Sunday, July 16, 2023

5 Tips Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

 


Pada era serba maju ini, ramai orang sudah mula berjinak dengan kemudahan internet dan media sosial untuk mendapat sumber maklumat di hujung jari. Bukan hanya untuk mendapat maklumat, antara kemudahan yang media sosial dan internet sediakan adalah pembelian atas talian atau ‘online shopping’. 

Jadi, rugi sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai rakyat Malaysia juga sudah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram amat mudah. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19, lebih sukar untuk memulakan perniagaan fizikal atau di premis. 

Pengalaman Kak Fieza sendiri yang telah terjebak dengan BISNES ONLINE ini sejak 10 tahun lalu merasakan ia adalah cabang Bisnes yang mudah dan cepat dapat ramai crowd berbanding dengan bisnes konvensional.

Tambahan lagi BISNES ONLINE ini sangat sesuai kepada mereka yang baru pertama kali nak bisnes dan malu-malu nak promote kepada orang. Kak Fieza faham kondusi anda kerana Kak Fieza juga sejenis INTROVET.

Justeru itu, BISNES ONLINE inilah platform yang sesuai kepada anda yang ingin berbisnes tapi INTROVET. Apatah lagi yang EXTROVET bertambah lagi sesuai dengan BISNES ONLINE ini.

Mari Kak Fieza kongsikan TIPS BISNES ONLINE dari rumah yang berkesan dan Kak Fieza telah mencubanya sendiri.


5 Tips Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

#1 Mulakan Bisnes Dengan Sesuatu Yang Dah Ada Depan Mata

Sebagai permulaan, anda tak perlu bersusah payah untuk mencipta produk anda sendiri. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana anda menjual produk sedia ada, tetapi pada platform anda sendiri dan keuntungan anda merupakan daripada komisen. Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan, kerana anda hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang anda jual.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun sudah dipercayai. Jadi, tidak salah untuk anda menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’ .

#2 Elakkan Fikir Untung Besar Dalam Masa Yang Singkat

Dalam Bisnes Online ini anda elakkan untuk dapat keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Kalau itu yang bermain difikiran anda, lupakan saja untuk berbisnes Online.

Berbisnes Online anda perlukan masa dan proses untuk dapat pulangan yang besar.

Tanamkan Niat Bisnes anda untuk MEMBERI MANFAAT kepada orang lain. Insya Allah. Allah permudahkan satu-persatu jalan anda.

Ada sesetengah individu perpandangan sekiranya kita keluarkan modal yang besar, kita akan dapat pulangan yang besar. Ye tidak dinafikan idealogi begitu. Tapi kita ni baru nak mulakan bisnes. Bisnes Online pula tu. Kita bukan buat Bisnes Megah Holding.

#3 Mulakan Dengan Modal Yang Rendah

Anda sebagai usahawan yang baru nak bermula bisnes perlu bijak untuk memulakan satu-satu perniagaan. Cuba cari bisnes online yang hanya memerlukan modal yang rendah untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu bergolok bergadai hanya untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu meminjam bank atau yang lebih parah meminjam Ah Long untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu meminjam saudara mara untuk melaburkan bisnes anda.

Untuk memulakan Bisnes Online kali pertama, anda hanya perlukan Handphone dan Internet saja.

Anda kukuhkan Page Media Social Anda (Facebook, Instagram, YouTube, Tiktok dan Blog) Insya Allah anda akan menjadi Jutawan Senyap suatu hari nanti.

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.


#4 Mulakan Bisnes Yang Berisiko Rendah

Anda yang baru nak berbisnes online disarankan pilih bisnes yang berisiko rendah. 

Kak Fieza perasan ramai yang ajak Kak Fieza join bisnes hartanah. Tak kurang juga yang memujuk untuk join saham.

Tak salah bisnes seperti ini. Malah memang tak dinafikan pulangannya lumayan. Tapi untuk anda yang baru nak berjinak dengan Bisnes Online ini disarankan pilih bisnes yang berisiko rendah.

Anda juga disarankan pilih company produk yang kukuh. Elakkan pilih company produk yang wujud bermusim.

Anda juga disarankan memilih produk jualan anda yang HIGH DEMAND. High Demand ini maksudnya pelanggan anda akan sentiasa berulang-ulang order produk anda dan konsisten menggunakannya sebagai contoh produk makanan dan produk suppliment.

#5 Belajar Strategi Perniagaan dan Pemasaran

Walaupun berniaga di atas talian nampak mudah, tetapi ia menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula untuk berniaga di atas talian dan perniagaan anda mungkin sukar untuk diketahui pelanggan. 

Keberkesanan anda boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan oleh platform Facebook dan Instagram melalui data yang disediakan. Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran, teknik pemasaran anda haruslah kukuh dengan ‘design’ produk atau poster promosi perniagaan anda yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang anda jual. Pastikan cara pemasaran anda lain dari yang lain supaya dikenali ramai pelanggan.

Untuk mendapatkan teknik yang berkesan ini anda perlu sentiasa menambah ilmu perniagaan daripada mereka yang telah berjaya dan berpengalaman.

Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes ONLINE apa yang patut anda lakukan anda baca link di bawah ini sebagai panduan.

Baca : 9 Sebab Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia


Shaklee adalah antara syarikat yang kukuh yang boleh bayar komisen kepada usahawannya UNLIMITED. Selama 3 tahun Shaklee telah membayar komisen sebanyak RM 372,000,000 kepada para usahawannya. Kenapa tidak anda juga bersama antara usahawan yang menerima komisen tersebut.


Semoga tips yang diberikan untuk anda memulakan Bisnes Online anda dari rumah ini memberi manfaat. Kak Fieza doakan anda kaya dan berjaya.

Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama kami klik 


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757


No comments:

Post a Comment