Friday, May 30, 2014

5 TIPS HADAPI KESESAKAN LALU LINTAS

"Bila hujan je Jem, bila jem je hujan!"

Biasa tak dengar orang cakap macam ni? Dialog macam ni biasa kedengaran terutamanya dari bibir-bibir warga kota.

Info traffic hari ni " Jalan LDP bergerak perlahan manakala Jalan Duta didapati sesak teruk"

Warga kota seperti dah lali dengan keadaan sebegini. Kalau sehari jalan raya tu tak jem maknanya hari itu hari yang LUAR BIASA.



Pernah tak hadapi seperti ini?

Di sini saya nak kongsikan apa yang saya amalkan sepanjang hidup saya menghadapi traffic jem.

7 TIPS MENGHADAPI KESESAKAN LALU LINTAS

1. Dengar Radio

Kalau dulu saya suka dengar radio channel yang membuatkan kita lalai atau lagho dengan lagu-lagu.

Tetapi setelah usia semakin meningkat eloklah saya menghijrahkan diri saya ke arah yang lebih baik. Bukan kata saya ni alim sangat, tapi at least tidak lah saya terlalu lagho.

Jadi biasanya saya akan buka channel ikim.fmSebab apa saya suka sangat dengar ikim.fm ni kerana banyak pengisian yang membina terutamanya di waktu pagi ada program 'motivasi pagi' dari ustaz atau ustazah yang terpilih. Kadang-kadang ada juga perkongsian dari Dr Muhaya dan pakar motivasi lain berkongsikan kata-kata hikmah mereka. Jadi pagi-pagi kita penuhkan dengan kata-kata motivasi untuk kita lebih bersemangat memulakan hari.



Seelok-eloknya waktu pagi kita dimulai dengan yang baik-baik sahaja.

Bila petang saya suka dengar nasional.fm jam 6.30 PM iaitu program Raudah. Program pelbagai ceramah dari ustaz dan ustazah yang terkemuka.

2. Berbual dengan penumpang

Ini sesuai hanya kepada penumpang yang lebih dari seorang. Ye lah kalau sorang-sorang nak berbual dengan sapa. Hantu ke? ....takuttttt...

Bila kita berborak dari satu cerita ke satu cerita yang lain, jadi tak la terasa bosan menghadapi traffic jem yang panjang. Tetiba dah sampai destinasi yang dituju tanpa disedari.

Yang paling best kalau borak dengan anak-anak. Masa inilah ibu bapa dapat bermesra-mesra dengan anak-anak. Tapi kalau dah bingit sangat panas satu badan.



riuh rendah anak-anak dalam kereta

3. Tidur

Heheheehhhee....ini saya selalu buat, bila cik abang memandu dan saya jadi penumpang sebelah. Tapi jangan buat bila memandu sorang. Siapa pula yang bawa kereta nanti. Lainla kalau ada 'Auto Pilot'.

Tips ini hanya sesuai bila anda sebagai penumpang. Tapi kesian kat pemandu terkial-kial sorang-sorang menahan bosan di jalan raya.

Sayalah selalu buat ni. Kesian cik abang saya.

4. Telefon orang yang tersayang

Tips ini diwajibkan pakai earphone ye..
Biasanya, pengalaman saya sendiri perjalanan ke pejabat dari rumah akan memakan masa selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.

Bayangkan lah duduk dalam kereta sorang-sorang selama 2 jam. bosan kan? Kalau tak bosan, mengantuklah pulak.

Bila mengantuk ni bahaya sikit. Tiba-tiba kita hilang tumpuan dalam sesaat saja. Sesaat itu boleh mengundang seribu satu ancaman. 

Anda boleh ter'bam' kereta hadapan. Itu kalau pemanduan dalam keadaan yang sangat perlahan hingga 0-20 km/j bila traffic jem. Bila dah ter'bam', duit pun melayang. Nak kena bayar ganti rugi.

Macam kes saya tahun lepas 'bam' kereta orang sebab mengantuk. Padahal sekelip mata je terlelap. Tup! tup! dan cium belakang Hilux. Hilux calar sikit je. Kereta saya pulak yang kemik teruk di bahagian hadapan.

Jadi, untuk mengelakkan mengantuk, saya akan menelefon orang yang saya sayang. Biasanya mak saya lah yang jadi mangsa. Tiap-tiap pagi saya akan telefon mak untuk hilangkan rasa mengantuk tahap kronik saya.

Sehinggakan emak saya akan pelik kalau sehari saya tak telefon. Mak saya akan fikir " Tak kerja lah Ann (nama manja) hari ni".

5. Berzikir

Ini tips yang paling berharga. Biasanya kita akan rasa susahnya nak ucapkan astagfirullahalazim sebanyak 100 X, Allahumasoli ala muhammad 100 X terutamanya kat tikar sembahyang bukan. Banyaknya nak kumat kamit. Nak bertasbih dan bertahmid 33X tu pun susah. Ni kan pula sampai 100X.

Mudah...mudah sebenarnya. Dalam kesesakan lalu lintas selama 2 jam itu tanpa disedari kita telah menghabiskan zikir kita sebanyak mana yang kita mahu malah sehingga 1000X lebih pun pernah saya buat. 2 jam kot...bukan sekejap tu.

Jadi amalan rohani dalam traffic jem amat berkesan. Malah, ia dapat menenangkan kita semasa 'stuck' dalam traffic. Maklumlah, punch card pukul 8.30 am ni. tapi masih berada di tengah-tengah highway. Bikin panas ni!!!
Bersyukur kerana traffic jem. Kita dapat mendekatkan diri dengan Allah.

Percayalah, Zikir ini akan menjadikan hati kita tenang setenang-tenangnya. Budak-budak sekarang panggil apa tu 'COOL MAN'.

Antara zikir yang saya amalkan semasa dalam kesesakan.

1. Astagfirullah 100X
2. Selawat 100X
3. Ya Wahhab 300X
4. Surah Al-Ihklas (Qul huwallah hu ahad) 100X
5. Lahaula Wala Quwata Illah Billah Hil Aliyil Azim 100X




Digital Tasbih inilah peneman saya di kala 'stuck' dalam traffic jem.

Percayalah, anda tak akan rasa stress langsung. Tetiba je dah sampai ke destinasi. Kalau boleh nak lebih lama lagi di jalan raya sebab tak habis 100 kali lagi zikir...hehehehheee..

Bonus Tips

Perlu diingat perjalanan kita ditentukan oleh Allah. Minta dengan Allah dilapangkan perjalanan supaya lancar urusan kita.

Antara tips saya sebelum memulakan perjalanan sudah tentunya dimulai dengan 

1. Bismillahirohmanirahim
2. Doa meninggalkan rumah



3. doa naik kenderaan


kereta idaman

4. Surah Al-Insyirah



Sejurus habis baca surah itu bayangkan semua jalan-jalan yang akan kita lalui (seelok-eloknya kita sebutkan nama-nama jalan tersebut) contohnya Jalan DUKE, Jalan MRR2 yang saya lalui ini sangat lancar. Perjalanan lancar selancar-lancarnya. Tiada halangan untuk saya sampai ke destinasi dengan selamat. Ya Allah...permudahkanlah.

Insha allah. Buat je! Tak caya tak apa!


Saya harap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan kepada insan-insan yang menghadapi masalah traffic jem yang amat teruk seperti saya.

Jadikan Traffic Jem ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Insha allah, Allah akan memudahkan urusan kita.

Wallahualam,

Terima kasih kerana membaca.

Saya doakan anda dapat manfaatnya.

Sekiranya anda suka Entry saya ini sila LIKE dan SHARE.

#Minah Jalanan
Hafizah Mahfoz

Sunday, May 25, 2014

MAKARONI CHEESE BAKAR CAMPAK-CAMPAK!

Baru-baru ini saya buat Makaroni Cheese Bakar untuk my lovely kids. Suka sangat anak-anak saya makan makaroni ini.

Saya post gambar Makaroni Cheese Bakar ini ke status FB saya. Tak sangka pulak ramai yang bertanyakan resepinya.

Alahai kawan-kawan, saya guna resepi campak-campak je. Mana yang sempat saya campak, saya campak dalam Makaroni tu.

Oleh kerana tak nak menghampakan rakan-rakanku sekelian, saya kongsikan resepi campak-campak saya ni yer.

Saya doakan resepi ini dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua. Kalau kurang sedap tambahlah apa-apa yang patut ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:

sepeket makaroni San Remo (rasanya makaroni ini yang sedap).
4 biji bawang besar holand (bawang besar yang warna kuning putih tu) dicincang dadu.
6 ulas bawang putih dicincang dadu.
1 biji lada benggala potong dadu.
1 tin kacang peas.
3 sudu lada kisar.
sedikit oregano leaves.
secubit garam sesuka rasa.
secubit gula sesuka rasa.
Daging cincang.
Cheese (saya guna chesdale atau cheese kraft)
1 tin sos speghati Prego Campbells (cari yang dalam tin warna hijau)
* cari yang ada logo halal. almaklumla, kalau dalam bekas kaca tu diragui halalnya sebab tak ada tanda halal.


makaroni elbow
 makaroni asli
makaroni asli

pilihlah mana satu yang berkenan dihati untuk masakan makaroni anda. Kalau saya dua-dua tu pun sedap.

bawang besar holand

bawang putih

lada benggala

kacang peas

cili kisar



daging cincang

 cheese

sos spageti tomato
saya pilih Prego sos spageti tomato cendawan. ada ready cendawan kat dalamnya.

oregano leaves

boleh juga ditambah bay leaves atau apa-apa leaves yang seangkatan dengan spageti. Saya campak je apa-apa leaves yang ada.


Cara-cara penyediaan.

1. Sepeket makaroni di rebus dalam air mendidih. Air didih tersebut tambahkan sedikit minyak dan garam sedikit sebelum makaroni di masukkan.
2. Rebus makaroni sehingga 10 minit atau sehingga makaroni lembut.
3. Sementara menunggu makaroni siap direbus. Jom kita sediakan bumbu sosnya dulu.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
5. Masukkan bawang putih yang telah dicincang dadu tadi,
6. Kemudian, masukkan bawang besar yang telah dicincang dadu juga ke dalam kuali yang minyaknya telah panas tadi.
7. Layukan kedua-dua bawang tersebut hingga naik baunya,....ummmppphhh harum bau bawang yang digoreng.
8. Bila dah nampak agak-agak layu masukkan daging cincang. Kacau bagi daging tergaul rata.
9. Masukkan sos spegati prego. Gaul dan kacau sebati.
10. Masukkan 3 sudu lada kisar pula untuk tambah kepedasan sos ( saya orang jawa, suka pedas sikit. Kalau orang itali suka masam, original sos prego tu agak masam, jadi saya tambah lada kisar ini untuk menambahkan pedasnya).
11. Renehkan ramuan dalam kuali tadi sambil digaul sekali sekala supaya tidak hangus.
12. Sementara itu, tengok-tengok makaroni yang kita rebus tadi. Jangan sampai airnya kurang, sekiranya agak-agak air dah kurang sila tambah air secukup rasa.
13. Toskan makaroni yang telah empuk.
14. Kemudian, masukkan kacang peas yang telah dicuci dan lada benggala (capsicum) kedalam bumbu yang sedang merenih dikuali tadi ( maaf tiada gambar, sebab saya ni masak nak cepat siap. Lupa pula nak snap gambar ).
15. Masukkan Makaroni yang telah ditos tadi ke dalam bumbu yang sedang merenih tersebut.
16. Gaul-gaul ratakan nya.
17. Sebelum itu, panaskan ketuhar 150 darjah celcius.
18. setelah sebati bergaul, matikan api dan tuangkan makaroni tadi ke dalam bekas tahan ketuhar. Lapiskan kepada 2 lapisan selang seli dengan cheese yang telah dicarik sekeping-sekeping ( ini pun tak ada gambar, nak cepat punya pasal ).
19. Selepas itu, masukkan makaroni tadi ke dalam ketuhar dengan suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.

Hasilnya TADAAAAAA!!!!!


 dari pandangan sisi
dari pandangan atas

Nampak sedap tak?...
Tentu sedapkan...
belum rasa lagi.

Apa lagi cubalah resepi ini.
Semoga anda dapat manfaatnya. Insha allah.

~Masak dari hati
Hafizah Mahfoz

Sekiranya anda suka resepi ini sila LIKE dan SHARE.

Thursday, May 8, 2014

MEALSHAKE DAN ANAK GENIUS

Perbualan ibu dan anak setiap pagi

Anak : Ibu, ibu dah buat mealshake milo abang ke?
Ibu : Ada atas meja tu, jangan lupa minum ye sebelum pergi sekolah.
Anak : Yeh! sayang ibu...(sambil memeluk ibunya ini)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah setiap pagi anak saya menagih mealshake setiap pagi sebelum ke sekolah.

Apa yang menariknya mealshake ni sehingga anak-anak saya ketagihan.
Jangan pandang serong pulak yer. Mealshake tidak mengandungi sebarang kandungan dadah yang menyebabkan ketagihan.

Ianya 100% dari sumber asli dan semulajadi dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu).

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa.

Apa yang menyebabkan ia lazat dan disukai ramai anak-anak dan juga mak anak juga kerana rasa french vanillanya yang harum dan menyelerakan tanpa gula dan pewarna tiruan.



 Siapa yang memerlukan Mealshake?

1. Mealshake sesuai menghasilkan anak-anak genius

Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bijak kan. Dengan kombinasi Mealshake, Omega Guard dan Chewable Vita C dapat merealisasikan impian mereka.



2. Mealshake sebagai Imun Booster anak-anak.

Kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TASKA sudah semestinya menghadapi masalah seperti saya. Anak-anak sering terkena jangkitan selsema dan batuk dan kadang-kadang demam silih berganti.

Pergi klinik dapat ubat antibiotik. Doktor pesan habiskan antibiotik ini sehingga paling maksimum 5 hari. habis antibiotik anak mulai sihat. Alhamdulillah sukalah kan anak dah sihat. Bagus antibiotik ni ( dalam hati ibu terdetik ).

Selang dua hari kemudian, hingus anak-anak kembali meleleh seperti biasa. Sejurus selepas itu suhu badannya tinggi kembali. Hari ini terpaksa ambil emergency leave sebab anak demam lagi. Atas dasar simpati tidak mahu anak bergelumang dengan kanak-kanak lain di TASKA nanti, ibu terpaksa berkorban.

Itu kalau cuti tahunan banyak lagi dan bos tak bising. Kalau bos bising kenalah pekak kan telinga.

Oleh itu, Shaklee ada penyelesaiannya.




Kombinasi Mealshake dan Omega Guard menambahkan lagi daya tahan anak-anak terhadap penyakit.
  
3. Untuk kesihatan menyeluruh

Mealshake tidak tertumpu hanya pada kanak-kanak saja malah orang dewasa juga boleh dapat manfaatnya.

Terutamanya kepada individu yang tidak gemarkan vitamin dalam bentuk tablet dan kapsul boleh jadikan Mealshake sabagai sumber multivitamin mereka.


4. Weight Gain Program

Mealshake sangat sesuai kepada individu yang ingin menambah berat badan. Sila ke link WEIGHT GAIN PROGRAM untuk maklumat lanjut.


CARA MINUM MEALSHAKE YANG IDEAL

1-3 Tahun : 1/2 sudu kecil 1 X sehari.
3-5 Tahun : 1 sudu kecil 1 X sehari. 
6 Tahun ke atas : 1 sudu kecil 2 X sehari
Dewasa : 1 sudu 2 X sehari

Nota dan Cadangan Hidangan:

1. Mealshake boleh dicampur dengan susu formula.
2. Disyorkan ibu yang minum Mealshake dan anak akan dapat khasiatnya dari penyusuan ibu tersebut.
3. Dicadangkan campurkan 2 sudu besar Mealshake + ESP (Energizing Soy Protein) + Performance Drink untuk mendapatkan khasiat yang maksimum.
4. Boleh buat Mealshake campuran buah-buahan segar dan diblend
5. Boleh diminum begitu sahaja.

Alert!
1.Tidak boleh gantikan susu harian dengan Mealshake sebagai minuman asas mereka. Hanya sekadar tambahan kepada susu harian mereka.
2. Dilarang mencampurkan Mealshake dengan susu ibu.

TESTIMONI 






Apa tunggu lagi, dapatkan suppliment yang terbaik untuk anak anda sekarang.
Apatah lagi BULAN SEPTEMBER ini ada promosi BELI 3 PERCUMA 1 untuk pembelian Mealshake.

Sekiranya anda malu PM saya anda boleh terus order dengan klik button di bawah. Order anda akan sampai hingga ke pintu rumah/office anda insya allah.


Semoga anda dapat manfaatnya.

Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya anda suka entri saya sila SHARE dan tekan button LIKE di bawah.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



Wednesday, May 7, 2014

OSTEMATRIX - KALSIUM LUAR BIASA

Ceritanya saya dengan Shaklee bermula sejak tahun 2006 lagi bila rakan saya mengesyorkan Kalsium Magnesium selepas melahirkan anak yang kedua.

Lama kan dah lebih seabad sejarah lampau. Sekarang pada tahun 2013 cerita Kalsium Magnesium ini kembali bertandang dalam hidup saya tetapi dengan nama yang berbeza iaitu OsteMatrix.

Wahhh!! dah tukar nama...OsteMatrix kerana dia bukan sekadar Kalsium malah lebih dari itu. Formulanya telah diperbaiki.


Ini semua gara-gara saya tak tertahan dengan sakit belakang saya selepas melahirkan anak yang ke-5. Pelbagai usaha saya ambil dari mengurut hinggalah menampal koyok, kononnya boleh meredakan rasa sakit belakang saya.



Hinggakan satu ketika rakan saya mengesyorkan sekali lagi Kalsium yang telah ditambahbaik formulanya. Ikuti kisah Once Upon A Time saya di sini

Tahu tak kekurangan kalsium dalam badan boleh mengakibatkan keropos tulang atau bahasa canggihnya osteoporosis. sekiranya dalam tulang kekurangan endapan kalsium, maka terjadilah rompong2 di dalam tulang.


Kesan Osteoporosis

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). 

BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

 Bone Mass Density (BMD) semakin merosot selepas umur 30-40 an.

Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan.

Lebih parah lagi sehingga ketahap terpaksa melalui proses pembedahan. bertambah berat lagi sekiranya mengalami kecacatan kekal dan mengalami kesakitan yang teruk dan kemungkinan hingga membawa maut.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.


Silent Disease

Osteoporosis dikatakan “silent disease”, di mana biasanya tiada tanda apa-apa. Hanya setelah mengalami patah tulang baru diagnos dibuat.

Walaubagaimanapun, antara tanda-tanda yang biasa dilihat ialah bongkok yang keterlaluan (dorsal kyphosis) macam dalam gambar awal, patah tulang ketika kecederaan yang minima, kurang ketinggian disebabkan tulang belakang dihimpitkan, dan sakit tulang belakang ( seperti yang pernah saya alami )

Ketinggian semakin berkurang sealiran dengan umur.

Langkah pencegahan

1. Tambahkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
2. Selalu bersenam "weight bearing" atau aktiviti fizikal yang tidak begitu keterlaluan.
3. Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri serta mengangkat barang.
4. Elakkan minuman beralkohol.
5. kurangkan pengambilan kopi, teh dan coklat.
6. Elakkan merokok.
7. Untuk wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera.
8. Amalkan pengambilan kalsium magnesium dan Vitamin D yang mencukupi.



kandungan Ostematrix




TESTIMONI

Mari saya tunjukkan beberapa testimoni yang telah berjaya mengamalkan OSTEMATRIX dan kesannya.




 
 Sebelum anda mengalami seperti kucing ini, mari pakat ramai-ramai kita ber'OSTE'


sekiranya anda suka kucing ini sila 'LIKE' dan 'SHARE' posting ini.

Terima kasih kerana membaca

kredit to:http://imedik.wordpress.com

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
                                           BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!