Saturday, June 6, 2015

4 AYAT AJAIB YANG WAJIB ANDA KETAHUI DAN AMALKAN

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? Saya doakan anda berada dalam lindungan Allah swt.

Baru-baru ini on the way balik kerja saya suka dengar radio ikim.fm.

Petang itu Ustazah Nor Hafizah Musa ada berkongsi dengan pendengar sesuatu yang menarik minta saya untuk dikongsikan dengan anda semua.

4 AYAT AJAIB YANG WAJIB DIAMALKAN

Apakah 4 ayat yang istimewa itu?

1. SORRY

Atau dalam bahasa ibunda kita MAAF.

Susahkan nak melafazkan maaf ni. Sekiranya dalam diri kita ada sifat ego yang tinggi, memang susah.

Jadi, biasa-biasakan lah lidah kita dengan ucapan MAAF atau I AM SORRY! dalam perucapan kita setiap hari.

Insya Allah lama kelamaan ego dalam diri kita akan menurun.

Perkataan yang senang tapi sukar nak diucap. Namun, sekiranya dibiasakan setiap hari tidak menjadi kepayahan lagi.

Saya pernah dengar petua dari Dr Fadhilah Kamsah, Petua untuk hidup bahagia. Sebelum masuk tidur, sila maafkan semua orang di keliling kita. Insya Allah hidup kita akan semakin tenang dan bahagia.

2. THANK YOU


TERIMA KASIH,

Sekiranya kita menerima sesuatu biasakan diri kita untuk berterima kasih kepada yang memberi. Ia ada lah perkataan yang memberi impak yang besar kepada pemberi.


3. I LOVE YOU



Saya sayang kamu,

Sering ucapkan 3 perkataan ini kepada pasangan anda dan anak-anak anda. Percayalah ucapan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara anda dan pasangan atau anak-anak anda.


4. MAY I HELP YOU



Boleh saya tolong awak.

Sikap yang suka menolong orang adalah sifat yang mulia. Orang yang suka menolong orang lain akan disukai oleh rakan mereka.

Allah juga akan memberi ganjaran kepada mereka yang suka membantu orang yang dalam kesusahan.

Salam sayang,

Hafizah

~design your life not by default

No comments:

Post a Comment