Friday, November 21, 2014

5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 3

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat sekalian?..Saya doakan anda kaya dan berjaya serta bertaqwa.

Belum habis lagi pasal Master Celebration Maria Firdaus. Panjang rupanya cerita Master Celebration yang very happening dan fantastic ini sehingga 3 part entri saya. Padahal hanya 1/2 hari saja meraikan Master yang disayangi itu.

Entri kali ini saya ingin membawa anda kepada perkongsian Maria sendiri bagaimana beliau terjebak dalam bisnes Shaklee ini secara tak sengaja. 

Cerita ini tidak lengkap sekiranya anda tidak menghabiskan baca 2 entri saya sebelum ini. Entri ini adalah kesinambungan dari 2 entri yang lalu. Sila habiskan baca entri sebelum ini dulu ye. Baru anda faham.

5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 1

5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 2

Sejarah Terjebak

Share je tak payah jual pun
 Bermulanya Maria tercinta dengan Shaklee adalah selepas melahirkan anak mereka yang kedua iaitu Fateh.

Semasa anak pertama Farees, Maria belum kenal Shaklee lagi. Maria sering keletihan, stress dan mengalami kekurangan susu. Sehingga pada satu ketika Maria mengalami post-natal depression. Orang Amerika panggil meroyan.

Bila anak Maria menangis, Maria pun turut menangis sama kerana mengenangkan susu yang kurang. Anak juga mengalami masalah demam kuning hingga di tahan ward.

Semasa mengandungkan anak kedua. Maria tak mahu pisang berbuah dua kali lalu Maria mula cari di Google cara mengatasi masalah seperti semasa beliau melahirkan anak pertama dulu.

Yang menjadi tanda tanya, bila Maria search google saja keluar Shaklee. Bila search je keluar Shaklee.

Persoalannya, bagus sangat ke Shaklee tu? Maria masih ragu-ragu masa tu. Hingga suatu hari di kampung dia nampak birasnya iaitu Master Ainul bawa beberapa botol Shaklee.

Maria tanya Ainul, best sangat ke Shaklee ni?
Ainul berkongsikan testimoni beliau menggunakan Shaklee.

Ainul kata, masa anak pertama beliau tak fullybreastfeed. Alhamdulillah, masa anak kedua dan telah menggunakan Shaklee, Ainul dapat menyusukan babynya secara eksklusif.

2 minggu sebelum bersalin Ainul telah membelikan Maria Shaklee.

Produk pertama yang Maria guna adalah ESP (Energizing Soy Protein). Selepas menggunakan Shaklee Maria kata badannya rasa sihat, tak stress dan sangat bertenaga.

Kelahiran yang kedua ini, Maria boleh tersenyum tidak menangis lagi. Segala masalah yang dihadapi semasa melahirkan anak pertama telah diatasi dengan Shaklee serta dengan izin Allah.

Semasa melahirkan Farees anak pertama Maria, Beliau hanya sempat menyusukan sehingga usia 3 minggu saja. Selebihnya Maria berikan Farees susu formula.

Rupa-rupanya Farees allergic dengan susu formula. Ekzema Farees boleh dikatakan tahap kritikal kerana bila digaru boleh sehingga berdarah.

Masa tu Maria saja yang tahu bagaimana besarnya cabaran menjaga anak ekzema. Malam tidurnya tak lena. Bila anak tak boleh tidur, ibunya juga tak boleh tidur. Sedangkan esok paginya Maria perlu ke tempat kerja seawal pagi.

Alhamdulillah, Maria kata selepas mengambil OMEGAGUARD, ekzema Farees tidak seteruk sebelum ini dan beransur-ansur hilang. Kalau ada pun tidak begitu parah. Kalau dulu kena ekzema memakan masa sehingga 2 minggu untuk baik. Namun selepas menggunakan Shaklee sekejapan saja ekzemanya hilang.

Selain itu Maria juga menggunakan Krim MultiPurpose Herba Blend untuk menghilangkan kesan-kesan ekzema pada badan Farees. 

Hasilnya amat menakjubkan. Saya juga menggelar Herba Blend ini adalah 'Magic Krim'.

Pasal apa paggil 'Magic Krim'. Kerana Herba Blend adalah krim multipurpose yang boleh menghilang sebarang kesan pada kulit.

Pengalaman Amazing saya dengan Herba Blend ini adalah satu ketika minyak panas terpelanting mengenai bawah mata saya. Alhamdulillah tak terkena tepat biji mata saya (Allah maha melindungi hambanya, syukur).

Orang tua kata kalau kena minyak panas bubuh garam supaya tak pedih dan parut cepat hilang.

Masa tu terfikir, macam mana saya nak letak garam kat betul-betul bawah kelopak mata ni. Garam masuk mata dah satu pasal.

Tetiba dapat idea, Herba Blend kan ada. Terus saya sapu di tempat yang terkena minyak tu. Rasa yang nyaman...tak pedih dan sangat selamat kerana ia tidak mengandungi racun.

Esoknya kesan terkena minyak panas tidak merasai sakit dan parut pun cepat hilang. Kalau lambat hilang, kesian Cik Puan Fiza ni dah tak cun lah.

Berbalik kepada perkongsian Maria, Maria juga berkongsikan kesan SET KURUS SHAKLEE terhadap suaminya Master Firdaus. Kalau dulu Firdaus menggunakan baju saiz triple X L. Sekarang, dengan bangganya Firdaus dah boleh guna baju saiz M.

Cuba lihat sendiri

beza banyak tak Firdaus dulu dan sekarang

 Ini yang dinamakan sharing. Pada mulanya, Maria menghadapi kesukaran untuk berkongsikan dengan ramai tentang SET KURUS. Tetapi setelah suaminya Firdaus berjaya kurus dalam masa 3 bulan, barulah mudah untuknya sharing dari hati.

Kami di Empayar Maria Firdaus diajar jangan sesekali menjual. Tapi kami diajar bagaimana nak bantu orang lain dengan berkongsikan pengalaman-pengalaman kita dengan produk yang kita ambil atau orang lain ambil. 

Pendek kata, apa yang anda rasa, anda kongsikan dengan orang lain. Semakin ramai orang yang boleh anda kongsikan, semakin ramai yang boleh anda bantu, semakin besarlah kejayaan anda.

"The More You Give, The More Your Get Back"

Maria berkongsikan bagaimana mereka mencapai Rank Master Coordinator (Rank yang tertinggi dalam Shaklee) dalam masa hanya 9 bulan.

Bonus pertama Maria hanya RM96. Dari nilai 2 angka inilah telah melonjak mereka ke mercu kegemilangan. Sekarang mereka telah memegang sehingga 5 ANGKA sebulan hanya duit dari BONUS yang Shaklee berikan.

Kehidupan Maria sebagai Engineer dulu sangat berubah kini. Dulu gaji Maria tak sampai RM5,000. Orang lain tengok gaji RM5,000 tu nampak besarkan? Tapi Maria berimpian gaji bulanannya 5 ANGKA. Kalau Maria masih engineer sudah tentu punah harapannya.

Maria kata kitalah yang mencorakkan hidup kita. Bukan nasib yang mencorakkan hidup kita.



Acara kemuncak


Acara memotong kek
bersama barisan master-master yang hebat. Di sebelah Maria itulah Mama Cery peneraju Jutawan Shaklee
Empayar Maria Firdaus Team

 Di kemuncak majlis kami didendangkan lagu yang sangat bersemangat "Shaklee All The Rock".

Sayang sekali ketika ini saya tak berkesempatan bercanda bersama mereka. Waktu ini saya sibuk menguruskan anak kecil saya yang tetiba muntah-muntah.

Namun saya akan kongsikan kegembiraan rakan-rakan saya bercanda.

Bertuahnya Cikgu Suhana Gojes dapat berduet dengan Mr. Victor Lim. Sifu Faizal ( pengkritik tetap group BLOGGER MFMS) shoot gambar selfie sikit.
 Jom layan photo-photo yang sempat diambil waktu itu.

Saya dan Mommy Shaklee gebus saya, Master to be Kam Haryatie
Saya dan Mamacilik, Nanny cilik saya Affni Shahida, Master to be juga ni
Bersama Master Kam Maria
I want to be a Master Coordinator like them
 Jom kita layan photo di luar dewan pula. Tak perlu kata apa-apa. Biar photo yang bercerita.

Man In Black


Dengan cikgu Suhana Gojes

Sifu Faizal dan Afham

En. Latif (tulang belakang yang menjayakan surprise kita) dan Afham


Kak Lazimah dan Cikgu Gojes

Aksi-aksi Master Maria Firdaus Yang Luar Biasa




SWEET FAMILY
Alhamdulillah, selesai sudah Master Celebration yang paling happeninglah. Saya doakan agar Master Maria Firdaus beroleh kejayaan demi kejayaan dan dikurniakan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Pendek kata, mudahkan nak berbisnes kalau kita tahu caranya. Bisnes secara berjemaah lebih baik dan lebih cepat menuju kejayaan daripada bisnes sorang-sorang. 

Sekiranya anda masih tercari-cari apa bisnes yang ingin anda lakukan, let's join us. Percayalah anda akan merasai 'fantastic' nya.

Apa yang saya kongsikan di sini sebenarnya sebesar zahrah saja elmu mereka. Banyak lagi yang saya dapat bila berada di dalam Group yang happening ini terutamanya MFMS Group.


MFMS THE MOST HAPPENING AND FANTASTIC SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA! 
Saya harap anda enjoy dengan cerita saya. Jika anda suka entri ini, mohon anda tekan LIKE button di bawah dan SHARE. Semoga ia memberi inspirasi kepada orang lain unutk turut berjaya.

LOVE MFMS,

Hafizah Mahfoz

#MFMSTheMostFantasticShakleeTeamInMalaysia
#Shaklee
#EmpayarMariaFirdaus
#KlinikUsahawan
#MagnetKejayaanKekayaan 
#ebooksorryboss



------------------------------------------------------------------


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah

DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

Wednesday, November 19, 2014

5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 2

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku yang budiman. Saya doakan anda dikurniakan kekayaan dan kejayaan dunia akhirat.

Seperti dijanjikan, hari ini saya akan menyambung kisah setengah hari saya menghadiri Master Celebration Maria Firdaus baru-baru ini.

Kepada anda yang belum baca entri saya yang terdahulu, saya sarankan anda baca entri saya sebelum ini sampai habis. klik link di bawah.


Rahsia telah terbongkar

Master Firdaus membongkarkan rahsia kejayaan mereka dengan penuh semangat

Saat dinanti-nanti, iaitu perkongsian Master yang diraikan iaitu Master Mohd Firdaus.

Energy yang tinggi
Master Firdaus naik ke pentas dengan penuh bersemangat dan sangat-sangat bertenaga. Itulah sebenarnya rahsia utama mereka boleh berjaya dengan cepat.

Ia tidak dinafikan, saya pernah bertanyakan kepada Master Firdaus bagaimana saya nak berjaya?

'Energy'. Berulang-ulang kali Master Firdaus berpesan, kalau kita nak berjaya dengan cepat kita perlu ada energy yang sangat sangat tinggi. Akak dah cukup energy ke? Macam tu lah soalan yang sering Master tanya saya. Sentap sekejap.

Senyum menjana cas positif
Rahsia kedua, kalau anda nak berjaya dengan cepat anda perlu sentiasa senyum. Perkara yang senang tapi susah nak buat, betul tak?

Sekiranya anda senyum, anda telah menyebarkan cas-cas positif walaupun senyum di hadapan laptop untuk menulis blog. Pembaca blog anda pasti tahu anda menulis ketika anda sedang tersenyum (amanat Master Firdaus)

berapa banyak cas positif boleh ditarik bila kita tenung baby senyum macam ni. ALWAY SMILE!!!!

Percayalah, sekiranya anda kurang senyum anda sukar untuk menarik cas positif.

Ini baru sedikit Rahsia yang dibongkarkan, sila baca entri saya sampai habis untuk membongkar lebih banyak rahsia lagi.

Background Master Firdaus

Insan yang bernama Mohd Firdaus Mat Saad ini bukan calang-calang manusia. Beliau adalah Best Student University Sheffield, United Kingdom dalam bidang Engineering.

Cuba anda bayangkan, sekiranya bekas pelajar cemerlang seperti Mohd Firdaus ini balik dari oversea sudah tentunya bekerja di pejabat berhawa dingin dengan bertali leher. Gah di Kota Raya.

Tetapi yang menjadi ke'pelik'kan saya, Bekas Best Student Universiti terkemuka Luar Negara ini sanggup bergelumang dengan ayam-ayamnya dengan memakai boot 'Phua Chu Kang' demi menyahut cabaran abangnya yang meminta beliau berniaga.

Waktu ini Master bercerita hingga bergenang air matanya kerana teringatkan jatuh bangunnya bisnes ayamnya.

Master Firdaus bercerita kisah suka dukanya dengan ayam
2 tahun pertama bisnes ayamnya menerima kejatuhan yang amat teruk tapi tidak dihebahkan umum. Tiada seorang pun tahu jatuh bangun bisnesnya ketika itu kecuali emaknya.

Master Firdaus kata, orang biasa-biasa percaya kalau nak buat bisnes kena ada modal besar. Kalau nak buat bisnes kena ada kedai. Kalau nak buat bisnes kena ada pekerja. Betul ke?

Pada tahun 2012, baru Master Firdaus dapat formula bagaimana bisnes dengan betul sekiranya kita ada ilmu.

Pada mulanya dewan agak lengang, tetiba penuh bila Master Firdaus mula bercerita suka duka bisnesnya
5 Rahsia Kejayaan Maria Firdaus

Master Firdaus berkongsikan 5 rahsia mereka boleh berjaya hingga ke hari ini. Master berpesan kalau kita nak berjaya anda mesti ada M.E.S.T.I

Apa tu MESTI?

Sapa yang dah tahu apa itu MESTI Say 'I'. Sapa yang tak tahu lagi, cakap dengan orang sebelah 'KESIANNNN'.

M : MENTOR YANG BERJAYA

Kalau kita nak berjaya kita kena ada MENTOR yang berjaya. Kena rapat dengan Mentor yang berjaya. Akhirnya anda akan dapat jalan singkat untuk berjaya. Sebab anda dapat tiruvasi Mentor anda yang telah berjaya.

Saya dah ada Mentor yang berjaya. Siapa? Tanya orang sebelah sapa Mentor kamu?

E : ELMU

Kalau anda nak berjaya anda kena ada EMOSI dan ILMU yang betul. Tanpa ILMU anda akan sentiasa langgar tembok. Tanpa EMOSI anda akan mudah putus asa.

S : SISTEM/STRATEGI

Kalau anda teringin nak berjaya anda juga perlu ada SISTEM dan STRATEGI yang betul. Tanpa SISTEM dan STRATEGI bisnes anda akan meraban nanti.

T : TINDAKAN yang luar biasa

Kalau anda ingin cepat berjaya, TINDAKAN juga perlu luar biasa. Sekiranya ada Mentor, Ilmu dan Strategi tetapi tiada TINDAKAN yang luar biasa. Bisnes anda lambat nak berjaya. Bukan tak berjaya tetapi lambat.

I : IMPIAN yang luar biasa

Sekiranya anda ingin berjaya luar biasa, anda juga perlu menanam IMPIAN yang luar biasa. Berangan boleh tapi bukan berangan Mat Jenin ok.

Yang buatkan saya terharu bila Master Firdaus berkata, antara impiannya adalah nak jadikan EMPAYAR MARIA FIRDAUS The Most Happening And Fantastic Team In Malaysia telah pun menjadi kenyataan dimana kami telah memberi suatu kejutan sebentar tadi. Nak tahu apa kejutannya sila baca PART 1 (SILA KLIK).

Maria tak nak bisnes

Master firdaus cerita, pada mulanya Maria tak nak bisnes. Maria pergi kerja balik kerja. Selesa sangat dengan kerjanya sebagai Engineer. Selesalah sangat.

Pada masa tu, Firdaus kata pada Maria "pergilah kerja, abang nak rehat kat rumah" . Bila setiap hari macam tu, Maria jadi stress.

Kehidupan Maria berubah selepas pregnant anak mereka yang kedua. Waktu tu Maria sering keletihan dan kepenatan.

Yang jadi mangsanya ialah Firdaus. Firdaus kena hantar Maria pergi kerja dan mengambilnya pada petang hari. Tempat kerja Maria tak de lah jauh sangat. 1 1/2 jam pergi dan 1 1/2 jam balik. Jadi, Firdaus kena spend masa lebih kurang 5 jam di atas jalan raya.
 
Akhirnya, Firdaus cakap kat Maria " you have to change ". Maria kata " Nak ubah apa, ok apa sekarang ni "

Maria penat. Maria letih. Maria tak larat. Dia kata dia OK???

Firdaus tanya pada Maria 5 soalan

1. You nak gaji berapa ribu sebulan???
2. Di mana nak kerja???
3. Nak pakai kereta apa???
4. Rumah macam mana nak duduk???
5. Nak melancong ke mana???

Soalan yang tersengap. Dengan saya pun tersengap juga. Sebab situasi Maria dan apa yang Maria nak tu pun saya nak jugak.

"Kalau nak dapat yang luar biasa, kena ada tindakan yang luar biasa"

Mungkinkah Maria naik stage ini sekiranya dia tak berubah?

Master Firdaus pesan kalau kita nak bisnes kita berjaya kita kena ada produk yang bagus. Kalau kita nak bisnes kita super duper berjaya, kita kena ada agen yang ramai. Bisnes tak akan super duper berjaya kalau buat sorang-sorang.

Sistem shaklee memenuhi kriteria yang Master Firdaus cakapkan itu. Shaklee adalah di antara produk yang terbaik di dunia. SHAKLEE TERBAIK DI DUNIA (SILA KLIK).

3 TIPS BISNES YANG BERJAYA

Tak cukup dengan rahsia kejayaan mereka yang telah dibongkarkan, Master Firdaus berkongsikan tips kejayaan sesuatu bisnes tak kira bisnes apa yang kita nak buat.

1. Matlamat Kena Betul
Kalau anda nak bisnes matlamat kena betul. Apa matlamat anda? Buat bisnes Shaklee bukan nak kaya. Buat bisnes sebab nak mengubah hidup orang lain. Buat bisnes untuk menyelesaikan masalah orang lain. Buat bisnes nak memperbaiki kehidupan orang lain.

Sekiranya anda dah buat semua matlamat tu insya allah jangan risau anda akan terpaksa jadi kaya.

2. Bantu Orang Lain Untuk Capai Impian
Bantu lebih ramai orang lain mencapai apa yang mereka impikan. Barulah anda akan mencapai apa yang anda impikan.

"LET ENOUGH PEOPLE TO GET THEY WANT, THEN YOU GET ENOUGH YOU WANT"

3. Cari ILMU, Cari ILMU, Cari ILMU
Saya percaya yang datang pada hari Master Celebration bukan calang-calang orang. Ada yang Engineer, Ada yang doctor, Ada lecturer tak kurang juga peguam.Rata-rata mereka bergaji 5,8, 10 ribu sebulan.

Cuba anda bayangkan, berapa tahun anda belajar untuk mendapatkan gaji awal RM3000 sebulan (gaji permulaan)? Hampir 2 abad lebih kurang 17 tahun kan untuk dapatkan income sebulan sebegitu banyak.

Takkan dengan bisnes Shaklee sebulan buat anda jangkakan dapat 5 hingga 6 angka. Imposible.

Nak income besar, cari ilmu yang betul.
Nak income besar, guna strategi yang betul.

Guna cara yang betul insya allah bisnes anda akan berjaya.

Tips Bonus : Jaga Hubungan Dengan Allah
Akhir sekali Master Firdaus pesan, kalau kita nak bisnes kita super duper berjaya, kita kena jaga hubungan dengan Allah. Rapat dengan Allah.

Berdoa, yakin Allah tolong kita dengan syarat kita tolong ramai lagi orang lain.

Insan yang menjadi tulang belakang dan banyak menyokong kejayaan Maria Firdaus
Ikuti 5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 3 bagaimana Maria mengharungi bisnes ini secara mudah pula. Nantikan episod seterusnya yang semakin hangat....check it out!!!

Apa yang saya kongsikan di sini sebenarnya sebesar zahrah saja elmu mereka. Banyak lagi yang saya dapat bila berada di dalam Group yang happening ini terutamanya MFMS Group.

MFMS THE MOST HAPPENING AND FANTASTIC TEAM SHAKLEE IN MALAYSIA!



Saya harap anda enjoy dengan cerita saya kali ini. Jika anda suka entri ini, mohon anda tekan LIKE button di bawah dan SHARE. Semoga ia memberi inspirasi kepada orang lain unutk turut berjaya.

LOVE MFMS,

Hafizah Mahfoz

#MFMSTheMostFantasticShakleeTeamInMalaysia
#Shaklee
#EmpayarMariaFirdaus
#KlinikUsahawan
#MagnetKejayaanKekayaan 
#ebooksorryboss


------------------------------------------------------------------
EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
www.ebooniaga.com/sorryboss/hafizah

DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..
 

Monday, November 17, 2014

5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 1

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat sekalian, saya doakan anda dikurniakan kekayaan dan kejayaan dunia akhirat.

Kenapa saya mendoakan begitu. Kerana semalam saya telah diberi cas positif. Cas yang mengujakan.

Alhamdulillah, semalam pada 16 November 2014 saya sempat menghadiri Master Celebration Maria Firdaus iaitu Mentor saya di Pullman, Putrajaya yang gilang gemilang.



Majlis bermula 10.30 pagi. Untuk tidak ketinggalan moment-moment yang istimewa saya telah sampai sebelum pukul 10 pagi lagi.

Orang pertama yang saya jumpa adalah Kak Lazimah dari Seremban.Terserempak sebelum masuk Lif untuk ke dewan di Tingkat 2. Tengok tu dari Seremban pun boleh turun. Malulah kalau yang duduk area Lembah Klang tak turun.

Kak Lazimah berdiri no 2 dari kanan, bergambar kenangan dengan Master Zahirah (baju marron). Ambil aura orang yang telah berjaya. Sebelah kanan sekali Kamariah dan saya di mana?
 Sementara menunggu pintu dewan di buka untuk umum kami pun bercanda-canda bergambar-gambar dengan rakan-rakan seperjuangan.

rupa paras dewan yang bakal meraikan Master yang gilang gemilang (sedang bayangkan photo Master Fiezabard di situ)

Bersama rakan seperjuangan dari kanan cik Zeeta gojes, Pn Lazimah anggun, Pn Kamariah, Pn Hafizah dan anak-anak, Pn Shima dan anak-anak.

Kepada sesiapa yang belum tahu siapa yang kami raikan ini. Ini adalah susur galur Maria Firdaus.

"Untuk berjaya kita kena berdampingan dengan orang yang berjaya"

"Kalau kita nak bau wangi kena berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi tersebut, sedikit sebanyak kita akan terpalit sedikit bau wanginya"

Betul ke betul!

Inilah Mentor-mentor yang kusayangi (susur galur Maria Firdaus), saya di bawah susur galur Maria Firdaus
 Sebaik saja pintu dibuka umum, saya sekeluarga bergegas mencari tempat duduk.

Wahhh! ada tempat duduk VIP.

Sedang bayangkan, tahun hadapan saya pula duduk di tempat RESERVED ini.
Alhamdulillah kami bertujuh beranak berada di sini. Yang kat barisan belakang tu sibuk ber'Telegram' dalam group la tu.
Stage idaman semua distributor

Antara tetamu yang hadir
 Saat yang ditunggu akhirnya tiba jua. Pengantin hari ini yang diraikan iaitu Master Coordinator Maria Firdaus masuk ke dewan. Betul-betul macam pengantinlah. Bezanya, tak ada pelamin. hanya stage disediakan untuk mereka.


alahai si faress terselit dicelah pintu
bersedia untuk Master Parade

Master berdua mengambil tempat diiringi oleh President Shaklee Malaysia Mr. Victor Lim


Majlis dimulai dengan kata alu-aluan Mr. Victor Lim (President Shaklee Malaysia). Sila tonton ucapan yang sangat bermakna dari President Shaklee Malaysia.

UCAPAN KATA ALU-ALUAN MR VICTOR LIM (SILA KLIK)

Kaya Cas Positif

Sejurus selepas itu Presidential Master Mama Cery pula memberi kata yang sangat bermotivasi dan berinspirasi. Mama Cery adalah antara Master idola saya. 

Perasan tak carta Susur Galur Maria Firdaus di atas ( tak ingat cuba scroll atas ). Mama Cery adalah Master di tangga yang teratas.


Mama Cery (Presidential Master Shareeza)
Apa yang menarik, Mama Cery kata Empayar Maria Firdaus adalah group yang sangat hebat dan istimewa. Persoalannya, apa yang sangat-sangat istimewanya Empayar Maria Firdaus ni. 

Sekiranya anda nak tahu Maria Firdaus ini sering berada dalam lambakan cas positif. Tiada sebarang kata-kata negatif pun dalam sebarang posting mereka sama ada dalam FB atau Blog.

Siapa yang pernah follow blog www.mariafirdaus.com pasti setuju dengan kata-kata Mama Cery.

Saya sendiri suka follow blog mereka kerana mereka menulis hanya yang positif belaka.

Kerana apa? apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita buat semua itu DOA. sekira yang baik kita fikir, baiklah jadinya. Sekiranya apa yang kita tulis negatif, maka negatiflah jadinya.

Mama Cery sering berpesan berhati-hati semasa menulis diblog atau di FB...tulis yang positif saja.


http://fiezabard.blogspot.com/2014/11/5-rahsia-kejayaan-jutawan-dalam-masa-9.html

  Berlagak ke kalau kongsikan kejayaan?

Yang ini pula adalah perkongsian Master Ainul iaitu Mommy Shaklee Maria Firdaus ( sila rujuk susur galur Maria Firdaus di atas ).

perkongsian Master Ainul
 Master Ainul adalah biras kepada Maria. Yang mana Suami Maria, Mohd Firdaus adik beradik dengan suami Master Ainul.

Kisahnya mereka ini iaitu Master Maria dan Master Ainul sering berkongsi rasa dan perasaan masalah mereka.

Mereka sama-sama Engineer suatu ketika dulu sebelum jadi Work-At-Home-Mom (WAHM). Sama-sama sibuk, sama-sama tidak ada masa yang berkualiti untuk famili.

Rupanya, bukan saya saja yang mempunyai masalah seperti mereka. Saya sebagai Jurutera Sistem di sebuah syarikat swasta, sering merasai tak cukup masa berkualiti dengan famili, stress dengan kerja hakiki, stress dengan traffic jem setiap hari untuk ke tempat kerja, tak sempat nak masakkan famili. Balik rumah dah letih, penat. Anak terabai. Tak sempat nak tengok homework anak. Tak sempat nak ajar mengaji anak. Anak diswasta jagakan...Allahuakhbar! Cukup bulan dapat gaji bayar hutang.


Sebenarnya, ramai lagi yang menghadapi masalah seperti saya, Master Maria dan Master Ainul. Adakah anda antaranya?

Insya allah, saya juga ingin mengikuti jejak langkah mereka menjadi Work-At-Home-Mom (WAHM) suatu hari nanti. Tak sabar nak pecat bos saya.

Master Ainul berpesan supaya sesiapa yang inginkan kejayaan dalam Shaklee, kejar rapat-rapat mak atau mommy mereka. Kami di sini tidak memanggil Upline atau Downline tetapi panggil mommy atau mak supaya terasa tiada jurang dalam berbisnes. Disamping itu, panggilan seperti itu menambahkan lagi keakraban dan silaturahim.

Master Ainul berpesan lagi supaya selalu sharing apa yang kita dapat, apa yang kita buat dalam bisnes. Biar orang lain kata kita takbur ke...berlagak ke...abaikan. Pengalaman saya sendiri pernah dikecam sebagai takbur bila saya sharekan keistimewaan Empayar Maria Firdaus.

Persoalannya,
Adakah mereka peduli nak bayarkan kereta kita setiap bulan?
Adakah mereka peduli nak bawa kita ke oversea setiap tahun?
Adakah mereka peduli nak bagi kita CASH setiap bulan?
(ini ayat saya)

kerana mereka yang terjebak dalam Shaklee ini insya allah akan diberi ganjaran 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION BONUS (bercuti setiap tahun).

Macam saya yang baru dapat 1C saja iaitu CASH BONUS setiap bulan pun dah sangat-sangat bersyukur...lagilah pula nanti dapat CAR BONUS dan CONVENTION BONUS...mahunya melompat tak hingat punya, Alhamdulillah.



Selempang Keramat


Sejurus selepas Master jemputan berucap, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian Selempang Keramat untuk pemegang gelaran Master Coordinator Shaklee. Antara impian saya suatu hari nanti saya ingin memiliki Selempang Keramat ini.


Macam abang dengan adik Master Firdaus dan Mr Victor Lim (President Shaklee Malaysia)


Panjang juga Selempang Keramat ni


For you brother Firdaus ( tu agaknya Mr Victor Lim cakap kat Firdaus)


To you to Maria








Dipuncak kecemerlangan Shaklee


berikan tepukan gemuruh kepada Master Maria Fidraus (itulah kot Ms Emcee Ms Suk Nik cakap)


Surprise daripada anak didik Maria Firdaus

Majlis yang gilang gemilang ni bertambah rancak dan sangat hebat bilamana kami anak-anak didik Maria Firdaus mengadakan kejutan untuk mereka berdua.

Perancangan rapi telah dibuat beberapa minggu sebelum Majlis ini. Kami tubuhkan satu group telegram Surprise MFMS! tanpa menjemput mereka dalam group tersebut supaya rahsia surprise kami tidak terbongkar.

Hasilnya sangat-sangat awesome. Kami berjaya membuatkan mereka berdua sebak dan berjuraian air mata. Kami yang membuat surprise untuk mereka pun sebak juga.


Menanti untuk buat kejutan buat Master berdua
Pertama kali dalam sejarah dalam Master Celebration Shaklee anak-anak didik naik pentas berkoir. Sangat happening dan fantastic!!
Video Surprise

Di sini saya juga sertakan video surprise yang membuatkan Master kami berjuraian air mata. Jemput tonton.

VIDEO SURPRISE EMPAYAR MARIA FIRDAUS TEAM MEMBERS (SILA KLIK)

Alhamdulillah surprise kami menjadi walaupun hampir terkantoi dengan Master Firdaus.

Tahniah team Surprise MFMS! Rahsia surprise yang tidak terbongkar.

Anda juga dijemput menonton saat-saat juraian air mata Master Maria dan Firdaus. Jemput tonton.

VIDEO JURAIAN AIR MATA MASTER (SILA KLIK)


Raise Me Up! lagu kami untuk Master kesayangan

Akhirnya air mata Master tidak dapat ditahan

Penghargaan dari Team untuk Master kesayangan

Anda perasan tak apa yang saya nampak dalam photo ini?

kalau anda perasan, tak kira kaum bapa atau kaum ibu kami tidak meninggalkan anak kami dalam sebarang program bisnes yang kami ikuti.

Cuba anda lihat saudara eddy ni pula, sweet kan. Ada ke mana-mana event bisnes macam ni punya sweet.

Bisnes ini adalah bisnes keluarga, tujuan kami berbisnes adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang entah berapa tahun sejak kami bekerja yang telah kami abaikan.

Kalau anda perasan antara entri blog saya sebelum ini kebanyakkannya anak-anak akan turut sama. Saya yang mempunyai 5 orang anak ini juga akan memastikan mereka tidak saya tinggalkan dalam setiap event Shaklee.

Sila klik BISNESKU BERSAMA MEREKA ANAK-ANAK DAN SUAMI

Antara sebab saya takut nak join bisnes MLM dulu sebab saya takut saya akan lebih jauh dengan famili. Saya lebih sibuk dengan bisnes saya hingga meninggalkan anak dan suami hingga larut malam. Saya takut saya perlu menghadiri coaching-coaching mereka dengan meninggalkan anak dan suami.

Tapi dengan Shaklee saya semakin dekat dengan famili. Sebarang coaching atau event yang berkaitan bisnes akanku angkut askar-askar dan suami saya turut serta kerana mereka lebih menggalakkan ahli keluarga menyertainya. Alhamdulillah, saya dipertemukan bisnes yang menjadi impian saya.

Rapatkan diri dengan Allah
Rapatkan diri dengan famili
Rapatkan diri dengan rakan taulan
Rapatkan silaturahim

Business Woman dan Umi yang hebat! Tahniah Master Maria
Sedangkan Fateh anak Master Maria sendiri tak lekang asyik nak bergendong dengan uminya, sempoilah Fateh anak jutawan. Insya allah Fateh juga akan bakal mewarisi tahta umi dan abi.

Kehangatan Majlis semakin menyerlah. Cerita lebih Fantastic lagi akan menunggu.

Saya akan sambung entri yang lebih hangat dan awesome di 5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 2

Tungguuuu!!!!! Kerana kehangatan baru saja hendak bermula.

Jika anda suka entri ini, mohon anda tekan LIKE button di bawah dan SHARE. Semoga ia memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut berjaya.


LOVE MFMS,

Hafizah Mahfoz

#MFMSTheMostFantasticShakleeTeamInMalaysia
#Shaklee
#EmpayarMariaFirdaus
#KlinikUsahawan
#MagnetKejayaanKekayaan