Sunday, March 15, 2015

SUNRISE DI BUKIT PANORAMA YANG WAJIB ANDA LAWATI

Assalamualaikum wbt,

Anda apa khabar? Saya doakan anda sihat dan cergas berada dalam lindungan Allah swt.


Entri kali ini saya ingin bercerita keseronokan kami sekeluarga mendaki Bukit Panorama, Sungai Lembing menikmati matahari terbit pada cuti Tahun Baru China baru-baru ini.


Sunrise di Bukit Panorama, Sungai Lembing Kuantan Pahang.


cer teka berapa ratus anak tangga?


Cuti panjang sempena Tahun Baru China tidak kami sia-siakan. 

Kali ini adalah pendakian saya kali kedua di sini. Pendakian pertama tak silapnya 3 tahun lepas sebelum saya mengandungkan Awina.

Waktu itu, kaki saya bagai nak tercabut mendaki. Almaklumlah dah lama tak exercise. Kenderaan berat katakan. Hinggakan suami saya terpaksa menolak saya dari belakang...hahahahaaa

Itu dulu, sekarang tak lagi. Saya semakin cergas dan sihat dengan mengamalkan cara hidup dan pemakanan secara sihat.

Dari Panching ke Sungai Lembing

Kami beruntung kerana kebetulan Bukit Panorama, Sungai Lembing ini tak jauh dari kampung halaman suami saya, Panching Utara, Kuantan. Jadi, bila balik kampung saja kami akan berkunjung ke Sungai Lembing semestinya.

Tambahan lagi Sungai Lembing adalah tempat kelahiran suami saya. Memang cantiklah tu. Tempat yang bersejarah, cantik dan sangat natural yang wajib dilawati.

Sejak malam sebelum aktiviti lagi anak saya dah teruja nak bangun sebelum subuh nak turut serta mendaki.

Anak saya dari umur 6 tahun hingga 11 tahun semuanya excited. Sebelum subuh mereka dah bersiap. Sebab nak kena sampai awal ke puncak sebelum matahari terbit untuk menikmati keindahan 'Sunrise' di Puncak Bukit Panorama.

Kami beruntung kerana tak perlu sewa hotel kerana rumah keluarga mertua tak jauh dari Sungai Lembing.

Dari Panching iaitu kampung keluarga mertua saya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke Sungai Lembing.

Sekiranya dari Bandar Kuantan lebih kurang 47 minit melalui Jalan Kuantan-Sungai Lembing

Klik map ini untuk ke google map
Homestay Pekan Sungai Lembing


Kepada anda yang teringin ke sini tapi tak tahu nak menginap di mana, usahlah risau kerana di Pekan Sungai Lembing ini terdapat pelbagai rumah homestay yang boleh disewa. Klik di sini untuk Homestay yang ditawarkan


Tiara Atsari Guest House antara homestay yang boleh diinapi

Kuih Tradisional Sungai Lembing

Sesudah subuh kami memulakan perjalanan, sampai di Sungai Lembing dah pukul 6.30 pagi. Dah kira lambat ni. Terlepas nanti SUNRISE....

Hurry!! sebelum tu singgah dulu beli kuih muih Makcik di sebuah gerai di sini. Pelbagai kuih tradisional dijual.


Pau berintikan planta ini yang jadi kegemaran keluarga

gebusnya donut tuuu

Nasi dagang bungkus daun pisang (classic betul). Tak leh tunggu...beratur panjang. 
Nanti miss SUNRISE...maybe next time ye makcik.

Suasana pagi subuh di Pekan Sungai Lembing


subuh di Pekan Sungai Lembing
Walaupun subuh dinihari, warga pekan Sungai Lembing dah mulai sibuk walaupun di hujung minggu. Biasanya warga kota masih tarik selimut ketika ini kan??

selfie pulak cik abang...seriusnya muka
sampai di kaki Bukit Panorama. Anak-anakku dah ready untuk mendaki
Segar rasa pagi di sini. Menyedut udara yang belum tercemar. tengok pekan Sungai Lembing di belakang tu, masih diselaputi kabus tebal.


Jom kita mulakan pendakian. Let's go bebe!!



Mulakan langkah dengan Bismillah
Kami mula mendaki jam 6.45 pagi. Yang saya heran ada juga yang dah turun. Aiks....dah turun time ni, pukul berapa mereka daki tadi.


awesome view Pekan Sungai Lembing dari atas Bukit Panorama

sangat berenergy masa ini
cik abang sempat berselfie
dah berat kaki ni....Eizz tolak ibu..
sikit lagi nak sampai puncak...tengok belakang tu. cantik ke cantik..
lelah hilang bila melihat keindahan alam ni...Subhanallah
Alhamdulillah....sampai juga akhirnya ke puncak Bukit Panorama
teguk air dulu ek...dah banyak air terhidrat dari badan
Arghhh....nikmatnya dapat teguk air tika nih...Alhamdulillah
Suasana yang mendamaikan. Nun di sana Gunung Tapis.
Eizzatul antara juara pendakian. Dia yang paling depan. Tak terkejar ibu.
Now Everyone Can Climbing...hahahahhaha
Antara juara pendakian.
Walaupun hampir kecundang diseparuh jalan. Iffah tetap teruskan hingga ke Puncak.
Tahniah anak sedaraku.
sayup-sayup di sana Gunung Tapis...Insya Allah akan ku tawan suatu hari nanti
Subhanallah...
Pemandangan matahari terbit di Puncak Bukit Panorama
Patutlah ramai orang suka daki bukit ini seawal jam 5 pagi semata-mata ingin menikmati keindahan matahari terbit dari puncak Bukit. Subhanallah, memang cantik dan menakjubkan.

Begitu besar kekuasaan Allah dan kejadiannya.


Macam berada di atas kayangan....heehehehehe
Peaceeee!!!! Puteri kayangan

The great moment

daki bukit dah hilang banyak kalori tu. Ganti balik kalori yang hilang. Kelaparan mereka.
Hanya gambar yang boleh berbicara


Heroku Eizz Aqlan berlatar belakangnya bukit seperti
tulang belakang dinosor.

Aduhai anak bujang sorang ni.
Eizz Fitri posing ala..ala..hindustan pulak

dekat atas ni macam nak terbang je tau..


konon nak melompat, tapi tak jadi.

masih terpelihara kehijauan pokoknya

Iffah anak sedara husbandku tak lepaskan peluang ikut sama


fresh hirup udara segar
Aksi-aksi yang tidak melampau








I love nature
 Dah kat puncak nak ke puncak lagi

Inilah rupanya anak-anak. Dah dibawanya ke tempat tinggi nak naik lebih tinggi lagi. Inilah jadinya, tiang yang jadi mangsa.





Bisnes is Bisnes


Husband saya ni memang otak bisnes. Kemana-mana saja dia bawa bisnes dia #JomMariBercuti. 

2 orang wanita ini adalah pelajar UPNM Gambang. Kedua-duanya meminati Travelling. Tapi masalah utamanya ialah kewangan. Sebagai pelajar mereka tidak ada dana untuk bercuti.

Tak jadi masalah utama saya fikir, sebab di #JomMariBercuti menawarkan percutian dengan harga yang sangat istimewa. Kami di Jom Mari Bercuti mengamalkan Now Everyone Can Cuti.

Disamping itu kami juga ada menawarkan Bisnes secara Online fulltime atau part time dengan hanya bermodalkan 2 ANGKA boleh menjana 3, 4, 5 hingga 6 ANGKA.

Tak caya?

Kami dah alami. Tak caya tak apa....buat je. 

Dengan bermodalkan 2 ANGKA sekarang saya boleh jana extra income 4 ANGKA setiap bulan. Itu pun saya buat secara Part Time. Apatah lagi kalau Full Time nanti. Insya Allah akan dibuat secara Full Time sikit masa lagi.


sambil cangkung pun boleh cerita pakej percutian

Matahari dah semakin tinggi. Waktu dhuha dah masuk ni...
Pekan Sungai Lembing mulai kelihatan

 Wajah-Wajah Anak Bandar Turun Ke Desa








Happy and Healthy Family
Romantika di Puncak Panorama

Masa untuk turun sudahhh....

bila turun laju je....

tak boleh break...kaki nak meluncur laju ke depan je..

dah tengah hari, kabus mulai menghilang
Pekan Sungai Lembing yang pagi tadi diselaputi kabus mulai menampakkan wajahnya.

selfie time
Video kenangan

sila tonton.....


video 1

video 2

video 3

video 4

900 Anak Tangga dengan Ketinggian 1200 kaki


Serius semasa saya mendaki tadi, saya tak pasti berapa ketinggian Bukit Panorama ini dan berapa anak tangga saya langkah.

Saya agak dalam 100-200 anak tangga je.

Amazing, tak disangka bila kami ambil pamplet tentang Bukit Panorama ini, rupanya saya telah melangkah 900 anak tangga gitu...dan ketinggiannya mencecah 1200 kaki....cayalahhhh...

Macam tak caya je saya boleh capai rekod pendakian setinggi ini. Lebih tinggi anak tangga di Batu Caves. Kami bangga kerana kami boleh melakukannya.




Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan dan kecergasan untuk melakukan aktiviti seperti ini.


Sambil beriadah, sambil menikmati kebesaran Allah. Subhanallah....



Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasan Allah swt.



Saya tidak akan lupakan momen-momen bersama famili di sini.



Saya bersyukur kerana saya dan famili diberikan kesihatan dan kecergasan hingga boleh mendaki ke Puncak Panorama. Nak tahu rahsia kecergasan kami sekeluarga boleh hubungi saya.



For the next trip, saya dan famili saya ingin menjelejah Air Terjun Pelangi pula iaitu satu lagi aktiviti mencabar berdekatan dengan Bukit Panorama ini.



Betul-betul ada pelangi yang indah di sana. 



Tak caya, cer tengokkk....



jeles la cik abang je yang dah jejak ke sana


Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali tekan anda dapat memberi info dan maklumat kepada rakan-rakan lain. Kan senang nak dapat pencen kubur.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265]
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

No comments:

Post a Comment