Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee. Show all posts

Sunday, February 26, 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

 

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah Kak Fieza berjaya konsisten menulis di blog. Terima kasih anda semua yang menyokong dan tidak jemu membaca hasil nukilan Kak Fieza.

"Bisnes berjemaah lebih baik dari dari bisnes sorang-sorang 

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

1. Transform diri

Komuniti Bisnes Shaklee telah mengubah hidup Kak Fieza dari biasa-biasa ke luar biasa.

2. Master Checklist

Komuniti Bisnes Shaklee membuatkan amalan rohani Kak Fieza semakin bertambah atas tunjuk ajar mentor-mentor. Master Check List yang dibekalkan kepada semua ahli team sangat memberi manfaat dan transform diri Kak Fieza sendiri dari segi amal ibadat contohnya, zakat, sedekah, mulakan hari di pagi hari seawal 4-5 pagi, tahajud, sedekah subuh, solat dhuha dan solat-solat sunat lain, zikir dan selawat.

Untuk makluman anda, Kak Fieza dulu sangat lagho.Kak Fieza jarang buat amalan rohani secara konsisten. Anda tahu, atas asbab Kak Fieza join Komuniti Bisnes Shaklee inilah Kak Fieza mula berjinak-jinak dengan solat dhuha. Mula-mula 2 rakaat, lepas tu upgrade ke 4 dan 6 rakaat sekali sekala. Asbab Komuniti Bisnes Shaklee yang awesome inilah Kak Fieza dah faham pentingnya solat wajib awal waktu.

Kalau nak bisnes berjaya Kebergantungan kita kepada Allah 300% malah lebih dari itu. Dalam bisnes kita tiada bos. Bos kita adalah Allah. Untuk berjaya dalam bisnes kita perlu dekatkan diri sangat-sangat kepada Allah.

Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami diijazahkan dengan Master Check List iaitu senarai amalan yang perlu diamalkan oleh ahli-ahlinya setiap hari dari segi ukhrawi dan duniawi. Kami ahli dalam Team sering diingatkan dengan zikir-zikir untuk didik jiwa.

Syukur Alhamdulillah, Allah turunkan Komuniti Bisnes Shaklee kepada Kak Fieza untuk menjadi Jutawan yang bertaqwa.

3. Positif Vibes

Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami dapat ramai kawan baru yang positif dan sentiasa bersemangat di kalangan Team Bisnes. Bila kita berada dalam circle yang betul, kita akan sentisa dapat vibes yang positif.


4. Mentor Yang Hebat

Bersama Master Haji Roslan dan Master Hajjah Faezah super duper Master Mentor kami.

Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami mempunyai mentor-mentor yang hebat tak lokek ilmu sama ada dari upline, downline mahupun sideline.Tiap-tiap hari Mentor beri guideline tak jemu-jemu non-stop di FB secret group, Wassap Secret Group, telegram secret group.

Berbisnes secara berjemaah lebih cepat berkembang dan lebih baik dari bisnes sorang-sorang. Jarang sekali lemau. Sentiasa dalam momentum yang tinggi. Tika kita nak terjatuh ada tangan yang mencapai. Tidak dibiarkan terkontang kanting seorang.
    
Dalam Komuniti Bisnes Shaklee kami juga tidak dibiarkan berbisnes sorang-sorang. Kami dibimbing hingga kami berjaya. Banyak sangat tips dan guidance yang diberikan oleh mentor-mentor kami sama ada ONLINE dan OFFLINE.

Group kami juga besar. Jadi bila seorang rasa nak jatuh, yang lain akan tarik ke atas each other.
    
Bila ada ahli yang down, ahli yang lain akan bangkitkan semula semangat mereka. So, kami akan bangkit semula bersama-sama.
    
Tiada rasa iri antara kami.
Yang kami pegang

 "The More You Give The More You Get Back.


5. Dapat banyak ILMU FREE Dari Pihak Shaklee Home

Masya Allah, sejak Kak Fieza join bisnes Shaklee ni banyak sangat ilmu yang Kak Fieza perolehi secara PERCUMA sahaja.

Tak kira sama ada ILMU dari pihak Shaklee atau ILMU dari Team bisnes kami sendiri sama ada OFFLINE atau ONLINE.

Pihak Shaklee menyediakan pelbagai ilmu bisnes, marketing dan nutrisi. Gambar diabadikan semasa kursus Master Class 2.0 tahun 2022

 Disamping itu kami juga bertukar-tukar pendapat dan idea sesama team bisnes

6. Dapat ILMU FREE dari Team Bisnes 

Selain dari ILMU yang diberikan oleh pihak Shaklee Home, team bisnes kami juga sering menyediakan ilmu-ilmu bisnes, marketing dan nutrisi sama ada ONLINE dan OFFLINE.

Tak cukup dengan perjumpaan ZOOM Meeting di ONLINE, kami sering kali juga mengadakan perjumpaan secara face to face seperti ini.

Ini pula kelas ilmu yang dianjurkan oleh sesama team bisnes

Bersama Team bisnes yang jatuh bangun bersama-sama


7. Sokongan dari Shaklee Home Team

 

Bersama President Shaklee Malaysia yang baru Mr Leong


Madam Helen President Shaklee Malaysia sebelum ini. Sempat abadikan kenangan dalam kelas Shaklee Ambasador tahun 2022


Miss Ee Ling selaku Ketua Marketing Shaklee Malaysia. Sentiasa bersemangat.

Pihak Shaklee menyediakan sokongan bisnes yang padu melalui 

  • laman web Shaklee.com.my
  • Menyediakan kelas-kelas marketing, bisnes dan nutrisi
  • Recognition
  • Master Celebration
  • Shaklee bisnes tools
  • Sokongan dari pihak Shaklee

Setiap Master Coordinator akan ada Business Develop Management (BDM) Shaklee di bawah jagaan selia mereka. Setiap BDM akan memastikan segala keperluan setiap team di bawah organisasi setiap master diselia dengan baik.

8. My Big Bisnes Family

Sejak join bisnes Shaklee ini. Kak Fieza rasakan Kak Fieza ada family yang besar. Pertamanya, sudah semestinya family hakiki. Keduanya, Kak Fieza juga mempunyai satu lagi family yang besar iaitu family bisnes Shaklee.

Segala perit dan jerihnya berbisnes. Segala kemanisan yang diperolehi dari bisnes kami kongsi bersama.

kami dalam bisnes family juga sering juga mengadakan perjumpaan bersama. Pernah juga mengadakan Staycation bersama team.

Semasa staycation tersebut banyak aktiviti yang kami lakukan bersama untuk bangkitkan bisnes. Selain perkongsian bisnes kami juga melakukan amalan rohani secara berjemaah. Seronok sangat.

Big Family Bisnes

Bekas President Shaklee Malaysia juga turut sama makan satu meja dengan team

Kak Fieza dan suami bersama mak Shaklee Kam Haryatie dan suaminya

Antara Big family bisnes kami

9. Recognition

Satu lagi yang lebih menarik bila berada dalam Komuniti Business Shaklee ini adalah setiap pencapaian kita akan diberi penghargaan.

Sudah semestinya setiap penghargaan tersebut didahului dengan cabaran.

 Antara pin recognition dan sijil yang Kak Fieza sepanjang Kak Fieza bersama Shaklee

Antara gift yang Kak Fieza dapat di Business Leader National Conference (BLNC) 2023

Shaklee International Incentive Trip 2024 ke Jepun

Regional Incentive Trip 2024 Royal Caribbean International Cruise

Kak Fieza masih ingat lagi semasa menghadiri kursus Master Class 2.0 yang lalu. Madam Helen ada berpesan,

"Anda Tidak Akan Berjaya Sehingga Anda Menjayakan Orang Lain" 

Begitulah..

Anda mungkin ingin membaca entri blog Kak Fieza sebelum ni. Klik link

👉👉 Bestnya Projek Mega Blog Shaklee

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)





 



Friday, February 24, 2023

Apa Yang Bestnya Projek Mega Blog Shaklee 1.0

 


Assalamuaalaikum wbt,

Hai apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan limpahan kesihatan bersama keluarga tercinta.

Anda perasankan, dah lama sangat Kak Fieza tak berkarya di blog ni kan. Lately, tetiba terasa nak menulis balik.

Pencetus utama kenapa Kak Fieza comeback menulis adalah Projek Mega Blog Shaklee 1.0 yang dilancarkan pada 8/2/2023 dan tamat pada 15/2/2023 oleh Master Norita dan Master Salwa. Our super super duper Master Leader dalam Team Euphoria.

Walaupun Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni hanya memerlukan masa 2 minggu sahaja untuk menyiapkan task, tetapi ianya sangat meriah dan mengujakan. Sambutan sangat hangat. Penganjur menjangkakan hanya kurang dari 100 peserta. Tapi sambutan hingga lebih dari 200 penyertaan. Wow sangat.

Walaupun kami tidak hadir face to face, tapi kami berukhwah secara alam maya. Sistem yang dicipta oleh penganjur sangat memberi impak kepada peserta.

Projek Mega Blog Shaklee 1.0 bukan Projek Blog biasa-biasa. Bukan sekadar menulis entri blog syok sendiri. Projek ini memerlukan kerjasama antara keseluruhan team.

Pihak penganjur beri beberapa syarat untuk memenuhi syarat-syarat penyertaan. Antaranya,

1. Setiap peserta perlu mengarang 1 entri blog untuk setiap minggu. Bermakna 2 entri untuk 2 minggu tersebut.

Minggu pertama entri Blog bertajuk Intermittent Fasting (Sila Klik)

Minggu kedua entri Blog bertajuk Set Kurus Shaklee (Sila Klik)

2. Sparring partner. Ini yang sangat mencabar. Peserta perlu linkkan URL entri blog sparring partner anda di dalam entri blog sendiri. Sekiranya sparring partner belum siap entri blog mereka, kena tunggu mereka  siap baru boleh linkkan ke dalam blog entri kita. Sparring partner kita ada atas dan bawah. Andai partner kita tak siap lagi, selagi itu kita tak boleh submit task kita sendiri. Begitulah.

Pengajarannya di sini, 

1. Bisnes Berjemaah lebih baik dari bisnes sorang-sorang.

Dalam berbisnes pentingnya bisnes secara berjemaah, tiada siapa pun yang akan meninggalkan anda walaupun orang di atas mahupun orang di bawah kita. Anda sama-sama berusaha menuju ke puncak kejayaan kepada yang NAK!

Bak kata pepatah mat saleh,

IF YOU WANT TO GO FAST, GO ALONE

IF YOU WANT TO GO FAR, GO  TOGETHER.


2. Sabar

Dalam bisnes apa sekalipun kita perlu SABAR. Insya Allah sekiranya kita bersabar bisnes kita boleh melangkau jauh. Master Norita selalu mengingatkan kami agar sabar menunggu rakan partner kita.

3. Ukhwah wa Rohmah

Dalam bisnes terutamanya bisnes Shaklee selain anda mengejar target dan impian, disamping itu anda juga membina silaturahurahim.

Anda bayangkan, Kak Fieza tak pernah kenal sparring partner Kak Fieza walaupun kami dalam satu team. Mana taknya, team kami (Team Euphoria) sangat besar hingga tak kenal di antara satu sama lain. Mereka ada di setiap pelusuk negara. Ada yang di luar negara juga.

Bila join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini Kak Fieza terpaksa berkenalan dengan sparring partner Kak Fieza yang tak pernah kenal sebelum ini. Ada yang dari Sabah, Utara, Pantai Timur dan Selatan. Masya Allah cover seluruh Malaysia.

Dapat sesuatu di situ?


Hadiah!


 

Alhamdulillah,haza min fadzli robbi, saya berjaya menerima hadiah sekotak NUTRIFERON sumbangan dari pihak penganjur yang bernilai RM198 harganya. Kebetulan bekalan nutriferon saya dah menyusut. Masya Allah baik hatinya penganjur iaitu Master Norita. Mudahan Allah limpahi rezeki bagaikan air sungai yang mengalir tanpa henti.

Mereka yang lebih bertuah dapat hadiah Vivix dan Collagen. Hadiah ni bukan calang-calang tau. Nilai hadiah ni mencecah RM400. Masya Allah pemurahnya pihak penganjur.

Tambahan lagi kepada bukan pemenang juga dapat hadiah saguhati. Bukan pemenang ni maksudnya mereka register join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni tetapi tidak beri komitmen sepenuhnya terhadap projek. Ini juga penganjur beri hadiah. Maknanya, kepada kesemua peserta yang join seramai lebih 200 orang tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Seronok sangat join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini hingga pihak penganjur berbesar hati meneruskan Projek Mega Blog Shaklee 2.0 bagi meneruskan momentum semangat menulis blog kami.

Projek Mega Blog Shaklee 2.0 telah/sedang berjalan sekarang ini dan Kak Fieza percaya ianya berikan impak yang besar dalam bisnes kami.

Impak ini bukan sahaja kepada kami yang join Projek Blog Mega Shaklee ini sahaja malah kami harap agar apa yang kami kongsikan di entri blog ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya.

Anda ingin mengetahui kenapa Kak Fieza masih kekal dengan bisnes Shaklee walaupun telah 10 tahun bersamanya. Klik link

👉👉 9 Sebab Kenapa Komuniti Shaklee Best

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.




 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)