Showing posts with label Set Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Set Kecantikan. Show all posts

Tuesday, October 9, 2018

5 Fungsi Luar Biasa Vitamin C Untuk Kekalkan Kesihatan Dan Kecantikan

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan anda dalam lindungan Allah sepanjang hayat.

Entri kali ini saya nak share dengan anda betapa pentingnya vitamin C dalam badan kita.

Sebelum tu jom kita berkenalan dengan Vitamin C ni ye.



Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid.

Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara konsisten.

Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan. 

Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.

Sejarah Vitamin C

Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. 

Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. 

Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling.

Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland. 

Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Nampak tak, betapa penting nya vitamin C ni untuk melawan kanser.

Fungsi Vitamin C

1. Vitamin C diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit.

2. Vitamin C penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia.

3. Vitamin C bertindak sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. 

Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya

4.  Vitamin C membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya

5. Fungsi lain

Diantara fungsi  lain Vitamin C (secara ringkasnya) : 

❤ Sebagai Anti Oksidan yang penting.❤ Pemulihan luka dan melecur.❤ Pembinaan collagen dalam badan.❤ Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia.❤ Membantu penghasilan hormon.❤ Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.❤ Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.❤Membantu mengurangkan kolestrol darah LDL dan menambahkan kolestrol HDL (kolestrol baik).❤Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).❤ Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.❤ Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.❤ Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.❤ Membantu mengawal tekanan darah tinggi.❤ Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.

Banyak juga fungsi Vitamin C ni ye. Bukan hanya untuk imun sahaja malah mencegah dari sebarang penyakit kronik.

"Sistem badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya. Vitamin C perlu diambil dari sumber luar"

Siapa yang memerlukan Vitamin C?

1. Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok, jadi orang yang disekelilingnya akan terkena tempiasnya.) Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan pengambilan vitamin C.

2. Ibu mengandung, ibu menyusu atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut.

3. Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.

4. Kanak-kanak. Vita C chewable ada dan memang sedap.

5. Orang yang mudah selesema dan demam. Untuk tingkatkan imun badan.

6. Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolestrol tinggi dan darah tinggi.

7. Pesakit anemik (gejala kurang darah)

8. Orang yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda

9. Orang yang ingin membaiki kesihatan seksualnya

10. Orang yang nak kurus

11. Orang yang selalu stress dan moody

Jadi, anda dalam kategori yang mana?

"Ramai yang tak tahu atau tak sedar atau buat-buat tak tahu mereka perlukan Vitamin untuk melengkapkan Nutrisi Harian mereka"

ye, ramai yang endah tak endah betapa perlunya pengambilan vitamin dalam diet harian mereka. Bila dah sakit. bila dah demam. bila dah kronik baru nak terhegeh-hegeh ambil vitamin.

Padahal, hakikatnya vitamin bukan ubat ye. Ia seperti makanan harian yang kita ambil setiap hari. Nama pun makanan tambahan. Bila nutrisi dalam badan mencukupi, badan kita sentiasa sihat.

Kesan Kekurangan Vitamin C

Kekurangan vitamin C merujuk kepada kekurangan jumlah vitamin C dalam diet pemakanan kita. 

Bila kekurangan ini tidak diendahkan, lama kelamaan akan menyebabkan kolagen baru tidak dapat dibentuk, seterusnya menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula pecah lalu proses pembaikan tisu badan boleh terjejas.

Jika keadaan di atas berterusan ditambah pula kekurangan vitamin C yang semakin kronik, ia boleh membawa kepada penyakit skurvi.

Disamping itu, anda juga mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem badan kita kurang daya ketahanan penyakit (kurang imun).



APA ITU PENYAKIT SKURVI?

Penyakit skurvi merupakan penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin C. Penghidap skurvi akan berasa lemah dan pucat, gusinya lembut dan giginya mudah goyang dan juga mudah mengalami pendarahan di bawah kulit dan pada sekitar sendi.

Pendarahan pada sendi akan menimbulkan rasa amat sakit yang kadangkala disangka sebagai penyakit reumatisme atau atrhtritis.

Gusi akan mudah berdarah dan menjadi ulser atau mudah juga terkena jangkitan (infeksi). Sebarang luka yang dialami juga akan lambat sembuh.

Ujian Kekurangan Vitamin C

Sebenarnya, mudah je nak kenal pasti anda cukup Vitamin C atau tidak.

Ujian ini boleh dilakukan sendiri terhadap diri anda.

Begini caranya,

“Cakarkan kulit anda dengan menggunakan kuku anda. Jika ada tanda garis berwarna putih, ini bermakna anda kekurangan vitamin C. Sekiranya tiada garis bermakna vitamin C anda mencukupi.”


Cuba anda buat sendiri. Cakarkan kulit anda dengan kuku seperti gambat di atas.

Apa terjadi?

Ada kesan putih?

Tandanya anda kekurangan Vitamin C. Tambahkan dos pengambilan vitamin C anda.

Sekiranya tiada kesan gores putih.

Tahniah anda cukup nutrisi Vitamin C.

Apakah tanda-tanda kekurangan Vitamin C?

Tanda-tanda kekurangan vitamin C:

- Gusi sentiasa berdarah (kekurangan pembentukan kolagen)
- Tanda lebam pada badan
- Luka lambat sembuh
- Sering letih dan lemah
- Anemia
- Rambut kerap kali gugur
- Sakit sendi
- Darah dalam mata
- Kulit kering dan gatal
- Mengalami depression
- Ekzema
- Kurang selera makan
- Masalah pencernaan
- Kekurangan berat badan

Apa istimewanya Vitamin C Shaklee?

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Hakikat sebenar, kita memang tak mampu nak makan satu biji stgh buah oren setiap jam. Jadi, short cut. Mkn lah vitamin C shaklee. Telan je.. hehe❤️

Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg Bioflavonoid yang akan membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

Ujian klinikal membuktikan pengambilan vitamin C dalam 2 tablet dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi.



1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren.
Boleh byg x mcm mne shklee transfer 7.5 buah oren punye khasiat ke dlm sebiji tablet vitamin C tu tanpa mngurangkan khasiat nye?

Shaklee ada teknologi yang sangat canggih untuk transform khasiat buah ke dlm tablet tanpa menjejaskan kualitinya. 👍

Apa lagi keistimewaan Vita-C Shaklee? 😃 

1) Membentuk Kolagen
 - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kita kene cek kandungan kolagen tu ada disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm. kolagen need a lot of Vitamin C..

Tau tak ape tu kolagen?

Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kolagen penting kerana ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Mengurangkan Simptom Pendarahan 

- Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam. Ni memang kena cpt2 ambil vitamin C

3) Meningkatkan Sistem Imun Badan 

- Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 
Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

4)  Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit. 

5)  Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit. 

-Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan            jangkitan paru-paru 

6) Memerangi Kanser 

- Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  

7) Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 

8)  Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

9) Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok               sebelum ianya menyerang sel-sel kita.

10) Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  

11) Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.







Amaran:

Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

Sekiranya ada seorang perokok, atau pun perokok pasif (individu yang sentiasa terdedah dengan perokok), peminum alkohol dan individu obes dan individu yang mengalami tekanan amat disarankan pengambil Vitamin C lebih dari individu normal.

Sumber Asli Yang Boleh Membekalkan Vitamin C


Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.

Permasalahan utama kita nak dapatkan khasiat drpd makanan ialah mslh DUIT..sebenarnya makanan yang tinggi vitamin adalah mahal. tak semua orang mampu beli makanan berkhasiat setiap hari, betul x?

Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.

Mampu ke nk consume semua tu?

Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, huhu... secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.

Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. 

Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik buat anda. Pastikan shaklee, baru beli

Zaman sekarang ni susah nak dapatkan makanan mentah mcm buah dan sayur yang 100% bebas dari bahan kimia berbahaya seperti pesticides. Kebanyakan peladang tidak terlepas menggunakan racun perosak untuk menjaga tanaman ladang mereka. Itu la yang kita ambil nanti sayur dan buahan yang kononnya segar.

Kalau ada pun sayur dan buah yang tidak terdedah dengan racun perosak adalah dari sayur dan buahan organik yang agak mahal harganya.

Sedangkan Vitamin C shaklee kalau kira-kira balik tak mahal pun sebenarnya. Sebiji RM 0.45 je harga ahli @ RM0.55 sebiji hrge bukan ahli

Dengan hanya 55 sen, dapat khasiat vitamin C yang bersamaan dgn 7 biji setengah buah oren. Wow! murah gilerrr..

Best ke best!

Testimoni pengguna Vitamin C










Sebenarnya banyak lagi testimoni Vita C Sustained Release ni. Tapi cukuplah setakat ni yang saya kongsikan. Next episod saya share lagi.

Vita-C Sustained Release disarankan diambil dalam set-set seperti berikut

👉👉👉👉 SET HAMIL
👉👉👉👉 SET LEPAS BERSALIN
👉👉👉👉 SET RESDUNG
👉👉👉👉 SET GASTRIK
👉👉👉👉 SET KECANTIKAN
👉👉👉👉 SET KESIHATAN OPTIMUM
👉👉👉👉 SET KESUBURAN
👉👉👉👉 SET MENYUSU
👉👉👉👉 SET KURUS
👉👉👉👉 SET ALZHEIMER
👉👉👉👉 SET EKZEMA
👉👉👉👉 SET ASMA

Untuk info lanjut berkenaan set-set di atas boleh hubungi saya ye.

Tawaran Hebat Vita C Sustained Release

Kebetulan sedang elok bulan Oktober 2018 ini adalah Bulan Vita C Sustained Release.

Kepada anda yang ingin mendapatkan Vita C Sustained Release dengan tawaran hebat hanya pada BULAN Oktober 2018 ini sahaja boleh hubungi saya seperti nombor tertera di bawah.

Tawaran hanya sah dari 1 October - 31 October 2018 Sahaja OK!

Contact Kak fieza segera supaya tidak terlepas dengan tawaran hebat nih.

KLIK 'Nak Vita C' DI BAWAH

👉👉👉👉 NAK Vita C
👉👉👉👉 NAK Vita C
👉👉👉👉 NAK Vita C




Jom amalkan Vita C Sustained Release untuk TAMBAHKAN KUALITI KESIHATAN anda

Hubungi Kak FIEZA (019-211 8757) segera untuk HARGA TERBAIK!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

pages:


Purplehomeshoppe

Monday, October 17, 2016

7 TIPS MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM PADA USIA UMUR 40-an

Assalamualaikum wbt.

Hai apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat dan ceria selalu.

Baru-baru ni dalam group wassap kawan-kawan universiti Fiza (group ladies only) kerap membincangkan isu kecantikan. Almaklumlah usia kami masing-masing dah masuk 4 series. Life begins with 40 kan..

Tapi saya tengok kawan-kawan saya masih gojes-gojes belaka. Fiza ingat masa usia Fiza budak-budak lagi dalam umur 10 tahun, bila Fiza nampak makcik-makcik umur 40-an nampak sangat ketuaannya. Itu dululah, masa zaman 80-an 90-an.

Sekarang ni bila diri sendiri dah menjangkau 40-an, eh...tak adalah nampak tua sangat. Kawan-kawan pun still maintain mude belia lagi. Tak sedar diri tu...hahahhaha


Antara mak dara 40-an yang masih maintain. Tengok tu dalam usia 40-an masih ada anak kecil lagi. Fiza yang paling kanan berbaju hijau je yang ber'baby' besar. bagi can la kawan-kawan lain ber'baby'. Kami ni sebaya tau, baru masuk 40-an. Amacam???..

Antara chit chat sensasi dalam group. 'KULIT KUSAM'


Terkenang masa zaman remaja dolu-dolu.
Guna bedak sejuk thailand nak cantik punya pasal.

Cantik untuk suami

Bila kulit wajah anda kusam, apa yang anda rasa?

Sudah tentu keyakinan diri anda berkurang, betul ke betul? Malu nak berhadapan dengan orang ramai. Tambahan lagi, sekiranya wajah anda berminyak. Bertambah-tambah stress dengan keadaan wajah anda yang tak 'semengah' orang putih kata.

Ada pula sesetengah wanita beranggapan, buat apa nak berlawa-lawa. Bukan nak jumpa orang pun. 

Ye, kemungkinan tugasan anda tidak memerlukan berinteraksi dengan orang ramai tetapi anda juga ada suami bukan?

Lelaki normal suka yang cantik-cantik. Sudah tentu suami ingin melihat isterinya kelihatan cantik di mata mereka.

Wahai para isteri, hiasilah diri anda dengan niat untuk suami dan kebahagian rumahtangga.

Sebelum saya beri beberapa tips yang saya amalkan, jom kita tengok apa punca kulit menjadi kusam.

Punca kulit kusam

Antara punca kulit menjadi kusam ialah:
  • Stress
  • Kurang minum air
  • Tidak cukup tidur/pola tidur yang tidak teratur
  • Makanan yang tidak seimbang - banyak makan makanan yang mengandungi banyak kandungan gula, garam dan berminyak.
  • Berat badan yo-yo (mudah naik dan turun)
  • kesan dari sinar ultraviolet
  • merokok
  • kesan dari pemakaian produk kosmetik yang tidak sesuai
Tips Mengatasi Kulit Kusam

1. kurangkan/elakkan stress

Sejak kebelakangan ini, banyak sangat cerita dari group-group wassap kisah ramai sangat individu yang mengalami stress. 

Bagaimana anda mengawal stress adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Antara amalan yang saya selalu buat nak kongsikan untuk kurang/elakkan stress antaranya:

  • Sentiasa latih minda untuk fikirkan perkara positif. Sekiranya anda sentiasa fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik itulah yang anda akan dapat kerana semua itu adalah DOA anda untuk diri anda sendiri.
  • Latih diri untuk sentiasa mengingati Allah dengan beristighfar. Fiza selalu dengar ustaz berpesan, sekiranya sesuatu musibah terjadi kepada diri kita hendaklah kita sentiasa bertaubat. Istighfar adalah salah satu cara untuk bertaubat.
  • Sentiasa bersyukur.

2. Banyakkan minum air putih

Orang jawa cakap air putih tu 'air jarang'. Untuk dapatkan kulit yang shining-shining glory-glory anda perlu memastikan anda mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter satu hari.

Badan kita ni sering terhidrasi. Ini disebabkan diri kita terdedah dengan matahari setiap hari. Bagi yang bekerja di tempat berhawa dingin juga tidak dapat mengelak dari terhidrasi.

Sebab tu lah, Air dalam badan yang telah terhidrasi perlu di 'top-up' supaya lembapan dalam badan sentiasa mencukupi.

3. Amalkan tidur yang mencukupi

Amalan tidur lewat juga boleh menyumbang kepada kulit kusam. Sel-sel kulit perlukan rehat.

Untuk orang dewasa tidur yang paling baik antara 5-8 jam. dan amalkan pola tidur yang sama setiap hari. Amalkan tidur awal supaya esok pagi boleh bangun lebih awal.

Sila baca sharing saya bagaimana Dato Sarimah seorang biduanita terkenal menjaga kecantikannya. Wajahnya tetap anggun walaupun telah berusia.

Jemput baca ye.

RAHSIA KEJELITAAN DATO' SARIMAH (SILA KLIK)



Kekal jelita walaupun telah lanjut usia. Gebus kan kulit Dato' Sarimah. Tak de kesan kusam langsung.

4. Menjaga berat badan

Sekiranya anda bam bam, potensi anda berkulit kusam lebih cerah. Nasihat saya turunkan berat badan anda sebelum kulit anda bertambah kusam.

Tambahan lagi sekiranya berat anda sekejap turun, sekejap naik (yo-yo). Bertambah cerahlah anda mendapat kulit wajah yang kusam.

Nak kekalkan berat badan ideal kena ada ilmu. Bagaimana nak kekalkan berat badan anda pada tahap ideal? Jom Join Now Everyone Can Kurus (NECK).

Program NECK ni adalah satu-satunya Program Kurus secara ONLINE yang pernah saya ikuti. Saya percaya sapa yang join Program NECK tak akan menyesal dengan Ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh COACH dan KREW NECK.

Untuk maklumat lanjut sila klik PHOTO



5. Ambil Makanan yang seimbang


Kalau anda perasan, kebanyakkan makanan yang kita makan sekarang ni nak segera je kan? Gaya hidup yang semua nak cepat memaksa masyarakat mengambil makanan segera yang kononnya pantas.

Burger, Pizza, Nugget, Sosej.

itulah yang selalu ditelan. Tahukah anda makanan segera yang selalu kita ambil mengandungi bahan konservatif yang menyumbang kepada kulit kusam. Kesian sel-sel kulit kita yang sering disuap makan dengan makanan yang kurang berkualiti.

Adalah lebih elok sekiranya anda makan mengikut gizi yang seimbang. Lebihkan sayuran dan buahan dalam hidangan harian anda. Antara buah-buahan yang baik untuk mengelakkan kulit kusam adalah tomato.




Tomato merupakan sumber vitamin A, vitamin C dan asid folik yang baik. Ianya mengandungi banyak nutrisi dan antioksida, termasuklah alpha-lipoic acid, lycopene, choline, folic acid, beta-carotene dan lutein.


Satu bahagian kecil tomato (lebih kurang 123 gram) boleh memberikan anda 22 kalori, 0g lemak, 5g karbohidrat dan 1g protein – sumber yang baik jika dibandingkan dengan makanan yang lain.

6. Amalkan suppliment natural

Selain dari pengambilan pemakanan secara bijak dan seimbang, pengambilan supliment natural juga amat disarankan untuk mengatasi masalah kulit kusam.

Sebelum ini, serius saya nak bagitau anda. Kulit saya sentiasa berminyak. Kalau bangun tidur, rasa macam ada selapis minyak dipermukaan muka. Sangat tidak selesa.

Kulit yang berminyak inilah mengakibatkan kulit kita bertambah kusam dari hari kehari. Banyak produk yang saya ambil untuk mengatasi masalah ini. Berganti-ganti produk saya ambil. Semuanya untuk luaran saja.

Padahal sebenarnya untuk kecantikan luaran yang luar biasa terhasil dari kecantikan dalaman yang luar biasa juga.

Sel-sel badan kita perlu dibaik pulih dulu supaya lahir aura kecantikan luaran.

Setelah saya amalkan pemakanan suppliment yang betul, baru saya puas hati. Masalah kulit berminyak saya dah tak ada lagi. Tak perlulah nak buang masa tempek makeup berjam-jam lamanya untuk mengubah wajah kelihatan cantik tapi sekadar sementara.

Sekiranya anda ambil makanan yang betul dan suppliment yang betul secara tak langsung wajah anda juga ceria dan bertenaga. Badan sihat mewujudkan wajah yang 'flawless'.

Suppliment apa yang saya ambil?

Sejak 3 tahun lalu saya tak miss ambil 
  • Vivix
  • Vita C Sustained Release (SR)
  • ESP
  • B Complex
  • Callogen Powder
Vivix

Bertindak sebagai agen anti-penuaan yang sangat hebat. Ia bertindak sehingga keperingkat sel dalam badan. Vivix juga sebagai agen antioksidan yang tinggi berupaya menyah-toksin kesan radikal bebas.

Bayangkan gaya hidup kita seharian sering terdedah dengan kesan radikal bebas berpunca dari pencemaran persekitaran. Sebab tu wajah kita mudah sangat kusam seperti tak bermaya terutamanya bila pulang dari tempat kerja. Kenapa? Nak tahu kenapa klik link ni Vivix sebagai Agen anti-oksidan yang hebat! (Klik sini)

Nak tahu hebat sangat ke vivix ni sila klik link


(SILA KLIK PHOTO)

Vita C Sustained Release (SR)

Sebagai agen anti-oksidan yang baik. Mengandungi kalogen yang penting untuk kesihatan dan kecantikan. Menambahkan keanjalan kulit. Mempercepatkan penyembuhan luka.

Istimewanya Vita C SR ini adalah ia bertindak mengikut pelepasan masa (Sustained Release) di mana Vita C akan dilepaskan ke dalam darah setiap 1 jam 100mg. bermakna untuk 500mg kandungan Vitamin C dalam Vita C SR ini hanya akan dihabiskan mengambil masa selama 5 jam untuk dilepaskan ke dalam darah. Ini bermakna sistem badan sentiasa dikawal dengan imunasi Vita C sepanjang masa. Berbeza dengan produk Vitamin C yang lain sekali makan, masa itu juga vitamin C akan dilepaskan. Jadi, waktu selepas itu sistem badan tiada imunasi.


ESP (Non-GMO Energizing Soy Protein)

Saya penggemar susu soya. Dulu saya suka minum soya tak kira soya di pasar malam atau soya kotak. Masa tu saya tak tahu soya yang saya minum tu bukan ada khasiat sangat pun.

Setelah saya kenal ESP iaitu non-GMO susu soya, terus saya jatuh cinta dan makin suka la saya minum soya. Sebab saya tahu soya ESP ni sangat banyak khasiatnya.

Untuk kulit kusam, ESP berfungsi sebagai membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak kerana protein adalah makanan kepada sel. ESP pula adalah susu protein yang istimewa.


B Complex

B Complex pula sebagai agen penenang (anti stress). Ia juga bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Anda tahu kan antara punca kulit mudah kusam adalah stress kan? Jadi Insya Allah B Complex mengurangkan rasa stress anda.

Tak percaya tak pe, ambik je! Saya dah cuba memang berkesan. No more stress walau pelbagai tekanan saya hadapi.


Callogen Powder

Nak nampak lebih berseri-seri wajah anda, saya sarankan ambil Callogen Powder.  Callogen Powder terbukti berkesan memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.

Nak tahu lebih lanjut sila ke klik sini Nak KULIT GEBUS dengan CALLOGEN


Perasan gebus la Fiza tu...


7. Menggunakan produk penjagaan muka yang natural

Selain penjagaan dalaman, saya tak abaikan penjagaan luaran juga. Sebelum ini saya tak kisah guna produk kosmetik. Asalkan serasi dengan saya. Saya guna, dan bertukar-tukar produk pula tu.

Ada satu ketika, saya tersilap pilih produk hingga kulit muka saya jadi nipis dan pedih. Masa tu saya kurang arif dengan produk yang baik untuk kulit muka, saya fikir mungkin ini satu proses pemulihan. Bila kulit saya bertambah teruk hingga kemerahan, terus saya berhenti menggunakan produk tersebut.

Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini banyak sangat kisah ngeri bila menggunakan produk yang mengandungi bahan chemical terlarang.


Antara mangsa produk yang terlarang

Sekarang, saya amat berhati-hati memilih setiap produk yang nak diguna. Tak mahulah wajah kita terbakar nanti.

Sejak setahun yang lalu, saya dah beralih arah kepada produk yang lebih SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


NutriWhite Penjagaan kecantikan yang dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

Mulanya saya hanya menggunakan pencuci mukanya saja iaitu NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Saya pakai 2 kali sehari saja, selepas bangun pagi dan selepas pulang dari kerja..

Lama kelamaan saya jatuh cinta pula dengan produk NutriWhite ni. Kulit saya bertambah selesa. Bangun pagi tak de la rasa macam minyak bertakung lagi. Kulit pun bertambah 'flawless' tanpa makeup pun nampak berseri.

Saya ni memang tak pandai ber'makeup'. Saya tahu guna bedak compact, lipstik dan celak saja. Blusher ke, maskara ke tiada dalam kamus makeup saya. Eye shadow pun jarang sekali.

Saya yakin sekiranya mengamalkan pemakanan yang sihat dan produk yang natural, anda tak perlu menggunakan makeup untuk menyembunyikan cela rona-rona di wajah anda. Kulit kusam pun tiada lagi.


Amacam?? Ni lah hasilnya dari pemakanan sihat, suppliment yang baik dan produk kecantikan yang dijamin SELAMAT. Tiada kulit kusam. Hanya pakai bedak compact nipis, lipstik secalit dan celak sebaris. Mana satu yang paling cun? kiri ke kanan?
(Photo di ambil menggunakan Kamera murah saya. No 360 apps)

Okla, nanti Fiza sambung lagi ye, cukuplah setakat ini dulu.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE.

Terima kasih ye kerana sudi membaca.

Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria. Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages: