Thursday, August 18, 2016

MERIAH RAYA DI SAPURA MINES 2016

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard? Ya Allah, rindunya dengan anda semua sebab dah lama saya tak menulis...hmm..menulis ke menaip di fiezabard ni.

Pada 27 hb Julai yang lalu, saya dan family berkesempatan bersama meraikan majlis sambutan Hari Raya di Sapura Mines iaitu HQ office tempat saya bekerja.

Tiap-tiap tahun tak miss join majlis ni. Saja memeriahkan majlis. Lagipun pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti keluarga di sana. Bukan saja makan-makan saja, anak-anak boleh bersuka ria dengan badut dan belonnya, melukis pipi dan melukis henna di tangan serta sessi bergambar bersama-sama di studio yang pihak penganjur sediakan.

Ibu dan ayahnya pun turut sama join macam budak-budak. Jom layan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.



Pada hari berkenaan saya dan staff lain dapat pelepasan awal seawal jam 3 petang. Saya pun apa lagi sanggup tu ambil anak-anak pulang awal dan bersiap untuk ke Sapura Mines di Seri Kembangan lebih kurang 15 minit perjalanan saja dari rumah.




Berada di tengah-tengah Multipurpose Hall Sapura Mines. Post sikit sebelum makan. Dan makan nanti dah comot-comot.



Ayah makan ABC, anaknya Fitri mengadap aiskrim. Nampak tak apa benda dalam kotak sebelah Fitri tu? Roti sosej antara menu rasmi di sini.


Bukan main seronok lagi diorang dapat makan tanpa batasan. Sedap-sedap pulak tu juadah. Kakak Eizzatul dan Faris sedang menikmati juadah.



Tak perasan pulak memek muka ibu dan Awina serupa lah. Mana satu paling cuteeee...


Tahu bakar antara menu lazat di sini



Char keow Teow yummyyy!!


Ini menu yang tak boleh tinggalkan. Daging Kambing panggang the greatestttt...


Awina dengan pelbagai gaya makannya



The sempoi couple



Selfie dengan persembahan gamelan. Sempat lagi Faris pieceeee...


Gambar Raya yang paling best pernah kami ambil. Di sini disediakan studio kepada untuk staff abadikan kenangan hari raya.


Anak bujang Fitri ni. Dia kata macam aladdin tak ibu? Haaaa haaa...Aladdin la sangat.


Aladdin sorang lagi ni. Anak paling manja, bujang bongsu Faris.


Tekun artis berbangsa india ni coretkan art di tangan Eizzatul


Sehingga di hujung-hujung jari pun dia boleh lukis


Bukan kakak je yang melaram ye. Ibu pun nak jugak.



Ibu ibu punyalah nak pos cantekkkk punya. Anak-anak tak ambik pot pun. hahahhahah...



Eh tetiba terselit bujang 2 ni kat tengah-tengah team gamelan.

Saya post photo-photo ini di sini supaya ianya menjadi kenangan bila di hari tua nanti. Almaklumlah kalau simpan photo di phone, phone rosak habis semua tak dapat di selamatkan. Menangis tak berlagu la gamaknya.

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. 

Hafizah

No comments:

Post a Comment