Sunday, April 22, 2018

Kenapa Allah Sentiasa Menutup Aib HambaNya

Assalamualaikum wbt.

Hai apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.


Entri kali ini saya nak kongsikan apa yang saya perolehi dalam Kuliah Khas Bulanan di Surau AlMustaqim Taman Lestari Putra LEP 7, Seri Kembangan pada 21 April 2018 yang lalu.



Malam itu Surau AlMustaqim menjemput Ustaz Omar Jaafar yang biasanya beliau berceramah di tv dan radio.





Malam itu 1 family saya bawa ke surau. Biar mereka biasa dengan majlis ilmu.


Awina pun suka pergi surau


Ustaz kata kalau kita solat wajib seorang diri dapat 1 darjat. Sekiranya solat berjemaah diberi 27 darjat.



Manakala ganjaran menuntut ILMU adalah 700 darjat di sisi Allah.



Amacam??


Best ke best.


Ustaz pesan hidup di dunia ini wajib ada IImu.



Makhluk di dunia ini perlu ada 3 perkara

1. Ilmu
2. Kefahaman Ilmu
3. Amalkan Ilmu


Paksi di dunia ini adalah Ilmu,




Contoh: Pemain profesional badminton dunia pun seperti Datuk Lim Chong Wei pun perlu belajar teknik-teknik bermain badminton dengan betul. Belajar bukan sekali dua dah pandai ye. Kena belajar beratus-ratus kali baru jadi profesional.


Ustaz pesan sekiranya kita hendak menuntut Ilmu perkara utama yang kita bawa adalah 2 perkara


1) buku nota

2) pen/pensel


sebab manusia mudah lupa. Sekarang kita dengar perkongsian ilmu ustaz, 5 minit selepas tu ada yang kita lupa betul ke betul? 😃



Kelebihan menuntut Ilmu



1. 700 darjat dalam menuntut Ilmu.



27 darjat dalam solat jemaah. Manakala 700 darjat menuntut Ilmu. Mana pahala yang lebih besar?



Rugi kepada mereka yang solat jemaah di surau/masjid tetapi meninggalkan majlis Ilmu tanpa sebab.



2. Setiap langkah kita menuju ke majlis ilmu diberikan ganjaran 1 darjat. 

Sekiranya 1000 langkah kita ke majlis ilmu, makanya dikurniakan 1000 darjat. Mudahkan nak dapat pahala?



Ustaz menambah, Barangsiapa menutup aib seseorang muslim, Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.



Ini dibuktikan dalam 

⇛ Surah Al-Hujurat ayat 12
⇛ Surah Ali Imran ayat 33


Elakkan dari buruk sangka kepada orang lain.

Perkara yang selalu terjadinya mengumpat dan buruk sangka ialah ketika waktu kenduri kahwin. 


Biasa tak dengar begini,

" Lauk kenduri tadi sedap tapi liat lah "


Padahal dalam liat tak liat tu 2 hingga 3 pinggan dah habis.



Jangan mencari aib orang kecuali di mahkamah atau semasa nak merisik atau seumpama dengannya.



Di padang mahsyar Allah akan buka aib kita sekiranya kita buka aib orang.



Perkara yang Allah benci:

1) buruk sangka
2) buka aib orang
3) mengumpat


Gambaran kepada orang yang mengumpat seakan makan daging bangkai saudaranya sendiri.



Amalan kita akan dihisab di Padang Mahsyar satu persatu dalam 2 keadaan:



1) Dalam keadaan berdiri

2) Dalam keadaan telanjang


Ustaz juga ada berkongsikan sempena pilihan raya yang bakal menjelma dalam bab memilih pemimpin ada dalam Surah An-Nisa ayat 58-59



Madu Lebah



Ustaz juga berkongsi kebaikan madu ada diceritakan dalam Surah An-Nahl (surah lebah) ayat 68-69



➤Madu tidak ada tarikh luput

➤Madu tidak ada bakteria boleh hidup dalam madu
➤Mayat firaun diawet dengan madu
➤Sapukan tangan yang luka dengan madu, Insya Allah cepat sembuh
➤Madu bukan hanya untuk diminum, ia juga bagus untuk rawatan luaran


Sekiranya demam

➤amalkan air suam panas campur 2 sudu madu


Sekiranya batuk

➤ambil 1 sudu madu + perahan limau nipis


Ustaz juga share tips, ustaz kata lebih 50% penduduk Malaysia umur 30 tahun ke atas lemah syahwatnya. Isu ini dapat diatasi dengan resepi madu


Campurkan

1) 2 sudu madu
2) 1 ulas bawang putih
3) 3 butir lada hitam
4) 1 kuning telur


Mudahan mereka mendapat manfaat dan kesihatan.



Lagi satu ustaz ada kongsikan juga tips mengenalpasti madu asli



Tips Madu Asli



1) Pergi pokok yang ada lebah, ambil madu

2) Ujian makmal
3) Masukkan madu dalam peti sejuk bahagian beku.
Hasilnya sekiranya beku seperti air batu, maka TIDAK ASLI madu itu,
Sekiranya beku tetapi beku seperti gam, 1/2 jam kemudian madu kembali normal, maka madu tersebut ASLI.
4) Titikkan madu dalam pinggan yang ada air, madu tersebut akan berbentuk seperti sarang lebah.


Mudahan apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya anda suka dengan perkongsian saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Mudahan ramai lagi rakan-rakan yang dapat manfaatnya.



#dahagaIlmu

#KuliahBulananAlMustaqim

No comments:

Post a Comment