Tuesday, December 22, 2015

CARA MENJAWAB KIRIMAN SALAM DENGAN BETUL

Assalamualaikum wbt,

Salam Bulan Kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw. 

Entri kali ini saya nak share dengan anda bagaimana jawab kiriman salam dari seseorang dengan betul.


Perasan tak kalau seseorang berkata begini
 "Mak Cun, Datin Vida kirim salam."
Akan dijawab,
"Ye ke? Wa'alaikumussalam."

Boleh dikatakan 97% muslim akan menjawab seperti skrip di atas, termasukkan orang yang menaip ni sesekali terlupa.

Nampak macam takde masalah kan?

Tertanya-tanya juga apa masalahnya kan?
Yupp, memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi s.a.w, Nabi s.a.w mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya "Wa'alaikumussalam."

Tapi.....

"Wa'alaika Wa'alaihissalam."

Kenapa ye?

Oklah, cuba kita tengok situasi ini.
Datin Vida minta Mek Jah sampaikan salam kat Mak Cun. Mak Cun jawab: "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan: "Wa'alaikumussalam." 
Bermaksud: Selamat sejahtera ke atas kamu.

Jadi, salam Datin Vida kepada Mak Cun tak terjawab kan?
Sebab Mak Cun doakan salam itu kepada Mek Jah. Sedangkan Mek Jah tu orang tengah.

Manakala, "Wa'alaika Wa'alaihissalam" 
Bermaksud: Dan kepada kamu dan juga kepada dia selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab. Indahnya Islam.

Note : Hukum memberi salam itu adalah sunat, tetapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna masih belum jawab.

Berkiriman salam adalah satu amalan mulia untuk mengeratkan silaturahim. Tanda rakan-rakan masih ingat kita.


kredit to viral dari rakan-rakan wassap.

Sekiranya anda suka entri ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan diamalkan.

0 comments:

Post a Comment