombongan JMBp services ditempatkan. Ada surau sekali tau. Mudahlah untuk berjemaah di surau.


Snorkeling time, 

lepas makan tengah hari dan solat zohor lebih kurang pukul 2.30 petang kami diarahkan berkumpul untuk aktiviti snorkeling pertama kami.

Jaket dan goggle dah siap kami sewa. Murah je, satu set RM20.

Tak tahu pula ada goggle yang berpower.

Maklumlah saya kan rabun dan power tinggi pula tu. Syukur ada google power 450. Nampaklah ikan-ikan di laut nanti. Kalau tidak teraba-raba dan tak puas tengok ikan dan karang di laut.

Sekiranya nak sewa goggle yang ada power hanya RM30 sahaja satu set google.



En. somi En. Bard selaku ketua rombongan dari JMBp Services memberi penerangan sebelum para rombongan dibawa ke snorkeling.



Para rombongan dah sedia nak terjun laut nih. Mana lah boat tak ready lagi nih. Yang sebelah kiri sekali tu adalah Guru besar SRATUI Ustazah Aidil Atirah yang sangat sporting.



Ikat life jacket tu betul-betul tau. Jangan kasi longgar. Dah la semuanya ni tak de skill berenang. Nak ke tengah laut kejap lagi.



Awina pun tak sabar nak naik boat. Dah ready tu...laut memanggil-manggil.





Pak Mat, instructor snorkeling yang berpengalaman menunjukkan cara bagaimana nak pakai life jacket dan goggle dengan betul.



Nak ke boat kena redah air tau. Tak jejak kaki Kak Fizah nih. Mujur ada life jacket, terapung akak. Kalau tak pakai life jacket dah lama lemas kot.



Simpan kak simpan barang kat satu beg. Nanti hanyut sapa nak tanggung.



Awina bukan main seronok lagi dapat naik boat. Tak takut pun dia. Steady je.



Para rombongan dah ready nak terjun snorkeling.



Kakak Eizzatul ada rasa takut sikit. Tapi bila dah terjun snorkeling dah tak rasa takutnya lagi dah.



Gaya pro Ustaz Azizi dan Ustaz Hilmi


Subhanallah, tiada yang dapat diucapkan dengan kata-kata keindahan alam ciptaan Allah.



Kak Fieza (Ibu), Fitri dan Awina tak sabar nak turun snorkeling.




Di sini kawasan tumpuan pengunjung bersnorkeling.



Boatman kata ni Pulau Kerengga Kecil


Yang ni Pulau Kerengga Besar


Serius seronok berenang-renang bersama ikan-ikan berwarna-warni.



Tau tak kenapa kami berkerumun satu tempat tu. Kami sedang berpaut pada satu pelampung. Punyalah takut nak lepaskan diri dari pelampung tu, takut sangat tenggelam. Padahal dah ada life jacket.




Kakak Eizzatul yang mula-mula takut nak terjun, akhirnya terjun jugak. Tapi asyik nak berpaut pada ibu je.



Kepenatan snorkeling hari pertama.


Bagi pos sikit lepas bersnorkeling, Ustazah Asmawahida dan Ustazah Rahmatun.




Pos pula dengan ustazah Melawati dan Ustazah Marinah


Awina pun snorkeling tau!


Lencun Awina dan Kakak Eizzatul lepas snorkeling


Subhanallah.....memang heaven kat sini tau..




Lokasi yang sesuai untuk ber'honeymoon'



Entah apalah yang ditunjukkan Awina. Dah rentung dah muka tu.


Balik dari snorkeling, lapar sangat. Redang Lagoon hidang cekodok pulak petang-petang tu. Apa lagi....serbulah kan. Yang paling best makan di bawah gazebo. Perghhhh...fefeling masa tu. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa di pesisir pantai. Lepak dengan Rose, rakan husben saya selaku customer Shaklee saya.



Lepas dah puas mandi kat laut, kita mandi pasir pulak ye. Puas la kamu. Kat rumah tak leh buat cenggini.


Pemandangan panorama di Redang waktu senja.



Sembang santai di bawah pokok kelapa.


Kak Fieza pulak bersantai dengan anak bujang sorang nih.




Suasana di senja hari.


Dinner pertama kami di Redang Lagoon

DAY 2

Hari kedua di Redang lebih happening. Sesudah solat subuh, matahari belum terbit lagi fieza dah turun ke pesisir pantai melihat satu lagi keindahan alam. 

Sunshine time...

Kebetulan pagi ni matahari dilindungi oleh awan...amannnn je rasa.



Silalah hayati aksi-aksi fieza bersama ustaz dan ustazah yang mengikuti rombongan kami 👇👇👇👇






Awina dah ready nak snorkeling lagi


Santai jap sebelum ke Taman Laut




Bot laju tau!
Seawal jam 9.00 pagi kami dah meredah lautan.


Mentang-mentang la fieza kerja dengan company telecomunication, ke mana-mana mesti ada tower telecomunication ni.


Dah sampai Taman Laut





Jeti Taman Laut

Aktiviti Taman Laut










Lepas dah berendam semua kelaparan. Terpaksalah beli jajan.


Nampak tak kejernihan air tu. Seekor-seekor ikan kita nampak dari atas jeti.



Pose sikit kat papan tanda ni. Tanda kita dah sampai sini sebelum pulang ke chalet.

DAY 2 : JAM 2.30 PETANG

Balik dari Taman Laut, kami disediakan lunch pelbagai lauk. Tak sempat lapar di sini. Makan-makan dan makan...

Lepas solat zohor lebih kurang jam 2.30 petang, sekali lagi aktiviti snorkeling. Tapi kali ini kami dibawa ke kawasan yang lebih dalam dan di tengah-tengah laut.




Makcik pun larat lagi tau naik bot



Memang tak de can la kat sini nak keringkan baju. Sepanjang 3 hari di sini, sentiasa basah.













Orang kata kat kawasan ni ada 'baby shark'. Fieza tak jumpa lagi baby shark sebab tak tahan kaki asyik terkena karang laut saja. Sakit tau!


Suasana Chalet. Suka sangat sebab di Chalet ni ada gazebo boleh santai-santai di petang hari sambil menghirup udara laut.


Tengokla tu, tak puas mandi laut, bermandikan pasir pula.







MALAM TERAKHIR DI REDANG LAGOON

Yang lebih istimewanya di sini, pada malam terakhir di sini kami diraikan dengan BBQ.

Redang Lagoon akan menyediakan ikan, sotong, udang, ayam, kambing mentah yang telah diperap. Para pengunjung akan bakar sendiri bahan-bahan mentah tersebut.

Memang happening malam tu. Kami boleh ambil berapa banyak makanan yang kita nak bakar. Puaslah makan sotong yang besar-besar,udang dan ikan yang fresh. Puas hati sangat.










Bila dah kekenyangan, kita santai-santai pula di gazebo sambil menikmati deruan ombak laut. feling youuuu



Awina dan Faris ni pantang nampak pasir. Malam-malam cenggini pun nak main pasir. Tapi serius, pasir di sini lembuttttt sangat.

DAY 3 : MASA UNTUK PULANG

Sedihnya, 3 hari dah berlalu. Sekejap je rasanya. Macam tak puas lagi nak berendam dan bersnorkeling.

Tibalah masanya kami pulang ke tanah air ( macam la jauh sangat merantaunya ). Tapi serius, di Redang ni saya tak rasa macam saya berada di Malaysia. Ala-ala Maldives gituuu...

 Gambar kenangan terakhir Xplorasi oleh JMBp Services...terbaikkk 👍👍👍


Awina kata, nak mandi laut lagi....aduhai anak, tak puas lagi tu.





Gazebo tempat bersantai yang damai bakal ditinggalkan



Chalet hujung belah kiri adalah chalet kami.


Barisan ustaz dan ustazah SRATUI yang menyertai Trip JMBp Services. Terima kasih kerana sudi mengambil pakej kami.


Ala-ala Baywatch Cilik


Photo ni paling win. Photo diambil sebelum snorkeling terakhir.





Haish...cik abang kita curi ambik photo kita tengak shoot video.


Photo Panorama


Rombongan bersama CEO JMBp Services En Badrul Hisham


Awina suka duduk sini, dapat main pasir.




Amboi tingginya melompat




Sukenya diaaaa...






Ok, masa untuk pulang









Photo kenangan bersama Guru Besar SRATUI Ustazah Aidil Atirah yang sporting











Satu lori beg kitorang diangkut ke pesisir pantai


Naik tongkang la pulak ye, feri tak leh sampai pesisir pantai nih. Feri tunggu kat tengah laut nun. Moh kita naik tongkang.

Okla, cukuplah takat ni sharing photo-photo Xplorasi dan aktiviti trip  ke Pulau Redang selama 3 Hari 2 Malam yang sangat happening.

Saya sangat sarankan anda yang suka aktiviti air dan suka alam semula jadi, berkunjunglah ke Pulau Redang yang masih mengekalkan alam semula jadinya. 

Next time pergi mana pulak ye, tunggu je lah perkongsian trip santai kami saya.

Berminat nak bercuti-cuti santai-santai di mana-mana destinasi pilihan anda seperti Sabah, Pulau Tioman, Pulau Redang, Sarawak, Pulau Langkawi, Vietnam, Bandong, Korea, Jepun boleh hubungi En Badrul Hisham selaku CEO JMBp Services di 011-395 83022.

Insya Allah kami berikan khidmat yang terbaik dan santai kepada anda.

Suka Nature,
Hafizah

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757
email:
hafizahmahfoz@gmail.com
facebook:


Saturday, March 24, 2018

Kesan Penggunaan Youth Selepas 30 Hari Yang Wajib Anda Lihat!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan anda sihat sejahtera dan sentiasa cantik dan gojes ye 😄😄😄

Dah lebih 30 hari kot YOUTH produk penjagaan wajah yang unggul dilancarkan sejak 3 Feb 2018 yang lalu. Waktu pelancaran itulah saya teruja tak melepaskan peluang untuk dapatkan 1 set YOUTH PERTAMA saya bila Shaklee kongsikan beberapa testimoni yang sangat awesome.

Sila klik link di bawah 👇👇👇👇👇untuk kisah pelancaran YOUTH yang gilang gemilang

PELANCARAN YOUTH 3 Feb 2018 di Sunway Piramid (KLIK SINI)


Di sini saya ingin kongsikan beberapa YOUTH EFFECT

Testimoni 1

Diri saya sendiri. Walaupun saya telah amalkan suppliment sejak tahun 2013, antara suppliment yang saya makan Omega Guard, ESP, Vitalea, Vita C dan Vivix, saya masih memerlukan penjagaan wajah dari luaran juga.

Sebelum ni saya pakai Nutriwhite Cleanser, Nutriwhite Toner dan Nutriwhite Moisturizer. Namun begitu setelah Nutriwhite di berhentikan pengeluarannya untuk beri laluan kepada produk baru.

Waktu tu kecewa juga sebab saya betul-betul kehabisan stok untuk penjagaan wajah secara semulajadi.

Bila YOUTH telah dilancarkan, tak sabar-sabar saya terus grab satu. Sebab rasa muka dah berkerak nih hahahahhaaaa....

.
.
.
.
.
 TADAAAAAAA!!!

.
.
.
INILAH HASILNYA, SELEPAS LEBIH 30 HARI MENGGUNAKAN YOUTH.
Sebelum YOUTH saya hanya amalkan suppliment sahaja. Penjagaan dalaman memang saya jaga. Saya ingat dah cukup bagus untuk kulit luaran saya.

Rupanya saya silap, 

Selepas YOUTH, saya masih amalkan suppliment + YOUTH. Wow! hasilnya lebih menakjubkan.

Apa yang saya rasa selepas YOUTH?

❤ Kulit saya semakin licin bagaikan baby
❤ Blackhead and whitehead saya semakin berkurangan
❤Gatal-gatal di bahagian hidung dah tak ada. Dulu suka garu-garu hidung sebab banyak kerak blackhead di situ.
❤ Kulit semakin cerah
❤ Kulit wajah semakin glowing
❤ Kulit muka sentiasa lembab tapi tidak berminyak
❤ Muka tidak berminyak
❤Jerawat manja kekadang muncul tapi cepat mengempis dan kering dengan segera. Best sangat. Tak de la spotlight jerawat menyinari wajah selalu.

Testimoni 2

Anak bujang saya, Eizz ni sejak melangkau ke alam remaja, ada saja komplen yang saya terima setiap hari.

Hari-hari mengadu, jerawat tumbuh kat hidung macam sportlight lah. Esoknya, ngadu lagi bawah dagu jerawat tumbuh lagi. Esok lagi, ngadu lagi kulit berminyak.

Allahuakhbar, macam-macam karenah bila ada saja yang tak kena dengan mukanya.


Bila Eizz dapat tahu ibunya ada YOUTH, Eizz pun nak cuba tempek kat muka. Tak sangka anak bujang ibu ni pun nak melawa jugak.

Sapa kata kecantikan dan penjagaan wajah hanya untuk wanita sahaja. Lelaki pun nak jaga wajah mereka juga tau.

Apa yang Eizz rasa selepas 30 hari YOUTH?

❤ Kulit muka dah tak berminyak lagi
❤ Jerawat mulai mengecut
❤ Jerawat kurang aktif. Jerawat baru kurang tumbuh
❤ Kulit semakin cerah
❤ Gatal-gatal kulit di muka dah tiada
❤ Kulit semakin lembab
❤ Kulit semakin licin

Testimoni 3

Testimoni ini pula dari seorang pengguna YOUTH. Baru 2 minggu menggunakan YOUTH pori-pori dipermukaan kulit wajahnya mulai mengecil. Amazingkan?





Testimoni 4

Ini pula salah seorang pengguna YOUTH juga. Nampak tak perbezaan sebelum guna YOUTH. Bintik-bintik hitam diwajahnya mulai pudar selepas 2 minggu guna YOUTH. Bestkan?

Testimoni 5

Yang ni lagi best. Wajah lebih cerah dan semakin comel selepas gunakan YOUTH. Tak payah nak tempek makeup tebal-tebal berlayer-layer. Ayu semulajadi gitu.



Tak percaya lagi dengan kehebatan YOUTH.

Kalau tak percaya tak per. Anda kena cuba sendiri...

Takut nak cuba. Meh baca dulu apa yang ada dalam YOUTH nih.

Sila klik di sini 👇👇👇👇👇

HEBATNYA YOUTH YANG WAJIB ANDA CUBA! (SILA KLIK)



Ahaaa....YOUTH dah sampai Pulau Redang Ok!

Kulit wajah rentung bila berjemur tengah panas di Pulau Redang ni tau. Dengan YOUTH kulit rentung ni tak jadi nak rentung. 

Cer tengok video saya ni pulak. Klik tau klik video bawah ni..





Amacam?

Anda rasa nak dapatkan YOUTH pertama anda hari ini?

Meh hubungi saya Hafizah untuk dapatkan SET YOUTH pertama ada dengan harga yang paling JIMAT dengan hubungi saya segera Hafizah (019-211 8757)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)



Monday, March 12, 2018

Adab Wanita Islam Dalam Iddah Yang Wajib Diketahui Yang Ramai Tak Tahu

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dilindungi Allah dan dikurniakan keberkatan dunia akhirat.

Baru-baru ini saya diberi rezeki kesihatan dan masa untuk bersama-sama jemaah AlMustaqqim ke kuliah dhuha special.

Sebab apa special? selama saya mengikuti kuliah dhuha lebih kurang 10 tahun  di Surau AlMustaqqim ni, penceramah kami adalah Ustazah Syarifah selaku ustazah tetap kuliah dhuha kami. Memang tak jemu mendengar kuliah Fardhu Ain Muslimah ustazah setiap 2 minggu sekali di Surau AlMustaqqim.

Tapi kali ini, kuliah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Misbah iaitu suami kepada Ustazah Syarifah kerana kali ini tajuknya lebih mencabar. Ustaz Misbah biasanya berceramah di surau kami setiap minggu jumaat malam sabtu.

Atas permintaan jemaah Muslimah, Alhamdulillah ustaz bersetuju untuk memenuhi undangan kami khas untuk merungkaikan satu isu yang dipandang remeh sekarang ni.


"ADAB SEMASA BERADA DALAM TEMPOH IDDAH"

🌺 Pengertian Iddah?

Garis panduan beriddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh Iddah menurut hukum syarak.

🌺 Istilah Fuqahah (Para Ulama)

Masa Iddah ialah sebutan atau nama suatu masa di mana seorang wanita menanti atau menangguhkan perkahwinan setelah ia ditinggalkan mati oleh suaminya atau setelah diceraikan baik dengan menunggu kelahiran bayinya atau berakhirnya beberapa quru' atau berakhirnya beberapa bulan yang sudah ditentukan.

🌺 Quru'

Masa menunggu/menanti bagi seseorang wanita iddahnya.

Hukum Iddah

🌺 Hukum Iddah menurut syarak

Wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

🌺 Hukum Berkabung menurut syarak

Wajib ke atas wanita yang kematian suami sahaja!.

Manakala, bagi saudara-mara, anak pinak, cucu-cicit harus berkabung hanya 3 hari sahaja.

Sumber Hukum

Hukum-hukum ini diambil dari nas dan dalil-dalil sahih iaitu Surah Al-Baqarah ayat 228, Surah Al-Talaq ayat 1 dan 4 dan hadis Ibnu Majah.


Maaf, photo kurang jelas sebab ambil direct dari screen slide ustaz.


Apa Hikmah Adanya Hukum Iddah?

🍎 Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Tujuannya untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami terbaharu dikahwininya.

Cantiknya Islam dalam menjaga zuriat dan asal-usul keturunan.

🍎 Untuk Iddah Talak Raj'ie (Talak yang boleh dirujuk), 
hikmahnya sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku untuk kembali rujuk kepada isterinya.

🍎 Bagi wanita kematian suami tempoh iddah tersebut sebagai:
tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.
tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.


Ustaz Misbah menerangkan secara terperinci hal-hal Iddah dan tak jemu melayan persoalan-soalan dari jemaah.


Antara jemaah muslimah yang hadir. Khusyuk mendengar pencerahan ustaz.


Para jemaah muslimin juga turut hadir memandangkan hal iddah ini bukan saja wanita perlu tahu hak-haknya. Kaum lelaki juga perlu tahu apakah tanggungjawab mereka dan batas-batas mereka dalam hal iddah ini.


Alhamdulillah, walaupun saya terlambat 5 minit menghadiri kuliah, Allah beri rezeki saya duduk di barisan hadapan, berhadapan dengan ustaz. Dalam mana-mana majlis ilmu saya suka duduk di barisan hadapan. Para ilmuwan pesan, duduk di hadapan lebih mendapat keberkatan guru. Insya Allah.
(Saya bertudung hijau, no 3 dari kanan)



Antara muslimah yang hadir. Ramai juga hadir kuliah kali ini. Tekun kakak kita ambil nota.

2 Jenis Iddah

1) Iddah kerana diceraikan
2) Iddah kerana kematian suami



Tempoh Iddah Wanita Yang Diceraikan

1) 3 X suci dari haid
✅ dicerai
✅ pernah disetubuhi
✅ tidak mengandung

2) 3 Bulan
✅ dicerai
✅ telah putus haid (menopous)
✅ sudah tua
✅ wanita tiada haid

3) Hingga Lahirkan Anak
✅ diceraikan dalam keadaan mengandung

4) Tiada Iddah
✅ diceraikan
✅ tidak pernah disetubuhi oleh suaminya

Wanita diceraikan suami dengan talak raj'ie ( talak 1 dan 2 ) boleh dirujuk semula.

Beza menutup kulit dan menutup aurat?

Ustaz ada bawa isu, ada seorang muslimah di sebuah busana muslimah menyoal, Apa beza menutup kulit dan menutup aurat?

Ustaz jawap : sekiranya kita pakai kain nipis pun dikira menutup kulit. Tapi menutup aurat tidak dikira sekiranya kain yang menutup itu nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh. Sedangkan yang wajib adalah menutup aurat.

Hak-hak isteri yang telah diceraikan dalam tempoh iddah
1) Dalam tempoh iddah suami wajib menyediakan tempat tinggal
2) Wajib menyediakan makan dan minum untuk bekas isteri

Sila tonton Video yang dikongsikan di bawah ini untuk lebih jelas.

1) VIDEO 1 (SILA KLIK)

2) VIDEO 2 (SILA KLIK)


Tempoh Iddah Wanita Kematian Suami

Ada 4 situasi yang berbeza untuk Iddah kematian suami

Situasi 1:

Selepas Cerai Raj'ie, Kematian Suami, Tidak mengandung
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 4 bulan 10 hari
✅ Kiraan Iddah bermula pada tarikh kematian.

Situasi 2:

Talak Ba'in (talak 3, tidak boleh rujuk), Kematian Suami, Tidak mengandung, 
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 3 X suci @ 3 Bulan
✅ Kekal Iddah asal iaitu Iddah Talak Ba'in. Iddahnya tidak bertukar kepada Iddah kematian suami

Situasi 3:

Kematian Suami , Telah disetubuhi atau belum disetubuhi, Tidak mengandung
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 4 bulan 10 hari
✅ Wanita yang kematian suami bukan saja wajib ber'iddah malah wajib juga berkabung

Situasi 4:

Kematian Suami, Mengandung
✅ sedang mengandung
✅ Tempoh Iddah : sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
✅Tamat Iddah selepas melahirkan sama ada anak hidup atau mati atau keguguran yang telah membentuk janin atau sekadar segumpal darah menurut pakar itu adalah kandungan sebenar.

Kiraan Masa Iddah



🌺 Masa Iddah secara syariat agama dihitung dari terakhir kali berhubungan badan dengan suami dan dalam keadaan suci

🌺 Misalnya ketika terakhir bersetubuh lalu esok harinya isteri mendapatkan haid maka perhitungan masa Iddah dimulai ketika isteri sudah suci dari haid.

🌺 kiraan yang betul untuk mencukupkan 3 x haid
suci - haid -> 1 x
suci - haid -> 2 x
suci - haid -> 3 x

🌺 Lama waktu masa Iddah adalah 3 Quru. Sebahagian pendapat mengatakan 3 quru adalah :

3 X haid
3 Bulan
3 Bulan 10 hari (100 hari)

🌺 Ramai orang memakai masa Iddah 3 bulan 10 hari (100 hari)

🌺 Sebaiknya ikutilah cara tuntutan syariat kerana jika terjadi suami rujuk kepada isterinya diakhir masa tempoh Iddah menurut hukum negara dan melakukan persetubuhan ketika itu dikhuatiri akan menjadi zina di mata Allah.

Isu-isu semasa Iddah Kematian Yang Perlu Diambik Perhatian

🌺 Hukum keluar bekerja
Dibolehkan wanita yang kematian suami keluar bekerja (atau untuk urusan lain yang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalam Iddah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami atau hingga melahirkan anak jika hamil)

🌺 Hukum memakai hiasan
Haram ke atas wanita kematian suami berhias selama waktu Iddah.
Perhiasan diri yang dilarang seperti:
✅ berinai
✅ bersolek dll

Perhiasan pakaian dan barang kemas yang dilarang seperti:
✅ cincin
✅ gelang emas atau perak
✅ batu permata 
✅ pakaian bercorak dll





🌺 Diharuskan berpindah
Wanita dalam Iddah boleh berpindah dari rumah yang diduduki dengan alasan takutkan ancaman keselamatan dirinya, anak dan hartanya atau terganggu/mengganggu jiran atas keberadaannya di kawasan itu.

🌺 Wanita dalam Iddah tidak boleh keluar menziarahi anaknya.
Namun begitu jika hatinya sedih atau sunyi disebabkan kehilangan suaminya dan memerlukan teman berbual dari kalangan anaknya sendiri. Makanya dia boleh pergi ke rumah anaknya yang sangat berdekatan dengan rumahnya tanpa bermalam di rumah anaknya.

Sekiranya anaknya jauh dan tidak memungkinkan ia pulang dalam masa yang singkat, dan tiada anak lain yang dekat, dibolehkan bermalam.

Antara perkara yang diharuskan dan tidak menjadi larangan semasa dalam Iddah ialah memotong kuku dan mengemas rumah.

🌺 Macam mana pula hubungan suami/isteri dengan bekas keluarga mertua

Adik-beradik kepada suami adalah tidak mahram.
kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh buka aurat. tidak boleh bersentuhan (bersalaman) berduaan dan sebagainya

Apabila pasangan telah meninggal sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak sebesar ketika dia masih hidup. Namun digalakkan hubungan baik itu terus dipelihara terutamanya dengan individu yang dikasihi pasangan ketika hidup.

Baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan orang yang dikasihi oleh Syaidatina Khadijah semasa hayatnya.

Sessi Tanyalah Ustaz?


1) Apakah adab wanita berIddah dalam media sosial?

Ustaz jawab: 
✅ Bukan dalam Iddah pun wanita perlu menjaga adab bersosial.
✅ Berhubung dengan keluarga diharuskan.
✅ Berhubung dengan lelaki lain - haram (kecuali dalam hal kerja yang sangat perlu)
✅ Bercakap dengan lelaki lain harus dengan syarat intonasi suara yang tidak mengghairahkan.
✅ Bagi salam diharuskan

2) Mengiringi jenazah hingga ke kubur?

Ustaz jawab:
✅ Bagi wanita dalam Iddah dinasihatkan tidak perlu ke kubur
✅ Tidak digalakkan isteri dalam Iddah ke kubur. Dikhuatiri meratap, menangis yang akan menyeksa jenazah dalam kubur. Dikhuatiri juga terjadinya percampuran antara lelaki dan wanita semasa di kawasan perkuburan.
✅Wanita lain diharuskan pergi dengan syarat menjaga batas pergaulan, menjaga aurat,tidak campur lelaki dan perempuan dan tidak meratap hiba.

✅ Ustaz juga mengulas bagaimana hukumnya menziarahi kubur di hari raya?
Ustaz jelaskan lebih baik menziarahi tempat yang mengingati kita kepada Allah iaitu kubur yang mengingatkan kita ke arah kematian yang bakal kita semua tempuhi daripada menziarahi tempat yang yang melalaikan contohnya menziarahi rumah saudara tetapi tak ingat nak solat.

3) Bergaul dengan orang lelaki di tempat kerja?

Ustaz jawab:
✅ Berwassap dan bercakap hanya untuk bidang kerja saja.

4) Bolehkah wanita dalam Iddah keluar ke majlis ilmu?

Ustaz jawab:
Harus hanya untuk ilmu fardhu ain contoh ilmu solat.
Tak harus untuk ilmu fardhu kifayah

5) Sekiranya wanita dapat tawaran haji pada tahun tersebut bolehkah ia keluar ke kursus haji?

Ustaz jawab:

Ada 2 jawapan:

1) BOLEH,
sekiranya tarikh menunaikan Haji lambat lagi (selepas tamat tempoh Iddah) atas dasar keperluan menuntut Ilmu Haji. Dengan syarat Haji yang bakal ditunaikan adalah Haji Wajib (Haji kali pertama).

Sekiranya ada peluang menuntut Ilmu Haji tersebut selepas habis Iddah, elakkan hadir sewaktu Iddah tersebut. Tangguhkan hadir kelas sehingga habis Iddahnya nanti.

2) TIDAK BOLEH,
sekiranya tarikh Hajinya menempuh waktu tempoh Iddah ( Haram menunaikan Haji dalam waktu Iddah).

Tangguhkan kelas Hajinya ke tahun hadapan. Hajinya juga perlu ditangguhkan ke tahun hadapan.

Alhamdulillah, banyak perkara perihal Iddah telah terungkai. Namun masih banyak lagi persoalan yang bermain diminda. Sebab perihal Iddah ini sekiranya tidak berlaku terhadap diri sendiri ramai yang tak ambil cakna.



Gambar kenangan bersama Yang Berbahagia Ustazah Syarifah dan Ustaz Ahmad Misbah 

Mudah-mudahan ilmu dikongsikan ini dapat manfaat anda semua. Mohon ustaz dan ustazah halalkan. Mana yang baik datangnya dari Allah dan yang kekurangannya dari diri saya sendiri dan mohon maafi.

Wallahu'alam.

Sekiranya anda suke entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur silalah SHARE.