Tuesday, June 23, 2015

AQLAN DAH PANDAI BER'BLOG'

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi, saya doakan anda sihat dan ceria di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bila bulan Ramadhan tiba, parents tentu menghadapi pelbagai karenah anak-anak yang berlatih berpuasa. Termasuk saya.

Ada yang pepagi lagi dah merengek-rengek sakit perut mintak makan. Ada yang lagi beberapa minit nak berbuka dah minta air.

Tahun lepas saya ada share kan tips menghadapi anak-anak berlatih puasa. Sila Klik link di bawah.


Insya Allah tips ini dapat dimanfaatkan anda untuk menghadapi anak-anak berpuasa.

Tambahan tips,

Semalam anak sulong saya minta saya ajarkan buat blog. Ada projek sekolah katanya.

Jadi antara aktiviti yang boleh anak anda lakukan sepanjang bulan puasa sekiranya mereka tak bersekolah adalah buat entri blog. Aktiviti ini hanya sesuai untuk anak yang dah mumaiz yer....

semalam Aqlan anak sulong saya berjaya mencipta blog khas untuk dia www.eizzaqlan.blogspot.com


Hari ini saya tengok report overviewnya. Tak disangka ada juga orang yang jenguk blog anak sulong saya ni untuk entri sulongnya.

Ada audience dari USA pulak tu. Orang USA mana yang minta dengan Aqlan nih.

overview Blog Aqlan

Tahniah Aqlan hasil blog yang pertama success!

Kebetulan saya blogger, bolehlah tolong ajar acaner nak siapkan projek sekolah Aqlan nih.

Bukan main advance lagi 'project school' zaman sekarang ni ye. Kecik-kecik lagi dah cipta blog. Anda yang dah besar bila nak ber'blog'?

Jemput jenguk hasil entri blog sulong anak sulong saya ye. SILA KLIK


Hari ini, Insya Allah Aqlan nak continue create entri kedua blognya pulak. BRAVO MY HERO!

Manalah tahu suatu hari nanti Abang Long Aqlan jadi Jutawan Bertaqwa dengan hanya ber'blog' macam Pakcik Irfan Khairi Jutawan Internet tu kan??


Sekiranya anda suka entri saya sila LIKE dan SHARE entri saya ini ye!...


Sayang ibu,

Hafizah
~design your life not by default



No comments:

Post a Comment