Saturday, November 12, 2016

PROGRAM HIJAB 2016! ANGGUN BERHIJAB, INDAH BERAKHLAK

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Baru-baru ini pada 12/11/2016 ni fiza dan kawan-kawan muslimah diberi rezeki masa dan kelapangan untuk mengikuti program HIJAB 2016 bertema ANGGUN BERHIJAB, INDAH BERAKHLAK anjuran IMWU (International Muslim Women Union). Program diadakan di Perpustakaan Tun Uda Shah Alam Seksyen 13.

Seronok dapat outing bersama-sama rakan-rakan muslimah. Bukan outing shopping ye. Tapi outing menuntut ilmu, dan berada di taman-taman syurga.

Terima kasih kepada ketua rombongan cik kiah, Kak Normah yang dikasihi dan Hafizah Yahya (sama nama dengan saya) selaku penggerak program ini.

 Cik Kiah dah ready nak bertolak ke Shah Alam, tempat event. Kami berkumpul di Surau Al-Mustaqim sebelum pukul 8 pagi. Bas sampai 5 minit kemudian. Akak bawak bekal tupperware you. Tolong bawak je. Bekal tu dari Cik Noriah.

 Akak kawasan Kak Normah selaku ketua rombongan Cik Kiah mengajak kawan-kawan naik bas. Bas dah sampai.

 Geng masak kecoh nak naik bas

 Eh dalam bas macam dalam hotel lah. Eksklusif betul. Ada sofa.

 Bawak bekal lagi you. Kak Normah selaku kakak kawasan dan Acik Noriah bawak bekal untuk keluarga besar Muslimah Taman Lestari Putra.

 Eizzatul dan Aina kawannya excited naik bas. Kami jarang naik bas. Last Eizzatul kata masa dia rombongan tadika.

 Ibu dan anak serupa tak?

Saya suka duduk depan. Dulu-dulu masa zaman bujang pun suka duduk depan sekiranya naik bas.

Dah sampai Perpustakaan Tun Uda Shah Alam

Register dulu, dapat goodies

 Dapat majalah SOLUSI lah. Ada voucher lunch pula tu. Dah la program FREE. Dapat makan pula tu. Semoga pihak penganjur dipermudahkan dan ditambah-tambah rezeki.

 Selfie dulu


Gembiranya wajah-wajah ayu muslimah Al-Mustaqim


Saya bawa anak dara saya turut serta


Tengok tu cik sue tabah bawa baby dia bersama mengejar ilmu akhirat. Warga veteran LEP juga tak ketinggalan turut serta.


Gaya ayu la tu

Program Hijab dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof dari JAIS


Kemudian kata alu-aluan pula oleh Ustaz Basori bin Umar



PU Rahmat selaku moderator memulakan program. Lawak juga PU Rahmat ni ye.


 Dr Robiah suka berdiri semasa ceramahnya. Itu agaknya rahsia awet mudanya.

Program dimulakan oleh Moderator PU Rahmat mengemukakan soalan kepada Dr Robiah K. Hamzah.

MAKSUD HIJAB

Hijab - apa sahaja yang digunakan untuk menutup contohnya kain untuk menutup hingga ke dada.

Kesilapan bertudung sekarang tudung dijadikan sebagai PERHIASAN. Contohnya tudung F****A yang banyak kerawang cantik bertingkat-tingkat tapi tak mengikut syariat. Harga dia boleh tahan pulak tu.

CIRI-CIRI HIJAB IKUT SYARIAT
1. Tebal
2. Tak nampak bentuk tubuh
3. Tidak melekat (Tidak nampak sesuatu yang tak harus nampak)
4. Ukuran - tudung yang ikut ukuran syariat
5. Menutup 'perhiasan'

PU Rahmat ada tambahan, katanya Ustaz Kazim pernah berkata sekiranya tak nak pakai tudung boleh, pakailah kotak. Asalkan menutupi.

Boleh pakai tudung lilit-lilit tapi jangan TABARUJ.

HIJAB HATI DULU KE, HIJAB KEPALA DULU?

Allah beri kita:
1. Fizikal
2. Mental
3. Emosi
4. Hubungan dengan Allah

Untuk menjadi apa pun bina hati dulu.

Ajar kepada anak. Basuh tangan untuk apa?
Basuh tangan sebab tangan hadiah dari Allah. Makanan dari Allah. Tangan dipinjamkan dari Allah.

Kenapa pakai tudung? Why Allah kata kena pakai hijab?

1. Melambangkan kita akur kepada perintah Allah dan RasulNya.
2. Ilmu Hijab No 1.

Latih anak-anak berhijab dari kita sendiri. Ibu bapa jadi contoh. Sekiranya mak pakai tudung, bapaknya pakai seluar pendek pun something wrong jugak.

Nak berhijab kena ada:
1. Ilmu
2. Ibu beri contoh kepada anak-anak. Apa salahnya belikan tudung yang paling cantik kepada anak-anak supaya anak-anak suka dan termotivasi nak pakai tudung.
3. Penguatkuasaan/Perihatin
Salah satu cara supaya anak-anak terdidik untuk bertudung dengan sekolahkan anak di sekolah yang uniformnya menutup aurat.


PU Rahmat ada advice beri sistem dalam berhijab. Ramai orang percaya tuhan, tetapi ramai orang tak tahu tuhan.

Kalau tentera yang berpakaian uniform sudah tentu berdisiplin tidak melakukan kesalahan. Jadi samalah dengan wanita yang sudah tentu perlu memakai 'uniform' dari ALLAH. Adakah wanita ini boleh berdisiplin dengan syariat Allah seperti tentera berdisiplin.



KENAPA WANITA PAKAI TUDUNG TAPI BUAT MAKSIAT

PU Rahmat membawa isu kenapa ramai wanita yang bertudung tapi ada yang merokok. Ada juga orang yang pakai tudung tapi curi laki orang.

Dr Robiah menjawab, pakai hijab dengan niat yakin Allah yang syariatkan. Kita takut melanggar peraturan seperti takutnya tentera yang wajib pakai uniform semasa bertugas. Sama juga seperti anak-anak sekolah wajib pakai uniform di sekolah. Kenapa uniform Allah kita perkotak-katikkan?

Kenapa masih buat maksiat?

1. Jasad bersih dan hati juga perlu bersih
2. Orang yang paling jahat adalah orang yang mengata orang lain jahat.
3. Dah pakai tudung cantik dah, tapi mata lidah dan telinga tak bertudung.

Bila tidak seimbang apa yang dipakai untuk dosa dan pahala maka maksiat akan senang berlaku.

Semasa nak menyarungkan pakaian/tudung berdoa begini:
"Ya Allah, sekiranya aku pakai pakaian ini, jangan jadikan pakaian ini menjauhkan hubungan denganMu Ya Allah"

PU Rahmat ada berkongsi, barangsiapa yang telah mengucapkan 'Lailahaillallah' (mengaku dirinya muslim) tunjukkan:
1. Akhlak baik
2. Pakaian baik

Soalan dari penonton:

Adakah kaki juga aurat?
Dr Robiah jawab: Kaki juga hijab. Hijab kita adalah seperti pakaian solat. Sah kah solat kita sekiranya nampak kaki?



Sebelum bersurai geng Muslimah bergambar kenangan bersama Dr Robiah dan PU Rahmat


Memandangkan saya ketinggalan bergambar kenangan so saya ambil peluang selfie dengan Dr Robiah. Walaupun Dr Robiah dah masuk 6 series, tapi wajahnya tetap jelita dan berseri. Sejuk je tengok...dapat peluk cium dengannya. Macam peluk cium mak saya dikampung pulak.


Siap ada autograph lagi


Dah sampai ke Surau Al-Mustaqim semula. Walaupun semua kepenatan tapi kami mampu tersenyum lagi.  Mudah-mudahan Ilmu yang diperolehi pagi tadi menjadi iktibar dan dimanfaatkan oleh para muslimah termasuk diri saya sendiri. Doakan kami istiqomah dalam memenuhi syariatNya.

Dah nampak bantal je saat nih. Dalam gambar ni macam saya pulak paling rendah. Saya paling kiri.

Terima kasih ABAM BOMBA kerana menyediakan perkhidmatan bas ke program Ilmu tadi. Pemanduan yang sangat cekap walaupun nyaris berdepan dengan lori hilang kawalan.

Setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Sekiranya anda suka dengan entri saya sila SHARE dan LIKE dengan menekan button SHARE dan LIKE ye. Mudah-mudahan dengan perkongsian anda ramai yang dapat manfaatnya. Insya Allah anda juga mendapat saham kubur nanti.

Segala kekurangan saya mohon maaf. Terima kasih kerana sudi membaca.

Dahaga ILMU,
Hafizah
~design your life not by default

0 comments:

Post a Comment