Hai, Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar anda semua? Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan kesihatan dalam merebut keberkatan 10 malam terakhir ramadhan dan lailatulQadar. Ramadhan juga akan melabuhkan tirainya dan bakal meninggalkan kita. Sedih rasa bila tiada lagi solat terawih, tiada lagi iftar di masjid, tiada lagi program tadarus bacaan Al-Quran beramai-ramai.
Namun begitu persiapan untuk sambutan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi juga tidak dilupakan.
kak Fieza pula mengamalkan sambutan secara bersederhana. Walaupun sederhana tapi perbelanjaan persiapan untuk 6 orang anak memerlukan belanja yang besar jugak. Belum termasuk persiapan untuk ibu dan ayahnya.
Syukur ada DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE 2 minggu sebelum hari raya. Duit raya awal Shaklee tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan persiapan hari raya kami sekeluarga.
Lebih-lebih lagi bila ada INSENTIF SHAKLEE , lebih banyaklah duit raya yang bakal anda dapat. Tak payah garu kepala mana nak cekau duit nak buat persiapan raya.
Maklumlah barang-barang persiapan hari raya agak mahal tahun nih. Baju raya kanak-kanak pun harga RM100 ke atas. Belum lagi baju dewasa yang mencecah RM200 sepasang.
Antara persiapan Hari Raya wajib setiap tahun. Ni pun yang basic sahaja ye.
- Baju Melayu Lelaki - 5 pasang termasuk ayahnya
- Baju Raya Perempuan - 3 pasang termasuk ibunya
- Songkok Raya - dah bertahun tak beli
- Tudung Raya - untuk 3 anak dara termasuk ibunya
- Biskut Raya - at least 10 balang biskut raya dan kerepek ( termasuk untuk hadiah keluarga di kampung dan keluarga mertua)
- Duit Raya untuk anak-anak sedara
Senarai ini adalah senarai basic wajib ada. Belum lagi masuk langsir raya. Langsir Raya tak termasuk dalam budget sebab kita ambil yang basic sahaja.
Bila dihitung congak total perbelanjaan basic secara rawak mencecah RM2K. Sekiranya anda tak percaya anda kiralah sendiri. Begitulah sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar. Syukur Duit Raya Awal Shaklee membantu disamping sponsor by cik somi.
Check List Persiapan Raya
Kak Fieza percaya anda juga sedang membuat persiapan raya dengan cara anda sendiri. Kak Fieza pula buat persiapan HARI RAYA DENGAN SHAKLEE sebelum masuk ramadhan lagi.
Di sini beberapa check list persiapan raya Kak Fieza
✅ Turun berat, hilangkan spare tyre dengan Set Puasa dan Set Kurus Shaklee
✅ Tempah kebaya untuk hari raya dengan tailorlah.
✅ Kulit Berseri di pagi raya dengan YOUTH
✅ Kemas rumah dengan mudah dengan Basic H Shaklee
Misi Berkebaya di Pagi Raya
Sejak dari awal ramadhan lagi Kak Fieza target untuk berbusana kebaya di pagi raya nanti. Dah lama sangat Kak Fieza tak dapat sarungkan kebaya di pagi raya. Last sekali pada tahun 2015. hari berganti hari tahun berganti tahun, selepas melahirkan anak yang bongsu 2018 di tambah pula dengan PKP badan Kak Fieza bagai di pam-pam. Maka lupakanlah nak berkebaya.
Namun tahun 2023 ini Kak Fieza berazam untuk mengenakan Kebaya di pagi raya. Azam Kak Fieza Insya Allah menjadi realiti bila Kak Fieza dah banyak inch loss, spare tyre pun dah mengempis, perut pun dah tak geleber lagi. Syoknya.
Paling menggembirakan berat pun turun 3 kg selama 2 minggu di bulan ramadhan. Dengan izin Allah berkat amalkan SET PUASA dan KURUS SHAKLEE, Kak Fieza dapat KURUS DENGAN CEPAT.
Target Kak Fieza akan turun 5 kg menjelang hari raya. Insya Allah akan menjadi kenyataan bila kita konsisten amalkan Set Puasa dan Set Kurus Shaklee disamping kurangkan makanan yang manis.
Insya Allah impian nak berkebaya di pagi raya akan menjadi kenyataan. Nak OOTD pun nampak molek sahaja.
Nak turun berat dan inch loss pada bulan puasa memang mudah. Tapi nak maintain waktu hari raya nanti adalah satu cabaran yang tinggi.
Mana taknya, dengan hidangan pelbagai juadah hari raya dan manisan pelbagai susah untuk kawal nafsu makan.
Lantaran itu, Kak Fieza akan ready bawa siap-siap bekalan Set Kurus untuk mengawal aktiviti makanan yang masuk ke dalam badan Kak Fieza.
Ini adalah bekalan untuk mengawal berat badan. Konsepnya ialah BAKAR, BUANG dan BINA.
Lechitin & Omegaguard - Agen BAKAR
Lechitin & Omegaguard merupakan Agen Pembakar Lemak. Lechitin berupaya mengemulsi lemak menjadi butiran kecil supaya mudah dibuang. Omegaguard pula merupakan asid lemak yang baik untuk pecahkan lemak jahat.
Herba-lax & Alfafa - Agen Buang
Herba-lax & Alfafa pula merupakan Agen Pembersih. Bila lemak-lemak telah diemulsi dan dipecahkan. fungsi herba-lax dan alfafa untuk mengangkut membuang nyah dari badan kita melalui sistem perkumuhan. Herba-lax dan Alfafa juga baik untuk proses detox.
Protein - Bina
ESP & Cinch Shake merupakan sumber protein untuk bina semula sel dan tambahkan energy. Cinch Shake mengandungi Leucine yang berupaya bina otot dan fungsi otot untuk bakar lemak lebih efektif. Tambahan lagi Protein ESP dan Cinch Shake ini buatkan kita kenyang lebih lama. Jadi, tak adalah anda craving nak makan ketupat, lemang, rendang, masak lodeh dengan banyak.
Minum Air Mencukupi
Macam Kak Fieza akan sediakan air elektrolit PD Lemon Lime Shaklee untuk bawa balik kampung sekali.
Tambahan lagi kita akan sentiasa terdedah suasana luar yang panas bila sessi kunjung mengunjung. Badan mudah dehidrat.
PD bantu untuk maintain cecair dalam badan kita dalam tempoh yang lebih lama. So kita kurang rasa haus dan maintain energy untuk beraya.
🍋Apa beza Performance Drink Shaklee dengan air elektrolit yang lain? Selain bebas dari sebarang gula dan 100% semulajadi, ia ada 6 jenis elektrolit yang terbukti mampu kekal kan tenaga kita lebih lama..
✔Magnesium
✔Potassium
✔Fosforus
✔Kalsium
✔Sodium
✔Klorida
So, Kak Fieza sarankan anda jugakan sediakan air ni untuk 1 family especially untuk family time raya ni.
OOTD dengan Kulit Berseri
Baju kebaya dah ready tapi kalau kulit kusam pun tak cantik nak OOTD. So, Kak Fieza pastikan kulit wajah Kak Fieza sentiasa berseri dengan konsisten amalkan VITAMIN KULIT CANTIK sejak sebelum ramadhan lagi.
Kemas Rumah Dengan Basic H Sebelum Pulang ke Kampung
Sebelum pulang ke kampung, rumah yang bakal ditinggalkan perlu dikemas dahulu. Kerahan tenaga terhadap anak-anak untuk mengemop lantai, lap cermin, bersihkan sawang dan sental sofa yang kotor gunakan BASIC H sahaja. Pastinya mereka tersenyum sebab kerja mereka mudah kerana Basic H pembersih pelbagai guna (multipurpose cleaning) berkuasa membersih setiap permukaan sehingga bersinar tanpa meninggalkan sisa berbahaya dan kesan kotoran. So, tak payah lah bilas selepas mop lantai. Sekali mop je dah bersinar.
Balik Kampung Lebih Bermakna dengan Shaklee
Sebelum pulang ke kampung alangkah baiknya kita membuat persedian rapi supaya perjalanan dan keberadaan kita di kampung nanti dipermudahkan.
Antara Vitamin Shaklee yang wajib dibawa balik Kampung ialah:
CoQ-Plus - untuk kekalkan tenaga dan daya fokus semasa memandu. Khas untuk cik abang yang memandu.
Cinch Tea - Bekalkan tenaga, kesegaran dan perlindungan. Maklumlah nak berkunjung ke rumah saudara mara yang dekat mahupun yang jauh. Tenaga kena maintain.
Performance Drink (PD) - Kurangkan penat, pening dan lesu serta kekal hidrasi.
Vitamin C Plus - Tingkatkan sel imun. Bila berjumpa dengan ramai orang diri kita perlu pertingkatkan sistem imun supaya tidak mudah kena jangkitan.
Nutriferon - Tingkatkan INTERFERON untuk perlindungan dari mudah dijangkiti penyakit.
Hero Kiddo Gummy Bear - Menyokong sistem imun. mengandungi Vitamin C, D, zinc dan elderberry.
Wah, tak sabarnya nak berhari raya di kampung temui keluarga yang tercinta. Bila persiapan rapi telah dibuat kita pun rasa selesa berhari raya dengan meriah dan gembira nanti.
Kak Fieza doakan anda dipermudahkan, selamat menempuhi perjalanan pulang ke kampung dan selamat sampai. Berhati-hati di jalan raya.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
Living With Harmony With Nature
~falsafah Dr Forrest C Shaklee.
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan
No comments:
Post a Comment