Friday, August 8, 2014

HARI RAYA 2014 - PART 1

Assalamualaikum rakan-rakan bloggers,

Apa khabar hari ini? Saya doakan anda berada dalam lindungan Allah dan ceria-ceria selalu.

Entri kali ini saya nak bercerita tentang hari raya yang saya sambut pada tahun 2014 ini. Rasanya belum basi lagi kan cerita ni. Mood raya masih adakan.

Saya percaya anda menerima banyak jemputan 'Open House' pada hujung minggu ini kan. Begitu juga saya, hujung minggu saya penuh dengan jemputan 'Open House' yang menjadi budaya masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar.

Kalau di kampung mereka tak panggil 'Open House'. Mereka panggil 'Baraan' bagi masyarakat jawa khususnya yang dilakukan pada malam hari raya pertama.

Manakala di Kampung saya pulak dipanggil Marhaban. Marhaban lain pula, ia diadakan pada hari raya kedua hingga hari raya berikutnya. di mana setiap orang-orang kampung akan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah lain. 

Choppp!! entri ni saya ingin bercerita hari raya saya. Insha allah Baraan dan Marhaban akan diulas pada entri akan datang ye.

Hari Raya pertama di Kuantan

Alhamdulillah, setiap tahun kami sekeluarga bergilir balik kampung saya atau suami. Dan seperti dirancang tahun ini giliran balik ke Kuantan kampung suami saya.

Pada saya balik rumah ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua sama saja. Mereka adalah keluarga kami. Kedua-dua kampung mempunyai kemeriahan berhari-raya yang unik.

Anak-anak lah yang gembira sangat. Dapat bermesra dengan atok dan nenek mereka. Kalau disebelah keluarga suami saya, anak-anak memanggil ibu bapa mertua saya, atok dan nenek. Manakala disebelah keluarga saya mereka memanggil mak dan bapak untuk panggilan nenek dan atok mereka.

 
perjalanan pulang dimulakan
Kami sekeluarga bertolak pada Hari Sabtu seawal jam 8.30 pagi untuk mengelakkan traffic jam yang dijangkakan di Karak Highway. Namun begitu saya dengan confidentnya berdoa supaya perjalanan kami lancar dari sebarang halangan hingga sampai ke destinasi.


Tambahan lagi saya bersyukur dan sangat beruntung kerana suami saya sangat pakar dalam selok belok jalan raya. Kami panggil suami saya GPS bernyawa. Tanya saja jalan di Malaysia insha allah takkan sesat dan ada saja jalan short cut yang boleh dilalui.

Suami saya merancang untuk melalui jalan Gombak Lama hingga ke Genting Sempah untuk mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Karak hingga ke Bentong.

Jalan Gombak Lama ini agak sempit dan berliku-liku, agak mencabar jugak lah kalau memandu di sini dengan gaung di kiri jalan dan bukit di kanan jalan. Tetapi dengan kecekapan suami saya memandu, tidak menjadi masalah walaupun laluan yang sempit. Kalau saya yang memandu tak tahu la macam mana ye. Tak pernah cuba lagi memandu sendiri di Jalan berliku-liku seperti ini.


Jalan Gombak-Karak (Jalan Lama) hingga ke Genting Sempah
Jalan di sini agak lancar berbanding jalan Lebuh raya Karak yang sudah mula jem sejak malamnya (mengikut sumber whatsapp group rakan-rakan yang turut serta pulang ke Pantai Timur).

Alhamdulillah perjalanan pulang kami lancar hingga ke Panching Utara, Kuantan dengan selamat lebih kurang jam 2 petang. Kami agak lewat dari jadual kerana berhenti di R&R Genting Sempah agak lama kerana menunggu giliran untuk ke tandas. Beratur sangat panjang untuk ketiga-tiga tandas yang ada.

Hari terakhir puasa

Kebiasaannya mak mertua saya pada hari terakhir puasa, pagi-pagi lagi kami beramai-ramai bergotong royong di dapur untuk menyediakan lauk pauk juadah hari raya dan berbuka nanti.

Sudi-sudikan menjengah photo-photo seribu satu cerita menjelang hari raya ni.


berat serai ni kena pikullah


berjemaah memotong daging


sambil memotong berborak-borak. Kan mengeratkan silaturahim gitu.



seronoklah Eizzatul dan Fitri main masak-masak dengan atok dan nenek ye..


Faris pulak tolong Pak Su parut kelapa. Pengalaman yang confirm tak boleh Faris lupa ni.


Pikul serai berat sangat. Awina kepenatan tolong nenek masak.
dah siap parut, tempurung kelapa semua kena buang. Rajin Faris hari ni.

Juadah Berbuka dan Hari Raya

Jom saya hidangkan photo-photo juadah berbuka untuk hari terakhir berpuasa. Sedih rasanya meninggalkan bulan ramadhan pada tahun 2014 yang lalu.

Bila saya merenung juadah yang pelbagai dihidangkan, terkenang saya anak-anak Palestin di sana. Bagaimana agaknya sambutan Hari Raya mereka. Kalau di sini kita dibingitkan dengan dentuman meriam buluh dan mercun. Mereka di sana, Hari Raya mereka disambut dengan das-das tembakan dan peluru-peluru yang menembusi dada-dada anak kecil. Allahuakhbar....

Bersyukurnya saya kerana Allah memberi nikmat yang melimpah ruah. Alhamdulillah...

Cuba teka mereka tengah buat apa tu?

antara juadah berbuka yang di hidangkan


cantik je ketupat bersidai kat sini

macam-macam ada. sementara menunggu waktu berbuka
 
Hari Raya Pertama Yang Gamat

Seawal pagi anak-anak saya kejutkan untuk bersolat subuh berimam bersama ayahnya dan kemudian mandi bergilir dengan Niat Sunat Aidilfitri.

Sementara ayah dan anak-anak lelaki ke Masjid bersama-sama sepupu-sepupu mereka, saya, ipar dan mak mertua sibuk di dapur menyediakan juadah hari raya.

Menu Raya Tahun ini
  • Ketupat
  • Rendang daging (resepi ibu mertua)
  • Opor daging kerbau (menu wajib setiap kali hari raya, resepi ibu mertua)
  • Ayam masak merah (resepi saya, saya yang masak)
  • Nasi Arab (resepi Kak Nita, akak sulong suami saya)
  • Ayam Masak Kurma (resepi ibu mertua)
  • Lemang (tempah dari Lemang Mat Keroncong-glemer lemang ni dan pernah masuk paper)
Alhamdulillah meriahnya juadah hari raya. Bila memandang juadah yang sangat meriah ini teringat masyarakat Palestin, apakah juadah mereka di pagi raya? Confirm bukan seperti kita di Malaysia. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Ibu dan Awina ready for hari raya

Eiii....syoknya Hari Raya

Tak sangka ada orang nak bagi Duit Raya kat kita!!!
PUNGUT DUIT RAYA

Hari raya lah kanak-kanak paling gumbira. Nak tau kenapa? Sebab time ni lah mereka tetiba jadi kaya.



Beratur-beratur ambil turn nak mintak duit raya. Yang paling kecik depan!

Sayang ayah dulu, Muahhhh!

Hmmmm....lazatnya duit raya nih!

Muahhh sorang lagi

Abang Long cium tangan ibu dulu

Ampun Maaf Abang Long

Siapa tak dapat duit raya lagi, Meh sini cepat!!

Mak Su dan Pak Su pun nak bagi duit raya jugak

Belum kerja ni lah boleh dapat duit raya. Kalau dah kerja melepasssss.....

Apa pasal korang dapat duit raya banyak eh?
Hmmm!!! belum cukup nak pergi Haji lagi ni, nanti top up dengan duit bonus Shaklee lah ibu....Faris cakap

Ikut pengalaman saya pada tahun-tahun lepas, saya sebagai pemegang amanah raya banker kepada duit-duit raya mereka. Sepanjang bulan Syawal mereka boleh dapat sehingga RM 250++ seorang. Bermakna kalau dah lima orang wang terkumpul pada hari raya adalah sebanyak anggaran RM 1250 ++. Kalau lah saya pecah amanah, mahu saya joli sengsorang duit-duit mereka ni. Beli wallet Coach lepas nih.

Alhamdulillah, syukur...saya doakan mereka yang menghadiah dan sedekahkah duit raya kepada anak-anak saya ditambah-tambahkan rezeki mereka dunia akhirat.

Gamat Hari Raya di Rumah Mertua


cucu-cucu Hajjah Aishah dan Hj Abdul Muttalib

aksi tak boleh belah

anak-anak saya. Tengok tu macam-macam gelagat.
Saya dan famili serta mak dan bapa mertua

ini pengantin sentiasa baru. Adik ipar dan suaminya.
keluarga Kak Nita dan ibu bapa mertua
Kak Nita dan Abang Rosli serta hero heroinnya (dah besar-besar anak sedara saya)
Adda dan Hafiz
Adda kata macam ustazah Norbahyah dan Ustaz Akashah la (amin insha allah)
Ibu dan bapa mertuaku

saya suami dan anak-anak tersayang

Oh My Darling!

kalau dah dapat kaki, ginilah jadinya.

ekkkk! tercekiklah Mak Su...
Model busana Pak Arab


ginilah gamatnya anak-anak saya

boleh ke pakai songkok nih?
Keluarga Pak Talib
Inilah corat-coret kisah Hari Pertama Aidilfitri di rumah mertua saya. Sangat gamat dan meriah walaupun hanya dikunjungi 3 pasang anak menantu dan 8 orang cucu sudah cukup untuk memeriahkan teratak di Panching Utara, Kuantan, Pahang.


Insha allah apa yang saya kongsikan dapat menjadi manfaat dan kenangan buat kami sekeluarga.


Terima kasih sahabat sekelian kerana sudi meluangkan masa menatap keluarga kami.


Salam Aidilfitri dari kami seluarga, Salah dan silap harap maafi.




Salam Sayang,


Hafizah dan Famili


Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

------------------------------------------------------------------


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!

 




DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE. 
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment