Thursday, March 9, 2023

Pengalaman Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee Yang Tak Dapat Dilupakan

 


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda berada dalam limpahan kesihatan.

Pernah tak anda sahur makan nasi kononnya supaya tahan berpuasa siang hari nanti. Tapi sangkaan anda meleset. Jam 10 pagi anda dah kelaparan. Perut dan bernyanyi-nyanyi dondang sayang. Padahal sahur makan nasi bertambah tadi. Kenapa ye?

Jemput baca kenapa jadi macam tu >> Kenapa sahur nasi cepat lapar?

Sebenarnya kalau nak diceritakan pengalaman berpuasa Kak Fieza lebih kurang sama dengan anda semua sebelum ni.

 

Siapa ada rasa begini semasa berpuasa?

  • Rasa mengantuk dan hilang fokus
  • ketidakhadaman perut
  • Dehidrasi, rasa dahaga
  • Sembelit

Kak Fieza juga tidak terkecuali. Di tempat kerja rasa mengantuk tak boleh tertahan-tahan hingga hilang fokus bekerja. Begitu juga semasa driving. Sampai satu ketika Kak Fieza pernah terlanggar kereta di hadapan kerana terlelap sekejap. Sangat merbahaya bila berlaku seperti ini.

Tambahan lagi, walaupun kita dah minum banyak air waktu sahur, sudahnya selepas subuh asyik nak terkucil. Bila tengahari terasa dahaga sangat buatkan diri dehidrasi. Letih dan lemau tu dah jadi kebiasaan di bulan puasa.

Kadang-kadang bila anda makan pelbagai menu seperti makanan pedas dan berkari waktu sahur buatkan rasa ketidak selesaan perut disiang hari. Boleh juga terjadi sembelit bila kita kurang minum air.

Rasa terseksa sangat berpuasa. Padahal kita diharuskan menikmati ibadah puasa dengan gembira.

Belum lagi cerita mereka yang mengalami gastrik. Terseksa bila mereka cuba nak berpuasa tapi keadaan kesihatan mereka yang tak mengizinkan.  

Puasa Semasa Menyusukan

Pengalaman berpuasa yang saya tak boleh lupakan adalah ketika Kak Fieza berpuasa dengan Set Puasa Shaklee.

Kak Fieza kenal Shaklee sejak 2013 lagi, selepas melahirkan Awina, anak ke-5. Sejak itu Kak Fieza konsisten amalkan produk Shaklee terutamanya Set Menyusu Shaklee.

Beberapa bulan selepas itu bulan puasa tiba, Kak Fieza teruskan juga berpuasa walaupun masih menyusukan. Waktu kerja Kak Fieza teruskan pam susu sebanyak 2 sessi pam pagi dan petang.

Alhamdulillah, bekalan susu EBM Kak Fieza melebih dari demand baby. Susu pun pekat. Baby minum cepat kenyang. Walaupun begitu, Kak Fieza tetap bertenaga menjalani rutin harian. Tak ada rasa letih seperti semasa menyusukan anak-anak sebelum ni. Ini adalah asbab Kak Fieza konsisten ambil Set Puasa Shaklee.

Apa tips Kak Fieza kekalkan susu ibu semasa berpuasa? Jemput baca link di bawah ye.

Tips kekalkan susu ibu semasa berpuasa (Klik Di sini)
 

Puasa Semasa Hamil

Semasa hamilkan Affan daya lagi panjat bukit Saujana Hijau, Putrajaya


Pada tahun 2018 pula Kak Fieza disahkan hamil anak ke-6 dalam usia 42 tahun. Bayangkan dah tua-tua hamil. Tergelak bila diingatkan balik. 

Namun tidak mematahkan semangat Kak Fieza untuk teruskan berpuasa walaupun dalam keadaan boyot. Kalau nak difikir logik tentu waktu ini keletihan, tak larat nak buat kerja. Nak bawa badan lagi.

Menakjubkan saat itu syukur, Kak Fieza dapat satu kekuatan yang luar biasa dalam usia 42 tahun hamil. Selain amalkan konsisten produk Set Hamil Shaklee ditambah pula Set Puasa Shaklee, Alhamdulillah Kak Fieza dapat berpuasa dengan sempurna tanpa ponteng walau sehari pun. Padahal waktu tu Kak Fieza kerja outstation yang memerlukan perjalanan jauh setiap hari ke tempat kerja. Syukur sangat dengan asbab Set Puasa Shaklee dengan izin Allah Kak Fieza menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Tambahan lagi, Kak Fieza berupaya untuk berterawih, bertadarus dan bangun qiamulail malamnya. Syukur Allah permudahkan asbab Set Puasa Shaklee.

Berbanding sebelum Kak Fieza amalkan Set Puasa Shaklee, setiap hari lepas solat maghrib badan rasa sangat letih dan nak tidur sahaja.

Jemput baca perkongsian Kak Fieza semasa hamil

Rahsia kekal bertenaga hamil dalam usia 42 tahun (Klik Sini)

 

Anak-anak berpuasa dengan gembira

Bukan Kak Fieza sorang sahaja yang amalkan Set Puasa Shaklee ini. Anak-anak juga Kak Fieza berikan Set Puasa Shaklee dalam usaha untuk menggalakkan mereka berpuasa dengan gembira.

 


 Awina suka minum air Performance Drink. Bila puasa Awina bersahur dan berbuka dengan Performance Drink untuk kekalkan dan kembalikan hidrasi dalam badan. Jadi, anak-anak akan rasa bertenaga sepanjang hari dan kurang rasa dahaga.

Alhamdulillah, sejak Kak Fiezakan berikan Set Puasa Shaklee untuk kanak-kanak, mereka tak mengadu lagi dahaga selepas balik sekolah. Boleh lagi mereka lakukan aktiviti luar walaupun dalam keadaan berpuasa.

 

Perkenalkan 

SET PUASA SHAKLEE 

yang kami amalkan

Set Puasa 1-2-3 


 

Ibadah puasa lebih bermakna semudah 1-2-3


Sebenarnya bila anda pilih makanan yang sihat dan mengandungi nutrisi lengkap untuk diri anda semasa berpuasa, isu seperti mengantuk, lesu, lemau dan dahaga tidak terjadi.



1) ESP : TENAGA SEPANJANG HARI

 


 

ESP (Energizing Soy Protein) merupakan sumber protein yang membekalkan TENAGA kepada tubuh badan anda. ESP berupaya membekalkan TENAGA berterusan. Ianya berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti. Protein tumbuhan adalah lebih baik dari protein haiwan.

Kebaikan ESP

1- Penuh Nutrisi semulajadi mengandungi 500mg Kalsium, 5 Vitamin B dan zat besi.

2- Diperolehi secara semula jadi. ESP adalah protein soya 

  • Non-GMO, 
  • Bebas Gluten, 
  • tanpa perisa tiruan, 
  • tanpa pemanis tiruan, 
  • tanpa pewarna tiruan, 
  • tanpa pengawet. 

3- ESP Rendah Indeks Glisemik (GI), Rendah Lemak, Tiada Kolestrol

4- Tinggi Protein.

  • 14g protein asli untuk setiap hidangan
  • 9 asid amino penting

5- Lembut pada perut

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif
  • Sesuai juga untuk mereka yang ada masalah intoleransi terhadap laktosa
  • Mudah dihadam
  • Sesuai juga kepada menghidap gastrik

6- Lazat

Rasanya sangat lazat berkrim dengan rasa vanilla semulajadi. Ini tak tipu. Kak Fieza memang sukakan rasa soy ESP.


 Juadah bersahur atau berbuka dengan ESP mix kurma. Bukan sahaja lazat malah mengenyangkan. Dah tak payah makan yang lain.


Sekiranya anda rajin boleh buat pelbagai menu ESP yang boleh anda cuba. Resepi di atas sebagai panduan. Nampak mengiurkan.


 

2) CINCH SHAKE : KENYANG LEBIH LAMA

Kebaikan Cinch Mix Soy Protein
 
1- Campuran protein proprietari dengan tambahan 2500g Leucina. Leucina ini membantu bina otot. Sel otot berupaya memecahkan lemak berlebihan. Kepada yang nak slim melim di pagi raya inilah masanya. Amalkan Cinch Shake bersama Set Puasa Shaklee.
 
2- Tinggi protein. 16g protein bagi setiap hidangan.
 
3- Tambahan 20 jenis vitamin dan mineral.
 
4- Tinggi serat baik untuk penghadaman. 
 
5- Rasa kenyang lebih lama dan sebagai pengganti makanan (meal replacement).
 
6- Rendah Indeks Glisemik (GI). >> Klik sini apa Indeks Glisemik (GI)
 
7- Tinggi Kalsium. 300 mg Kalsium bagi setiap hidangan.
 
8- Ada 3 pilihan perisa yang lazat
  • Vanilla
  • Chocolate 
  • Cafe Latte  
 
9- Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan. 
 
Jemput tonton video ini sampai habis. Terliur ke terliur 

3) PERFORMANCE DRINK (PD) : KEKAL HIDRASI

Pengalaman Kak Fieza berpuasa selepas kenal Set Puasa Shaklee, kami berbuka dengan air Performance Drink berbanding air-air lain.
Impaknya sangat berbeza. Sebelum ini bila berbuka dengan air lain, badan rasa malas, lemau dan lepas berbuka rasa malas nak beribadah.
 
Sedangkan bila berbuka dengan Performance Drink , secara automatik badan akan rasa segar bugar. Tenaga re-built semula. Hilang rasa ngantuk, lemau dan bertenaga nak melakukan ibadah seperti terawih dan bertadarus selepas itu.
 
Gambar di atas menunjukkan perbezaan air Performance Drink berbanding dengan minuman isotonik di pasaran.

Set Puasa Kanak-kanak


Anak-anak pula bersahur dan iftar dengan

  • Mealshake - bekalkan protein untuk bekalkan tenaga berpanjangan dan kekal kenyang lebih lama.
  • Hero Kiddo Gummy Bear - Vitamin pelindungan dari mudah terkena penyakit. Mudah dikunyah. Rasa gummy yang lazat.
  • Vitalea for Kids - Multivitamin kaya dengan 18 vitamin dan mineral. Bebas gluten dan mudah dikunyah. 
 
 

Resepi mudah sahur anak-anak
 
Puasa Mudah dan ringkas dengan Set Puasa 1-2-3
 
Sejak Kak Fieza amalkan Set Puasa 1-2-3, masa untuk menyediakan juadah sahur lebih mudah.
 
Walaupun tinggal hanya 10 minit nak imsak, anda masih boleh bersahur dengan tenang dan gembira.
 
Tak ada rasa terkocoh-kocoh takut tak sempat bersahur. Jadi anda kan ada lebih banyak masa untuk beribadah.
 

 Waktu ni nak berpuasa sunat nisfu syaaban baru-baru ni. Masa tinggal lagi 10 minit nak imsak. Sempat lagi bancuh ESP mix Cinch Choc shake. 5 minit lagi sebelum imsak minum pula Performance Drink. Alhamdulillah tahan kenyang lebih lama dan kurang rasa dahaga. Kenyang sampai waktu berbuka pun tak rasa lapar sangat. Nak berbuka pun dalam keadaan tenang. Tak ada rasa kebulur. Syukur ada Set Puasa Shaklee.
 
 

Kepada anda yang belum habis ganti puasa ada beberapa hari sahaja nak masuk bulan Ramadhan. Sempat lagi nak ganti puasa. Jom puasa mudah dengan Set Puasa Shaklee.

 
Kak Fieza doakan anda yang bakal menjalani ibadah puasa dapat menjalani dengan sempurna. 
 
Untuk dapatkan Set Puasa Shaklee boleh hubungi saya segera.

 Promo Set Puasa Shaklee


 

Untuk dapatkan Set Puasa anda dengan harga lebih istimewa hubungi saya segera


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.


Anda ingin lebih info, jemput klik 👉👉 Set Puasa Ramadhan Shaklee

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

No comments:

Post a Comment