Belek-belek FB hari ini terjumpa satu fakta yang boleh dikongsi bersama tentang bahayanya Magnet Peti Ais. Saya antara manusia yang obses dengan Magnet Peti Ais. Kalau pergi bercuti ke Cameron Highland ke, Melaka ke, Pulau-pulau peranginan ke, akan saya cari Magnet Peti Ais ini untuk kenang-kenangan atau ole-ole orang kata. Balik rumah saya aku lekatkan di Peti ais atau sebagai pelekat nota-nota penting di Peti Ais seperti notis-notis sekolah anak-anak, pamplet-pamplet pizza hut.Itulah kegunaan Magnet Peti Ais ni. Tetapi rupa-rupanya objek yang sekecil ini sangat BAHAYA.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Info Kesihatan..
Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk
Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni
yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.
Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang
disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang
yang memakannya mungkin mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara
senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah
tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada
dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang
selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima
rawatan.
Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut
pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum
tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air
tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan
kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak
sanggup menjalani sebarang rawatan lagi.
Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di
klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat
menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat
dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang
aktif ini.
Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya
kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika
umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh
Islam akan menang.
Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton
Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus.
Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa
magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk
yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran
elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh
mempengaruhi sumber makanan.
Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan
dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87%
mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain.
Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi
kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat
kajian lagi.
Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya
ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan
meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.
Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT.
Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat
nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh
menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah
SWT jua.
No comments:
Post a Comment