Thursday, May 4, 2023

Aidilfitri 2023 Memori Terindah

 

 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Hai, Assalamualaikum wbt. Apa Khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Tak terlambat rasanya Kak Fieza ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat anda semua.

Alhamdulillah Syawal pun dah masuk minggu ke-2. Bagaimana sambutan Hari Raya anda tahun ini? Kak Fieza percaya Aidilftri anda disambut dengan meriah sekali.

Bagi kami keluarga fiezabard menyambut Aidilfitri dengan bersederhana. Percaya tak anda  baju raya kami tahun ini ada sepasang itu je la. Seperti didalam gambar. Kepada yang follow Kak Fieza di FB, IG dan Tiktok akan perasan baju raya itu yang Kak Fieza ulang pakai.

Alhamdulillah, walaupun begitu kami sekeluarga dapat berhari raya penuh kemeriahan dikelilingi oleh sanak saudara. Syukur, bila nak dibandingkan dengan saudara kita di Syiria, Palestin bagaimana agaknya hari raya mereka.

Perkara ini yang selalu Kak Fieza tanamkan kepada setiap anak supaya sentiasa bersederhana bila mengingatkan saudara kita di sana.

Kak Fieza rasa puas kerana Aidilfitri 2023 kali ini dapat meluangkan banyak masa berhari raya memandangkan dapat cuti lebih lama lebih kurang 11 hari. Ini bermakna kami dapat meluangkan masa berkunjung ke rumah sanak saudara sama ada belah suami atau belah Kak Fieza sendiri.

Di sini Kak Fieza share memori indah bersama mereka sepanjang Aidilfitri 2023


 Hari Raya Pertama bersama keluarga mertua di Felda Panching Utara, Kuantan, Pahang.

 

Seusai solat Aidilfitri dan makan juadah raya kami ber OOTD di luar rumah. Alahai panas lit lit pun kami sanggup.

Sebelum menjelang hari raya lagi MetMalaysia telah keluarkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga iaitu suhu harian mencecah ke 35 sehingga 37 darjah Celcius terutamanya di kawasan Utara Semenanjung pada hari raya.

Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan 3 kes kanak-kanak meninggal dunia disebabkan stroke haba dengan result post-mortem, internal organ hangus dan kering. Kak Fieza pun tak sangka sampai macam tu effect dia bila kene stroke haba. Nauzubillahiminzalik.


Sebab tu hari raya itu hari kami jarang keluar time panas. Malam baru kami keluar beraya.


Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Mak ayah perlu pantau lebih bagi yang ada anak-anak yang sangat aktif terutama yang kuat bermain di luar rumah.

Pastikan semua kekal hidrasi. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga rasa dahaga.


Anak-anak kita ni memang kene paksa minum air. Kalau tak paksa, diorang memang tak ingat langsung nak minum, yang mereka tahu hanya naik main saja.


Musim raya ni, kita pula sibuk layan tetamu, nak urus hal rumahtangga lagi kadang sampai terlupa nak ingatkan mereka terutamanya anak ramai seperti Kak Fieza.


Sebab tu Kak Fieza sarankan sangat untuk beri anak-anak kita minum air jenis elektrolit seperti Performance Drink Lemon Lime ni.


Walaupun tak cukup 2L minum air, at least dengan bantuan 6 jenis elektrolit yang terkandung dalam PD ni membantu menjaga keseimbangan cecair dalam badan dan elak badan kita kering dengan cepat.


Seronok bila HARI RAYA DENGAN SHAKLEE, Aidilfitri anda lebih bermakna, dipermudahkan dan sempurna

 

Jom Kak Fieza share lagi momen-momen indah Kak Fieza di Aidilfitri


 Acara bersalaman dan kutip duit raya

Malam hari raya pertama kami ber OOTD di Menara Teruntum, Kuantan. Beginilah bila jadi anak bongsu, Affan ramai pulak paparazi.


 

Memandangkan Hari Raya pertama panas sangat cuaca. Jadi, kami putuskan untuk menziarahi kubur arwah atok mereka pada hari raya kedua. Atok mereka dah hampir 5 tahun meninggal dunia. Affan tak pernah tengok atok memandangkan atok meninggal semasa Affan 3 bulan dalam kandungan.

Raya ke-3 baru kami berpeluang menziarahi saudara mara. Ini adalah rumah pusaka peninggalan ayah kepada atok mereka. Rumah ini sangat lajen. Ia dibina tinggi untuk mengelakkan ditenggelami air bila banjir. Kedudukan rumah ini yang berhampiran dengan Sungai Pahang di Pekan kebarangkalian banjir amat tinggi bila musim tengkujuh. Rumah ini didiami oleh Mak Ngah adik beradik belah arwah atok mereka.


 


Mak Dara di tepi jendela. Klasik sangat senibina rumah ini.

Anak tangganya juga unik. Jarang rumah moden sekarang ada anak tangga dan pangkin begitu.

 

 

Selepas beraya di Pekan, Pahang kami terus menuju ke kampung Kak Fieza pula di Muar. Dalam perjalanan melalui Kuantan Muazam Muar, kami singgah Segamat berkunjung ke rumah keluarga belah mak mertua pula. Photo ini adalah tinggalan rumah tradisional Johor. Unik kan?


Bila dah berkunjung pastinya mereka hidangkan dengan juadah yang lazat. Alhamdulillah berat Kak Fieza maintain walaupun makan tak hingat.

Apa yang Kak Fieza amalkan ialah






 

Kak Fieza doakan anda dipermudahkan, sambutan AIDILFITRI anda lebih meriah dan bermakna lebih-lebih lagi dengan Shaklee. 


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

 

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)
 

No comments:

Post a Comment