Sunday, September 22, 2019

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal




Assalamualaikum wbt


Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kali ni Kak Fieza nak kongsikan kenapa anda perlu bisnes dari muda belia lagi. Kak Fieza bukan pakar motivasi, bukan juga penasihat terhormat.

Kak Fieza hanya ingin berkongsi dengan anda, dari pembacaan Kak Fieza baru-baru ini dari artikel sifufbads dan Dr Azizan Osman kenapa orang muda patut mulakan bisnes dari awal.

Kak Fieza pernah dengar rakan-rakan merungut

"Boleh lagi ke aku nak bisnes ni, umur dah setengah abad dah ni"

Manakala rakan lain pula yang lebih muda pula kata,

"Belum tiba masanya lagilah nak bisnes, tak konfiden pulak nak bisnes muda lagi ni"

Sebenarkan, dalam kamus bisnes tiada istilah dah terlambat atau terlalu awal nak bisnes.

Dalam dunia tanpa sempadan sekarang ni, ramai dikalangan remaja malah anak-anak yang masih bersekolah telah memulakan bisnes mereka.

Kenapa anda patut mulakan bisnes diusia muda?

Meh Kak Fieza ceritakan kenapa anda perlu mulakan bisnes diusia muda ye. 

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal

1. Kurang Komitmen Diusia Muda

Kalau anda perasan dalam usia muda anda belum banyak lagi komitmen. Komitmen dari segi masa, kewangan, kehidupan dan keluarga.

Dari segi masa, anda yang masih muda banyak lagi masa senggang memandangkan anda tidak lagi terikat dengan komitmen masa seperti orang dewasa.

Jadi, ketika usia ini banyak masa anda boleh diberikan kepada komitmen-komitmen bisnes yang bakal anda jalankan.

Terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa yang anda ada sekarang ini lah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Dari segi kewangan, anda juga belum banyak komitmen dengan kekangan kewangan seperti orang yang lebih dewasa. Orang yang lebih dewasa sudah tentu banyak hutang yang nak dilangsaikan. Belum lagi komitmen kepada kewangan keluarga.

Anda bayangkan, sekiranya orang dewasa ada hutang rumah, kereta, bayar utiliti elektrik, air, unifi, astro, bayaran yuran anak-anak, yuran taska dan pelbagai lagi komitmen yang difikirkan.

Jadi, dalam usia muda anda boleh fokus kewangan anda dengan hal-hal bisnes sebab pada usia ini, anda tidak fikirkan lagi hal-hal komitmen seperti di atas. Ada juga dikalangan anda dalam usia muda masih duduk dengan keluarga.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan 

Bisnes adalah salah satu cara jana sumber kewangan sampingan yang menjamin masa depan mereka.

Salah satu cara nak jana kewangan sampingan adalah dengan menjalankan bisnes online.

Kenapa bisnes online?

Bisnes online lebih stabil, tak perlu modal yang besar, rendah risiko dan boleh jana hasil kewangan dengan mudah. 

Namun begitu walau apa pun bisnes yang nak dijalankan anda perlu ada ILMU.

Bayangkan, dalam usia muda anda dah jana pendapatan sampingan tinggi. Dan dalam masa yang sama anda ada ilmu gunakan pendapatan anda untuk melabur dalam bisnes korporat dan hartanah. Dah tentu bisnes anda lebih menarik dan kewangan anda bertambah stabil.

Dengan bisnes akan berikan anda kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.

Anda cuma perlu tahu berapa anda nak dapat pada bulan itu, dan anda berusahalah untuk capai sales target yang dah anda tetapkan. Mudahkan?

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Anda kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang anda nak buat lebih awal.
Pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9-5, lebih baik anda fikirkan jalan bagaimana nak jadi JUTAWAN suatu hari nanti.


3. Ada Banyak Masa Untuk Mematangkan Diri dan Menimba Pengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah atas tunjuk ajar mentor-mentor yang berjaya, sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

4. Kos Bisnes Yang Rendah

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.

5. Banyak Masa Untuk Perbaiki Bisnes



Anda mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes. Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes anda di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala anda di atas dan ada masanya anda di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada anda berjaya teruskan perjalan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup anda.

Anda masih muda dan ada banyak masa. Jadikan bisnes ini sebagai permulaan dan sesi pembelajaran bagi anda. Tuntut ilmu dan cari mentor. Mulakan semula kerjaya bisnes anda.

Bila anda berniaga pada usia muda, anda ada lebih banyak peluang untuk menuntut ilmu dah buat tindakan. Anda ada tenaga yang kuat, dan akal fikiran yang masih muda untuk belajar dan buat banyak perkara.

Jika anda gagal pun, anda akan lebih cepat bangkit kembali dan buat lagi.



Sekiranya anda nak bisnes, nasihat utama Kak Fieza and patut ada M.E.S.T.I

M-Mentor yang berjaya
E-Elmu (Emosi dan Ilmu)
S-Strategi
T-Target
I-Impian

Sekiranya anda dah ada semua tu. Apa tunggu lagi. Teruskan bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada lagi 5 ASAS BISNES BERJAYA tersebut, Insya Allah, Kak Fieza boleh bantu anda.

Kak Fieza juga dulu tak pernah bisnes sehinggakan Kak Fieza join bisnes Shaklee ini. Sehingga sekarang Kak Fieza rasakan ini adalah bisnes yang mudah, ada mentor berjaya, ada strategi tersendiri, target pun jelas serta Impian kami ingin jadi Jutawan Bertaqwa.

Anda nak Kak Fieza bantu?

---------------------------------------------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 


Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.


No comments:

Post a Comment