Wednesday, September 16, 2015

3 GOLONGAN CELAKA DI SISI ALLAH

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dilindungi Allah swt.

JALAN-JALAN CARI KEREDHAAN ALLAH

Hari Sabtu lepas saya sefamili diberi ruang untuk ke majlis Ilmu di Surau Al-Mustaqim iaitu surau di kejiranan Lestari Putra LEP 7. Surau kesayangan kami.

Ustaz jemputan kami ialah Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al- Hafiz ustaz yang tersohor. Saya suka Ustaz Dato' Abu Hassan Din sejak kecil lagi. Idola saya ni. Penyampaian yang bersahaja dan tepat jelas untuk difahami.

Saya sampai di surau lepas solat maghrib. Dah ramai yang menunggu di ruang solat. Anak-anak saya dah sampai dulu, ayah mereka yang bawa sebelum solat maghrib lagi.


Ruangan solat jemaah wanita penuh



alhamdulillah ruangan solat wanita disediakan tv besar. Tak adalah nak terjenguk-jenguk di ruangan jemaah lelaki.


Ruangan jemaah lelaki

Sebelum ustaz memulakan kuliah, selama 10 minit Mukadimah diberikan. Mukadimah yang diberikan sangat meninggalkan kesan.

Ustaz kata, selama mana majlis yang dihadiri adalah majlis Ilmu, Ia dinamakan taman-taman Raudah. Malaikat akan memayungi majlis ilmu tersebut.

Dalam majlis Ilmu sekiranya menjadi majlis raja lawak maka tiada malaikat yang memayunginya.

Majlis Ilmu diharuskan berjenaka tetapi sekadar diibaratkan memasukkan garam dalam gulai. Faham ke faham ni?


Awina PA saya, catat mana-mana isi penting.

Ustaz kata lagi, orang sekarang lebihkan sunat dari wajib. Contoh solat hari raya penuh masjid, tetapi waktu solat waktu sebaris sahaja saf. Sedangkan solat Hari Raya itu hukumnya sunat manakala solat 5 waktu itu wajib.

Contoh lagi, Qurban dan zakat. Yang mana sunat yang mana wajib?
Biasanya, orang lebih banyak buat Qurban sedangkan zakat harta diabaikan. Qurban itu sunat, zakat itu wajib.

3 Golongan Manusia Allah tak pandang

Anda tahu, ada 3 jenis manusia yang Allah tak nak pandang di hari akhirat. Siapa dia?

1. Anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

2. Orang yang Dayyus. 
  • Suami yang biarkan isterinya tidak tutup aurat
  • Bapa yang biarkan anaknya tidak tutup aurat
  • Suami yang biarkan isterinya berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram.
3. Orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Ustaz kata lagi, macam mana nak mencari keredhaan Allah? Buat apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang. 

Senangkan? Tapi sukar untuk melaksanakannya.

Ustaz beri analogi kepada ibu bapa dan anaknya. Yang mana anak yang tak pernah engkar dengan ibu bapa lebih disayangi berbanding dengan anak yang selalu engkar bukan?

Ustaz pesan,

"Cari jalan syurga dengan melalui highway ke syurga"


Ibadah perempuan lebih banyak berbanding lelaki

Ustaz kata, perempuan sangat beruntung. Bila berkahwin perempuan tak perlu sediakan duit. Lelaki yang akan sediakan kerana suami wajib beri nafkah.

Ibadah bukan saja tertakluk kepada ibadah khusus seperti solat sahaja.

Orang perempuan lebih mudah dan banyak ruang untuk beribadah.

Sebagai contoh, bangun pagi para kaum ibu bangun terus jerang air. Itu satu ibadah. Sedangkan kaum bapa bangun pagi capai rokok bagi sedas dua, ibadahkah itu?

Jerang air kerana Allah dikira satu ibadah. Kejutkan suami bangun subuh juga dikira ibadah.

Ada orang duit banyak tetapi tidur tak lena. Ceramah tak sempat nak hadir.
Ada orang duit sikit tapi bahagia. Itu dinamakan keredhaan Allah.

3 Golongan Celaka di sisi Allah

Jibrail berkata kepada Rasulullah saw.

Ada 3 golongan manusia yang Allah beri Celaka kepada mereka.

1. Mana-mana manusia yang menemui Ramadhan tetapi Allah tak ampunkan dosanya. Celakalah ia.

2. Celaka manusia kepada mana-mana manusia yang tidak berbakti kepada ibu-bapa.

3. Celaka bagi mana-mana manusia yang mana bila disebutkan kepada mereka namamu ya Rasulullah, mereka tidak menyahut/menjawab dengan nama Rasulullah.

Mati yang baik

Ustaz pesan supaya selalu berdoa

"Ya, Allah matikanlah aku dengan keadaan mati yang baik"

Dinamakan mati yang baik itu adalah mati syahid

Mati syahid ada 2 bahagian;
1. Syahid akhirat
2. Syahid dunia

Syahid Akhirat - mati secara mengejut (tiada sebarang tanda atau sakit sebelum mati)

1. Mati penyakit taun
2. Mati lemas/tenggelam
3. Mati terbakar
4. Perempuan mati kerana melahirkan

Syahid Dunia

1. Pergi berperang menentang kafir demi menegakkan agama Islam.
2. Mati dalam keadaan baik fizikalnya. Badan lengkap dan sempurna. Boleh dimandikan, dikapankan dan ada kuburnya.
3. Mati ditempat yang baik contohnya di Masjidil haram. seperti baru-baru ini mati kerana dihempap kren di Masjidil haram.
4. Sedang buat benda yang baik.
5. Mati saat yang baik contoh hari Jumaat. 
Ustaz kata, sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam jumaat dan masuk kubur pada hari Jumaat, Allah akan jauhi dari seksa kubur. Wallahu 'alam.
6. Mati yang boleh menyebut 'Lailaha illallah'.

Ustaz cerita ada orang ni duduk di Utara sedang nazak. 3 hari 3 malam dibacakan Yassin. Tetiba hari yang terakhir dia bangun dan sebut "Wa alaikumusalam dan sebut Lailaha Illallah...untungkan? (Kemungkinan besar dia menyahut salam malaikat maut)

Ustaz ada juga kongsikan tanda-tanda orang yang nak mati.

3 tanda orang yang nak mati (Allah redha)

1. Dahi memercikkan air.
2. Bergenang air mata di kelopak matanya.
3. Mengalir air jernih melalui lubang hidungnya.

3 tanda orang yang nak mati (Allah tak redha)

1. Terdengar bunyi berdengkur seperti lembu.
2. Berubah muka menjadi lebam/hitam.
3. Keluar buih dari mulut.

Bila mati dengan keredhaan Allah, soalan mungkar nakir dapat dijawab dengan tenang.

Malaikat akan berkata kepada simati

"Tidurlah kamu seperti tidur pengantin"

tidur pengantin?? macam mana tu? kenapa tak cakap tidur bagai snow white kan?

Maksudnya tidurnya tidak akan diganggu.

Mutiara kata:

"Orang yang paling bakhil adalah orang yang bila sebut nama Rasulullah saw tidak dijawab balik"

Serba sedikit perkongsian dari Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz.

sebelum majlis bersurai para jemaah dijemput jamuan malam. Sambil-sambil tu boleh selfie dengan ustaz.


Cik Abang saya dan jemaah surau ambil gambar kenangan bersama Ustaz

Semoga dengan sedikit perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua. Mohon sebar-sebarkan kepada rakan-rakan lain semoga dapat dimanfaatkan. Insya Allah anda dapat ganjaran akhirat.

Saya doakan, " Allah memberi ganjaran syurga tanpa hisab untuk anda yang sudi SHARE status ini"

"Sharing is caring"

Thanks for reading.

Salam sayang,

HAFIZAH MAHFOZ

hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz
019-211 8757
 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)

Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kekurusan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...


No comments:

Post a Comment