Monday, April 11, 2016

XPLORASI PETROSAINS BERSAMA SAPURA GROUP DI KLCC

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard sekalian. Saya doakan anda sihat dan ceria di bawah lindungan Allah swt.

Baru-baru ni pada 2 April 2016 yang lalu, saya dan kesemua 7 orang family saya berpeluang untuk turut serta dengan Sapura Group memeriahkan Jelajah Petrosains, KLCC.

Masuk kali ini dah 2 kali saya ke Petrosains. Kali pertama saya ke sini waktu tu saya baru anak 3, dan kakak Eizzatul baby lagi. Seingat saya saya sorong dia dalam stroller.

Kali ini saya pergi dengan 5 orang anak pula. Memandangkan Sapura Group menawarkan harga tiket yang sangat murah dan tiket refundable untuk 3 orang orang (kira free la untuk 3 tiket), jadi saya ambil peluang ni untuk bawa sekali lagi mereka menjelajahi PETROSAINS.


Ambik 6 tiket, tu pun Awina free admission with 6 KFC Voucher. Seronoklah anak-anakku dapat makan KFC. Daku yang menangis...huhuhuhuhu

Pendaftaran di Kaunter Sapura di Petrosains

kaunter pendaftaran Sapura. Ramai juga yang join Xplorasi Petrosains-Sapura ni.

Bersama keluarga Ikmal salah seorang office-mate

Bersama keluarga Jija rakan tepuk tampar kat opis.

Bersama suzie dan family ( my loyal office-mate kerja di Sapura sejak 16 tahun yang lalu)


Masa untuk menjelajah Petrosains


Jom Jelajah Petrosains

Jemput layan explorasi kami di Petrosains ni ye..


Permainan bola robotic

Robot yang main bola ni. Kita kawal je pergerakan robot tu.

Jingsaw puzzle sfera. Bukan calang orang yang boleh bina piramid guna bebola kecil ini


 Awina dapat kawan omputih uuuu...



 Kakak try melombong bijih




 Rama-rama visual hinggap atas kepala. Best ke best!





Sayang adik dia....

Magic Show

Masa ni lah dapat peluang buat magic sendiri. Pegang bebola api. 
Amaran : Jangan cuba di rumah.




saya pulak buat magic. Syok juga buat magic nih.





Kenapa tangan tak terbakar/melecur?

Tak panas pun. Sapa nak tahu kenapa saya pegang bebola api tu tanpa merasa panas atau tangan melecur?

Dalam eksperimen ini, nak menunjukkan air ada penyerap haba yang sangat baik.

Sebelum saya buat 'magic' tadi, telapak tangan saya telah disemburkan dengan air. Bila bebola hitam tersebut dinyalakan api, saya pegang, tetapi saya tak rasa sedikit pun panas atau melecur. Rasa suam-suam kuku je. Air panas lagi panas.

Ini menandakan air yang disembur ke telapak tangan saya telah telah menjadi penyerap haba kepada panas api bebola tersebut. Sebab itu saya tak melecur atau terbakar tangan.

Saya dinasihatkan oleh instructor supaya membolak-balikkan bebola itu supaya bebola api tersebut sentiasa terkena air. Sekiranya air di tangan saya kering sudah pasti AUCHHHH, PANASSSSS! sebab penyerap haba dah hilang.

Selimut dengan kain basah

Apa yang diterangkan oleh instrustor yang lain pula, sekiranya kebakaran berlaku, untuk mengelakkan diri mudah terkena bahang panas atau terbakar perlu selimutkan diri dengan kain basah. Insya Allah, kita tak terasa bahang panas dan badan tak mudah cedera terbakar.





Bakal jurutera minyak


Bila bakal jurutera cuba mengepam minyak





Awina main lego je dari tadi.


Jom mencari bintang. Faris kata.


Selfie sikit dengan kak ita vogue



Jom kita jelajah ke tingkat atas.


Macam berada di dunia fantasi molekul



Awina belajar bagaimana tenaga angin menggerakkan layar kapal.


Di bilik Reka Cipta



Asah bakat mencipta 'Lamp Bugs'


Tengok bugs kita ada lampu lahhh


Ini hasilnya bila hasil ciptaan ibu dan anak bergabung.


Di sudut Lamp Bugs ni anak-anak didedahkan dengan sistem bateri dan lampu LED. Lampu LED itu tak akan menyala sekiranya tiada bateri.

Masa ni lah anak-anak didedahkan dengan istilah 'anod' dan 'katod'(bunyinya ketot). Gelak diorang bila dengar perkataan ketot.

Yang mana satu anod, yang mana satu katod?

Anod adalah istilah untuk cas positif,
katod adalah cas negatif.

Dalam lampu LED tu katod lebih pendek berbanding anod. Instrustor bagitau senang je nak kenal yang pendek tu ketot...ketot kan pendek....

Sudut Robotic

Sedang ibu dan kakak sibuk cipta Lamp Bugs, anak-anak bujang sibuk bina robotic mengikut kreativiti sendiri.



Abang Long Eizz tekun cipta robotiknya.


Robotic Faris dah siap. Eh! Eh! bukan Faris yang buat. Tu model memang dah ada kat atas meja.




Hasil usaha bersungguh-sungguh, inilah hasilnya. Good Job Abang Long!!


Abang Long bergambar bersama abang instructor yang mengajar cara-cara cipta robotic tu.



Ciptaan Robotic ini akan menghasilkan corak yang unik bergantung kepada bagaimana robotic itu disusun atur.


Cantikkan corak Robotic Abang, berkedut-kedut coraknya.


Cici masih berusaha menyiapkan Robotic hasil ciptaannya.

Jom kita ke next station.

Mengenali sifat api dan kenapa api boleh berwarna warni seperti biru dan merah. Rupanya sejenis garam boleh mengubah warna api.



Next Station: Dunia Angkasawan.



Angkasawan cilik Awina


Angkasawan Cilik Faris

Next Station : Dinasour Tour


Dinasour pun peaceeee...

Next Station : Back Hoe Station

Syoknya kalau ada macam ni satu kat rumah. Tiap-tiap hari dok mengorek longkang gamaknya.









Buat apa pulak nih. Dengan ayahnya sekali tunjuk skill.


Bakal jurutera cilik.


Awina semangat mengepam

Last station : Magic Stage




Putaran yang dilakukan di atas gelas yang berisi air menghasilkan bunyi.



Bila sampai rumah anak-anak mempraktikkan apa yang mereka belajar sepanjang berada di Petrosains.


Antara cenderahati yang dapat di Petrosains. Dapat 4 dinasour tu, tapi satu lagi ada yang dah kebas dulu.


Terima kasih kerana sudi layan gambar kami sekeluarga di Petrosains. Tujuannya untuk abadikan gambar-gambar kami.

Sekiranya anda berminat untuk mengunjungi Petrosains boleh layari link di bawah

http://www.petrosains.com.my/ (SILA KLIK)

Nikmatilah sendiri Xplorasi di Petrosains yang menyeronokkan.

Love,
Hafizah

No comments:

Post a Comment