Friday, August 15, 2014

HARI RAYA 2014 - PART 2

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali diruangan blog fiezabard ini. Apa Khabar rakan-rakan semua? Saya doakan anda sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Didoakan juga kesejahteraan kepada keluarga Mangsa MH17 dan MH370 supaya tabah dan bersabar dalam menghadapi ujian dan dugaan besar yang kita tak tahu apa hikmahnya. Allahuakbar.

Seperti dijanjikan, saya ingin menyambung kisah Hari Raya saya yang lalu. Kali ini di kampung kelahiran saya pula Muar Bandar Di Raja, Johor.

Hari Raya Kedua

Saya pulang ke kampung kelahiran saya pada hari raya kedua setelah seharian berhari raya di Kuantan, Pahang rumah ibu bapa mertua.

Agak lewat kami bertolak dari Kuantan sekitar jam 5 petang.

Kami singgah ke Segamat untuk menghantar ibu bapa mertua saya ke kampung halamannya di Kampung Sermin Segamat.

Dah lama tak balik kampung mak mertua saya kata. Kebetulan di kampungnya ada majlis pertunangan anak saudara ibu mertua. Mereka ambil peluang ini untuk berkumpul bersama walaupun orang tua telah tiada.

memulakan perjalanan ke Segamat

Di Rumah Mak Ngah Segamat

Awina pose sikit
Jam 9.30 malam kami meneruskan perjalanan ke Muar untuk berhari raya bersama keluarga saya pula.

Jom nikmati photo-photo kami. Photo yang menceritakan segalanya.

ready berhari raya di rumah makcik-makcik kat Muar

kereta dah penuh, naik kuda laaa...

Awina dan kakak Eizzatul

Awina dan Kak Ngah

Berkumpul di rumah Abang Been di Parit Raja

Semua generasi ada dari kiri makcik Ucu, Mak, Saya, anak saudara Faizah dan yang paling kecil Awina.

Sesekali berkumpul macam-macam nak diceritakan

Dari kiri: Faizah (anak saudara sulongku), Sareah (sepupu) dan Cik Ruliah (mak saudara)

Hero-hero sedang menikmati juadah

kecoh sekali-sekala berjumpa

anak-anak saudara saya dari kiri : Kak Ngah, Kak Long, Kak uda dan si kecil Haziqah

oh!...tambah sorang lagi yang berbaju ungu itu Norazlin (anak saudara saya juga)

Ibu saudara bongsu dan anak saudara yang sulong. Ada serupakah?

Keluarga besar Amah dan Mahfoz. Ini tak turun semua ni. Kalau turun semua maunya tangga tu tak muat tu.

Terima kasih kerana sudi menatap corat-coret hari raya keluarga saya.

Saya doakan Hari Raya anda juga meriah di samping keluarga.

Salam Aidilfitri,

Hafizah Mahfoz


No comments:

Post a Comment