Monday, September 14, 2015

WAJIB BACA : KISAH BENAR SEORANG PENIAGA KASUT DITIPU FRANCAISOR SEHINGGA RM80,000

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria selalu disamping famili tercinta.

Di sini saya nak share dengan anda satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat (Kak Ana) kepada saya dengan izin supaya ramai pengusaha dan para peniaga di luar sana mengambil iktibarnya.

Saya kenal Kak Ana lama dah sejak sama-sama bekerja satu opis dulu. Dia terpaksa berhenti kerja dapat Skim Volunteer.

Waktu tu macam-macam bisnes Kak Ana join dari kedai dobi ke kedai kasut. Sehinggalah dia menceburkan diri dalam bisnes fraincaisi dan francaisor.

Saya pernah ke kedai Kak Ana sekali je. Masa tu saya fikir, waaahhh senangnya Kak Ana dah ada bisnes sendiri.

Rupa-rupanya tak lah seindah yang digambarkan. Kisahnya ada keluar dalam paper. Ikuti kisah Kak Ana ye.


Keratan akhbar cerita kekecewaan Kak Ana dengan sebuah francaisor

"Saya bekerja makan gaji sebelum ini dan mengambil keputusan berhenti kerja bagi menjadi francaisi dengan menggunakan modal sendiri juga mendapatkan pinjaman.

Malangnya perniagaan yang dibuka pada 2006 hanya mampu bertahan sehingga 2008. Saya terpaksa tutup kedai kerana francaisor tidak bertanggungjawab.

Kak Ana dah habiskan wang simpanannya sebanyak RM80,000 bagi menjadi Francaisi dan meminjam RM120,000 daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Kak Ana kata, beliau dah tanya kepada senior-senior yang dah lama menjadi francaisi kepada syarikat tersebut. Jawapan mereka semuanya positif. Jadi Kak Ana meneruskan perniagaannya.

Kak Ana cakap lagi, masa kursus dan latihan syarikat tersebut menyatakan keuntungan dan kejayaan menjadi francaisi mereka.

Disebabkan janji-janji manis syarikat tersebut, Kak Ana nekad menjadi francaisi syarikat tersebut.

Kak Ana cakap, masa tu bulan raya tentulah banyak jualan dan menguntungkan. 

Yang peliknya syarikat francaisor beri penyata mengatakan Kak Ana rugi dan dalam masa yang sama syarikat hantar barang melebihi dari kemampuan jualan.

Di samping itu Kak Ana juga memasarkan produknya di pasar malam, car booth sales. Ekspo mana yang Kak Ana tak pernah join. Kalau sebut je ekspo pasti Kak Ana ada menyelit. Kak Ana buat macam ni sebab nak cover balik kononnya kerugian yang dikatakan oleh pihak francaisor tersebut. 

Tapi hasilnya yang nampak macam untung tetap dianggap rugi oleh pihak francaisor.

Saya yang dengar Kak Ana cerita pun rasa geram. Inikan pulak Kak Ana yang merasai sendiri jerit perihnya menjadi francaisi.

2 tahun Kak Ana bertahan dengan syarikat ini, tapi selama 2 tahun itu juga francaisor kata Kak Ana mengalami kerugian.

Akhirnya pada tahun 2008 Kak Ana mengambil keputusan untuk menutup kedai.

Selepas berhenti jadi francaisi, semua barang dalam kedai syarikat ambil balik. Masa tu Kak Ana tak tahu nak buat macam mana lagi. Duit dah habis dilaburkan. Hutang masih berbaki.

Saya kagum dengan Kak Ana ni sebab dia tak patah semangat. Kegagalan Kak Ana dalam bisnes francaisi tidak menjadi penghalang untuk beliau terus berbisnes.

Kak Ana ambil keputusan untuk buka bisnes kasut di Pasar Malam pula.

Dalam masa yang sama Kak Ana mencari modal sendiri untuk membuka semula kedai yang telah ditutup. Kuat betul semangat Kak Ana.



Kak Ana yang saya kenal masa sama-sama satu opis dulu memang tak berubah. Kalau beliau nak buat sesuatu beliau akan buat sampai habis. Ini adalah sikap orang berjaya.

Alhamdulillah, Kak Ana dapat bina semula bisnes kedai kasutnya sendiri di Semenyih, Selangor atas usahanya sendiri sehingga hari ini.

Namun, Kak Ana tak duduk diam. Tuntutan telah dilaporkan kepada KPDNKK dan pihak francaisor mengaku salah dan berjanji membayar kerugian Kak Ana.

Sekali lagi Kak Ana ditipu buta-buta, janji tinggal janji. Syarikat francaisor seakan mendiamkan diri tanpa sebarang bayaran gantirugi kepada Kak Ana.

Kak Ana kata, pelbagai masalah yang dihadapi sehingga upah lawyer. At last tuntutan dah melangkau hingga 6 tahun. Bila masuk mahkamah rayuan, mahkamah tak layan kerana tuntutan dah lebih masa.

Akhirnya Kak Ana redha dengan apa yang berlaku supaya menjadi teladan di masa akan datang. Sekarang Kak Ana fokus kepada bisnes yang dibina sendiri.

Kak Ana nasihatkan kepada individu yang ingin terlibat dengan bisnes francaisi wajib selidik latar belakang syarikat francaisor tersebut. Jangan terpedaya dengan janji-janji manis mereka semata-mata untuk kepentingan mereka sahaja.

Semoga dengan cerita Kak Ana ni menjadi iktibar kepada anda yang baru nak ceburkan diri dalam bisnes. Bukan nak menakutkan. Malah saya amat menggalakkan anda berbisnes.

Saya doakan Kak Ana success dalam bisnes kasut yang diceburinya.




Dr Azizan kata, nak bisnes perkara pertama yang kita perlu cari adalah MENTOR. Kedua ILMU...

Sekiranya anda berani berbisnes, sila cari MENTOR dan ILMU dulu.

Saya wajibkan anda baca ebook SORRY BOSS! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA.
Saya akan beri PERCUMA kepada 10 orang PERTAMA yang PM saya di 019-211 8757.
Selepas ini bayaran akan dikenakan untuk setiap ebook yang diedarkan.

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
019-211 8757
 (Call, SMS, WhatsApp, Telegram)




Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kejayaan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...

2 comments: