Sunday, January 5, 2014

Hari Orientasi Eizzatul Syarafana

Ingatkan zaman masuk Universiti je ada orientasi day dan orientasi week.
Anak2 yang nak masuk sekolah Tahun 1 pun ada orientasi rupanya.

Pada 30 December 2013 yang lalu my princess Eizzatul Syarafana telah menjalani hari orientasi di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan sebagai persediaan untuk anak kecil ini membiasakan diri di alam persekolahan.

Almaklumla alam persekolahan sebenar tak sama dengan alam tadika yang segalanya diuruskan oleh teacher-teacher yang baik hati.

ready go to school

Awal pagi dah bersiap untuk ke sekolah. Semangat tengah membara.
Sampai saja di sekolah murid-murid telah ditetapkan di kelas masing-masing. My princess Eizzatul di tempatkan di Kelas 1 UiTM. Kelas-kelas di sekolah ini dinamakan sempena Universiti-universiti di Malaysia. Terdapat 10 kelas untuk darjah 1 iaitu 1 UPM, 1 UM, 1 UitM, 1 UIA, 1 UUM, 1 UKM, 1 USM, 1 UPSI, 1UTM, 1 UMS.
 My Princess antara yang paling comel dan cilik
 Parent masing-masing pun turut serta memeriahkan sekolah
Saya perhatikan macam-macam gelagat anak-anak kita ni. Ada yang menangis. Ada yang pandai berdikari. dan ada juga yang tak nak berpisah dengan ibu bapa mereka. Saya tahu masa ini mereka masih dalam keadaan 'blur'. Tak tahu apa yang perlu dibuat selepas ini. Saya tahu la sebab saya pun pernah masuk darjah satu suatu ketika dahulu....1983...lama kan.
Untuk memastikan kelancaran pengurusan anak-anak bersama-sama guru-guru, ibu-bapa tidak dibenarkan berada disamping anak-anak. Ibu-bapa diwajibkan ke dewan untuk mendengar taklimat oleh guru besar dan guru-guru yang bertugas.
 Guru Besar sedang memberikan taklimat
 Bersama jiran se Taman. Anak mereka juga darjah 1.

Selepas sessi taklimat, ibu bapa perlu ke Kantin untuk urusan pembayaran yuran pula. Ada beberapa maklumat perlu diisi rupanya.

Maklumat pergigian, maklumat imunasi anak dan maklumat pelajar.

Untuk ibu bapa yang baru pertama kali mendaftarkan anak ke Tahun 1 di sekolah kerajaan Malaysia hendaklah memastikan buku imunasi anak dari sejak lahir perlu di jaga rapi kerana buku imunasi tersebut amat diperlukan semasa pendaftaran kemasukan anak ke Tahun 1 nanti.

 Mengisi maklumat Imunasi pelajar

Beratur di barisan hadapan sekali kerana 
anakku paling kecil dalam kelas

 
 With my princess di hari orientasinya


To be continue....Hari Pertama Sekolah

No comments:

Post a Comment