Thursday, November 12, 2015

PELANCARAN CHANNEL TELEGRAM DIARY MUDAH KURUS FB

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabatku yang dikasihi. Saya doakan anda sihat dan ceria.

Hari ini bertarikh 12/11/2015 saya dengan lafaz Bismillahirohmanirahim telah melancarkan satu Channel Telegram bertajuk DIARY MUDAH KURUS FB.



Saya sarankan anda join Channel ini dengan Klik link di bawah


Siapa yang wajib join Channel Telegram ni:

1. Anda serius nak kurus.
2. Anda ingin dapatkan tips dan formula kurus dengan mudah.
3. Anda dah lama nak kurus tetapi tak berjaya kurus.
4. Anda dah giveup nak kurus.
5. Anda risau dengan berat anda yang semakin meningkat.
6. Anda yang tak de masa nak bersenam tapi nak kurus.
7. Anda nak kurus tapi anda nak makan nasi.
8. Anda dah tak daya nak diet ekstrem.

Syarat-syarat join:

1. Pastikan anda install Telegram Apps dalam telefon pintar anda dan sekiranya anda dah ada telegram apps sila upgrade versi terbaru.

2. Kepada yang belum install sila install segara dengan taip 'telegram' di Play Store anda dan ikut arahan mudah step by step. Anda juga boleh install telegram di Laptop atau PC anda. 

Sekiranya anda belum pernah installs sebarang apps telegram anda cuma klik telegram.me/diarymudahkurusfb 

Sila ikut arahan yang disarankan.

3. Anda bersedia menerima tips PERCUMA Formula Mudah Kurus FB setiap hari.

4. Sedia menerima notification telegram setiap hari dari channel Diary Mudah Kurus FB.

Jangan risau notification boleh di 'Mute' kan.

Sekiranya anda belum bersedia memenuhi syarat-syarat di atas abaikan entri saya ini.

Saya doakan anda kurus dan sihat. Rugiii woooo tak join!

KLIK DI SINI



Ramai dah join kami. Alhamdulillah mereka dapat apa yang mereka idamkan.











tak caya lagi

ok belanja satu laaahhh..




Apa lah susah sangat nak klik link tu.

Meh bagi handphone anda saya tolong klik kan.

Join Us At Telegram Free @  telegram.me/diarymudahkurusfb 
Join Us At Telegram Free @  telegram.me/diarymudahkurusfb 
Join Us At Telegram Free @  telegram.me/diarymudahkurusfb 
Join Us At Telegram Free @  telegram.me/diarymudahkurusfb 
Join Us At Telegram Free @  telegram.me/diarymudahkurusfb 


Sekiranya ada masalah nak join Channel Diary Mudah Kurus FB ini boleh hubungi saya di 019-211 8757 (Hafizah) . Insya Allah saya akan feedback anda dengan kadar segera. Please Telegram me ok!

Thanks for reading.

Salam sayang kesihatan dan kekurusan,

HAFIZAH MAHFOZ

hafizahmahfoz@gmail.com
019-211 8757
 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


#NECK
#NowEveryOneCanKurus
#CaraMudahMESTIKurus
#diarymudahkurusfb


Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kekurusan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...

Wednesday, November 11, 2015

MESTI BACA : 3 PETUA MENGURANGKAN DENGKUR, KHAS UNTUK ORANG YANG TIDUR BERDENGKUR

Assalamualaikum wbt,

Bertemu kembali anda semua diruangan coretan saya kali ini. Apa khabar semua? Saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda isu yang sering dialami oleh masyarakat kita tanpa sedar atau tidak iaitu BERDENGKUR.

Anda tidur berdengkur?

Iya ke?

Berdengkur atau orang jawa kata mengorok adalah bunyi yang dihasilkan ketika bernafas biasanya ketika seseorang menarik nafas semasa tidur. Getaran akan berlaku dilelangit lembut dan uvula (tergantung di belakang tekak).


Di situ lah uvula ( saya pun baru tahu, sebab sebelum ni panggil anak tekak je )

PUNCA DENGKUR

OBESITI
       
Tisu lemak berlebihan di bahagian tekak menyukarkan pernafasan. Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan tiroid sehingga menyumbang kepada berdengkur.

TONSIL
        
Tonsil (kelenjar) yang membesar boleh menghalang pernafasan.

GAYA HIDUP
       
Amalan gaya hidup yang kurang sihat antara faktor penyumbang berdengkur semasa tidur. Berapa kali seminggu anda bersenam? Apa makanan sihat yang anda makan setiap hari? Anda makan berlemak? Anda makan makanan yang tinggi kalori? 

MEROKOK

Rokok adalah punca segala penyakit. Selain masalah jantung dan peparu yang bakal dihidapi oleh perokok, saluran pernafasan perokok terganggu disebabkan pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan penyumbatan di paru-paru. Sikit punya banyak kesan buruk merokok. Anda masih nak merokok?

PENGAMBILAN ALKOHOL

Peminum alkohol secara berlebihan menyebabkan relaksasi saluran pernafasan semasa tidur dan mengakibatkan suara dengkuran semakin keras.

MASALAH PERUBATAN

Kalau anda perasan, sekiranya anda dijangkiti selsema, pernafasan anda juga terganggu bukan? Anda lebih sukar bernafas dan mengakibatkan dengkuran semasa tidur. Begitu juga sekira ada dikalangan anda yang menghidap resdung dan alahan.

Selain itu adanya gejala diabetes atau hipotiroid pun berpotensi menyebabkan dengkuran.

Insya Allah, masalah dengkuran seperti ini selesai selepas penyakit dirawati.

POLA TIDUR TIDAK STABIL

Pola tidur yang tak seimbang juga adalah punca kepada dengkuran kuat. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup dan tidur yang berkualiti.

FAKTOR USIA

Semakin usia bertambah otot tekak semakin hilang keanjalannya dan menggeleber. Ini juga menyumbang kepada dengkuran.

KECACATAN UVULA

kecacatan uvula berlaku bilamana lelangit lembut yang kecil terlebih panjang daripada normal. Uvula ini terdiri daripada otot, tisu perantara dan membran mukus dari bumbung mulut di atas pangkal lidah.

AKIBAT BERDENGKUR

TIDAK CUKUP TIDUR


Bila tidur anda terganggu dengan bunyi-bunyian yang sangat menyeksakan, sudah tentu nikmat tidur berkualiti anda terjejas.

Untuk orang dewasa memerlukan hanya 5 jam untuk tidur dan rehat yang cukup supaya keesokkan harinya dapat kembali bertenaga.

Persoalannya, cukup ke tidur 5 jam sekiranya tidur anda diganggu.

Nak uji cukup ke tak tidur anda, jika keesokkan harinya anda bangun masih berasa mengantuk, lesu, penat, cepat marah dan emosi terganggu. Itulah tandanya anda belum cukup tidur.

Paling parah sekiranya tidak cukup tidur anda ini menjadi punca kemalangan di jalan raya atau di tempat kerja.

Akibatnya prestasi kerja juga terjejas. 

Kes yang paling ekstrem, hubungan rumahtangga juga terjejas kerana emosi tidak stabil. Stress wooo...tak aman tidur dengan bunyian macam serobong kapal.


Ramai orang yang ada masalah berdengkur ini tertidur ketika memandu yang bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi nyawa orang lain.

Jemput baca pengalaman rakan saya yang pernah tertidur ketika memandu hingga patah bahu. Masya Allah...sila klik 

TRAUMA RIZAL TERTIDUR SEMASA MEMANDU HINGGA PATAH BAHU (SILA KLIK)

APNEA TIDUR

Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur. Ia dikenali sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA).



Bayangkan sekiranya anda terkena OSA

Dengkuran kuat juga terhenti seketika (biasanya lebih kurang 10 saat). Oleh kerana pernafasan terhenti, berlaku kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida yang menyebabkan individu berkenaan terjaga dengan diikuti dengkuran kuat. 

Cuba anda bayangkan sekiranya pernafasan terus terhenti? Fikirkan lah.

SERANGAN JANTUNG, TEKANAN DARAH TINGGI DAN STROK

“Ada kajian mendapati, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus untuk mengalami serangan jantung dan strok (67 peratus). " kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.

Apabila nafas terhenti, bekalan oksigen terhenti juga. Akibatnya jantung bekerja keras untuk berfungsi dengan cekap.

Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah semakin tinggi mengakibatkan serangan jantung dan strok. Ia juga mengakibatkan jantung tidak stabil.

PETUA MENGURANGKAN DENGKUR

Ada sesetengah kes, masalah berdengkur yang kritikal dan tidak dapat dikawal dinasihatkan menjalani pembedahan oleh doktor pakar.

Tapi sejauh mana ianya dapat dirawat dan hilang sepenuhnya dengan cara pembedahan.

Pandangan saya, pembedahan adalah langkah terakhir mengurangkan dengkuran.

Nasihat saya anda boleh cuba petua di bawah ini dahulu ye.

Petua 1

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.


Campuran susu dan badam menghasilkan tidur yang nyenyak dan berkualiti

Petua 2

Sediakan dua ruas kunyit hidup . Kupas kulitnya , bersihkan dan hiris halus . Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati . Amalkan minum setiap kali sebelum tidur .


Campuran kunyit dan madu dipercayai boleh mengurangkan dengkur

Petua 3

Amalkan gaya hidup sihat.

Dah terbukti dengan gaya hidup sihat anda pasti bahagia tanpa DENGKUR.






Status yang saya share di FB 



DENGKUR HILANG ISTERI MAKIN SAYANG
==================================

Kawan saya ni dah lama mengalami masalah obes. Pelbagai cara beliau buat nak turunkan berat badan hingga satu ketika dulu dia sanggup puasa setiap hari untuk kurus.

Kalau makan pun beliau hanya makan nasi berlaukkan sup kosong saja. Kesiannnn kan.

Sebelum kahwin beratnya turun hasil usahanya tapi lepas tu beratnya naik semula hingga tak boleh dikawal.

Sehinggalah 3 bulan yang lalu beliau join NECK. Alhamdulillah, NECK telah mengubah hidupnya dari biasa-biasa kepada luar biasa.

Beliau kata isterinya suka perubahan dia sekarang sebab tidur isterinya dah kurang terganggu lagi. 

Cuba anda bayangkan bagaimana seksanya isteri beliau terpaksa tadah telinga dengan bunyi-bunyian 'kapal karam' yang mengganggu tidurnya. Pagi esoknya tentu si isteri mengantuk di tempat kerja kerana tidur yang terganggu.

Penyakit dengkur yang dialami beliau selama ini dah berkurang semenjak join NECK.

Kalau anda nak tahu antara punca dengkuran kuat adalah OBES.

Alhamdulillah....hasil usaha beliau bersama NECK mengamankan tidur mereka berdua.

Kalau anda perasan NECK bukan saja beri impak besar kepada peserta tapi impak terbaik kepada seisi keluarga dan orang sekeliling juga.

Tahniah kepada Ahmad Ibrahim Rizal kerana berjaya mengubah gaya hidup lebih sihat.

KHAS KEPADA ANDA YANG MENGALAMI MASALAH DENGKURAN KUAT. SILA AMBIL IKTIBAR DARI KISAH RAKAN SAYA NI.


____________________________________________________________________________


Rakan saya ada share tips untuk mengurangkan dengkur iaitu turunkan berat badan dulu. 


4 tips nak kuruskan badan dengan mudah adalah
1. Makan 5 kali sehari, wajib makan nasi.
2. Banyak minum air.
3. Tidur secukupnya.
4. Senaman di rumah

Eh mudahnya rupanya nak kurus. 

Ingat tak point di atas? Punca utama masalah dengkur adalah obesiti. Jadi, dengan menurunkan berat badan Insya Allah dengkuran anda akan berkurang macam rakan saya ni. Dah pun terbukti.

Anda tak percaya.

Sekiranya anda serius nak KURUS dan mengurangkan dengkuran anda boleh taip "Saya nak tips kurangkan dengkur" ke 019-211 8757.

Saya akan berikan ebook FORMULA MUDAH MESTI KURUS secara PERCUMA yang Whatsapp/Telegram saya.






Saya doakan anda kurus dan sihat.

Saya mohon anda bantu saya untuk SHARE kan juga maklumat ini supaya ramai orang yang tahu  
"Oooo....nak kurus senang rupanya kalau kena caranya!"

Semoga ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.

Saya doakan, " Allah memberi ganjaran syurga tanpa hisab untuk anda yang sudi SHARE status ini"

"Sharing is caring"

Thanks for reading.

Salam sayang kesihatan dan kekurusan,

HAFIZAH MAHFOZ

hafizahmahfoz@gmail.com
019-211 8757
 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


#NECK
#NowEveryOneCanKurus
#CaraMudahMESTIKurus
#JomKurusDariRumah
#dengkurankurang
#noweveryonecankurus
#happyfamilywithNECK
#kurangdengkur


Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kekurusan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...

Kredit : Petua Mengurangkan Dengkur Semasa Tidur Dan Ketahui Puncanya - Fuh.My , http://xnakdengkur.blogspot.my/




Saturday, November 7, 2015

RESEPI MUDAH PAVLOVA DARI DAPUR FIZAH

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi? Saya doakan anda sihat dan ceria.

Entri kali ini saya nak share resepi Pavlova yang dah lama saya tak asah skill sebab mesin mixer saya dah lama rosak. 

Anak-anak saya merengek-rengek nak pavlova kegemaran mereka.

Baru-baru ini suami saya hadiahkan saya Mixer baru. Sukanya saya, anak-anak pun suka sebab terlaksanalah impian mereka ber'pavlova'. Terima kasih sayangku En. Badrul Hisham.

Nak buat pavlova ini tool asasnya ada mixer. Tanpa mixer tak jadi pavlova. Tak macam kek lain boleh pukul pakai tangan je.

Kepada anda yang tak tahu apa itu pavlova? 
.
.
.
.
.
Tadaaaa!!!!


Ini lah rupa paras pavlova yang digilai

Saya ni orang kampung. Lahir kat kampung Muar Johor, sekolah kat kampung. Kuih yang selalu mak buat pun kuih muih orang kampung. Yang paling femes dan kuih yang rajin dibawa ke sekolah kalau ada jamuan akhir tahun adalah kuih kasu'i. Sapa tak kenal kuih kasu'i, kesiannnn....

Sejak dah berhijrah ke bandaraya KL ni macam-macam kuih international pulak dirasanya. Dah 15 tahun pun bermastautin di sini.

Saya kenal Pavlova ni di jamuan hari raya company saya. Bila saya rasa sekali ummmphhhh...not bad rasanya. ala-ala dodol omputihlah.

kawan saya kata kalau beli kat kedai kek ni satu slice mahunya RM10. Masya Allah mahalnya, tak boleh jadi ni saya pun gugel-gugel la resepi.

Dapat satu resepi website omputih, resepi pun bahasa omputih. Senang rupanya nak buat kuih omputih ni, tak de la kena kacau berjam-jam macam dodol. Khabarnya Pavlova ini asalnya dari Australia.

Meh saya kongsikan resepi Pavlova yang sangat mudah ni. 

RESEPI PAVLOVA
~dapurfizah

Bahan-bahan:

Bahan meringue (putih telur)

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung



Ni lah bahan-bahannya, mudahkan? ada kat rumah semestinya bahan-bahan ni.

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
Pelbagai buah import contoh strawbery, kiwi, blueberry, rasberry (asal buah-buahan yang agak masam)


kiwi, strawbery dan anggur buah yang saya gunakan kali ini


Tip sebelum membakar :
1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. 

Untuk lebih mudah proses pengasingan gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


putih telur sahaja ni ye

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 

Kalau anda engkar tips ni, jangan marah kalau meringue anda tak menjadi pulak nanti.

Pantang larang di atas pernah saya buat. Sebab tu saya tak nak anda ulangi kesilapan saya dulu. Menangis woooo....bila meringue tak jadi. geram rasanya.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Lebih mudah kalau ada stand mixer. Tak penat nak pegang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Agak-agak dah ringan telur tu.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

saya curah je gula tak pakai sudu. tapi curah sedikit demi sedikit ye.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Tanduk bukan sebarang tanduk ni ye.


Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 


nampak tak tanduk dia tuuuu....tajam tak? tajam tak?


4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)


meringue yang menjadi takkan jatuh


telangkupkan pun tak jatuh. Ada beran telangkup atas kepala?

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula. Tau ke spatula amende? Alaaa....senduk kek tu. Kalau tak de spatula, senduk kayu pun boleh.

batang kelabu tu la spatula. Gaul hingga sebati.
tanduk lagi, suka pulak buat tanduk nih.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).


Boleh sukat bulatan guna tin ke, mangkuk ke untuk dapatkan ukuran bulatan yang tepat. Macam saya guna hand writing je. Malas nak ambik pengukur. Konon pro la tu. Amacam cantik tak bulatan saya?

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.


Setempek kat tengah-tengah bulatan


Sapu tepi, sapu kanan, sapu kiri.


Sapu atas, bawah tak yah sapu.


tadaaaaa!!...dah comel


lekukkan kat bahagian tengah. Biar tebing tepi lebih tinggi supaya topping dan buah tak melimpah ketepi nanti.

Masa membakar :


1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 



2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)



Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.




Inilah rupa paras meringue yang berjaya dibakar. Molek kan?

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Petua pukul whipping cream dengan mudah dan pasti menjadi dengan masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Saya tak tambah gula pun sebab whipping cream tu dah manis. Terpulang kepada anda.


3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Saya masukkan dalam bekas icecream. Rupanya dah la macam icecream. Jangan pulak anak saya bedal ingatkan icecream pulak nanti.


bekas icecream tak muat, masukkan balance dalam plastik jugak.

Bila rasa nak makan, baru sapukan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. 

Tadaaaaa!!!!



Keratan rentas pavlova. Sooo....creammyyyy!! kecur beb!


Pandangan atas


Sekejapan je ni akan dilicinkan oleh anak-anakku.


Tekstur pavlova garing di luar dan lembut di dalam. Yummyyy!!!

Kepada anda yang belum pernah rasa pavlova, saya nak habaq hang (tetiba je speaking penang). Rasanya ala-ala marshmallow yang agak manis diseimbangkan dengan buah-buahan masam. Jadi tak de la terasa manis menyengit sangat di tekak. 

Garing diluar, lembut didalam. Masam dan manis yang bertemu di dalam mulut menerbitkan rasa wallahhhh!!!


Delicious wooo.. Kakak Eizzatul kata. Feveret dia tu.

Senangkan buat pavlova ni.

Budak-budak pun boleh cuba.


Anak bujang saya nak try deco pavlova katanya. Ini pavlova yang kedua. Normally saya akan buat 2 buku pavlova untuk seisi rumah. 1 tak cukup.


Jemput makan!!

Saya ijazahkan resepi ini untuk semua pembaca setia blog saya. Semoga anda dapat manfaat dari resepi yang saya kongsikan ini.

Selamat mencuba resepi yang awesome ni.

Kredit to : http://www.kongsiresepi.com/read/1697/0/

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Supaya lebih ramai yang dapat manfaat dari perkongsian resepi saya ini. Insya Allah sama-sama kita dapat saham akhirat.

#daridapurfizah
#dapurfizah
#pavlova

Love,
Hafizah
~design your life not by default