Saturday, January 30, 2016

HARI PERTAMA FARIS MASUK TAHUN 1

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hai, apa khabar? lamanya tak jengok blog ni.

Kali ini saya nak share sedikit cerita pengalaman Faris, anak ke-empat saya menempuh alam persekolahan Sekolah Rendah.

Dah hampir sebulan Faris masuk tahun 1. Baru kali ni berkesempatan coretkan kisahnya.

Seperti abang dan kakak Faris yang lain, saya daftarkan Faris di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan. Lebih kurang 15 km dari rumah. Bukan tak ada sekolah yang lebih hampir dengan rumah tetapi memandangkan abangnya dah bersekolah di situ, jadi saya daftarkan Faris di Sekolah yang sama dengan abang kakaknya.

Lagipun penyebab utama saya sekolahkan anak saya di sini walaupun agak jauh kerana saya nak sekolahkan anak saya di Sekolah Rendah Agama yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan ini.

Saya ingat pesan Arwah bapa saya, anak kau sekolah agama tak? Kat Selangor ada sekolah agama ke?

Insya Allah bapak, saya ingat pesan bapak. Saya tidak akan sekolahkan anak saya kalau dia tidak di sekolahkan agama juga.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Bapak Hj Mahfoz bin Hj Abu Bakar.

Abang Aji (gelaran teacher Zana, guru sekolah tadikanya) dah ready nak ke sekolah.

Pada tahun 2016, Murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti di tempatkan pada sessi petang.

Jadi, Sekolah agama Faris adalah pada sessi pagi. Tengoklah tu Faris dah ready dengan uniform sekolah agamanya. Sampin sekolah agama di Selangor warna hijau. 

Samping sekolah agama ni berbeza mengikut negeri masing-masing. Seingat saya sesama saya kecil dulu, saya bersekolah agama di Johor sampingnya warna hitam dan dipakai di dalam baju. Tidak seperti resam pakaian di negeri lain memakai samping di luar baju. Itu yang uniknya JDT.

4 beradik ready go to school. Subuh-subuh lagi dah bertolak.

Di Sekolah Agama Taman Universiti

Sampai saja di sekolah agama Faris di tempatkan di Kelas 1 Al-Siddiq. Saya suka Faris duduk di barisan hadapan.

Saya pesan kat setiap anak-anak saya. Cari tempat duduk di hadapan sebab lebih berkat. Air liur cikgu yang tempias kat kita tu lagi berkat kalau terkena kat kita.....hahahhahaaa...

Entah faham ke tidak budak-budak ni.

Lagipun saya pernah dengar orang yang telah berjaya, mereka selalu pesan. Duduk di hadapan menandakan orang itu akan berjaya. Saya pesan kat anak saya, sekiranya nak berjaya duduk di hadapan.



Faris sedang fokus mewarna. Antara aktiviti kegemarannya.

Beginilah keadaan suasana meriah hari pertama di sekolah. Ramai ibu-bapa menunggu giliran bayar yuran persekolahan.

 Lapar sangatlah tu. Penuh khusyuk menikmati makanan.


Selesai dengan urusan pembayaran yuran sekolah di Kelas Faris. Jenguk pulak kelas akak Eizzatul di 3 Al-Siddiq untuk urusan pembayaran yuran.

Sementara anak-anak dalam kelas, ibu-ibu menunggu di kantin sembang pasal hal anak-anak.

Snap sikit harga makanan di kantin. 

Teringat masa zaman kanak-kanakku. Nasi lemak sebungkus baru 20 sen. karipap seposen. kenyang dah makan 2 tu. Beli dengan pakcik Musa (antara OKU di kampung saya). Datang sekolah berniaga bawak dengan wheel chair specialnya. Nostalgia sungguh. Sapa yang sekolah dengan saya di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat pasti tak lupa pakcik Musa.

Saya biarkan Faris beli sendiri. RM 5 saya dah bagi untuk sehari. Saya nak tengok macam mana dia uruskan kewangannya. Nampaknya dia dah pandai mengawal perbelanjaannya.

Transit Training

Sama seperti kakak dan abangnya, Faris juga akan transit dari sekolah agama ke sekolah kebangsaan berdekatan.

Kesuntukan masa dan jarak antara sekolah dan rumah yang agak jauh, kami memilih supaya mereka menukar baju di sekolah saja.

Bayangkan, habis sekolah sessi pagi di sekolah agama pada jam 11.30 pagi sedangkan jam 12.45 petang mereka dah perlu ada di sekolah kebangsaan pula. Mereka hanya ada masa 1 jam sahaja untuk menukar pakaian sekolah dan makan tengahari di kantin sekolah.

Bukan anak kami saja yang transit di sekolah, Ramai lagi yang melakukan perkara yang sama.

Maknanya Faris ada geng...
Sukanya Faris berjalan dengan kawan-kawan kakaknya menuju ke sekolah kebangsaan berdekatan.

Sessi Petang di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti

Layankan je gaya budak ceria masuk sekolah.








Ini tak boleh tahan ni. Nak gelak pun tak jadi.


Tak perasan pukak masa bila dia snap gambar kita.


 Hari pertama sopan lagi nih...

 Mana pulak si Faris nih.


 Haaa....tu dia!, baru setengah hari name tag pun dah senget benget.

 mula-mula makan kuih je....sekali

lapar lagi laaaa....perghhh mee sepinggan tu. boleh habis ke?

okla, sampai sini dulu corat coret kisah Faris kali ini. Lain kali kita cerita lagi ok.

Sweetmama,
Hafizah
019-211 8757

No comments:

Post a Comment