Sunday, April 5, 2015

I AM SUPER UMMI!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard. Saya doakan anda sihat dan ceria selalu.

Seminggu saya tertangguh nak cerita pasal Gajah, tikus dan cacing ni.

Ramaiii rakan-rakan saya nak tahu apa kisahnya.

Cerita ini bermula kisahnya semasa saya berpeluang mengikuti ceramah Muslimah pagi pada 28 Mac 2015 yang lalu di Masjid Al-Mustaqim LEP 7 Taman Lestari Putra, iaitu kejiranan lestari saya.

Tajuk ceramah Muslimah kali ini menarik minat saya "I AM SUPER UMMI"

Macam kena sangat dengan diri dan situasi saya ketika ini.

Tetamu jemputan yang menyampaikan tajuk power ini adalah Puan Aida dari Penang.


Saya, Awina dan Pn Aida dari Penang
GAJAH KECIK...TIKUS BESAR....CACING PENDEK!

Yang saya suka Pn Aida memulakan ceramahnya dengan permainan GAJAH...TIKUS...CACING...



Saya sangkakan Pn Aida ingin bercerita kisah gajah yang takutkan tikus. Rupanya Pn Aida nak mengajak para hadirin bermain satu permainan.

Bila sebut TIKUS KECIKKKK ..tangan seperti pegang bola kecil
Bila sebut GAJAH BESARRR ..tangan seperti pegang bola yang sangat besar
Bila sebut CACING PANJANGGGG ..tangan seperti menarik tali yang panjang.

Buat banyak kali....hahahaha...menarik betul masa ni.

Cer buat sebaliknya pulak, macam ni..

Bila sebut TIKUS BESARRR ..tangan masih seperti pegang bola kecil.
Bila sebut GAJAH KECILLL   ..tangan masih seperti pegang bola sangat besar.
Bila sebut CACINGGG PENDEKK ..tangan masih seperti menarik tali yang panjang.

Buat laju-laju dan banyak kali.

Ada tak yang silap?

Confirm adakan....tangan tergeliat..mulut pun dah tak betul nak sebut besar...kecik..panjang...

hahaaaa....(seronok pulak main permainan ini)

Moral of the story nak disampaikan oleh Pn Aida ialah bila bercakap biarlah berpadanan dengan perbuatannya. Tak lah nanti orang kata Cakap tak serupa bikin.

--------------------------------------------------------------

Pn Aida meneruskan lagi ceramahnya, beliau kata nak jadi Super Ummi kena ada Prinsip 3T iaitu:


  • Ta'aruf - berkenalan/mesra
  • Tarbiyah - amalan/latihan
  • Ta'alim - belajar/pembelajaran
Bagaimana nak berkenalan dan menimbulkan kemesraan dengan setiap ahli keluarga kita?

mengenalpasti kegemaran anak-anak setiap seorang. Apa makanan kegemaran mereka, minuman kegemaran mereka, hobi mereka dan dengan siapa mereka berkawan.

Perasan tak, kadangkala bila order makanan di kedai para ibu bapa ni nak senang, semua sekali order air sirap tanpa minta pendapat mereka sama ada nak memilih air pilihan mereka masing-masing (hahahaaa...ni macam biasa saya buat...Allah hai anak ibu, maaf lah kadang tu apa yang mereka pilih tak habis kan membazir kiranya tu).

Insya Allah saya sebagai Super Ummi sedaya upaya akan memenuhi dan memahami kegemaran setiap anak-anak saya. Permudahkan Ya Allah.

Masak dari Hati

Pn Aida juga menyarankan sebagai Super Ummi, supaya kita masak sendiri makanan yang dihidangkan untuk keluarga.

Air tangan ibu yang memasak sangat berkat. Baca Bismillah dan doa dari hati untuk melembutkan hati anak-anak.

Sambil masak mulut Super Ummi dibasahi dengan selawat dan doa yang baik-baik. Insya Allah harmoni keluarga dunia akhirat.

Bukan basah dengan bebelan...Allahuakhbar muhasabah diri. Sebab perkara ini lah selalu berlaku.

Makan secara berjemaah

Sentiasa amalkan makan secara berjemaah. Makan bersama-sama keluarga. Kerana waktu itulah masa untuk ibu bapa berkenalan rapat dengan anak-anak. Bertanyakan aktiviti persekolah mereka, bertanyakan apa yang mereka perlukan, ambil tahu kesihatan mereka.

Orang tua kata kalau tengah makan tak boleh bercakap. Hmm...petua ini dah tak boleh pakai. Waktu makanlah masa yang sesuai untuk berinteraksi. Waktu yang paling releks.

Latih anak bekerjasama

Pn Aida menyarankan dalam keluarga perlu diterapkan amalan bekerjasama antara ahli.

Ya, saya setuju dengan saranan Pn Aida tu. Sejak anak-anak saya membesar, saya dan suami sering melatih anak-anak tak kira lelaki atau perempuan untuk membuat kerja rumah secara kerjasama.

Sebagai contoh, selepas dinner kami akan pastikan setiap orang ada tugasan masing-masing. Abang Long sapu lantai, Cici lap meja sementara kakak pula basuh pinggan dibantu oleh Faris.

Begitulah rutin harian selepas makan tugasan diberikan bergilir-gilir. Saya dan suami buat begitu bukan untuk mendera. Tujuan kami untuk melatih mereka dengan kemahiran rumahtangga yang sangat mahal nilainya.

Mereka tidak akan belajar kemahiran menguruskan hal-hal rumah ini di sekolah walaupun di Universiti sekalipun.

Pendekatan 4T

  • TALK
  • TOUCH
  • TIME
  • TRUST

TALK - Bercakap dan berinteraksi sangat penting. Talk each others. Sekarang ramai menggunakan handphone sebagai alat interaksi. Ini adalah amalan tidak sihat. Nak mintak anak turun makan pun guna wassap. Pn Aida sarankan sewaktu makan adalah waktu larangan handphone.

TOUCH - Bersentuhan selalu dengan anak. Nak marah pun sentuh dan peluk mereka. Tunjukkan kat anak kita suami isteri bersalaman dan cium dahi. Tanda keluarga penuh kasih sayang.

TIME - Masa bersama anak-anak. Layanlah anak dan spend more time dengan mereka. Hinggakan sekiranya kita tengah masak, mereka mengadu kepada kita, sampai satu tahap kita perlu matikan api dapur masakan kita dan beri perhatian barang 10 minit tumpukan perhatian kepada mereka ( wow! ini yang sangat mencabar nak dipraktikkan ).

Puan Aida menasihatkan supaya tolong jangan 'ignoring' mereka. Jangan pandang enteng mereka. Nanti mereka akan merasa mereka seperti tidak dihargai. Jangan salahkan orang lain sekiranya bila remaja mereka lebih rapat dan meluahkan perasaan dengan rakan sebaya.

Kalau dapat rakan sebaya yang elok tak apa lah jugak, Kalau sebaliknya. FIkirlah sendiri wahai ibu-bapa. Semuanya berbalik kepada diri kita.

TRUST - Saling percaya mempercayai. Sering ambil tahu hal mereka. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan.

3 Strategi Super Ummi

Tugasan utama super ummi adalah melahirkan anak yang solehah.

Bagaimanakah ianya menjadi kenyataan. 3 Strategi utama perlu dipraktikkan.

1. 7 tahun pertama ( umur 1-7 ) - Input/Nilai
2. 7 tahun kedua ( umur 7-15 ) - Ta'bid/Hukuman
3. 7 tahun ketiga ( umur 16-21 ) - kawan/sahabat


Awina pun catat apa yang Pn Aida celotehkan

Bagaimana Super Ummi Beraksi

Hidupkan syiar keagamaan

1. Bina kesatuan keluarga

- solat
- makan bersama
- kerja rumah bersama
- Rehlah bersama/outing

2. Bina Kasih Sayang

- melayan mereka sama rata. Tiada pilih kasih.

3. Musyawwarah/kesepakatan

- Tidak guna kuasa veto
- berbincang dengan jelas, telus dan terus terang
- Keputusan dibuat bersama

4. Komunikasi terbuka/2 hala

5. Guna Deria secara positif

- akal untuk rasionalise
- tidak membabi buta
- kebijaksanaan tidak berat sebelah
- kawal suara. Jangan tinggi /kuat
- Jangan membebel
- kawal telinga

6. Bahasa dalam rumah

- Bahasa yang tidak melampau
- Panggilan dengan nama yang baik dan disukai
- Sering beri pujian
- Tegur dengan berhemah

7. Persekitaran Rumah

- Kondusif
- Kemas, bersih dan teratur

8. Keterampilan diri

- Sesuai dengan ibu-bapa
- Sesuai dengan anak
- Ibu-bapa menjadi kebanggaan anak-anak.

9. Buang perasaan EGO

- Akui jika buat silap
- Terbuka untuk belajar sekiranya tidak tahu.

Cabaran Super Ummi

1. Gejala sosial
2. Teknologi Tinggi / Langit terbuka
3. Perubahan persekitaran
4. Perubahan gaya hidup
5. Perubahan budaya
6. Cabaran Gen Y dan Gen X

Sebagai Super Ummi yang inginkan anak-anak yang super duper takwa perlu menyesuaikan persekitaran semasa. 

Anak-anak sekarang terdedah dengan pelbagai gadget dan teknologi semasa. Super Ummi juga harus mengikuti aliran teknologi untuk mendidik anak-anak mereka.

Cara didikan mereka tak sama dengan cara didikan anak-anak sekarang.

Super Ummi perlu pandai mengawal stress.

Dalam ceramah Pn Aida saya ada usulkan soalan. Bagaimana saya nak kawal stress saya di kala menghadapi anak-anak yang meningkat membesar ini. Almaklumlah anak-anak saya yang 5 orang pelbagai perangainya.

Jawapan Pn Aida : Super Ummi perlu mangawal stress. Rajin-rajin bangun malam, solat tahajud minta Allah permudahkan urusan. dan sentiasa senyum...

Ya...ubatnya adalah senyum...


serupa tak kami berdua senyummm....
Semoga perkongsian saya kali ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu yang berimpian menjadi SUPER UMMI seperti saya.

Kalau ada ELMU Insya Allah,  I AM SUPER UMMI mudah saja diamalkan.

Sebelum bersurai kami sempat bergambar bersama-sama kaum Muslimah Taman Lestari Putra dengan penceramah Puan Aida. Semoga bertemuan singkat ini menjadi bekalan para ibu menjadi SUPER UMMI.

Terima kasih Pn Aida.


Para Muslimah Taman Lestari Putra bergambar kenangan bersama Puan Aida
Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila Tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai lagi rakan-rakan anda mendapat manfaatnya.

Terima kasih kerana membaca.

I Am Super Ummi,

Hafizah with love.

~design your life not by default

No comments:

Post a Comment