Thursday, September 10, 2015

DONUT GEBUS SALJU ALA J'CO DARI DAPUR FIZAH

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda berada dalam sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Saya dah lama tak asah skill masak saya. Maklumlah masak ikut mood. Memandangkan anak-anak pun memang suka makan. Kalau beli ongkosnya mahu lebih.

Jadi, seeloknya buat je lah. Macam hari ni saya suka nak buat Donut Gebus ala J'Co. Pernah dengar donut J'Co? ala...donut yang macam Big Apple tu.


Nak buat ala-ala cenggini lah...

Saya selongkar la semua " Secret Recipe Book " saya yang dah lama bertapa atas peti ais. Berabok lagi tu..

Supaya resepi itu tak hilang, so, saya sharekan di sini ye..


rupa paras resepiku yang klasik.

Maaf saya tak ingat dari mana saya ambil resepi ini. Kepada yang empunya asal resepi Donut gebus ala J'Co ni minta halalkan sharing saya ye. Semoga ramai yang dapat manfaatnya. Insya Allah dapat ganjarannya nanti.

Eh baru terperasan ada tertulis sumber dari 'LoveLiana'. Terima kasih LoveLiana atas sumbangan resepi yang awesome ni.

ok saya buat dalam versi bergambar pulak ye.

Bahan A:

850 gram tepung high protein (saya guna tepung biasa je. Tepung Faiza)
11 gram instant Yis ( 1 paket Instant Yis Mauripan )
1 sudu teh garam
600 ml air masak suam

Bahan B:

200 gram tepung high protein
1 sudu kecil garam ( optional, tak bubuh pun tak pe, saya tak bubuh sebab bahan A dah bubuh )
60 gram susu tepung ( sib baik ada susu anak )
125 gram gula castor ( saya bubuh 100 gram je nak kurangkan gula dalam masakan )
2 biji telur saiz kecil
125 gram shortening ( atau marjerin )

Cara-caranya:


Campurkan semua bahan A dan gaul rata


Adunan yang telah sebati digaul


Rehatkan selama 90 minit dan ditutup dengan wrapper plastik


Beginilah rupa paras doh setelah berehat panjang


Tumbuk doh untuk keluarkan udaranya


Campurkan Bahan B ke dalam Bahan A dan gaulkan sebati sekali lagi.
Kemudian rehatkan semula selama 15 minit. Wrap dengan plastik tadi.
Kemudian, tumbuk-tumbukkan adunan supaya udara terperangkap keluar.


Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1 cm.
Terapkan dengan acuan donut.
Ulang sehingga doh habis.

Acuan ada yang besar dan kecil. Saya suka acuan kecil sebab nampak cumel je. Tapi lambat nak siap.
Hari ni saya guna acuan besar sebab nak cepat.


Rehatkan donut yang telah diterap tadi selama 10 minit di atas dulang yang ditaburkan tepung supaya tidak melekat.


Rupa paras donut selepas direhatkan. Kembang semangkuk tuuu...

Kalau dibiarkan rehat lagi, maknanya kembang bermangkuk mangkuk nanti.

Jom goreng dulu sebelum donut mengembang lagi.



Rupa paras donut yang telah digoreng



Setelah ditabur gula aising menambah selera. Jadi donut gebus salju gitu.

Memandangkan satu adunan tu boleh buat lebih kurang 25 ketul donut. Jadi yang lain saya goreng separuh masak untuk di sejuk beku.



Donut yang telah disejuk bekukan

Esok pagi panaskan je untuk bekalan anak-anak sekolah. Mudahkan?




Panaskan dalam Magic Pan. Tak perlu minyak. Kurangkan penggunaan minyak dalam makanan anda.




Banyakkan dapat makan sekali adunan. Puas le anak saya yang sangat suka donut tu.

Hiasan ikut kreativiti anda. Anda boleh letak topping coklat. Letak susu cair berserta badam ala-ala J'Co atau Big Apple tu. Bubuh coklat rice...suka hati lah.



Deco donut ikut suka lah ye.

Mudahkan nak buat donut J'Co??

Mudah-mudahan sharing saya ni dapat dimanfaatkan.
Feel Free untuk tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi kawan-kawan yang dapat manfaatnya.

#daridapurfizah
Hafizah
019-211 8757

No comments:

Post a Comment