Wednesday, April 9, 2014

SOTO RESEPI BONDA

Minggu lepas terasa nak ubah seleralah. Asyik makan nasi....jeeee.Tanya my husband “ boleh tak kalau saya buat soto je hari ini?”.

Setelah mendapat green light apa lagi saya pun memulakan langkah ke dapur. Dalam air kena catu ini saya kenalah masak lebih awal sebab catuan akan bermula pukul 2 petang. Jadi saya perlu memulakan operasi membuat soto seawal 7 pagi.

Dalam kepala sedang mengingatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan SOTO. Teringat kembali masa dulu-dulu selalu juga saya membuat SOTO bersama-sama mak di kampung. Dah lama rasanya tak ber'soto' bersama mak. rindunya...

Bahan-bahan asas yang perlu disediakan untuk membuat soto, sudah tentunya ayam dan nasi impit. Untuk keluarga saya seramai 6 orang yang pandai makan dalam pinggan cukuplah sediakan ½ ekor ayam saja.

Untuk keluarga yang agak besar elok seekor ayam baru puas hati. boleh repeat makan. Orang jawa kata 'Mentong'.

Bahan-bahan sup soto:

Set Asas

Nasi impit ( telah direbus hari sebelumnya supaya sempat untuk disejukkan )
½ ekor ayam (dipotong 2 saja untuk mendapat manis ayam tu)
3 ulas bawang besar (ditumbuk atau dihiris halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris halus)
2 inci halia (ditumbuk atau dihiris kasar)

Set rempah ratus

Sedikit lada hitam hancur.
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Sup bunjut

Set hiasan

Bihun digoreng
Tauhu kering digoreng
Daun sup dan daun bawang dipotong halus
Bawang goreng (goreng sendiri)
Taugeh
Sambal kicap
kacang tanah digoreng
Tauhu digoreng dipotong dadu

 



nasi impit yang belum dipotong
bihun dan tauhu kering yang belum digoreng

Cara-caranya menyediakan sup SOTO:


Rebuskan ketulan ayam yang telah dibersihkan tadi dengan air yang banyak.
Mulai masakan dengan Bismillahirahmanirahim.

Inilah rupanya ayam yang direbus dengan air banyak.
Macam nak buat stok ayam lah. 

Kemudian masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dicincang tadi ( saya hiris saja sebab malas nak keluarkan lesung batu) ke dalam air rebusan ayam tadi. Biarkan merenih seketika. Kemudian campakkan set rempah ratus pula. Kemudian letak garam secukup rasa. Mak saya pula ajar sekiranya nak berikan masakan kita lebih istimewa bubuh gula barang secubit untuk menambahkan lagi kelazatannya. Tak caya cuba buat. Kita redah je. Sikit je tau!Setelah daging ayam kelihatan empuk, keluarkan dari periuk rebusan dan toskan. Bila dah agak sejuk hiris-hiriskannya menjadi carikan daging ayam. Jangan pulak racik bila ayam masih berasap pula ye. Nanti berasap tangan tu.
Ayam yang sedang diracik
Ayam yang dah siap diracik. Inilah rupanya.

Sementara itu stok ayam di atas dapur tu dibiarkan merenih dengan mengecilkan apinya. 
Selepas meracik-racik ayam tentu ada tulang-tulang dan baki ayam kan? Nak buang ke? Eh! jangan...
Baki ayam dan tulang dari racikkan tadi dimasukkan semula ke dalam air rebusan stok tadi untuk menambahkan lagi rasa manis dan kelazatan stok ayam tersebut.

Cara menyediakan sambal kicap:
Bahan sambal kicap

Cili Api segenggam

Gula 
Kicap pekat
Sebiji Limau kasturi
Cuka


cili segenggam
cara-caranya:



Masukkan cili dan gula ke dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat.

Setelah itu keluarkan bahan-bahan dari lesung masukkan ke dalam bekas kecil. 

Kemudian tambahkan kicap dan perahkan sebijik limau kasturi. kalau ikut resepi mak saya, mak suka tambah cuka. Tapi disebabkan saya kehabisan stok cuka, cukuplah sekadar limau kasturi dah menjadikan sambal kicap anda ummmpppp...menjilat jari.

tambah kicap lemak

How to serving SOTO?

Masukkan bahan-bahan yang ditunjukkan di bawah ini ke dalam satu mangkuk atau pinggan.
1. Nasi impit yang telah dipotong dadu

2. Ayam di racik

3. Tauhu perlu dipotong dadu
( terlupa ambik gambar potong dadu)

4. Tauhu kering yang telah digoreng

5. Bihun yang telah digoreng


6. Kacang tanah yang telah digoreng

apa lagi yer?...jangan lupa

7. Taugeh, daun sup dan bawang serta bawang goreng

untuk hiasan dan kesihatan

last sekali tuangkan sup SOTO tadi ke atasnya. Tambahkan sambal kicap untuk menambah selera.

TADAAAA!!!!!

JEMPUT MAKAN

SOTO RESEPI BONDA siap untuk di makan.


Sekiranya anda suka resepi ini sila SHARE dan LIKE.
Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment