Tuesday, October 7, 2014

QURBAN DAN AQIQAH 2014 SURAU AL-MUSTAQIM MENCATAT SEJARAH!

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirohmanirahim. Segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu kembali di Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini iaitu tahun 1435 Hijriah bersamaan tahun 2014 Masihi. 

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt disamping keluarga tercinta dalam menyambut Aidil Adha.

Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam Ibadah Aqiqah dan Qurban yang diadakan oleh Jemaah Surau Al-Mustaqim di Kejiranan Taman Lestari Putra 7 (LEP 7) Seri Kembangan, Selangor.

Lazimnya, saya akan mengambil bahagian untuk Aqiqah anak-anak saya. Almaklumlah anak ramai. Setiap tahun hantar borang Aqiqah.

Insya allah sekiranya dipanjangkan usia, tahun hadapan saya nak isi borang Qurban pula.


Bermulalah sirah disunatkan Qurban dan kisah Habil dan Qabil 2 orang anak Nabi Adam
Hadis tuntutan Sunat Ibadah Aqiqah

Syukur alhamdulillah tahun ini Surau Al-Mustaqim mencatat sejarah sepanjang beberapa tahun melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah tahun ini surau menerima penyertaan Aqiqah paling ramai. Hampir 2 1/2 ekor lembu dari 5 ekor lembu yang dikorbankan hanya untuk aqiqah. Manakala 2 1/2 bahagian lagi untuk Qurban. Alhamdulillah....syukur, ini bermakna semakin ramai masyarakat kita sedar sangat besar fadilatnya Ibadah Qurban dan Aqiqah.

Logo Qurban Jemaah Surau Al-Mustaqim

Memandangkan Aqiqah disunatkan disedekahkan dalam keadaan telah dimasak, ini bermakna tahun ini jemaah memasak kena kerja keraslah sikit.
 
Jom layan photo-photo yang sempat dirakamkan sepanjang Qurban dan Aqiqah yang dilaksanakan seawal jam 7.30 pagi hingga ke waktu zohor.

Lembu dah sampai seawal pukul 1 pagi di Surau Al-Mustaqim


5 ekor lembu di tambat rapi menunggu untuk dikorbankan
Mujurlah 5 kawan lembu tu tak terfikir nak buat macam ni.

Pengerusi Jemaah surau memberi amanat kepada penyembelih lembu.

Khemah untuk proses melapah pun dah get ready
Ok, tukang sembelih dah ready..
Khemah pun dah ready...
On your mark, get set, GOOO!!!....marathon sembelihan Qurban bermula.

Anak-anak pula tak sabar-sabar ingin menonton acara seterusnya yang menjadi pengalaman dan ingatan mereka dewasa kelak

Peringatan, untuk aksi seterusnya sekiranya anda lemah semangat tolong scroll laju-laju yer...jangan marahkan saya kalau anda pengsan pulak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar....
Sekejapan telah dilapah


Meh! Meh! salam mintak maaf dulu dengan lembu ni.
Jom tengok video dia pulak. Lagi nampak real! Check it out!




Sementara menunggu giliran 5 ekor lembu untuk dikorbankan. Jom kita jengah di belakang surau pulak.

WAhhhh!!!! lagi happening kat belakang surau nih. Ingatkan kaum muslimin saja yang ada, Kaum muslimah menyorok di dapur surau rupanya ye...

Dah namanya orang dapur sudah tentu berhappening di dapur ye tak?

Makan kenyang-kenyang dulu ye sebelum kerah tenaga melapah daging.

Sekali sekala main masak-masak cenggini seronok jugak kan...
 
Isi perut dulu lah. Pengsan nanti nak lapah 5 ekor lembu nih.
 Lapah Time


kaum muslimin berhempas pulas melapah daging

ada 5 kepala ni. Selesailah!!!

lenguh tengkuk aku bro!!
Sementara kaum muslimah di bahagian dapur surau

Boleh interview tak sikit? Dah berapa ekor lembu cik zah lapah eh?

Anak-anak pun sibuk tunjuk kreativiti mereka di samping daging lembu

lidah lembu ni, sapa makan mulut boleh becoookkk...

liat jugak nak siat lidah nih!

Jemaah muslimah yang tekun melapah daging, cyioookkk lah!

Alahai cik Tina, kontrol ayu la konon cuci daging gitu.

Jemaah bawang-bawangan.

Jemaah lapah-lapahan
sambil-sambil tu jamah-jamahan

Seronok sekali-sekala gotong-royong bersama kejiranan Taman. Dapat mengeratkan silaturahim dan ukhwah.
Daging Qurban vs Daging Aqiqah

Memandangkan kami jemaah surau Al-Mustaqim membuat ibadah Qurban dan Aqiqah dalam waktu yang sama, jadi untuk daging Qurban kami bahagi-bahagikan dan sedekahkan dalam keadaan mentah sedangkan aqiqah dagingnya sunat dimasak dan disedekahkan dalam keadaan telah dimasak dagingnya.

proses menimbang daging Qurban
 
Daging Qurban yang akan diagih-agihkan
Daging Aqiqah perlu dimasak dahulu sebelum disedekah dan diagih-agihkan

Berkawah-kawah masak tu

Paru masak kicap

Sup tulang...pergghhhh terliur tu

Kari daging in the making

bilalah dapat makan ni, bau dah sedap nih!!

Garangnya Master Chef Cik Zah nih!!!


Tahlil dan doa selamat ringkas

Sementara mereka yang di dapur menyiapkan hidangan. Tepat jam 12.30 tengah hari selepas majlis lapah melapah selesai. Jemaah surau mengadakan majlis tahlil dan doa selamat ringkas.

Didoakan semua jemaah surau dan kejiranan LEP 7 serta kejiranan berhampiran kami , ibu bapa kami, saudara mara kami, sahabat handai kami, guru-guru kami serta seluruh kaum muslimin dan muslimah beroleh kesejahteraan dan keberkatan dunia akhirat.

Makan Time

Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Setelah hampir terputus tenaga berhempas pulas melangsaikan 5 ekor lembu untuk dilapah, mereka dijamu dengan lauk-pauk hasil lapahan mereka.


Alhamdulillah...yeh! makan time.

Ibadah Qurban dan Aqiqah tamat sejurus selepas azan zohor berkumandang. Namun begitu ada proses pembungkusan masih diteruskan untuk lauk-pauk yang bakal disedekahkan.

Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana dikelilingi oleh jiran tetangga yang masih mengamalkan gotong-royong dan masih mengekalkan ukhwah dan silaturahim.

Apa yang saya nampak di sini, sesuatu perkara kalau buat secara jemaah akan menjadi mudah.

Cuba anda bayangkan bagaimana nak selesaikan 5 ekor lembu dalam masa hanya setengah hari siap masak sekali untuk aqiqah sekiranya tanpa jemaah.

Persoalannya, berapa ramai orang yang hidup di bandar masih mengamalkan hidup berjemaah dan ukhwah seperti ini?

Renung-renungkanlah!

Anda suka dengan entri saya kali ini. Anda suka? sila LIKE dan SHARE dengan menekan button di bawah.

Terima kasih kerana sudi mencuci mata.

Salam Aidil Adha,
Hafizah Mahfoz sekeluarga.







































Thursday, October 2, 2014

ALHAMDULILLAH.....PETROL NAIK LAGI!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan sekalian? saya doakan anda dilindungi Allah swt hendaknya.

Tau tak apa cerita terhangat baru-baru ni?



Yes....petrol naik lagi!

Marah ke? hmm...dah lali kan. hebohlah di Whatsapp, FB, Telegram..     

Kali ni petrol naik berapa pulak?

                                                                          


Apalagi sibuklah pemilik kenderaan sanggup beratur panjang memenuhkan tangki minyak mereka seolah-olah petrol yang mereka isi penuh nanti boleh beku sampai bila-bila atau dengan harapan boleh bertahan hingga tahun depan. Boleh ke? hhehehehhee.....


Isu petrol naik setiap tahun ni saya tak pandai nak komen sangat. Saya ni jenis menerima saja walaupun perit nak ditelan.

Tetapi saya berminat ingin kongsikan komen dari seorang usahawan muda yang berjaya mengulas tentang kenaikan petrol ini. Jom Check it out!

---------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Sejak petang dan malam semalam, Newsfeed saya di Facebook, Whatsapp dipenuhi dengan berita harga minyak RON95 dan Diesel dah naik 20 sen.

Kalau anda tanya saya, saya sendiri tak puas hati dengan kenaikan harga yang mendadak macam ni. Bukan 5 sen, bukan 10 sen, bukan 15 sen. Tapi 20 sen. Saya rasa, di pihak kerajaan. Alang alang nak naikkan harga minyak. Baik naikkan tinggi sket. Sebab kalau naik 5 sen pun orang marah, naik 10 sen pun orang marah. Baik naik 20 sen terus.

Alah... lagi pun, kalau rakyat nak marah pun. Bukan rakyat boleh buat apa pun. Pilihan raya 4 tahun lagi. Banyak lagi masa. Nanti sebulan sebelum pilihan raya, mereka bagilah BRIM RM1200. Rakyat akan terus memilih mereka. Rakyat Malaysia mudah lupa.

Dari segi ekonomi, kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel ini memberi kesan berantai terhadap produk produk lain. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam kos pengangkutan. Harga gula akan naik, harga tepung akan naik, harga telur akan naik, harga ikan akan naik. Pendek kata, SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA.

Bukan Ini Yang Mahu Dibincangkan

Sebenarnya, saya bukan mahu berbicara mengenai kenaikan harga minyak ini. Saya tahu, pasti dan pasti ia akan memberi impak yang teruk kepada kita semua sebagai pengguna. Bersiap sedialah dengan kenaikan harga barang.

Ini belum dicampur dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Ini belum dikira GST yang akan dilaksanakan selepas ini. 

Anda tak boleh lari dari berhadapan dengan situasi ini. Kita telah 'memilih' mereka 3 bulan yang lepas. So, kita mesti memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan situasi sebegini untuk 4 tahun akan datang sebelum kita membuat sebarang keputusan. Itu pun, kalau kita mahu.

 
Ini Masalah Dunia

Saya langsung tak menyebelahi kerajaan disebabkan kenaikan harga minyak ini. Tapi, saya juga nak kita semua faham. Sebutlah negara mana pun. Anda pergilah kemana pun. Semua harga barang di seluruh dunia dah naik. Ini betul. Hakikat yang terpaksa kita akui.

Saya bersembang dengan pekerja Bangladesh saya, mereka beri tahu. Harga barang di Bangladesh naik hampir 2 kali ganda berbanding 6 tahun lepas. 

Pergilah ke negara Indonesia misalnya. Harga minyak di sana pun sudah naik. Walaupun Indonesia juga merupakan negara pengeluar minyak.

Pergilah ke US, UK, France atau dimana mana sahaja. Masalah inflasi berlaku dimana mana sahaja. Kadar peningkatan inflasi lebih laju berbanding kadar kenaikan gaji kita.

Namun.... Tiada apa yang mampu kita lakukan. Semua ini diluar kawalan kita. By hook or by crook. Kita tak boleh elak harga minya akan naik. Kita tak boleh elak harga barang akan naik. Kita tak boleh elak berhadapan dengan krisis ekonomi. Suka tak suka..... Terimalah seadanya.

Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia. 

Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan Semasa

Apabila berlakunya kadar peningkatan kos kehidupan hari ini. Saya amat benci apabila ada menteri yang berkata.

"Kalau harga ayam naik, kita semua jangan makan ayam."

"Kalau harga gula naik, kita kurangkan makan gula."

"Kalau harga minyak naik, guna motosikal. Jangan guna kereta."

Wak lu beb....... Saya marah gile dengan......... Senang senang aje mereka bagi 'solution' macam ni. Kalau macam ni, baik lantik saya aja jadi Menteri. Saya pun boleh cakap kalau macam ni.

Lepas tu, panasnya telinga dengar.

"Kita akan pastikan, kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat". 

Adoyai. Harga barang tak naik pun rakyat dah terbeban. Inikan pula harga barang dah naik. Mesti lagi terbeban.

 
Pilihan Di Tangan Anda

Sebelum ini, maksud saya sebelum saya dengar ceramah Prof Muhaya dan kursus Dr Azizan Osman. Saya antara mereka yang dok 'melenting', 'marah' kerajaan bila berlaku kenaikan harga minyak ini.

Tapi, selepas saya mendengar ceramah dari mereka berdua. Mentaliti saya berubah. 

Saya tidak boleh mengubah ekonomi dunia. Tetapi, saya boleh mengubah ekonomi saya. Ekonomi dunia di luar kawalan saya. Tetapi, ekonomi saya dibawah kawalan saya. Saya boleh 'control' ekonomi saya sendiri. Saya yang pilih sama ada mahu mempunyai pendapatan besar atau pendapatan kecil. 

 
Pilihan Di Tangan Saya

Apa yang saya ingin kongsikan, tak usahlah kita mengeluh atau mencarut marahkan kerajaan, (Dalam hati tengah marah ni, tapi rileks saja) sebab jika kita marah macam mana pun kepada mereka, ia tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barangan yang bakal menjelang.

Apa yang saya boleh buat untuk menghadapi situasi ini? Dulu saya mesti merungut. Tapi selepas pergi Kelas Dr Azizan, saya diajar untuk buat 2 benda.

1) Kurangkan kos kehidupan
2) Cari jalan tambah pendapatan

Dan inilah yang saya lakukan sejak awal tahun ini. In fact, sekarang ia sudah membuahkan hasil. Saya sudah ada EBOOK RAHSIA PELAJAR CEMERLANG yang memberi pendapatan pasif kepada saya setiap bulan.

Saya bantu Maria buat bisnes Shaklee secara online. Yang mana selepas 6 bulan buat bisnes, Maria terpaksa berhenti kerja. Dan selepas 9-10 bulan. Kini Alhamdulillah. Maria dah mula dapat merasai pendapatan 5 angka. Ya, 5 angka. Sudah melebihi 10 kali ganda daripada gaji Maria semasa berhenti kerja.

Saya juga sedang merancang pelbagai lagi 'projek-projek' kecil yang boleh memberi pendapatan pasif kepada saya.

Ini pilihan yang saya buat. Saya tak mahu mengurangkan perbelanjaan hidup saya. Saya lebih rela bersusah payah mencari jalan untuk menambah pendapatan saya berbanding bersusah payah mengurangkan perbelanjaan hidup saya.

Sekarang !!! Pilihan Di Tangan Anda

Para pembaca yang saya kasihi sekalian, dengarlah apa yang saya kongsikan ini. Hari ini, kenaikan harga barangan pasti berlaku. Dan ia tidak akan berhenti. Harga barang akan terus meningkat. Sooner or sooner. Tahun depan naik lagi. Dua tahun depan, naik lagi. Dan begitulah seterusnya. Jangan mimpi harga barang akan turun ok.

Suatu hari nanti, gaji anda tidak akan boleh menampung 'gegaran kewangan' ini jika anda tidak bertindak dengan segera.

Tapi, jika anda tidak bertindak sekarang. Saya tidak rugi apa apa. Mungkin, satu hari nanti. Bila anda sudah 'tersepit' waktu itu, barulah akan ada di antara anda yang mula faham. "Inilah yang aku baca di blog Firdaus dulu".

Harap anda tidak perlu berhadapan dengan situasi ini.

Pada waktu itu, anda akan rasa 'menyesal'. Mengapa anda tidak bertindak hari ini. 

 
Nasihat Saya Kepada Anda

Kepada para pembaca yang saya kasihi, pembaca blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Jika anda seorang yang berkerja dan pendapatan anda sudah stabil. It's ok. Insya Allah. Anda tidak akan bermasalah menghadapi kenaikan harga barang ini. 

Kenaikan gaji anda mampu untuk 'cover' kenaikan harga barang.

Tapi, saya ingin bercakap dengan sebahagian besar pembaca blog ini yang mungkin termasuk dalam golongan seterusnya. Iaitu, pendapatan anda biasa biasa sahaja. Tak sempat cukup bulan, duit dah nak habis. Terpaksa berhutang di sana sini.

Jika anda termasuk dalam golongan ini. Saya nasihat saya kepada anda. Berubahlah. "INIKALILAH, ANDA MESTI BERUBAH".

Jangan buat Over Time di tempat kerja anda untuk menampung kenaikan harga barang ini. Ia hanya menyelesaikan masalah anda seketika sahaja.

TAPI, BUATLAH SESUATU YANG LAIN. UNTUK MENDAPAT HASIL YANG BERBEZA, KITA PERLU MELAKUKAN PERKARA YANG BERBEZA.

Cadangan saya...... BUATLAH BISNES

Tolonglah diri anda. Buatlah sebarang bisnes. Carilah mentor yang sudah berjaya dalam bisnes yang ingin anda ceburi. Belajarlah daripada mereka. Kemudian,  bertindaklah segera. Buat secara perlahan lahan. Part time. 

Buat bersungguh sungguh. Pada waktu ini, janganlah merungut. Sebab hidup anda akan berubah. Hidup anda akan 'sengsara'. Sebab anda terpaksa melakukan terlalu banyak perkara pada satu satu masa.

Dan apabila anda hendak menceburi satu satu bisnes, buatlah bisnes yang kurang risiko. Tak memerlukan modal yang besar. Dan boleh dimulakan secara part time.

Mudah mudahan. Suatu hari nanti. Anda akan menjadi seorang yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Pada waktu itu, anda akan tersedar. Anda berubah hari itu disebabkan harga minyak naik hari ini.

Pada waktu itu, anda akan terasa. "Alhamdulillah..... Harga Minyak Naik Hari Itu"

Sebabnya, kenaikan harga minyak inilah yang telah menyebabkan anda berubah. Berubah dari seorang yang hidup biasa biasa kepada seorang yang hidup luar biasa.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda.

Selamat berjaya. Selamat berjuang. Semoga anda kaya dan berjaya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
kredit kepada mariafirdaus.com.my

Amacam? sentap tak?
Kalau tak sentap memang hati anda keras tahap gaban lah!

Betul kata Sifu saya ini. Saya pun pernah mengikuti beberapa seminar Dr Azizan. Kita tidak boleh kawal ekonomi dunia tetapi kita boleh kawal ekonomi kita.

Sama ada kita inginkan ekonomi kita yang cukup-cukup makan ini saja, atau pun memang tak cukup langsung....atau kita tingkatkan ekonomi kita.

Sama ada anda ingin kurangkan perbelanjaan anda atau cari jalan tambahkan pendapatan anda. Saya seperti Firdaus, nekad untuk cari jalan tambahkan pendapatan saya.

Saya tak sanggup anak saya tak cukup makan. Saya tak nak 'terminate'kan line telefon saya. Saya tak mahu anak saya pergi sekolah tanpa wang perbelanjaan. saya tak nak perbelanjaan dapur saya dikurangkan, macam mana saya nak masak macaroni cheese kegemaran anak saya nanti yang mana cheese boleh tahan mahalnya.

Saya tak sanggup rumah saya bergelap sebab tak cukup duit nak bayar bil letrik. Saya tak sanggup air rumah kena potong sebab dah 3 bulan bayaran tertunggak.

Saya tak sanggup jual kereta saya dan hanya menunggang motosikal dengan 5 orang anak saya (macam dalam photo di atas)...oh tidakkkkk!!!

Saya tak mahu anak saya tak pergi holiday time cuti sekolah nanti. Semua tu perlukan banyak perbelanjaan. 

Saya tak mahu baju saya, baju anak-anak saya, baju suami saya pun tinggal separuh. Dah tu kena cut!

Tak nak, tak nak cut! cut! malah saya nak dapatkan kehidupan lebih sempurna dari sekarang.

Kalau saya tak tambahkan pendapatan saya, bagaimana saya ingin memenuhi perkara-perkara yang saya mahu.

Alhamdulillah dari petrol naik inilah saya mula sedar saya perlukan penghijrahan. Dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Macam mana tu?

Semua ada dalam ebook di bawah.

Anda bagaimana??? Nak potong perbelanjaan harian anda ke? Rasanya tak boleh nak potong lagi kot....

Tak payah klik ebook saya ye kalau rela dipotong!


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!





www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah

DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 

Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  

Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..


Sekiranya ada suka dengan entri saya sila tekan butang LIKE dan SHARE. Semoga anda dapat manfaatnya

Terima kasih kerana sudi membaca.

Pengguna Tegar Petrol,
Hafizah Mahfoz

 

Wednesday, October 1, 2014

THE POWER OF BLOG

Assalamualaikum wbt,

Salam ukhwah sahabat-sahabatku sekalian, Apa khabar? Saya doakan anda berada dalam lindungan Allah sentiasa. Lama rasanya saya tak post entri. Rindu pula.

Kali ini saya nak bercerita tentang betapa Powernya Ber'Blog'. Sapa yang tak tahu Blog tu apa? Inilah fiezabard.blogspot.com adalah salah satu blog yang anda baca. Terima kasih kerana sudi baca.

Beberapa tahun dulu saya suka follow satu blog dikenali sebagai Red Mummy. Saya sangat pelik macam mana Red Mummy boleh menjana puluhan ribu income dengan hanya berblog. Anda pernah follow Red Mummy?

Rupa paras RedMummy blog

Cuma cerita-cerita kisah hidup seharian dia pun boleh dapat duit poket kan? Heran tak?

Masa tu saya pun heran? Macam mana dia buat ni? dan tak pernah terfikir pun nak contact Red Mummy ni. Kesian saya kan.

Bila saya baca Red Mummy blog ni tercetuslah minat saya nak menulis di blog jugak. Alkisahnya, terciptalah blog fieeeza.blogspot.com mengisahkan hal family saya bermula pada tahun 2008. Tujuannya hanya ingin menyimpan gambar-gambar peribadi family saya.

Tapi saya tak tahu macam mana cara nak jadikan blog lubuk duit. Makanya, jadi lah blog suka suki saja. Sekarang dah lama terkubur.

rupa paras blog pertama saya.
Terkubur tu maksudnya dah lama saya tak update blog ni. Tapi masih ada yang follow saya bila saya check chit chat dalam blog tersebut.

ada lagi follower tu. Tarikh last 4 Jun 2014.
Blog Boleh Buat Duit

Bermulanya kisah blog yang boleh buat duit ni bila saya join Empayar Maria Firdaus. Saya join Empayar Maria Firdaus pada bulan September 2013. Bermakna dah lebih setahun bersama-sama mereka.

Mereka mencadangkan kalau nak buat bisnes rajin-rajinlah ber'blog'. Dan mereka selalu....selalu sangat berpesan.

"Kalau nak berjaya dalam bisnes, onlinekan hidup anda, maka bisnes anda akan ter'online' dengan sendirinya"

Apa kenalah Sifu saya ni minta saya online kan hidup pulak ini. Ingat Banking Online ke? Terfikir juga saya mula-mula macam tu. Online! Online! Online! Almaklumlah dunia tanpa batasan ni, semuanya kena online. Hidup pun nak kena online.

Tak kisahlah nak cerita apa pun. Cerita hari ni masak udang special. Hari ini pergi Zoo Negara. Hari ini dengar kuliah muslimah....

Share...dan share ...dan share macam Red Mummy blog. Saya suka baca blog dia sebab dia suka bercerita kisah harian dia setiap hari. 

Biasalah, anda sendiri suka baca kisah hidup orang kan? Haaa....jangan tipulah tak suka...

Fitrah masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu, rata-rata suka busy body. Macam mak Jemah, sapa mak Jemah ni. Alahai, macam tak biasa sok sek sok sek. Bila jumpa kat toilet je sok sek sok sek. Bila sekali sekali jumpa kat pasar je sok sek sok sek.

Daripada sok sek sok sek hal orang. dah tentunya dapat saham kubur. Baik kita sok sek hal sendiri. Dapat gak saham kubur. Tapi saham yang membawa kebaikan kerana kita share perkara yang baik-baik saja supaya boleh dimanfaatkan oleh ramai orang.

Sifu saya pesan lagi,

"Kalau kita nak berjaya, kita kena bantu ramai orang"
"Lebih ramai orang yang kita bantu, kejayaan akan datang dengan sendirinya"
"Help Others to Help Others To Help Others"

Mulanya, saya tak setuju dengan Sifu saya ni. Perlukah kita kongsikan dengan orang luar apa yang kita buat seharian? Haishhhh....malulah orang lain tahu kisah hidup kita.

Tapi orang kata, jangan engkar cakap sifu. Buat je!

Jadi, saya ikut cakap sifu. Dalam seminggu at least saya pastikan ada entri yang saya post dalam blog fiezabard ini. Tambahan lagi, kali ini saya rasa amat mudah ber'blog' berbanding dengan blog yang pertama kerana kami ada Group Blogger di bawah naungan Empayar Maria Firdaus (MFMS)

Dalam group ini kami boleh berkongsi, bertanya dan bercerita pengalaman khas hanya untuk para blogger MFMS.

Tak kurang juga yang rajin mengkritik dan memberi komen. Mereka ini adalah Mentor Blogger saya. Kerana tanpa pengkritik dan peng'komen' blog kita tak akan ada 'improvement'. Saya sangat berterima kasih dengan Para Pengkritik tetap Blog MFMS iaitu En. Faizal dan En. Azman.

releks la En Faizal. Saya ni jenis boleh terima kritikkan membina. Takut pulak En Faizal kot saya kecik hati.
The Power Of Blog

Saya tak percaya tau macam mana blog bercerita kisah-kisah kita boleh buat duit. Ada saja suara-suara kecil yang bisik " Blog MariaFirdaus boleh lah, dah ramai follower dia, lagipun ayat dia power gileeee".

Allah maha berkuasa nak menunjukkan kepada hambaNya yang naif ni, Kebetulan semalam Closing Day, 30 hb kan. Saya belum cukup point lagi seperti yang di 'target' kan.

Entah macam mana, selepas solat dhuha pagi semalam saya tengok handphone saya. Dan ada message Whatsapp dari orang yang tak pernah saya kenali.

Whatsapp dari orang yang saya tak pernah jumpa dan kenali.
Ok...seronoklah saya kan dapat order baru untuk mencukupkan point target saya. Syukur alhamdulillah.

Selidik punya selidik rupanya dia dapat nombor saya dari blog fiezabard (blog sayalah tu) bila dia google. Wow! ini yang saya kata Blog Impact! First time saya dapat customer dari blog saya. Sapa tak happy!!

1st time dapat customer from my blog. I am sooooo...happy
Kalau MariaFirdaus confirm dah terlalu biasa dengan situasi ini. Tetapi bagi saya inilah saat yang beri inspirasi kepada saya. Baru lah ku tahu macam ni rasanya bila kita ada follower. Dari situ baru saya percaya BLOG BOLEH BUAT DUIT! macam Red Mummy buat. Macam blog MariaFirdaus. 95% customer MariaFirdaus adalah dari pembaca dan follower blognya. Insya allah, kalau MariaFirdaus boleh, kalau Red Mummy boleh, confirm saya boleh juga.

blog MariaFirdaus yang awesome


Amacam! percaya tak BLOG WILL MAKE JUTARIA!!!!

Selain Maria Firdaus dan Red Mummy yang telah menjadikan blog sebagai lubuk duit. Ada seorang lagi jutawan yang sekarang telah menjana lebih 1 Juta sebulan incomenya hanya dengan ber'blog'

tadaaaaaa!!!!! this is my idola merangkap grand grand grand nanny dalam bisnes saya.

my idola, muda lagi dalam awal 30-an telah menjadi Jutawan Muda hanya dengan blog
Walau apa pun strategi bisnes kita, hanya Allah yang menentukan kejayaan kita. Dekatkan dengan Allah. Kami di Empayar Maria Firdaus sangat menekankan hubungan dengan Allah untuk menjamin keberkatan dan kejayaan dunia akhirat.

Sekiranya anda rasa entri saya kali ini boleh dimanfaatkan sudi-sudikan LIKE dan SHARE.

Sekiranya anda nak rasa macam saya rasa. Nak jadikan blog lubuk duit macam saya boleh klik e-book saya di bawah.

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!






DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 

Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..


Terima kasih kerana sudi membaca, Enjoy Your BlogWalking!

Blogger Amatur,
Hafizah Mahfoz.