Thursday, September 18, 2014

BUTTER PRAWN FIEZABARD SECRET RECIPE

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar para sahabat dan pembaca setia fiezabard? Dah lama kita tak berkongsi resepikan. 

Ruangan resepi fiezabard kali ini nak berkongsi resepi yang dah lama saya tak praktikkan.

Kebetulan, semalam cik abang balik dari out-station Sabah, bawa balik satu kotak yang di'wrap' dengan rapinya.

Ada macam rupa beg James Bond tak?
Nak tahu apa ada dalam kotak tu? (kalau orang yang balik dari Sabah tak lepaskan peluang bawak kotak ni tau).

TADAAAA!!!!!

setelah dibuka kotak
Zoom In sikit, dari pandangan sisi
dari pandangan sebelah kepalanya
Yessss!!! udang harimau form Sabah bahhh!!! jangan marah beb!
Nak masak apa ye udang besar-besar ni. Geram tengok, fresh lagi.


udang selepas dicuci nak melompat keluar 2 ekor

ada 2 ekor lagi nak melompat tu!!! kejarrrr!!

tengok tu..mau tak besar. Lebih besar dari tapak tangan Cici.
Cici model Udang Harimau. Pakai baju pun Harimau Malaya.

Jom Masak Udang Harimau Secret Recipe

Pernah saya teringat satu ketika dulu, bekas bos saya ada beri tips. Udang harimau Sabah ni jangan masak gulai atau masakan berempah bagai. Nanti tak rasa keaslian dan kemanisan yang original yang keluar dari isi udang itu sendiri. Itulah SECRET RECIPE untuk masak udang harimau Sabah ini.

Jadi di sini saya nak share dengan anda satu resepi simple yang paling sempoi masak udang harimau ni. Check it out! 

BUTTER PRAWN FIEZABARD SECRET RECIPE

Bahan-bahannya:

20 ekor Udang Harimau dari Sabah (Resepi ini hanya sesuai untuk udang Harimau Sabah saja)
3 sudu besar paprika powder
10 ulas bawang putih
2 sudu besar butter (saya guna planta sebab butter tak ada, gunakan saja apa yang ada)
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur

udang harimau dari Sabah yang telah dibersihkan
Paprika Powder (boleh didapati di mana-mana kedai atau pasaraya)
Bawang putih
Planta atau butter
Sos tiram
 Cara-caranya

1. Tumbuk kasar bawang putih.


 2. Cairkan butter atau planta di dalam kuali dengan api sederhana


3. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk kasar tadi ke dalam butter/planta yang telah cair tadi.


4. Setelah naik bau bawang goreng tadi, masukkan serbuk paprika dan sos tiram pula


5. haaa....yang ni paling seronok, campakkan Sabahan Udang Harimau tadi ke dalam ramuan simple tadi

bertenggek-tenggek udang mak jemah!!!
 6. Gaul rata udang dengan ramuan goreng tadi


7. Pecahkan sebiji telur dan campakkan ke dalam udang


8. Gaul rata udang dan telur tadi

menarik dan mengiurkan kan???
TADAAAA!!!!!

Ready to eat.

 
Bertambah-tambah pinggan anak-anak dan suami saya bila sekali sekala makan sedap macam ni.

Resepi yang super duper simple tapi sangat lazat dan berkhasiat dan di jamin kebersihan serta halalan toyyibanya. Belum cuba belum tahu.

Tak caya! cubalah sendiri!

Peringatan : Resepi ini hanya sesuai untuk Udang Harimau dari Sabah sahaja kerana kemanisan udang tersebut tak sama dengan udang yang dibeli di Pasar. Sesuai juga digunapakai untuk udang sungai yang fresh terutamanya udang dari Sungai Pahang (Pekan, Pahang).

Sekiranya anda rasa resepi ini sedap dan boleh dimanfaatkan oleh anda sila LIKE dan SHARE. SHARE tau, supaya lebih ramai orang boleh cuba resepi super duper simple ni!

Terima kasih kerana sudi mencuba. 

~Suka-suka masak, masak dari hati.

Salam sayang,
Hafizah Mahfoz.

------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

019-211 8757

email:

hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

Tuesday, September 16, 2014

JEPUN DAN UBI KAYU

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca setia blog fiezabard ini. Saya doakan hari ini anda memperolehi keberkatan dan kemerdekaan yang anda impikan.

Entri kali ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak tentang erti kemerdekaan yang kita kecapi sejak 57 tahun yang lalu sempena bulan kemerdekaan.

Saya tak lah pandai sangat sejarah. SPM pun dapat 6 kredit dalam subjek sejarah. Jadi tidak sewajarnya saya bercerita fakta sejarah di sini.

Cuma yang ingin saya kongsi dengan anda di sini tentang pengalaman ibu dan bapa saya semasa peperangan Jepun dan penaklukan komunis di Malaya suatu ketika dulu. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu.

57 tahun yang lalu saya belum wujud lagi. Tetapi ibu saya yang sekarang berumur 80 tahun dan bapa saya 86 tahun. Sudah tentu mereka melalui zaman penjajahan walaupun ketika itu ibu masih berusia 5 tahun sedangkan bapa saya berusia 11 tahun.

Alhamdulillah, ibu bapa saya masih sihat walafiat bersama-sama anak cucu cicit mereka untuk beri peluang bercerita kisah-kisah perit semasa perang dunia kedua untuk menjadi ikhtibar kepada anak cucu mereka.

Perit jerih kehidupan semasa perang Jepun ibu dan bapa saya turut alami. Ibu saya kata, semasa penjajahan British di Tanah Melayu tidak sehebat seksanya ketika penjajahan Jepun melanda.

Ketika penjajahan British, masyarakat di Tanah Melayu masih boleh hidup bebas melakukan aktiviti sosio-ekonomi mereka. Tetapi bila Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun segala aktiviti dikawal ketat oleh pihak Jepun.

Kesan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Kesan Politik

Menurut cerita ibu saya, masyarakat di Tanah Melayu ketika itu sangat gembira kerana mereka telah bebas dari jajahan British. Kononnya, Jepun dah menyelamatkan mereka dari penjajahan sebab Jepun kan dari Asia juga.

Jepun menggunakan slogan 'Asia untuk Orang Asia' untuk mempengaruhi masyarakat untuk menyokong mereka. Baguskan taktik dan strategi mereka.

Ideologi Jepun 'Asia Untuk Orang Asia' hanya penipu.

Padahal, pemerintahan mereka lebih menyeksakan berbanding semasa penjajahan British dahulu. Jepun tidak melaksanakan dasar membela Asia seperti slogan yang telah diwar-warkan dalam propaganda mereka.
 


Kesan Ekonomi

Ibu saya cerita lagi, gaji mereka yang bekerja kerajaan ketika itu amat kecil. Gaji kakitangan kerajaan dikurangkan pada zaman penjajahan jepun.

Sedangkan ramai orang menganggur kerana akibat daripada sekatan ekonomi yang dikenakan ketika itu.

Bila duit Jepun dicetak lagi mengundang padah kerana cetakkan duit yang diluar kawalan menyebabkan harga barang mencanak tinggi sedangkan barangan ketika itu tidak memenuhi permintaan.

Ibu saya kata, pada zaman itu, mereka sekeluarga hanya makan ubi kayu  dan keledek sebagai makanan ruji mereka kerana kesukaran mendapatkan beras. Ketika itu, Jepun mengenakan catuan makanan yang berleluasa.




Disebabkan hanya kayu api dan ubi saja yang mudah didapati ketika itu, ubi bakar adalah menu harian mereka.

Kesan Sosial 

Sengsaranya hidup semasa perang Jepun dapat digambarkan dari cerita ibu saya. Walaupun ibu saya ketika itu masih kecil, tetapi memorinya kuat untuk mengingati semua kisah-kisah silam mereka.

Pernah suatu malam, ibu saya pernah mengikut nenek saya yang saya panggil Mak Yang lari ke hutan dengan membawa sebungkus kain baju. Apalah yang ibu saya tahu ketika itu dalam seusia 5 tahun untuk mengenali erti keperitan. Bila Mak Yang bawa ke hutan diikutkannya. Bila dah reda perang mereka balik semula ke rumah masing-masing.

Tentera Jepun sangat kejam. Pembunuhan dikhalayak ramai dah menjadi kebiasaan. Tambahan lagi penduduk tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar. Radio dilarang keras dimiliki oleh sesiapa pun. Dulu radio saja la media telekomunikasi yang ada. Bukan macam kita sekarang ni dengan internet media tanpa batasan. Kalau pihak Jepun dapat tahu ada yang memilikinya alamatnya 'potong kepala'.


hukuman potong kepala kepada yang engkar kepada Jepun
Landasan Keretapi Maut


Saya ada baca sebuah kisah yang berlaku semasa perang jepun "Landasan Keretapi Maut" lebih menyedihkan dan sangat sengsara.



buruh kasar di paksa menyiapkan Landasan keretapi yang menghubungkan Thailand dan Burma meninggalkan kesan hitam kepada mereka
Ada penduduk kampung dikalangan lelaki dipaksa untuk menjadi buruh kasar di Sempadan Thailand - Burma. Menurut buku tersebut mereka diberi makan sekali saja sehari dan dipaksa membina landasan keretapi dengan tulang empat kerat mereka. 

Sedangkan yang sakit tidak diberi ubat dan rawatan langsung. Bagi yang engkar dan cuba melarikan diri mereka didenda. Tau tak apa denda mereka. Mereka dipaksa minum air sabun sehingga kembung perut, selepas itu mereka memijak mangsa hingga mati.

Allahuakhbar kejamnya mereka.

57 tahun telah Merdeka

Alhamdulillah, sekarang negara kita telah merdeka. Kita wajib bersyukur dengan kemerdekaan yang kita miliki ini. Sangat-sangat bersyukur.

Sangat-sangat berterima kasih kepada para pejuang dan prajurit negara yang sanggup mengorbankan jiwa raga demi negara tercinta.

"Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"



Kerana mereka, kita dapat mengecapi keselesaan di bumi Malaysia ini.
Kerana mereka, kita bebas dari belenggu penjajah.
Kerana mereka, lahirlah sebuah CINTA!


Salam Merdeka,

Hafizah Mahfoz

------------------------------------------------------------------------

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!



DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

Monday, September 15, 2014

LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION (LUA) DI HOSPITAL ANNUR HASANAH BANGI

Assalamualaikum wbt.

Salam persahabatan rakan-rakan yang baru belek-belek blog saya ini dan apa khabar rakan-rakanku? Saya doakan anda semua sihat di samping keluarga tercinta.

Hari ini sepatutnya saya perlu menyiapkan satu entri tentang kemerdekaan tetapi saya rasa entri yang ini masih fresh untuk dikongsikan.

Saya kata fresh kerana perkara ini baru saja berlaku pagi tadi.

Pagi tadi saya plan untuk mengikuti satu ceramah Muslimah oleh Ustazah Nor Hafizah di Surau Al-Mustaqim iaitu surau di Taman Lestari Putra Seksyen 7 di kejiranan saya. Kita merancang Allah jua yang menentukan.

Saya membatalkan hasrat saya kerana anak saya perlu dibawa ke hospital segera kerana muntah-muntah dan berak-beraknya tidak pulih sejak 2 hari lalu.

Pagi tadi hujan lebat sangat. Suami saya tak ada ketika itu kerana tuntutan kerja di luar kawasan, nak tak nak saya perlu mengusung anak saya ke hospital.

Di dalam kereta, perbualan saya dan anak saya Faris

Ibu : "Lebat betul hujan kan, macam mana ibu nak bawa baby masuk ke pintu hospital kalau hujan ni. Dah la parking situ susah nak cari"

Faris : "Ibu doalah, biar nanti ibu dapat parking dekat-dekat dengan hospital"

ZAsssss!!!
Sentap ibu ni sekejap. Anak sekecil ini mengingat saya dengan LUA iaitu Law Of Universal Attraction yang hampir saya lupakan. Saya ingin maklumkan Faris baru 5 tahun.

Selalu saya ajar anak-anak ini dengan konsep LUA. Berdoa, submit dan percaya. 

Sekiranya anda fikirkan sesuatu yang baik berlaku maka itulah yang terjadi. Sekiranya anda fikirkan perkara buruk yang bakal berlaku. Insya allah perkara tak baik juga yang datang.

" Allah mengikut sangkaan hambanya"

Saat itu juga ketika hujan lebat, saya dan anak-anak yang berada dalam kereta kecuali si kecil bunga submit doa supaya dapat parking betul-betul depan pintu masuk hospital.

Yang kanan sekali tu la Faris


Anda tahu tak apa yang terjadi?

Sampai saja di perkarangan hospital kebanyakkan kereta sudah memenuhi parking yang berhampiran hospital. Memang kebiasaannya sangat susah nak cari parking di situ.

Alhamdulillah, pagi ini berkat submit doa waktu hujan dan 'LUA' kannya, ada satu parking kosong betul-betul di depan pintu masuk hospital. Syukur sangat waktu itu kerana Allah mempermudahkan urusan saya saat saya tiada pembantu untuk menggendong baby saya ketika hujan lebat itu. Saat itu Allah berikan bantuan.

"Saat kita tiada apa-apa, Allah sentiasa membantu kita"

Bersyukur sangat dapat parking betul-betul depan pintu masuk hospital
pelbagai aksi sementara menunggu giliran

sayang baby
Awina terlena balik dari hospital

Moral dari kisah saya ini:

1. Jangan lupa untuk submit doa kepada Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

2. Doa ketika hujan adalah doa yang sangat makbul. Tak caya tak per! buat je! saya dah buat ....sooooo amazing.

3. Fikirkan yang baik-baik (Think Positif) sekiranya anda ingin yang baik-baik saja yang datang kepada anda.

4. Bantuan daripada makhluknya tidak pasti tapi bantuan ALLAH itu PASTI.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Semoga anda dapat manfaatnya dari entri saya kali ini

Terima kasih kerana sudi membaca

--------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

019-211 8757


email:

hafizahmahfoz@gmail.com


facebook:

hafizahmahfoz


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

Sunday, September 14, 2014

CINTA RASUL : KENALI BIODATA RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, lama rasanya kita tak berjumpa dalam blog ini kan. Gian pula bila dah lama tak menaip.

Entri kali ini saya ingin membawa anda mengenali Nabi Muhammad SAW, Rasulullah yang kita cintai.

Tak kenal maka tak cinta.

Kalau anda perasan, waktu kecil dulu sesiapa yang bersekolah tadika ABIM atau PASTI sudah pastinya menyanyikan lagu inikan?

"Anak-anak nabi ada 7 orang,
3 laki-laki 4 perempuan"

Kecil-kecil lagi anda telah didedahkan dengan CINTA RASUL dalam bentuk nyanyian. Kerana dengan nyanyian, mudah untuk mengingat.

Oleh itu, kali ini saya ingin mengembalikan nostalgia anda ketika bersekolah tadika dulu.

JOM CINTA RASUL

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/cinta-rasul-kenali-biodata-rasulullah.html


BIODATA RASULULLAH SAW
 
NAMA
Muhammad bin Abdullah

TARIKH LAHIR 
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah

TEMPAT LAHIR 
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah

GELARAN
Al Amin

BAPANYA
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

IBUNYA
Siti Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

PENGASUH Pertama 
Ummu Aiman

IBU SUSUAN Pertama 
Thuwaibatul Aslamiah

IBU SUSUAN Kedua
 Halimah As Saadiah

ISTERI-ISTERI Rasulullah SAW

1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umiyah.
6] Saudaht bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.


Hanya Aisyah dikahwini masih anak dara.

ANAK-ANAK Rasulullah SAW
 
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Saya nak 7 anak

Antara koleksi buku sirah nabi yang saya miliki

Sejujurnya pernah satu ketika zaman kanak-kanak dulu, bila saya membaca buku-buku sirah Nabi Muhammad SAW, saya mengimpikan ingin ada anak 7 orang seperti anak-anak Nabi. Pendek kata, kalau kita dah cintakan Rasul, apa yang baginda ada, saya pun ingin memilikinya.

Impian saya belum tercapai, namun Alhamdulillah syukur, adik beradik saya juga seramai 7 orang iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan seperti anak rasulullah. Mak saya juga impikan yang serupa dengan saya mungkin.

http://fiezabard.blogspot.com/2014/09/cinta-rasul-kenali-biodata-rasulullah.html

Saya doakan anda semua dapat manfaat dari entri saya kali ini. Mudah-mudahan CINTA kita kepada RASUL tidak akan terpadam dengan mengimarahkan sunnah-sunnahnya, insya allah.

Sekiranya anda suka entri saya sila LIKE dan SHARE.

Cinta Rasulullah, Sayang Rasulullah,

Hafizah Mahfoz

--------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

019-211 8757



email:

hafizahmahfoz@gmail.com



facebook:

hafizahmahfoz



EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!

www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

Friday, September 12, 2014

PRODUK SHAKLEE MEMUDARATKAN??

Assalamualaikum wbt.

Salam ukhwah sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian. Apa khabar hari ini? Saya doakan hanya yang baik-baik saja untuk anda.

Entri kali ini saya ingin mengimbau kembali saat-saat suppliment terhebat di Malaysia ini dikecam oleh individu yang sangat tidak bertanggungjawab.

Kisahnya bermula dari Status FB salah seorang 'keyboard worrior'. Untuk kisah lebih lanjut sila ke link ini


Saya bersyukur rentetan dari kecaman hebat itu, kami agen Shaklee tidak mudah melatah. Ada dikalangan kami diajukan soalan sama ada kes yang dibangkitkan benar atau fitnah.

Saya juga menerima sedikit tempias dari kisah tersebut. Allahuakhbar, kami para agen perlu memberikan sebaik-baik panduan dan konsultansi kepada pelanggan kami supaya ada yang tidak terguris dan terkecil hati.

Alhamdulillah, saya dikelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa membantu antara satu sama lain. Dalam keluarga bisnes kami yang besar ini, walaupun kami mengedar produk yang sama tetapi tiada hasad atau dengki antara kami.

Bisnes akan menjadi sangat MUDAH sekiranya buat secara berjemaah. Contohnya dalam kes "keyboard worrior" tadi. Saya diajukan soalan seperti di bawah.

Pelanggan setia saya meminta diberikan penjelasan dengan status yang tidak bertanggungjawab ini

status FB Cikgu Mary
Saya yang telah menjangkakan soalan sebegini akan ditanya oleh pelanggan-pelanggan saya terutamanya yang menggunakan GLA Complex. Siapa tak cuak kan, kalau status sebegini kita terbaca. Tak nak lah nanti diri sendiri mengalami nasib yang serupa.

Status tersebut telah diviralkan akibat daripada kurangnya ilmu oleh sesetengah agen. Mereka mungkin tidak memberi konsultansi secukupnya kepada pengguna.

Kesian saya perhatikan ada sesetengah agen yang tiada kumpulan sokongan Mentor Mentee seperti dalam Group kami. Bisnes sorang-sorang, pandai sorang-sorang, kalau pandai.
Kan saya dah kata, Bisnes ini mudah kalau dibuat secara berjemaah. Maaf, kalau saya berterus terang di sini, sejujurnya kalau saya tak ada Group Superstar dan MFMS ini serius saya pun terketar lutut lah nak menjawabnya.

Dr. Azizan juga berpesan. Nak berjaya dalam bisnes kena ada 'ELMU' . Apa itu ELMU? iaitu Emosi dan Ilmu.

Emosinya, bila ada isu besar sebegini kita perlu peka dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan mencari kebenaran. Jangan Opocot! melatah pulak.

Di samping itu ilmu tentang penyakit dan dikaitkan dengan produk tersebut juga perlu mantap. Seolah-olah kita transform diri kita menjadi Doktor.

Makanya, tercetuslah jawapan bernas sebegini.
Jawapan 1 : Link pencerahan
Reply 2 : Perbandingan
Jawapan 2 : Perbandingan

"1st skali kena faham. Shaklee ni mknn tambahan. Sama mcm mknn kita seharian cth Nasi, ayam, udang, daging. 

Setiap badan org x sama. Cth udang. Ada org makan ok je. Ada org mkn jd bengkak2 badan, allergy

So adakah kita nak summarize kan udang tu membahayakan kesihatan?

Cth Nasi pun sama. kalau mkn berpatutan mmg baik utk kesihatan. Tp kalau berlebihan mkn nasi, badan boleh gemuk. Org biasa boleh mkn nasi byk. Kalau org yg dah ada diabetes mkn nasi byk boleh bahayakan kesihatan. So adakah kesimpulannya nasi tu bahaya di makan?

Mcm tula jugak vit shaklee. Sbb tu kita kena mkn ikut sukatan yg seusai dgn badan kita. 

Dan mmg x semua vit sesuai utk semua org
So kena try dulu baru tahu. Org lain dah bertahun2 mkn gla ok je. Ada yg cyst, fibroid hilang. Mungkin badan dia yg x sesuai dgn gla tu. 
Atau mayb penyakit tu mmg dah ada sblm ni. Tp bila healing crisis baru jumpa penyakit tu
So x boleh lah nak salahkan produk tu semata2. Kalau produk tu sendiri bahaya, semua org yg makan dah jd mcm tu
Kita Kena yakin semua produk shaklee dihasilkan dgn beribu2 kajian klinikal. Shaklee ada grp of saintis. Kami yg pergi US dpt jumpa saintis2 ni. Bukannya shaklee main buat je produk"


Reply 3 : Submit kepada Allah


Jawapan 3 : Submit kepada Allah. Beri keyakinan.

Tak sangka pula pelanggan saya sangat berpuas hati dengan jawapan saya dan 'service' saya kepadanya. Ini jawapannya dan promote kepada rakannya pula.


Pelanggan saya sangat berpuas hati

"Bila pelanggan saya suka, saya sangat bersyukur dan senggeh sampai ke telinga"

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain"

Beri Yang Terbaik

Alhamdulillah, saya hanya berikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya.

Saya berpegang kepada Niat saya berbisnes. Kalau anda fikir, kita buat bisnes untuk jual produk supaya kita dapat untung BESARRRRR PUNYAAA!!!

Saya katakan, ANDA SILAP BESAR!. Kita bisnes bukan jual produk tetapi kita buat bisnes untuk menambah nilai hidup orang lain. Nak bantu orang lain. Kita menjual 'VALUE' bukan jual produk. 

"Bisnes Is About Solving Others People Problem"

"Help Others To Help Others To Help Others"

Saya hanya beri yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya. Sekiranya anda perasan wahai pelanggan-pelanggan saya, jarang sekali saya menawarkan hanya satu-satu produk kepada pelanggan.

Saya suka beri yang terbaik kepada mereka sebab itu saya tawarkan produk dalam bentuk SET sebagai contoh 
  • SET SAKIT LUTUT DAN SENDI
  • SET MENGANDUNG,BERSALIN DAN MENYUSU LENGKAP
  • SET KANAK-KANAK GENIUS DAN SIHAT
  • SET SLIMMING
  • SET WEIGHT GAIN
  • SET RESDUNG
Setiap fungsi produk berbeza mengikut kesesuaian masalah pelanggan. Pesanan Dr Azizan Osman "Bisnes adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain" . Bukan hanya nak jual! jual! jual! saja.

Jadual Makan

"Fizah, hari itu saya ada ambil satu produk tu, tak tertelan rasanya makan sekali 10 biji"

Pernah kawan sepejabat saya mengadu. Kawan saya ambil dari agen lain.

Allahuakhbar! sapa suruh makan sekaligus 10 biji dek noonnn...

Ada sesetengah agen tidak memberi jadual makan yang seharusnya diambil oleh pelanggan mereka.

Bagi saya jadual makan sangat penting. Untuk pelanggan-pelanggan, saya pastikan mereka ada jadual makan untuk setiap produk yang mereka ambil. Tak adalah kes macam di atas telan 10 biji sekaligus, mahu terbeliak terkulat-kulat nak menelan sebiji-biji tablet itu.

Contoh jadual makan untuk pelanggan yang mengambil SET SLIMMING

Konsultansi PERCUMA

Saya juga bersedia untuk memberi konsultansi percuma kepada pelanggan saya terutamanya yang melibatkan kesihatan. Bukan saja tertumpu kepada makanan suppliment ini saja tetapi saya juga suka memberikan petua-petua yang boleh digunapakai sehingga sekarang.

Contoh: Berapa ramai yang tahu Air Liur adalah penawar luka yang amat mujarab? Sila angkat tangan!

Heh! ada yang angkat tu.

Saya harap kepada semua pelanggan saya yang dihormati khasnya dan kepada pembaca blog saya amnya dapat sedikit pencerahan kenapa saya suka bisnes ini.

Sekarang jiwa saya hanya dengan bisnes. Macam orang jatuh cinta pulak. Sebab saya dah tahu BISNES INI MUDAH RUPANYA KALAU KITA TAHU TEKNIKNYA.



 


Prinsip saya, beri yang terbaik kepada yang terbaik.

Sekian terima kasih.

Sekiranya anda rasa anda suka entri saya kali ini sila LIKE dan SHARE. Semoga ramai orang di luar sana dapat manfaatnya.



---------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz





EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah

DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..