Tuesday, January 14, 2014

MAULIDUR RASUL ( CINTA RASUL DALAM KENANGAN )

Hari ini 12 Rabiulawal 1435, sapa tahu tarikh apa ni?
Birthday saya ke? Anniversary saya ke?

No...hari ini hari keramat...amat keramat iaitu kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Sejak kecil saya takkan lupa tarikh ini takkan lupai seperti saya mengingati tarikh lahir saya dan tarikh anniversary saya.

Terkilan saya tahun ini saya tak dapat turut serta dengan keluarga di Muar untuk meraikan Majlis besar-besaran ini.

Kalau di kampung kami panggil Sambutan ini "Maulud Nabi". Ikut slang orang 'MUO' la....Jom pegi Maulud Nabi...

Teringat masa kecil-kecil dulu setiap tahun mak bapak saya tak ketinggalan akan membawa kami sekeluarga ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar. Terletak 1 km dari Bandar Maharani, masjid ini amat terkenal sebagai Masjid bersejarah di Bandar Muar. Kedudukannya masjid ini di tepi Sungai Muar amat indah sekali.

 Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Nostalgia aku semasa kecil. Mak suka membawa aku mengaji di sini sejak aku berumur 5 tahun lagi. aku pulak dok ngintai2 bapak yg duduk di sudut jemaah lelaki. mengintai di celah2 bidai bahagian jemaah perempuan. sungguh nostalgia...syahdu bila teringat.


Seawal 8.00 pagi Majlis Maulidurasul dimulakan. dimulai dengan perarakan badan2 kerajaan dan kanak-kanak sekolah dan juga anak yatim menuju ke perkarangan masjid. kemudian disambung bacaan Berzanji, Marhaban dan Selawat keatas nabi para tetamu masjid dari pelusuk kampung di Muar ini akan menghadirkan diri ke Majlis tersebut.


Tak kira tua, muda malah kanak-kanak kecil turut sama memeriahkan Majlis Maulidurasul yg menjadi Sambutan Wajib di Masjid ini. Ramai memang ramai sekali. Seronok tengok...ada yang datang dari kampung saya Parit Keroma, ada datang dari Serom, ada yang datang dari Pagoh, ada juga yg datang dari Panchor.

Semuanya dengan niat yang satu, meraikan Sambutan Maulidurasul di samping mengeratkan silaturrahim.

Yang meriahnya di sini selepas bacaan berzanji dan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Majlis akan diteruskan dengan syarahan atau ceramah dari penceramah jemputan yang terdiri dari kalangan ustaz yang tersohor.

NASI DULANG

Sejurus selepas itu para jemputan dijemput untuk menjamu selera di belakang masjid berlatar belakangkan sungai Muar.

Yang paling istimewanya bila nasi minyak yang dihidangkan hanya dalam dulang saja. Jadi kami sekeluarga beramai-ramai makan nasi minyak dalam dulang secara berjemaah. Sangat mencuit hati kenangan terindah ini. Ikut sunnah nabi, makan beramai-ramai dalam satu dulang telah menjadi satu tradisi Sambutan Majlis Maulidurasul di Masjid ini.

 para tetamu sedang menjamu selera secara jemaah nasi mintak di dalam dulang.


 ini la rupanya nasi minyak dalam dulang yang dijamu kepada setiap jemputan Maulidurasul


Gambar di atas tu agak formal sikit sebab waktu tu Sultan Johor turut mencemar duli bersama-sama rakyatnya di Muar untuk meraikan Sambutan Maulidurasul ini. Waktu tu seingat saya tahun 2012. Saat itu juga Baginda sultan mengumumkan MUAR sebagai BANDAR DI RAJA...

huhuhuuuu...bangganya tempat kelahiranku dinobatkan sebagai BANDAR DIRAJA. Seumur hidup saya dilahirkan di Johor, bila orang tanya apa Bandar Di Raja Johor. Saya jawab " Ntah, tak de kot...tak macam Perak bandar di Rajanya Kuala kangsar"

Tapi kini dengan bangganya, bila org tanya apa bandar di Raja Johor. Apa lagi saya jawablah " MUAR tanah tumpah darahku Bandar Di Raja Johor!!!".

Oh! sambung pasal makan dalam dulang tadi, kalau nak diikutkan selepas kami ambil juadah masing-masing, kami akan makan berselerak bersama-sama keluarga atau rakan masing-masing. sama ada di tepi-tepi tembok batu tebing sungai atau di padang saja. Kami tak kisah...duduk bersila dah boleh mengadap dulang makanan beramai-ramai. Amat bersederhana.

 makan secara jemaah memang menyelerakan ditambah lagi gulai daging yang perrrghhh ...lazat...alhamdulillah...

Telah menjadi amalan kami nasi di dalam dulang tersebut perlu dilicinkan. Jangan ditinggal walau sebutir nasi. Kebiasaannya mak saya akan membawa plastik dari rumah untuk membungkus lebihan nasi untuk dibawa pulang. Bawa pulang BERKAT mak kata. Sungguh-sungguh ikut sunnah nabi. Masa tu saya dapat bayangkan macam mana Rasulullah dan sahabat2nya mengahdapi hidangan makanan sebegini.

AIR BANDUNG BANCUH DALAM PERIUK

Satu lagi menu special Maulidurasul ini ialah Air Bandungnya...
PErghhhhhh...bila diingat-ingatkan balik. terliur rasa....

yang istimewanya cara penyediaan air bandung itu. Bukan dibancuh di dalam jug atau dalam bekas air tapi dibancuh air bandung tersebut di dalam periuk BESAR yang biasanya digunakan untuk memasak nasi minyak.

dah tu, mereka mengodak (istilah org Muo jugak ni) bancuhan air bandung ini dengan menggunakan senduk besar pendayung perahu tu yg biasanya digunakan utk mengodak lauk dalam periuk besar bila masak kenduri kendara....

wahhh ..gitu. itu yang sedap tu....deliciouso...
saya tak jumpa gambar nak bayangkan macam mana penyediaan air ni. nanti bila dah jumpa saya post ok...

tujuannya supaya bancuhan soda, sirap dan susu cair ditambah sedikit garam teradun dengan sebatinya. baru la kaw kaw bandung soda muar...

 Air bandung dibancuh di dalam besin atau periuk besar. baru dapat keasliannya.

Terliur tak....ummmmppphhhh


AIS KRIM

satu lagi tarikan di sini...
kami juga berpeluang mendapatkan aiskrim secara percuma di perkarangan masjid. Bukan saja kanak-kanak yang seronok menikmati aiskrim FREE ni, malah mak-mak budak pun turut serta.

 Aiskrim cup yang menjadi rebutan kanak-kanak dan orang dewasa
 Ini namanya aiskrim Malaysia. boleh didapati di sini juga secara PERCUMA.

waaaaa......I MISS MUAR, I LOVE MUAR....everything ada di sana. Nostalgia dan kenangan terindah saya banyak di sana...yang takkan dapat di tempat2 lain....

Sedih tak dapat pulang menyambut di Muar tahun ini,....insyaallah next tahun sekiranya masih diizinkan.

Kita perlu menerapkan cinta rasul sejak dari kecil lagi seperti mak bapa kita terapkan kita suatu ketika dulu. Dengan cara memeriahkan sambutan maulidurasul bersama anak2 inilah akan menanamkan sifat CINTA RASUL ke hati nurani mereka.
------------------------------------------------------------------




BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅

Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
NABI MUHAMMAD SAW.


---------------------------------------------------------------------------------------------------



Terima kasih kerana membaca kenangan saya di Masjid yang amat bersejarah ini dalam Menyambut Maulidurasul.

kalau anda suka FEEL FREE tekan button LIKE atau SHARE kat bawah tu ye

semoga anda dapat manfaat bersama.

Dari Hati,
hafizah

No comments:

Post a Comment