Tuesday, December 22, 2015

KISAH BENAR : THE POWER OF SEDEKAH MAKCIK KEROPOK(RM5 jadi RM500)

Assalamualaikum dalam Salam Bulan Kelahiran Nabi saw,

Apa khabar sahabat yang dikasihi sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria.

Kali ini saya nak share sikit kisah benar saya The Power of Sedekah. Sebelum ni saya baca je cerita orang. Saya dengar je cerita orang tentang sedekah. Kali ini kejadian terjadi kat batang hidung sendiri.

Kejadian baru je berlaku terhadap diri saya. 

Semalam hari ahad saya dan anak-anak plan nak beli baju dan kelengkapan sekolah. Maklumlah sekolah dah nak bermula 2 minggu lagi. Persiapan perlu dibuat awal supaya tak kelam kabut disaat-saat akhir nanti.

Sebelum ke kedai uniform centre, saya cucuk ATM dahulu untuk keluarkan sejumlah wang untuk shopping uniform sekolah nanti.

Di depan pintu bank ada seorang makcik duduk bersimpuh di tepi tiang dengan beberapa pek keropok ikan di kelilingnya sambil tersenyum dan berkata "keropok dik...."

Saya senyum balik kat makcik tu lantas terus ke ATM.
Bila nak keluar dari ATM, hati saya macam magnet mengatakan " apalah salahnya kau sedekahkan sikit duit kau tu kat dia " hati saya kuat mengatakan sedekahlah tak luak pun duit kau. 

Saat tu jugak saya mcm ragu-ragu mcm ada watak devil dan malaikat macam kartun tu kiri dan kanan silih berganti. Kelakar la pulak.

Hati satu lagi berbisik. "Buat apa kau bagi duit kat orang tua tu. Ntah, ntah sindiket minta sedekah. Duit kau kan cukup-cukup je nak beli baju anak-anak kau."

Sejujurnya itulah saki baki wang yang ada dalam akaun bank.

Hai jahat betul syaitan ni kan.

Ntahlah tetiba tangan saya ringan je buka wallet dah keluarkan duit rm5 dua helai dan hulur kat makcik tu dan cakap kat makcik jual kopok tu. 

"Makcik saya bukan nak beli keropok, makcik ambikla ni ye...doakan saya dapat lebih banyak lagi ye..."
Makcik kopok terus ambik sambil senyum malu-malu. 

Saya terus pergi tinggalkan makcik tu terus ke kereta. Husband saya dan anak-anak sedang menunggu. Ketika kereta kami beredar, saya masih melirik ke arah makcik kopok tu. Alhamdulillah makcik dikunjungi pelanggan yg sejak tadi tak de sapa yg menanyakan keropoknya.

Dalam kereta saya bertanya kat husband saya " bang, kalau orang yang selalu jaja kopok ikan bawak beg plastik tu dari mana ye?"
Sudahhhh...devil saya dtg balik nak was-waskan saya.
Yelah, hati masih ada rasa ragu-ragu kot la sindiket.

Kami terus ke kedai dan lepas tu saya terus lupa kejadian makcik kopok sebentar tadi dek sibuk memilih baju sekolah anak-anak dan melayan karenah mereka.

Petangnya saya diundang ke majlis hari lahir cucu saudara saya. Dah tua saya dah bercucu.

Tetiba ada seorang Hamba Allah yang amat saya kenali dan agak rapat dengan saya hulurkan sampul duit raya kat saya. Hamba Allah tu kata " Ni buat belanja sekolah anak kau ye".

Alhamdulillah...saya pun terima dengan hati terbuka tanpa membuka sampul tersebut.

Sampai saja di rumah saya buka sampul duit tadi dannn....

Ya, Allah. Subhanallah...Alhamdulillah...syukur Ya Allah.

Rasa nak menitis air mata kesyukuran saat itu. Sayangnya Allah tiada tolok bandingnya.

Saya berikan 10, bukan 10 saya dapat balik. Bukan 100, bukan juga 200...

Allah bagi CASH saat itu jugak. Hari yang sama. Allah pulangkan balik dua helai duit rm5 yang saya berikan kat makcik kopok tu pagi tadi dengan CASH RM500 di petang hari...Subhanallah, Syukur...

Terima kasih yang tak terhingga kepada Hamba Allah yang tak putus memberi hibbah dan hadiah. Didoakan beliau dijanjikan jannah tanpa hisab.

Barulah saya rasai kemanisan THE POWER OF SEDEKAH.



Allah tidak menilai berapa banyak yg kita hulurkan, Tapi janji Allah pasti diberi CASH.

Saham ASB Allah very much much much more dividennya berbanding saham dunia.

Kalau main saham kita takut dengan risiko ruginya. Tapi SAHAM dari ALLAH tak akan rugi. Malah sentiasa diberikan dividen yang sangat banyak. Jangan takut main Saham Allah dengan bersedekah.

"The More You Give The More You Get Back."

Itu janji Allah. Kuasa memberi.

Serius dulu saya ni jenis kedekut. Susah sangat nak hulur. Sebab saya fikir aku pun cukup-cukup makan je, takkan nak bagi kat orang.

Tapi bila saya sedar. Masa kita 'tidak ada' tu lah kita disunatkan bersedekah.

Sebab saya dah faham FORMULA ALLAH. 
Bila kita beri 1 Allah balas 10.
Jika kita beri 10 Allah beri 100. 
Jika kita beri 100 Allah beri 1000....hingga infiniti. Allahuakhbar.

Tiap kali saya terkenang kisah benar saya yang saya alami sendirinya, saya menangis sendiri. Kerana saya kadangkala melupai Allah. Banyak dosa yang saya lakukan, namun Allah tidak pernah melupakan sedetik pun setiap hambaNya. Allah sentiasa sayang kepada hambaNya. HambaNya yang sering melupaiNya.

Wallahu a'lam.

Nota: Ini salah satu kisah JANJI ALLAH yang saya lalui. Actually, ada banyak lagi kisah JANJI ALLAH yang saya alami sama ada yg saya sedar atau tidak dengan The Power Of Sedekah.

Saya share kisah ni bukan nak riak atau menunjuk. Tapi saya nak share bahawa Formula Allah itu ajaib. 1 kita beri bukan 100% pulangannya. Tapi 500%...miracle kan?

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Supaya ramai lagi orang yang dapat manfaatnya. Percayalah sekali tekan anda Insya Allah mendapat saham akhirat kelak.

Sweet mama,
HM

No comments:

Post a Comment