Friday, September 4, 2015

5 PESANAN DR AZIZAN OSMAN BUAT MEREKA YANG ADA ANAK

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard sekalian. Saya doakan anda berada dalam lindungan Allah swt.

Di sini saya nak share dengan anda semua satu pesanan dari idola saya Dr Azizan Osman yang saya rasa wajib di 'share' dengan orang lain supaya mereka juga dapat manfaatnya.

Pesanannya amat beri kesan kepada saya. Ikutilah pesanan ini yang saya dapat dari salah satu Group Whatsapp.

Sengaja saya share di sini supaya ianya tidak hilang begitu saja.

Pesanan Azizan Osman buat mereka yang ada anak!

Dr Azizan pesan "Anak kita, urusan dan tanggungjawab kita! Itulah mesej saya kepada ibu bapa pagi ini di majlis penutup Kem Khalifah Super Insan."

Ikutilah pesanan Dr Azizan Osman (Pakar Motivasi dan Marketing yang berjaya)
Ada 5 pesanan utama Dr Azizan:-

1 Anak-anak hari ini lebih mudah terdedah kepada sesuatu yang tidak baik.

2 Ibu bapa tidak peruntukan masa untuk "mengenali" anak-anak kita. 
Kita tidak tahu siapa kawan dia, bagus tak kawan dia? 
Ada tak kawan yang "rahsia"? 
Ada tak buat perkara2 yang "rahsia"? 
Kena suspect dan inspect bukan untuk sangka anak kita jahat tetapi kita kena surprise dia sebelum dia surprise kita nanti naudzubillah.

3 Sistem pendidikan di sekolah hari ini telah gagal untuk mendidik anak-anak yang soleh dan solehah serta beradab walaupun di sekolah agama, ia tidak menjamin anak-anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh atau solehah. Banyak sekolah agama memberikan ilmu tetapi tidak akhlak dan adab.

Saya sendiri menghantar anak-anak saya sekolah cina untuk sekolah rendah dan petang sekolah agama, result UPSR mereka Alhamdulillah bagus tetapi kemudian bila masuk sekolah menengah, Insya Allah saya mampu untuk hantar mereka sekolah swasta sistem british, jepun atau cina tetapi saya pilih hantar anak saya yang sulong dan kedua ke madrasah yang dhaif atau biasa-biasa kerana saya mahu mereka belajar ilmu Al-Quran dan kitab serta belajar adab dan akhlak, biasakan susah tidur atas lantai alas papan atau tilam nipis. Kadang-kadang dalam hati ini menangis juga melihatnya tetapi saya tabahkan kerana saya mahu mereka belajar susah agar hati mereka kuat serta hanya ada Allah swt dan Rasulullah saw serta Al-Quran mudah-mudahan. Bila mereka cinta Allah swt dan Rasulullah saw, hal dunia itu tidak susah Insya Allah. Saya mahu mereka berniaga Insya Allah satu hari nanti, Insya Allah itu saya boleh ajar, ilmu itu banyak kemudian boleh belajar. Ilmu Al-Quran No.1 dan kemudian hidupkan dalam hidup. Biar menangis hari ini jangan menangis kemudian.

4 Mak bapa selalu ajak anak tonton tv, tengok wayang, pergi shopping, jalan-jalan. Cuba peruntukan masa ajak anak ke masjid, solat berjemaah setiap hari paling kurang Suboh, Maghrib dan Isyak. Pastikan tv adalah haram dibuka pada waktu maghrib. Ajak mengaji bersama selepas maghrib 1-2 muka surat.

5 Anak lelaki kena jaga ketat ibarat pagarkan dia letak seekor harimau jaga jangan bagi keluar atau masuk. Tetapi anak perempuan kena jaga letak 70 ekor harimau jaga tetapi harus diingat, Ipad, Youtube, Facebook , TV, Movie dalam rumah adalah saluran untuk merosakkan anak-anak kita.

Jika anda tidak sayang anak anda hari ini dan akan datang. Anda tidak perlu baca dan ikut cadangan ini.

Ini adalah ingatan dari saya untuk diri saya dan ingatan buat yang suka diingatkan.

  • Solat Berjemaah
  • MukaSurat Al-Quran (Bukan mukabuku)
  • Spend time bercakap dengan mereka setiap hari. 
  • "Siasat" apa yang mereka buat. 
  • Sentiasa bawa mereka ke masjid dan majlis ilmu sejak dari kecil.


Anak adalah aset kita dunia akhirat tetapi boleh menjadi liabiliti dunia akhirat.

#IngatanBuatDiri

Love
#AzizanOsman
Majlis Penutup Kem Khalifah Super Insan bersama Dr Azizan Osman anjuran Richworks.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saham akhirat saya

#Musahabahdiri
#AnakamanahAllah

Sekiranya anda suka perkongsian saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai orang dapat manfaatnya. Hanya satu button Insya Allah anda dapat saham akhirat.

No comments:

Post a Comment