Thursday, March 9, 2023

Pengalaman Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee Yang Tak Dapat Dilupakan

 


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda berada dalam limpahan kesihatan.

Pernah tak anda sahur makan nasi kononnya supaya tahan berpuasa siang hari nanti. Tapi sangkaan anda meleset. Jam 10 pagi anda dah kelaparan. Perut dan bernyanyi-nyanyi dondang sayang. Padahal sahur makan nasi bertambah tadi. Kenapa ye?

Jemput baca kenapa jadi macam tu >> Kenapa sahur nasi cepat lapar?

Sebenarnya kalau nak diceritakan pengalaman berpuasa Kak Fieza lebih kurang sama dengan anda semua sebelum ni.

 

Siapa ada rasa begini semasa berpuasa?

  • Rasa mengantuk dan hilang fokus
  • ketidakhadaman perut
  • Dehidrasi, rasa dahaga
  • Sembelit

Kak Fieza juga tidak terkecuali. Di tempat kerja rasa mengantuk tak boleh tertahan-tahan hingga hilang fokus bekerja. Begitu juga semasa driving. Sampai satu ketika Kak Fieza pernah terlanggar kereta di hadapan kerana terlelap sekejap. Sangat merbahaya bila berlaku seperti ini.

Tambahan lagi, walaupun kita dah minum banyak air waktu sahur, sudahnya selepas subuh asyik nak terkucil. Bila tengahari terasa dahaga sangat buatkan diri dehidrasi. Letih dan lemau tu dah jadi kebiasaan di bulan puasa.

Kadang-kadang bila anda makan pelbagai menu seperti makanan pedas dan berkari waktu sahur buatkan rasa ketidak selesaan perut disiang hari. Boleh juga terjadi sembelit bila kita kurang minum air.

Rasa terseksa sangat berpuasa. Padahal kita diharuskan menikmati ibadah puasa dengan gembira.

Belum lagi cerita mereka yang mengalami gastrik. Terseksa bila mereka cuba nak berpuasa tapi keadaan kesihatan mereka yang tak mengizinkan.  

Puasa Semasa Menyusukan

Pengalaman berpuasa yang saya tak boleh lupakan adalah ketika Kak Fieza berpuasa dengan Set Puasa Shaklee.

Kak Fieza kenal Shaklee sejak 2013 lagi, selepas melahirkan Awina, anak ke-5. Sejak itu Kak Fieza konsisten amalkan produk Shaklee terutamanya Set Menyusu Shaklee.

Beberapa bulan selepas itu bulan puasa tiba, Kak Fieza teruskan juga berpuasa walaupun masih menyusukan. Waktu kerja Kak Fieza teruskan pam susu sebanyak 2 sessi pam pagi dan petang.

Alhamdulillah, bekalan susu EBM Kak Fieza melebih dari demand baby. Susu pun pekat. Baby minum cepat kenyang. Walaupun begitu, Kak Fieza tetap bertenaga menjalani rutin harian. Tak ada rasa letih seperti semasa menyusukan anak-anak sebelum ni. Ini adalah asbab Kak Fieza konsisten ambil Set Puasa Shaklee.

Apa tips Kak Fieza kekalkan susu ibu semasa berpuasa? Jemput baca link di bawah ye.

Tips kekalkan susu ibu semasa berpuasa (Klik Di sini)
 

Puasa Semasa Hamil

Semasa hamilkan Affan daya lagi panjat bukit Saujana Hijau, Putrajaya


Pada tahun 2018 pula Kak Fieza disahkan hamil anak ke-6 dalam usia 42 tahun. Bayangkan dah tua-tua hamil. Tergelak bila diingatkan balik. 

Namun tidak mematahkan semangat Kak Fieza untuk teruskan berpuasa walaupun dalam keadaan boyot. Kalau nak difikir logik tentu waktu ini keletihan, tak larat nak buat kerja. Nak bawa badan lagi.

Menakjubkan saat itu syukur, Kak Fieza dapat satu kekuatan yang luar biasa dalam usia 42 tahun hamil. Selain amalkan konsisten produk Set Hamil Shaklee ditambah pula Set Puasa Shaklee, Alhamdulillah Kak Fieza dapat berpuasa dengan sempurna tanpa ponteng walau sehari pun. Padahal waktu tu Kak Fieza kerja outstation yang memerlukan perjalanan jauh setiap hari ke tempat kerja. Syukur sangat dengan asbab Set Puasa Shaklee dengan izin Allah Kak Fieza menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Tambahan lagi, Kak Fieza berupaya untuk berterawih, bertadarus dan bangun qiamulail malamnya. Syukur Allah permudahkan asbab Set Puasa Shaklee.

Berbanding sebelum Kak Fieza amalkan Set Puasa Shaklee, setiap hari lepas solat maghrib badan rasa sangat letih dan nak tidur sahaja.

Jemput baca perkongsian Kak Fieza semasa hamil

Rahsia kekal bertenaga hamil dalam usia 42 tahun (Klik Sini)

 

Anak-anak berpuasa dengan gembira

Bukan Kak Fieza sorang sahaja yang amalkan Set Puasa Shaklee ini. Anak-anak juga Kak Fieza berikan Set Puasa Shaklee dalam usaha untuk menggalakkan mereka berpuasa dengan gembira.

 


 Awina suka minum air Performance Drink. Bila puasa Awina bersahur dan berbuka dengan Performance Drink untuk kekalkan dan kembalikan hidrasi dalam badan. Jadi, anak-anak akan rasa bertenaga sepanjang hari dan kurang rasa dahaga.

Alhamdulillah, sejak Kak Fiezakan berikan Set Puasa Shaklee untuk kanak-kanak, mereka tak mengadu lagi dahaga selepas balik sekolah. Boleh lagi mereka lakukan aktiviti luar walaupun dalam keadaan berpuasa.

 

Perkenalkan 

SET PUASA SHAKLEE 

yang kami amalkan

Set Puasa 1-2-3 


 

Ibadah puasa lebih bermakna semudah 1-2-3


Sebenarnya bila anda pilih makanan yang sihat dan mengandungi nutrisi lengkap untuk diri anda semasa berpuasa, isu seperti mengantuk, lesu, lemau dan dahaga tidak terjadi.



1) ESP : TENAGA SEPANJANG HARI

 


 

ESP (Energizing Soy Protein) merupakan sumber protein yang membekalkan TENAGA kepada tubuh badan anda. ESP berupaya membekalkan TENAGA berterusan. Ianya berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti. Protein tumbuhan adalah lebih baik dari protein haiwan.

Kebaikan ESP

1- Penuh Nutrisi semulajadi mengandungi 500mg Kalsium, 5 Vitamin B dan zat besi.

2- Diperolehi secara semula jadi. ESP adalah protein soya 

  • Non-GMO, 
  • Bebas Gluten, 
  • tanpa perisa tiruan, 
  • tanpa pemanis tiruan, 
  • tanpa pewarna tiruan, 
  • tanpa pengawet. 

3- ESP Rendah Indeks Glisemik (GI), Rendah Lemak, Tiada Kolestrol

4- Tinggi Protein.

  • 14g protein asli untuk setiap hidangan
  • 9 asid amino penting

5- Lembut pada perut

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif
  • Sesuai juga untuk mereka yang ada masalah intoleransi terhadap laktosa
  • Mudah dihadam
  • Sesuai juga kepada menghidap gastrik

6- Lazat

Rasanya sangat lazat berkrim dengan rasa vanilla semulajadi. Ini tak tipu. Kak Fieza memang sukakan rasa soy ESP.


 Juadah bersahur atau berbuka dengan ESP mix kurma. Bukan sahaja lazat malah mengenyangkan. Dah tak payah makan yang lain.


Sekiranya anda rajin boleh buat pelbagai menu ESP yang boleh anda cuba. Resepi di atas sebagai panduan. Nampak mengiurkan.


 

2) CINCH SHAKE : KENYANG LEBIH LAMA

Kebaikan Cinch Mix Soy Protein
 
1- Campuran protein proprietari dengan tambahan 2500g Leucina. Leucina ini membantu bina otot. Sel otot berupaya memecahkan lemak berlebihan. Kepada yang nak slim melim di pagi raya inilah masanya. Amalkan Cinch Shake bersama Set Puasa Shaklee.
 
2- Tinggi protein. 16g protein bagi setiap hidangan.
 
3- Tambahan 20 jenis vitamin dan mineral.
 
4- Tinggi serat baik untuk penghadaman. 
 
5- Rasa kenyang lebih lama dan sebagai pengganti makanan (meal replacement).
 
6- Rendah Indeks Glisemik (GI). >> Klik sini apa Indeks Glisemik (GI)
 
7- Tinggi Kalsium. 300 mg Kalsium bagi setiap hidangan.
 
8- Ada 3 pilihan perisa yang lazat
  • Vanilla
  • Chocolate 
  • Cafe Latte  
 
9- Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan. 
 
Jemput tonton video ini sampai habis. Terliur ke terliur 

3) PERFORMANCE DRINK (PD) : KEKAL HIDRASI

Pengalaman Kak Fieza berpuasa selepas kenal Set Puasa Shaklee, kami berbuka dengan air Performance Drink berbanding air-air lain.
Impaknya sangat berbeza. Sebelum ini bila berbuka dengan air lain, badan rasa malas, lemau dan lepas berbuka rasa malas nak beribadah.
 
Sedangkan bila berbuka dengan Performance Drink , secara automatik badan akan rasa segar bugar. Tenaga re-built semula. Hilang rasa ngantuk, lemau dan bertenaga nak melakukan ibadah seperti terawih dan bertadarus selepas itu.
 
Gambar di atas menunjukkan perbezaan air Performance Drink berbanding dengan minuman isotonik di pasaran.

Set Puasa Kanak-kanak


Anak-anak pula bersahur dan iftar dengan

  • Mealshake - bekalkan protein untuk bekalkan tenaga berpanjangan dan kekal kenyang lebih lama.
  • Hero Kiddo Gummy Bear - Vitamin pelindungan dari mudah terkena penyakit. Mudah dikunyah. Rasa gummy yang lazat.
  • Vitalea for Kids - Multivitamin kaya dengan 18 vitamin dan mineral. Bebas gluten dan mudah dikunyah. 
 
 

Resepi mudah sahur anak-anak
 
Puasa Mudah dan ringkas dengan Set Puasa 1-2-3
 
Sejak Kak Fieza amalkan Set Puasa 1-2-3, masa untuk menyediakan juadah sahur lebih mudah.
 
Walaupun tinggal hanya 10 minit nak imsak, anda masih boleh bersahur dengan tenang dan gembira.
 
Tak ada rasa terkocoh-kocoh takut tak sempat bersahur. Jadi anda kan ada lebih banyak masa untuk beribadah.
 

 Waktu ni nak berpuasa sunat nisfu syaaban baru-baru ni. Masa tinggal lagi 10 minit nak imsak. Sempat lagi bancuh ESP mix Cinch Choc shake. 5 minit lagi sebelum imsak minum pula Performance Drink. Alhamdulillah tahan kenyang lebih lama dan kurang rasa dahaga. Kenyang sampai waktu berbuka pun tak rasa lapar sangat. Nak berbuka pun dalam keadaan tenang. Tak ada rasa kebulur. Syukur ada Set Puasa Shaklee.
 
 

Kepada anda yang belum habis ganti puasa ada beberapa hari sahaja nak masuk bulan Ramadhan. Sempat lagi nak ganti puasa. Jom puasa mudah dengan Set Puasa Shaklee.

 
Kak Fieza doakan anda yang bakal menjalani ibadah puasa dapat menjalani dengan sempurna. 
 
Untuk dapatkan Set Puasa Shaklee boleh hubungi saya segera.

 Promo Set Puasa Shaklee


 

Untuk dapatkan Set Puasa anda dengan harga lebih istimewa hubungi saya segera


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.


Anda ingin lebih info, jemput klik 👉👉 Set Puasa Ramadhan Shaklee

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

Apa itu Indeks Glisemik (GI) Yang Anda Perlu Tahu?

Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan Allah limpahi kebahagiaan kepada anda semua.

Siapa time puasa sahur makan nasi? Lepas tu tengahari dah rasa lapar. Tak sampai petang badan dah lemah longlai? Nak tahu tak sebab apa?

Ini disebabkan makanan yang kita ambil tinggi GI (Indeks Glisemik)?

GI (Indeks Glisemik) tu apa?

GI atau nama penuhnya dikenali sebagai Indeks Glisemik merupakan tanda ukur berapa pantas badan anda menukarkan karbohidrat kepada gula supaya boleh serap ke dalam darah.

Skor ukuran GI :

GI rendah : 55 atau kurang

GI sederhana : 56 hingga 69

GI tinggi : 70 hingga 100

 



Nasi antara makanan yang tinggi Indeks Glisemik

Sebab itu bila kita makan nasi, kita cepat rasa lapar balik kerana Indeks Glisemik nasi tinggi.

Kenapa jadi begitu.

Konsepnya begini.

 

kredit to : http://www.bondamiza.com/

Makanan yang Indeks Glisemiknya tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap ke dalam darah sehingga kadar gula dalam darah meningkat dengan cepat. Sebab gula ditukarkan kepada tenaga pantas dan cepat tenaga merudum. Jadi gula akan ditukar menjadi lemak pulak dalam hati.

Manakala, makanan yang Indeks Glisemiknya rendah akan dicerna dan diserap ke dalam darah lebih lambat. Jadi, peningkatan glukosa dan insulin terjadi secara perlahan-lahan. Jadi glukosa tersebut bertukar menjadi tenaga secara beransur-ansur.

Makanan dengan Indeks Glisemik yang rendah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak kepada pengidap diabetis terutamanya. Ia juga berupaya memperbaiki resisten insulin.

Apa Resisten Insulin?

Resisten Insulin adalah keadaan dimana sel-sel tubuh tidak dapat menggunakan gula darah dengan baik akibat adanya gangguan dalam tindakbalas dengan insulin. Resisten insulin ini terjadi selama bertahun-tahun tanpa disedari.

Sistem badan kita ni unik Allah jadikan. Dalam sistem badan berupaya menukarkan karbohidrat kepada glukosa dan dilepaskan ke dalam darah. Glukosa kemudian diserap oleh sistem badan dengan bantuan hormon Insulin yang dihasilkan  oleh kelenjar pankreas. Seterusnya glukosa akan ditukar menjadi tenaga dalma sel.


KARBOHIDRAT > GLUKOSA + INSULIN >TENAGA

 


 

Insulin ibarat anak kunci Glukosa bertukar menjadi tenaga. Insulin sentiasa dihasilkan oleh pankreas. Resisten Insulan terjadi bilamana terdapat gangguan proses Glikosis dimana pankreas tetap hasilkan Insulin tetapi sel-sel badan tidak menyerap glukosa sebaiknya. Keadaan ini menyebabkan kandungan glukosa berlebihan dalam darah sehingga kadar glukosa tinggi dalam darah. 


Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi dengan cepat selepas makan harus dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Anda disarankan mengambil makann yang rendah Indeks Glisemik (GI) supaya paras glukosa darah stabil. Bila paras glukosa stabil dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.

Penyakit akibat Indek Glisemik(GI) Tinggi

Antara penyakit kronik yang berpunca dari Indeks Glisemik tinggi

  • Kencing manis (diabetis)
  • darah tinggi
  • sakit jantung
  • kolestrol tinggi
  • strok 
  • kanser

Antara contoh makanan dan kiraan Indeks Glisemiknya


1. ROTI DAN BIJIRIN

• Roti Putih - 78
• Nasi Putih - 77
• Kentang Lenyek - 82
• Beras Perang - 55
• Pasta - 60
• Mi - 80
• Tepung Gandum - 75
• Oat - 80
• Bijirin Jagung - 54

.
2. SAYUR-SAYURAN

• Lobak merah - 50
• Asparagus - 15
• Brokoli-15
• Kacang Buncis - 30

.
3. BUAH-BUAHAN

• Epal - 39
• Oren - 42
• Pisang - 40
• Kismis - 64

.
4. MINUMAN / MAKANAN RINGAN

• Minuman bergas - 70
• Teh tarik - 72
• Gula pasir - 70
• Madu - antara 35 hingga 64 (bergantung pada kualiti)
• Jus Oren - 80
• Kacang pea - 10
• Kentang goreng - 58

.

Kredit to : Dr Zubaidi health sharing

Jadi anda ada pilihan makanan apakah yang patut masuk dalam mulut anda. Namun, jika anda anda terpaksa memilih makanan Indeks Glisemik (GI) tinggi, disarankan ambil dalam kuantiti sedikit.

Berbanding makanan yang Indeks Glisemik (GI) rendah , anda boleh ambil dalam kuantiti yang banyak.

Begitulah. 

Kak Fieza doakan anda sentiasa dikurniakan limpahan kesihatan oleh Allah swt.

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)



Thursday, March 2, 2023

Otot Pinggul Terseliuh Punca dan Cara Meredakannya

 

Assalamualaikum wbt,

Hai, apa khabar sahabat yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dilindungi Allah sentiasa.

Entri kali ini Kak  Fieza nak story kisah otot pinggul terseliuh yang Kak Fieza alami sejak August 2022. Ikutkan dah masuk 6 bulan menanggung kesakitan otot pinggul terseliuh ni.

Apa puncanya?

Salah satu aktiviti dalam Master Class 2.0 yang kami hadiri



Inilah aktiviti yang Kak Fieza buat sebelum didiagnos ototku terseliuh.

Ini adalah salah satu aktiviti MasterClass 2.0 di
anjurkan Shaklee. Program ini dilaksanakan selama 2 hari. Hari ke-2 kami ditugaskan membuat aktiviti ini secara berkumpulan. Tak ingat apalah nama permainan ni. Tak ada la lasak sangat. Tapi ia menguji mental dan fizikal.

Wajib Warm up sebelum lakukan aktiviti
 

Doktor kata sebelum buat apa-apa aktiviti perlu buat senaman ringan dulu. Masa tu memang tak buat pun warm-up. Main belasah je.

Sudahnya balik rumah sakit bahagian pinggul. 😱😱😱
Sakitnya sehingga nak rukuk dan sujud tu sakit macam kena siat² kulit.

Ada juga usaha pergi mengurut, tapi tak reda juga sakitnya. Bila kesakitannya masih terasa kuat hingga mengganggu nak melakukan ibadah, Kak Fieza mengambil keputusan pergi pakar ortopedik. 

Pelbagai ujian dilakukan oleh doktor pakar sebelum didiagnos otot pinggul Kak Fieza terseliuh. 

Doktor kata, sekiranya slip disc nak angkat kaki pun tak boleh. Sedangkan doktor uji bengkokkan kaki Kak Fieza boleh seperti biasa cuma terasa sakit dibahagian pinggul.

Pakar Ortopedik sarankan Kak Fieza jalani sessi physiotherapy agar sakitnya berkurang. Sekiranya tak sembuh juga baru buat MRI sekira ada punca lain pulak.

Sempat Kak Fieza jalani sessi physiotherapy selama 6 sessi sahaja. Dalam sessi ini pakar physio akan tekapkan pad panas di tempat sakit. Selepas tu ditampal pula alat yang akan mengetuk-ngetuk tempat kita sakit tu. Ketuk-ketuk manja gitu. Tapi kadang-kadang macam tak manja. Sakit tau kena ketuk. hahaaha..

Seusai diketuk-ketuk, tempat sakit diredakan pula dengan ais. Sejuk gigil waktu ni. Pakar physio juga ajar bagaimana exercise ringan yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Exercise ni perlu dilakukan konsisten. Silap Kak Fieza juga tak buat exercise konsisten.

Selepas menjalani 6 sessi physio nampak macam nak berkurang sakitnya, Kak Fieza tak meneruskan sessi. Followup doktor pakar pun Kak Fieza kata dah berkurang walaupun masih ada rasa sakit lagi sekali sekala bila nak rukuk.

Berminggu jugalah menanggung baki kesakitan otot pinggul nih. Dah macam-macam suppliment makan. ESP agar sel-sel dapat dibina dengan baik. Ostematrix baik untuk kesihatan tulang (walaupun tahu bukan tulang isunya di sini). Omegaguard sebagai anti-inflamasi.

Sehingga satu hari Allah detikkan hati Kak Fieza untuk cuba Collagen Powder Plus Shaklee.

Usia dah meningkat, ada kerompongan nutrisi sana sini. Otot yang terseliuh tu dah buat physio 6 kali. Ada kurang tapi masih sakit. Tak recovered sepenuhnya.

Hinggakan kelmarin Kak Fieza makan Collagen Shaklee 1 sachet je.

Masya Allah, sakit otot pinggul bawah tu tak rasa lagi. Kak Fieza perasan bila nak rukuk dah tak terasa sakit lagi di pinggul.

Eh, betul ke dah tak sakit ni. Macam tak percaya. Cuba bengkok-bengkokkan badan nak pastikan betul ke dah tak sakit. Eh, dah baiklah. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Allah sembuhkan otot terseliuh daku.




Rupanya Collagen Powder Plus Shaklee ini berupaya membina semula sel-sel otot. Ingatkan Collagen untuk Cantik je 😂 . Sis baru tahu.

Ini diguna pakai untuk Collagen Shaklee sahaja ye. Collagen jenama lain Kak Fieza tak pasti.

Lega rasa bila sakit yang ditanggung dah pulih.


Selain dari itu Collagen Powder Plus Shaklee ini ada banyak kebaikkannya seperti di atas.

  • Menganjalkan kulit
  • Meningkatkan pergerakan
  • Rambut subur
  • Menegangkan
  • Mencerahkan
  • Melembapkan
  • Anti-penuaan

Sekiranya anda ada rasa sakit sana sini , disarankan jumpa doktor buat medical checkup dan cuba amalkan healthy life dan amalkan suppliment jugak. mana tau ada nutrisi yang lompong dalam badan.

Pastikan suppliment yang betul-betul natural dan tiada bahan sintetik ye. Macam Kak Fieza ni biarlah orang kata obses dengan Shaklee sebab tahu setiap supplimentnya melalui kajian klinikal dan bukan saja bebas dari bahan sintetik malah diuji bebas dari sebarang racun dan chemical.

3X ujian terhadap racun perosak ye untuk setiap produknya.
350 ujian ke atas bahan pencemaran merbahaya.
100,000 ++ ujian kawalan kualiti setiap tahun.

Produk Shaklee bukan calang-calang suppliment. Bukan produk timbang kati. Ada jurnol-jurnol studynya yang diiktiraf seluruh dunia.

Sebab itu saya yakin dan gunakan Shaklee tanpa was-was.

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan


 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)





Sunday, February 26, 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

 

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah Kak Fieza berjaya konsisten menulis di blog. Terima kasih anda semua yang menyokong dan tidak jemu membaca hasil nukilan Kak Fieza.

"Bisnes berjemaah lebih baik dari dari bisnes sorang-sorang 

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

1. Transform diri

Komuniti Bisnes Shaklee telah mengubah hidup Kak Fieza dari biasa-biasa ke luar biasa.

2. Master Checklist

Komuniti Bisnes Shaklee membuatkan amalan rohani Kak Fieza semakin bertambah atas tunjuk ajar mentor-mentor. Master Check List yang dibekalkan kepada semua ahli team sangat memberi manfaat dan transform diri Kak Fieza sendiri dari segi amal ibadat contohnya, zakat, sedekah, mulakan hari di pagi hari seawal 4-5 pagi, tahajud, sedekah subuh, solat dhuha dan solat-solat sunat lain, zikir dan selawat.

Untuk makluman anda, Kak Fieza dulu sangat lagho.Kak Fieza jarang buat amalan rohani secara konsisten. Anda tahu, atas asbab Kak Fieza join Komuniti Bisnes Shaklee inilah Kak Fieza mula berjinak-jinak dengan solat dhuha. Mula-mula 2 rakaat, lepas tu upgrade ke 4 dan 6 rakaat sekali sekala. Asbab Komuniti Bisnes Shaklee yang awesome inilah Kak Fieza dah faham pentingnya solat wajib awal waktu.

Kalau nak bisnes berjaya Kebergantungan kita kepada Allah 300% malah lebih dari itu. Dalam bisnes kita tiada bos. Bos kita adalah Allah. Untuk berjaya dalam bisnes kita perlu dekatkan diri sangat-sangat kepada Allah.

Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami diijazahkan dengan Master Check List iaitu senarai amalan yang perlu diamalkan oleh ahli-ahlinya setiap hari dari segi ukhrawi dan duniawi. Kami ahli dalam Team sering diingatkan dengan zikir-zikir untuk didik jiwa.

Syukur Alhamdulillah, Allah turunkan Komuniti Bisnes Shaklee kepada Kak Fieza untuk menjadi Jutawan yang bertaqwa.

3. Positif Vibes

Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami dapat ramai kawan baru yang positif dan sentiasa bersemangat di kalangan Team Bisnes. Bila kita berada dalam circle yang betul, kita akan sentisa dapat vibes yang positif.


4. Mentor Yang Hebat

Bersama Master Haji Roslan dan Master Hajjah Faezah super duper Master Mentor kami.

Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami mempunyai mentor-mentor yang hebat tak lokek ilmu sama ada dari upline, downline mahupun sideline.Tiap-tiap hari Mentor beri guideline tak jemu-jemu non-stop di FB secret group, Wassap Secret Group, telegram secret group.

Berbisnes secara berjemaah lebih cepat berkembang dan lebih baik dari bisnes sorang-sorang. Jarang sekali lemau. Sentiasa dalam momentum yang tinggi. Tika kita nak terjatuh ada tangan yang mencapai. Tidak dibiarkan terkontang kanting seorang.
    
Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami juga tidak dibiarkan berbisnes sorang-sorang. Kami dibimbing hingga kami berjaya. Banyak sangat tips dan guidance yang diberikan oleh mentor-mentor kami sama ada ONLINE dan OFFLINE.

Group kami juga besar. Jadi bila seorang rasa nak jatuh, yang lain akan tarik ke atas each other.
    
Bila ada ahli yang down, ahli yang lain akan bangkitkan semula semangat mereka. So, kami akan bangkit semula bersama-sama.
    
Tiada rasa iri antara kami.
Yang kami pegang

 "The More You Give The More You Get Back.


5. Dapat banyak ILMU FREE Dari Pihak Shaklee Home

Masya Allah, sejak Kak Fieza join bisnes Shaklee ni banyak sangat ilmu yang Kak Fieza perolehi secara PERCUMA sahaja.

Tak kira sama ada ILMU dari pihak Shaklee atau ILMU dari Team bisnes kami sendiri sama ada OFFLINE atau ONLINE.

Pihak Shaklee menyediakan pelbagai ilmu bisnes, marketing dan nutrisi. Gambar diabadikan semasa kursus Master Class 2.0 tahun 2022

 Disamping itu kami juga bertukar-tukar pendapat dan idea sesama team bisnes

6. Dapat ILMU FREE dari Team Bisnes 

Selain dari ILMU yang diberikan oleh pihak Shaklee Home, team bisnes kami juga sering menyediakan ilmu-ilmu bisnes, marketing dan nutrisi sama ada ONLINE dan OFFLINE.

Tak cukup dengan perjumpaan ZOOM Meeting di ONLINE, kami sering kali juga mengadakan perjumpaan secara face to face seperti ini.

Ini pula kelas ilmu yang dianjurkan oleh sesama team bisnes

Bersama Team bisnes yang jatuh bangun bersama-sama


7. Sokongan dari Shaklee Home Team

 

Bersama President Shaklee Malaysia yang baru Mr Leong


Madam Helen President Shaklee Malaysia sebelum ini. Sempat abadikan kenangan dalam kelas Shaklee Ambasador tahun 2022


Miss Ee Ling selaku Ketua Marketing Shaklee Malaysia. Sentiasa bersemangat.

Pihak Shaklee menyediakan sokongan bisnes yang padu melalui 

  • laman web Shaklee.com.my
  • Menyediakan kelas-kelas marketing, bisnes dan nutrisi
  • Recognition
  • Master Celebration
  • Shaklee bisnes tools
  • Sokongan dari pihak Shaklee

Setiap Master Coordinator akan ada Business Develop Management (BDM) Shaklee di bawah jagaan selia mereka. Setiap BDM akan memastikan segala keperluan setiap team di bawah organisasi setiap master diselia dengan baik.

8. My Big Bisnes Family

Sejak join bisnes Shaklee ini. Kak Fieza rasakan Kak Fieza ada family yang besar. Pertamanya, sudah semestinya family hakiki. Keduanya, Kak Fieza juga mempunyai satu lagi family yang besar iaitu family bisnes Shaklee.

Segala perit dan jerihnya berbisnes. Segala kemanisan yang diperolehi dari bisnes kami kongsi bersama.

kami dalam bisnes family juga sering juga mengadakan perjumpaan bersama. Pernah juga mengadakan Staycation bersama team.

Semasa staycation tersebut banyak aktiviti yang kami lakukan bersama untuk bangkitkan bisnes. Selain perkongsian bisnes kami juga melakukan amalan rohani secara berjemaah. Seronok sangat.

Big Family Bisnes

Bekas President Shaklee Malaysia juga turut sama makan satu meja dengan team

Kak Fieza dan suami bersama mak Shaklee Kam Haryatie dan suaminya

Antara Big family bisnes kami

9. Recognition

Satu lagi yang lebih menarik bila berada dalam Komuniti Business Shaklee ini adalah setiap pencapaian kita akan diberi penghargaan.

Sudah semestinya setiap penghargaan tersebut didahului dengan cabaran.

 Antara pin recognition dan sijil yang Kak Fieza sepanjang Kak Fieza bersama Shaklee

Antara gift yang Kak Fieza dapat di Business Leader National Conference (BLNC) 2023

Shaklee International Incentive Trip 2024 ke Jepun

Regional Incentive Trip 2024 Royal Caribbean International Cruise

Kak Fieza masih ingat lagi semasa menghadiri kursus Master Class 2.0 yang lalu. Madam Helen ada berpesan,

"Anda Tidak Akan Berjaya Sehingga Anda Menjayakan Orang Lain" 

Begitulah..

Anda mungkin ingin membaca entri blog Kak Fieza sebelum ni. Klik link

👉👉 Bestnya Projek Mega Blog Shaklee

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)