Monday, July 28, 2014

RAMADHAN YANG BELUM HILANG

Assalamualaikum wbt rakan-rakan bloggers.

Diam tak diam tinggal 2 hari saja kita berada dalam bulan ramadhan 2014. Pendek sangat rasanya jodoh dengan bulan yang sangat mulia ini.

Macam belum cukup saja amalan yang diraih pada bulan ini. Sikit sangat. Insha allah amalan-amalan yang saya sempat raih diterima Allah.

Doa untuk kekasih

Sisa-sisa hari ramadhan yang tinggal berbaki ini jangan sia-siakan. Insha allah masih sempat untuk kita mengejar KPI yang akan di'submit' kepada Allah.

Amalan Rasulullah pada Malam Terakhir Ramadhan

"Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Illahi (ketaqwaan) maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).
.

Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:

  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.” 
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. 
 Di doakan Aidilfitri yang menjelang tidak bermakna Ramadhan akan hilang. Amalan-amalan yang diamalkan pada malam-malam ramadhan apalah salahnya diteruskan amalannya pada malam-malam lain selain malam ramadhan ini.

Sebagai contoh solat sunat tahajud, sunat taubat dan solat hajat adalah amat dituntut untuk diamalkan tidak mengira masa. Ini adalah salah satu cara menjemput rezeki. Begitu juga amalan zikrullah.
Serius, rakan-rakan saya yang dikasihi. Sebelum ini walaupun saya tahu kelebihan amalan-amalan ini kepada kehidupan kita, tetapi saya jarang mengamalkannya. Sehinggalah saya secara kebetulan, terjumpa dengan dengan satu group yang mendorong saya ke arah mengejar akhirat untuk mendapat ganjaran dunia juga.
Selama ini saya tidak merasai apa kesan sekiranya kita jaga hubungan kita dengan Allah. Rupa-rupanya selangkah kita mendekatkan diri kepada Allah, seribu langkah Allah dekat kepada kita dengan seribu satu nikmat di dunia dan di akhirat yang diberikan.
Saya telah rasai dan lalui semua itu. Tak perlu percaya anda buat saja.
Asbabnya ialah Group MFMS, Group Yang Paling Happening di Malaysia .
Group yang membawa kita ke arah kejayaan dan kekayaan dunia akhirat.
Susahlah saya nak cerita, meh lah baca ebook ni. 
www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah
ebook yang transform diri saya

 Salam Aidilfitri dan sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

No comments:

Post a Comment