Friday, April 12, 2019

Xplorasi 2H1M di Bukit Fraser Rekreasi Keluarga Yang Tak Dapat Dilupakan (29-30 March 2019)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Entri kali ini Kak Fieza nak share pengalaman eksplorasi 2 hari 1 malam kami sekeluarga di Bukit Fraser yang menyeronokkan.


Actually, cuti sekolah yang lalu tak ada plan nak bercuti kemana-mana pun memandangkan Eizzatul dan Abang Long Eizz bakal menghadapi exam UPSR, PSRA dan PT3 tahun ni. Sepanjang cuti dipenuhi dengan kelas tambahan yang diadakan di sekolah mereka.

Hari Jumaat saja masa senggang yang kami ada sepanjang cuti tu. Jadi, dah hujung-hujung cuti sekolah tu kami plan ke Bukit Fraser konon nak lari dari cuaca panas di Lembah Klang. Fraser Hill kan sejuk.





Day 1


Rawang Bypass (Highway Tertinggi di Malaysia)




Perjalanan kami dimulai dengan awal Bismillah dari Seri Kembangan melalui jalan Kuala Kubu Baru untuk ke Bukit Fraser. Sebelum sampai ke Kuala Kubu Baru kami melalui Highway Rawang iaitu Highway yang tertinggi di Malaysia.


Highway Rawang Bypass ni dinobatkan sebagai lebuhraya yang tertinggi di Malaysia memandangkan ketinggiannya 60 meter dari aras tanah. Binaannya sangat unik dan tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan ekosistem di Taman Warisan Negeri Selangor.

Bila kereta kami menyusuri Rawang Bypass sepanjang lebih kurang 2 - 3 km panjangnya seolah-olah Kak Fieza melalui atas pokok-pokok hutan yang terpelihara di sini dan ada juga pokok-pokok hutan yang tinggi separas laluan kami. 

Binaan Rawang Bypass ni sangat memelihara ekosistem hutan simpan berhampiran.


Empangan Kuala Kubu Baru

Perjalanan kami diteruskan hingga ke Empangan Kuala Kubu Baru.



Anak bujang je yang turun ambik gambar. Cantik jugak view kat sini. Empangannya dikelilingi gunung-ganang. Empangan Kuala Kubu Baru ini dibina bagi menampung bekalan air di sekitar Hulu Selangor.

Sebelum tu Kak Fieza sempat singgah di Pasar Kuala Kubu Baru. Belilah roti dan kek untuk bekalan di atas Bukit Fraser nanti.

Sempadan Negeri Pahang


Perjalanan kami diteruskan hingga di kaki Bukit Fraser iaitu Sempadan Negeri Pahang.




Sapa yang pernah belajar sejarah confirm familiar dengan nama Sir Henry Gurney kan?

Sir Henry Gurney telah dibunuh oleh komunis di jalan Kuala Kubu Baru nak ke Fraser Hill semasa dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Fraser Hill.



Rumah English kat gambar tu dipercayai rumah penginapan pembesar British suatu ketika dulu. Rumah ini anda akan jumpa sebelum masuk ke pintu gerbang Fraser Hill melalui Jalan Kuala Kubu Baru betul-betul di Sempadan Negeri Selangor dan Pahang.



Ada jambatan gantung jugak berhampiran rumah tersebut.




Photo ni menunjukkan jalan masuk ke Fraser Hill. Bermulanya jalan berliku-liku macam ular.




8 km lagi tau nak sampai ke Pusat Bandar Fraser Hill




Bermulanya cabaran berliku. Masa ni sapa nak uji skill pemanduan anda silalah berkunjung ke Fraser Hill.


Kami dah sampai. Lebih kurang jam 11.30 AM kami sampai di atas Fraser Hill. Memandangkan hari ini hari jumaat. Kami ada masa 1 jam 1/2 untuk jejalan di sini sementara menunggu waktu solat jumaat di masjid di sini.



Photo yang wajib diambil di menara jam. Betul-betul di tengah-tengah bandar Fraser Hill.

Di belakang tu Puncak Inn salah satu hotel di sini. Waktu ni kami jalan-jalan dulu. Tak booking hotel pun. Tengoklah hotel mana yang jadi pilihan.


Cantikkan lanskap ni. Photo ihsan dari cik somi En. Bard


Bergambar dengan Awina dan Affan kat menara jam Fraser Hill (mercu tanda Fraser Hill)



Macam ala-ala kat Amsterdam lak kita kan Affan


Di Padang Golf Fraser Hill yang indah bersama anak bujang Eizz Fitri



Awina bukan main seronok lagi bila dapat jalan-jalan tempat sejuk


6 orang anak Kak Fieza. Happy sangat diorang.



Bonding time with Awina and 5 other kids




Salah satu English House style di sini. Rumah ni berhampiran dengan Puncak Inn Hotel.




Sebelum aktiviti diteruskan kami singgah dulu solat Jumaat di Masjid Sultan Mahmud di atas Bukit Fraser ni.


Sementara menunggu ayah dan anak-anak bujang selesai solat jumaat Kak Fieza cuci mata di rimbunan bunga-bungaan orkid yang segar bugar kat sini. Kalau Mak Mertua Kak Fieza nampak ni confirm geram nak beli sebab mak mertua penggemar orkid.



Affan pun dah macam rimbunan bunga tu. Comel je. Sejuk ke Affan?



Berhadapan masjid ada juga tempat penginapan The Cottage.




Last bergambar lagi sebelum kaum adam selesai solat. Lepas tu kami nak solat jama' qasar pulak di masjid yang sama.

Paddock Fraser Hill

Archery and Horse Riding Time

Seusai solat kami terus menuju ke The Paddock Fraser's Hill. Di sini terdapat aktiviti memanah dan menunggang kuda. Seronoklah anak-anak Kak Fieza, 2 aktiviti tu memang kegemaran mereka.




Awina posing



Menuju ke tapak Archery




Oh ya, di sini ada juga bermain sumpit. Tapi kami hanya mencuba memanah dan menunggang kuda. Bayaran untuk setiap permainan amat berpatutan.



Untuk memanah hanya dikenakan bayaran RM10 untuk 10 anak panah. Manakala menunggang kuda untuk dewasa RM8 dan kanak-kanak RM6. Sekiranya menunggang bersama dewasa dan kanak-kanak dikenakan RM10. Berbaloikan.



10 anak panah Kak Fieza shoot. Lepas tu sakit-sakit tangan dan bahu Kak Fieza.



Kakak Eizzatul pun tak lepaskan peluang memanah. Ada gaya gitu.


Abang Long Eizz dengan gaya super warrior





Who is the champion, Along, Kakak atau Cici



Entah apa yang dibuat Abang Long tu


Ok kita gerak ke kandang kuda pulak ye



Cantik kan view kat sini. Dikelilingi pokok pine yang indah. Rasa aman je. Di hujung sana tu kandang kuda.

Horse Ride at Paddock Fraser Hill



Segar je hirup udara kat sini walaupun dekat dengan kandang kuda. Awina kata kuda tu 'berak'. opsss!!


Faris suka sangat dapat tunggang kuda poney


Awina kena naik dengan ibu. Bahaya kalau tunggang kuda sorang-sorang. Kecik sangat Awina.



Fitri (Cici) pun tak lepaskan peluang tunggang kuda.




Kakak tunggang kuda poney jugak macam Faris

Batu Belah Batu Bertangkup


Batu belah batu bertangkup,
Makanlah aku telanlah aku,
Aku kempunan telur tembakul.

Aduhaiii nak, kalau ibu kempunan pun tak sanggup ibu kena telan dengan batu belah batu bertangkup nih ehhh..

Kebetulan diorang nampak batu ni sebijik macam batu belah batu bertangkup dalam citer Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Terpengaruhlah tu. Diorang ni tak pernah tengok lagi citer batu belah batu bertangkup yang sebenar gamaknya. Citer air mata antara ibu yang merajuk dengan anaknya Pekan yang makan kesemua telur tembakul yang sangat diinginkan.


Cici beriya nak suruh Batu Belah Batu Bertangkup telan kepala dia


Faris relaks je dok sebelah batu belah batu bertangkup


Sementara ibu dan adik-adik tunggang kuda, ayah dan abang Long jaga baby yang behave je tidur kat stroller. Ayah biasalah sibuk dengan customernya.



Inilah gaya bila kaum adam jaga baby.



Giliran Abang Long pulak tunggang kuda.




Cantik sangat tempat ni. Kak Fieza tak lepaskan peluang mengabadikan memori indah ini.

Allan's Water

Eksplorasi kami diteruskan ke Allan's Water pula. Apa yang menariknya di Allan's Water ni?



Jom ikut kami.

Terdapat 3 aktiviti yang menyeronokkan di Allan's Water.


Flying Fox
Water Boat
Fish Feeding


Allan's Water ni asalnya sebuah empangan yang dibina untuk bekalkan sumber air bersih kepada persekitaran Fraser Hill.


Memandangkan demand air semakin tinggi empangan lain pula dibina berhampiran. Jadi dari terbiar begitu sahaja, empangan ini dijadikan sebagai tempat rekreasi.


Allan diambil dr nama pembantu engineer yang bertanggungjawab survey kawasan ini. Namanya J.H Allan.


Yang pasti aktiviti di sini memang menyeronokkan. Bayarannya pun tidak terlalu mahal untuk kami sekeluarga beriadah.

Feeding Fish

Di sini pengunjung boleh beli makanan ikan serendah RM2 sebungkus untuk diberikan kepada ikan-ikan di sini.

Kak Fieza ni buta nama ikan. Tapi cik suami kata ikan kelah yang berenang-renang di situ. Berebut-rebut ikan-ikan ni makan bila dicampakkan makanan. Macam kebuluran nampak gayanya.




Abang Long Eizz, Cici dan Kakak Eizzatul leka tengok ikan berebut makanan


Macam tak cukup air ikan ni berebut makanan. Kalau julur jari mahu putus ikan-ikan ni ngap. Rupa pun dah macam piranha.

Flying Fox

Aktiviti seterusnya, anak-anak Kak Fieza memilih nak mencuba Flying Fox pula. Hanya Abang Long Eizz dan Fitri saja nak mencuba. Faris teringin nak cuba tapi dia masih kecil lagi, tak disarankan demi keselamatan.

Fyling Fox ini dikenakan bayaran RM20/head sekali fly. Boat disediakan FREE.


2 orang bujang ni saja yang mencuba Flying Fox.



Dah siap pakai jaket dan topi keselamatan, mereka di bawa ke hujung sana tasik.

Nun di sana, tempat bermulanya Flying Fox



Speed boat akan membawa mereka ke hujung tasik sebelah sana.



Mereka perlu menaiki plantar menara dulu seorang demi seorang sebelum Flying Fox dilancarkan.




Abang Long dah terbang



Giliran Cici pula terbang. Menjerit anak bujang ni dapat terbang.

Water Boat

Dah penat terbang kat Flying Fox kami ber'water boat' pula. Kali ini Kakak Eizzatul dan Faris boleh turut serta.

Kepada yang teringin nak kayuh Water Boat ni ada syaratnya. Wajib ada orang dewasa sekiranya kanak-kanak yang nak join juga sebagai langkah keselamatan.

Jadinya ayahnya berpasangan dengan Kakak Eizzatul. Abang Long berpasangan dengan Faris.

Sebuah boat dikenakan bayaran RM8. Satu boat boleh muat hanya 2 penumpang.



Abang Long berpasangan dengan Faris.


Restoren Makcik Zah di Restoren Puncak

Tenaga dah habis dah ni. Jam dah menunjukkan pukul 5.00 petang. Perut pun dah berbunyi memandangkan kami tak lunch pun tengah hari tadi. Kami hanya makan bekalan roti dan jajan yang dibawa saja.

Kami pun gerak ke foodcourt berhampiran.

Memandangkan Kak Fieza kelaparan. Kak Fieza cari nasi je. Alhamdulillah masih ada nasi di Restoren Puncak. Berlaukkan sup tulang kaw...perghhh melelehhh..






Bergambar bersama owner Restoren Puncak ni iaitu Makcik Zah dan anaknya Along (panggilan manja anaknya)

Tak Booking Penginapan


Actually kami sekeluarga ke fraser hill ni gamble je. Tak booking pun mana² hotel. redah je. Bukan jauh sangat pun nak ke sini. Dalam 2 jam 40 minit je dari Seri Kembangan.

Sampai sini pun kami jejalan dulu tak terus check in hotel. Dalam hati, ada rezeki anak adalah nanti tempat penginapan. Kalau tak de hotel kita turun je la balik KL lepas puas jalan.

Nak jadikan cerita petang baru kitorang lunch kat restoran Makcik Zah nama pemilik restoren. Sembang² makcik Zah asal segamat. Orang kampung rupanya.

Makcik tanya, "duduk mana malam ni".

"Tak booking mana² hotel lagi acik. Tengoklah kot ada rezeki mana yg ada kosong".

Rezeki tak salah alamat.

Makcik offer.

"Kalau sudi dok homestay acik. Murah je ada 3 bilik".

Ye ke? Alhamdulillah...
Bila Allah nak kurniakan rezeki kat makhlukNya tak kira dimana dan bagaimana.


Homestay Makcik Zah

Duduk kat homestay makcik zah ni terlebih selesa. untuk anak Kak Fieza yang ramai nih.

Bayangkan apartment 3 bilik tidur untuk kami sekeluarga seramai 8 orang. Lebih dari selesa. Harganya pun murah banding hotel.

Kalau booking hotel tak dpt cenggini nih.

Syukur sangat Allah permudahkan.

Suasana sini pun nyaman. lantai rumah ni sejuk sangat. Tak payah ada kipas angin atau aircond dah memang sejuk sangat suasananya.



Air pili dia dah macam ais....sejuk gileeee


Syukur ada pili air panas. Mandi air panas le gamaknya. Tapi Awina mandi air pili biasa je. Tahan sejuk dia.



Bilik tidur utama. Katil king dan sebuah wardrobe disediakan



Bilik belakang sebelah dapur. Tak de sapa nak tidur bilik ni. Kakak Eizzatul takut katanya. Dia lebih rela tidur atas sofa kat ruang tamu. Suka hati kakak la.



Ruangan dapurnya pun selesa. Ada sinki, ada pemanas air, dapur masak pun ada.



Ruang tamunya juga selesa. Ada meja makan dan sofa serta tv. Sesuailah sangat untuk kami sekeluarga merehatkan diri.

Kepada anda yang ingin menginap di Homestay Makcik Zah ni boleh klik link di bawah.

HOMESTAY PUNCAK MAKCIK ZAH

Aktiviti Malam di Fraser Hill

Lepas check in homestay Makcik Zah kami bersiap pula nak keluar semula menikmati suasana malam di Fraser Hill.




Siang tadi kami dah bergambar sakan di Menara Jam Fraser Hill. Kali ni kita bergambar pula di sini waktu malam hari. Sejuk jugak di sini.



Sesekali bila kabus tebal lalu terasa dinginnya yang teramat sangat.



Bujang dua orang ni dah pandai ambik posing cantik.



Nice view, kat hujung sana kabus sedang berlalu.






Sementara tu Awina bukan main seronok lagi dapat bermain bola dan kereta kecil di Astaka. Lupa pula nama tempat ni.


Macam-macam gaya Awina pos



Ini pos Awina di Menara Jam


Kak Fieza pun nak bergaya macam Awina jugak


Di antara kami berdua terselit pulak permata hati pertama kami di tengah-tengah. cheeewaaaahh..



Affan jadi mat bunga lak kali nih


Yang menariknya di sini ada tempat lepak-lepak. Sementara anak-anak bermain. Ahli keluarga lain boleh lepak di Astaka ni. Sambil tu kami menikmati burger di sini. Padahal petang tadi baru je makan nasi. Sejuk punya pasal. Lapar saja.
Masa gambar ini diambil Kakak Eizzatul sedang menunggu burger siap.


 Bunga-bungaan di sini juga segar dan cantik-cantik. Tenang rasa bila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Illahi. Mereka (pokok-pokok) ni berzikir sentiasa. Sebab tu kita rasa tenang dikelilingi pokok-pokok dan bunga-bungaan.


Ostematrix di Fraser Hill (Sakit Belakang kurang)




Siang tadi kat paddock Fraser Hill kak fieza try 10 anak panah shoot memanah.

Aduhhh...sekali nak tido punyalah sakit badan, sakit belakang, tangan semua sakit bagai. Terasa diri dah tua sangat.

Alhamdulillah Kak fieza bawak suppliment Ostematrix ni. Oste ni memang tiap² malam Kak Fieza tak miss.

Ke mana-mana balik kg, travel ke, kat rumah Kak fieza mesti ada.

Syukur pagi esoknya bangun tidur, sakit belakang malam tadi terus hilang. Sikit pun tak rasa sakit lagi atas izin Allah.

Barulah seronok nak jejalan lagi. Kalau sakit² mana seronok jalan kan.

Ostematrix ni memang wajib di bawa sewaktu travel. Wajib juga kepada jemaah yang nak menunaikan Haji dan Umrah. Sesuai sangat untuk lenguh-lenguh kaki, sakit-sakit lutut dan sakit kaki gara-gara berjalan-jalan banyak semasa travel.

Ostematrix juga buatkan anda tidur lena walaupun berada tempat orang. Esok bangun tidur dalam keadaan segar bugar untuk teruskan jejalan anda.

Day 2


Pagi di Fraser Hill  kami bangun jam 6.00 pagi solat berjemaah sekali. Syukur ruang tamu Homestay ni agak luas untuk kami sekeluarga. Adalah ruangan untuk berjemaah sekali.

Sesudah subuh cik somi dan anak-anak bujang terus bergegas ke tempat yang lebih tinggi lagi untuk menikmati sunrise di sana.

Kak Fieza hanya menikmati sunrise di homestay ni je.



Subhanallah, tabarakallah...besarnya ciptaanMu. Aurora yang sangat cantik muncul sebelum matahari terbit.




View yang indah sebelum matahari terbit sekitar jam 6.47 pagi. Subhanallah.



satu lagi pemandangan indah dari puncak Bukit Fraser


Matahari dah nak terbit


Menjejaki SMOKE HOUSE


Selepas checkout homestay kami melalui SMOKE HOUSE tempat penginapan yang terkenal di Fraser Hill nih. Hajat nak menginap di sini, Maybe next time.


 Decoration landskap indoor and outdoor di SMOKE HOUSE ni yang ala-ala english style sangat menarik dan sedap mata memandang.


Awina macam anak eskimo lah pakai baju cenggitu


Pagi tu kami sekeluarga bersarapan di Restoren Puncak pemilik homestay Makcik Zah. Kak Fieza memilih roti arab cicah kari ayam kaw kaw...memang the best



Antara menu yang menarik terdapat di restoren ni ialah ubi kayu rebus kelapa, lempeng kelapa, nasi lemak special, mee bandong.

Menu di sini kebanyakkannya berasal dari Johor sebab pemiliknya orang Segamat, Johor. Memang selera Kak Fieza la sebab Kak Fieza kelahiran Johor, suami pula ibunya orang Segamat Johor. Elok sangat lah tu.


Cantik decoration di restoren ini. Di dinding restoren penuh dengan gambar-gambar sejarah Fraser Hill pada zaman Colonial Inggeris suatu ketika dulu. Peminat sejarah pemilik restoren Puncak ni.



Outdoor aktiviti

Di sebelah foodcourt ni ada playground untuk aktiviti outdoor anak-anak.

Mereka boleh berscooter, main scooter kecil (Awina la tu), mini golf dan playground.

Layankan je.


Berskirt pun kakak boleh berscooter


Ada gayalah Cici bergolf



 Ada 3 wajah berbeza. Ayah dengan muka joke nya. Kak Fieza biasalah dengan muka sengeh. Affan macam nak sengeh ada. Macam muka serius ada. Layankan je la.



3 beradik ni nak berentap mini golf



Bila main mini golf ni teringat cerita Mr Bean. Hahahahaha



Awina pulak puas main scooter kecik ni



Strawbery Park at Aida Daniya

Lepas dah puas bermain, kami menuju ke Strawbery Park pulak. Santai-santai sambil makan strawbery coklat berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa. Nyamannnn sangat.



Nampak tak coklat meleleh di sekeliling strawbery tu. Nyummy..


Ada juga dijual aiskrim malaysia perisa strawbery. Sedappp..


Bila coklat menyeliputi strawbery...perghhhh...nyummyy..


Fresh strawbery kat sini. Boleh juga dibawa pulang kudapan untuk keluarga. Kak Fieza makan kat situ je. Tak bawak balik pun.

Fefeling romantik gitu


Bila lagi kan.


Macam-macam gaya anak-anak Kak Fieza nih.


Bungalow Rumah Selangor


Sebelum turun ke KL kami berlegar-legar dulu di sini. Sempatlah kami tinjau-tinjau survey untuk big family day akan datang.


Ada 9 bilik tidur, sebuah dapur yang besar, tempat BBQ, ruang tamu yang luas. bilik air tak ingat berapa bijik. Sewanya untuk satu malam RM1459 (weekend) dan RM1359 (weekdays) untuk sebuah banglow besar tu. Rumah ala-ala English ( lihat photo).


Besar bungalow ni


Ambik kesempatan bergambar di ruangan tamu ala-ala englishnya


Konon sedang berdiang di bara api


Cik abang pun tak lepaskan peluang bergambar di sini


Di hadapan bungalow terdapat tempat rehat keluarga ala-ala english. Dok bayang bersantai petang-petang sambil minum teh di sini.


Ini ruangan dapur yang besar di Bungalow ini

Bungalow Rumah Johor 

ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur kering je ada(kecil), tiada tempat BBQ, dekat je dengan bandar Fraser Hill (menara jam), tengah renovate sekarang. By hari raya maybe siap. Rate kena call owner dulu.



Boleh la plan untuk Family Day Amahfoz di sini next time.


Air terjun Jeriau yang terdapat di Fraser Hill. Photo ini diambil oleh Cici. Cici dan ayahnya yang survey air terjun Jeriau.


Tibalah masanya kami turun ke KL semula. Selamat tinggal Fraser Hill until we meet again.

Perjalanan balik kami melalui Jalan Fraser Hill - Raub dan melalui Highway Karak.

Alhamdulillah selesai misi jejalan gamble kami sekeluarga. Boleh dijadikan destinasi budget percutian anda juga. Untuk makluman anda, kami tidak memerlukan budget yang banyak untuk bercuti eksplorasi di Fraser Hill ni. Budget kami hanya sekitar RM500 +- untuk sekeluarga termasuk penginapan dan budget aktiviti mereka.

Kepada anda yang suka bercuti-cuti berkonsepkan eksplorasi dan menikmati keindahan alam, Fraser Hill adalah tempat yang terbaik.

Konsep sebegini adalah konsep percutian yang Kak Fieza gemari. Bila kita lihat keindahan alam ni. Kita akan ingat kepada Allah. Ingat kebesaran Allah. Ingat nikmat Allah yang tidak terhingga.

Terbitlah rasa kesyukuran terhadap Allah yang Maha Agung, Yang Maha Esa, Yang Maha Besar mencipta setiap makhlukNya dengan keunikan tersendiri.

Kepada anda yang ingin bercuti-cuti boleh hubungi En. Badrul Hisham di 019-2118757

atau klik saja link di bawah


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:

Purplehomeshoppe

1 comment:

  1. jemput baca perkongsian explorasi di Fraser Hill 2H1M Kak Fieza ye

    ReplyDelete