Friday, June 2, 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru Inovasi Terkini

 


Hai Assalamualaikum. Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian. Kak Fieza doakan anda dilimpahi rahmah keberkatan.

Pernah tak anda rasa diri anda seperti berpusing,atau rasa seperti berada dalam perahu yang dilanda ombak?

Pernah tak anda rasa tiba-tiba nak pitam. Itulah yang Kak Fieza rasa 10 tahun yang lalu sebelum kenal dengan Shaklee.

Kerap rasa nak pitam. Rasa kepala goyang. Rupanya Kak Fieza mengalami mild vertigo.

Jemput baca kisah vertigo kak Fieza ye

>> Vertigo Kali Pertama

Rupanya Kak Fieza kekurangan iron dan vitamin dalam badan.

Sejak mengenali MULTIVITAMIN SHAKLEE (Vitalea), Alhamdulillah dah tak ada pitam-pitam lagi.


Asal Usul Vitalea





Secara ringkas info tentang permulaan vitalea. Dr. Forrest C Shaklee asalnya di diagnose menghidap kanser dan doktor kata beliau tak boleh hidup lama. So beliau buat kajian dan seterusnya hasilkan multivitamin pertama di dunia.

Dalam usia 21 tahun Dr Forrest C Shaklee telah berjaya cipta multivitamin pertama kt dunia. Malah nama VITAMIN yang semua orang guna pun berasal dari nama "Vitalized Mineral" , Vita -Vitalized dan Min - Mineral ciptaan Dr. Shaklee ni.

Asal Vitalea dalam bentuk cecair dan sekarang dah pun diubah ke bentuk tablet yg ada sekarang ni.

Ini adalah packaging lama. Kak Fieza sempat bertemu dengan Vitalea packaging lama.


Ini adalah Vitalea packaging baru sebelum diinovasi.



Tahun ini 2023 Vitalea telah diinovasi formula dan dijenamakan sebagai VITA-LIZE


Perbezaan Vitalea Iron Plus VS Vita-Lize (Vitalea dengan formulasi baru)



Kenapa Vita-Lize (Vitalea) Multivitamin Terbaik?




Vita-Lize atau Vitalea mengandungi 28 vitamin dan mineral dalam setiap tablet. Ini merupakan vitamin yang cukup lengkap zat dan mineralnya.




Photo ini menunjukkan semua list vitamin dan mineral yang terkandung dalam Vita-Lize. Amacam sanggup ke makan semua itu ikut sukatan cawan yang disarankan sehari tau.

Bila anda makan Vita-Lize ini umpama anda makan semua jenis makanan di atas. Hakikatnya, anda tak akan mampu nak ambil semua tu dalam satu masa. Tercekik tekak walaupun anda penggemar sayuran.

So, jalan yang singkat ambil sahaja VITA-LIZE ini yang kaya dengan 28 vitamin dan mineral untuk menampung keperluan zat anda. Dah ada jalan mudah kenapa ambil yang susah.



Kalau anda perasan setiap tablet Vita-Lize ini berwarna hijau luarannya. Ini kerana setiap tablet disalut dengan spirulina. Spirulina kan berwarna hijau.

Tambahan lagi, Vita-Lize ini multivitamin yang cepat larut dan diserap dalam badan nak dibandingkan dengan multivitamin lain.

Vita-Lize dihasilkan menggunakan teknologi Explo-Tab di mana ia akan kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan kemudian dengan cepat MELETUS (EXPLODE) untuk membebaskan nutriennya. Sebab itu Vita-Lize ini dikatakan Multivitamin yang PALING PANTAS terlarut dalam tubuh manusia.

Mari saya tunjukkan eksperimen yang pernah dibuat.



Vita-Lize cepat larut di dalam air.


Mari Kak Fieza tunjukkan keratan rentas setiap tablet Vita-Lea


Teknologi "Explo-Tab" ini pada Vita-Lize untuk memastikan multivitamin ini larut sepenuhnya di dalam badan kurang dari 10 minit selepas diambil.

Sebab itu, kepada pengamal tegar Vita-Lize akan rasa perbezaan cepat selepas ambil Vita-Lize. Anda akan rasa segar bugar walaupun anda mengantuk sebelumnya.


Bukan sahaja Vita-Lea, malah semua produk Shaklee akan menjalani pelbagai ujian kualiti sebelum dipasarkan.


Shaklee juga menjalani ujian klinikal terhadap mengamal Vita-Lize ini dibandingkan dengan yang tidak amalkan Vita-Lize. Kajian buktikan pengambilan Vita-Lize selama setahun dapat mengurangan risiko kerap sakit sebanyak 65%.

Masya Allah,Tabarakallah. Terima kasih Allah kerana turunkan ilham kepada pencipta Vita-Lize ini untuk menambahbaikkan kesihatan kita.

Contohnya Kak Fieza sendiri yang dah jarang diserang pitam mild vertigo selepas amalkan Vita-Lize.

Begitu juga ada yang sering demam dan sakit selepas amalkan Vita-Lize dah jarang terkena sakit.

Jadi, kalau anda sejenis yang sering sakit cuba jinak-jinakkan diri dengan Vita-Lize.


Vita-Lize juga adalah Multivitamin terbaik kerana dipilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN oleh Center Of Science (US) pada tahun 2000.

Kenapa Perlu Ambil Vita-Lize Multivitamin?


Pengambilan Multivitamin Vita-Lize penting setiap hari untuk:

1) Mengisi jurang nutrisi 
2) Meningkatkan tahap tenaga
3) Menambah baik mood
4) Mengurangkan tekanan dan kebimbangan

Semua ini adalah berkaitan dengan keseimbangan metabolik tubuh badan kita. Bila kita sihat , hati senang ,mood ceria, hidup pun bahagia.

Ada banyak lagi manfaat Multivitamin Vita-Lize ini seperti yang tersenarai di bawah:


Apa kaitan Vitamin dan Mineral dengan khasiatnya disenaraikan seperti di bawah:


Lengkapkan khasiat Multivitamin Vita-Lea Shaklee ni?



Siapa yang perlu ambil Multivitamin Vita-Lea?


Cuba anda check diri anda? Berapa banyak check box yang anda tandakan?

Sebenarnya setiap individu perlu ambil Multivitamin Vita-Lize kerana nutrisi yang anda dapat dari menu makanan yang anda makan setiap hari tidak mencukup keperluan harian tubuh. Lebih-lebih lagi bila anda makan makanan yang tak berkhasiat seperti fast food. Kalau makan makanan rugi harian pun adakah anda pasti nutrisi cukup lengkap dengan sumbernya ada mengunakan racun perosak. Tambahan lagi dengan cara memasak terlebih haba menurunkan peratus vitamin dan mineral dalam makanan.

Lebih-lebih lagi yang sering mengalami Tekanan Darah Rendah macam Kak Fieza ni. Memang jatuh wajib ambil Vita-Lize setiap hari.




Siapa yang Tak Boleh Ambil Multivitamin Vita-Lize?

Dalam keghairahan ambil Vita-Lize untuk tambah baik kesihatan, namun harus diingat ada juga golongan yang tidak boleh ambil Vita-Lize. 

Siapa dia?

Pengidap SLE


Dalam Vita-Lize ada Alfafa. Alfafa adalah sejenis herba. Herba boleh menyebabkan pesakit SLE alah kepadanya. Jadi pesakit SLE elakkan ambil Vita-Lize.

Pengidap Thalassemia


Dalam Vita-Lize ada iron. Individu yang menghidap Thalassemia elakkan ambil Vita-Lize yang mengandungi iron.

Mengalami Hyperthyroid


Individu yang mengalami masalah hyperthyroid juga elakkan ambil Vita-Lize kerana dalam Vita-Lize mengandungi iodin. Ini akan meningkatkan paras iodin pesakit Hyperthyroid dan menyebabkan keradangan.



Ini adalah carta kajian pengambilan nutrien yang di ambil oleh rakyat Malaysia setiap hari. Anda rasa cukupkan nutrien anda setiap hari?

Tebuk dada tanya hati. 

Kalau tak cukup tibalah masanya anda dapatkan alternatif yang lebih mudah dengan amalkan Nutrien lengkap Multivitamin VITA-LIZE.

Kak Fieza kongsikan beberapa testimoni pengamal Multivitamin Vita-Lize






AMACAM??
Anda ingin menjadi individu yang baru kesihatan anda lebih baik. Jangan tunggu lagi. Jom dapatkan segera VITA-LIZE anda hari ini sementara stok masih ada.







UNTUK ORDER, KLIK SINI
 
Sekiranya anda adalah ahli Shaklee, pastikan keahlian anda belum tamat tempoh untuk dapatkan banyak keistimewaan AHLI SHAKLEE. Sekiranya anda telah tamat tempoh keahlian, boleh buat RENEWAL SHAKLEE FREE di www.shaklee.com.my atau anda boleh hubungi orang yang telah registerkan anda dahulu untuk bantuan.

Sekiranya ahli di bawah Fiezabard Empire boleh hubungi Kak Fieza ye untuk bantuan RENEWAL SHAKLEE FREE sahaja.

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.





 
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

Thursday, June 1, 2023

Koleksi Mutiara Kata Motivasi Yang Menyentuh Jiwa

 




Hai, Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar semua? Kak Fieza doakan anda dilimpahi rahmah keberkatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kali ini Kak Fieza nak share tentang MAKANAN JIWA.

Sekiranya jasad kita memerlukan makanan seimbang seperti karbohidrat, vitamin,protein dan mineral. Jiwa kita juga memerlukan makanannya. Sekiranya fizikal kita tak cukup vitamin kita boleh topup dengan makanan tambahan sebagai contoh VITAMIN SHAKLEE. Bagaimana pula dengan jiwa yang tak cukup vitamin?

Sebagaimana dengan tubuh fizikal, jiwa kita juga perlu diberi vitamin yang secukupnya.

Kenapa ada orang kaya, sihat tubuh badan tapi merasai jiwa mereka kosong? Ada sesuatu yang tidak lengkap dalam jiwa.

Apa vitamin jiwa?

1. Isikan jiwa yang kosong dengan bacaan AlQuran.
2. Jiwa akan tenang bila banyak berzikir.
3. Jiwa akan terisi bila sentiasa mendengar KATA-KATA MOTIVASI.

Kali ini Kak Fieza nak ulas tentang pentingnya Kata-kata MOTIVASI dalam pengisian JIWA anda untuk MOTIVATION kendiri.

Antara ilmuwan yang Kak Fieza suka ambil Mutiara Kata mereka adalah:
1) Profesor Dr Muhaya Mohamad
2) Dr Fadzilah Kamsah
2) Dr Azizan Osman

Mulakan hari anda dengan mendengar kata-kata yang baik-baik seperti kata-kata mutiara dan kata-kata motivasi. 

Kerana apa yang anda dengar, apa yang anda sentuh, apa yang anda buat, apa yang ada nampak dan apa yang anda katakan pada waktu pagi akan mempengaruhi hari anda seharian sepanjang hari.

Tambahan lagi kajian ada dibuat andai jasad kita ini diberikan kata-kata selalu POSITIF akan menarik magnet kekuatan yang sangat luar biasa.

Manakala,andai jasad kita ini diberikan walau satu kata-kata NEGATIF, secara langsung jasad kita akan menjadi lemah, longlai tidak bermaya.

Perkara ini Kak Fieza sendiri telah lakukan eksperimen bersama Prof Muhaya semasa mengikuti seminar beliau tempohari.

Sekiranya anda mulakan pagi anda dengan yang baik-baik makanya sepanjang hari anda akan baik-baik sahaja berlaku dan dipermudahkan Allah. Begitu sebaliknya. Pilihan ditangan anda. Sama ada nak yang baik atau yang tak baik berlaku.

Kak Fieza sendiri suka mendengat mutiara kata motivasi sebelum ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja Kak Fieza akan mendengar motivasi pagi di radio ikim.fm. Kadang-kadang Kak Fieza dengar motivasi pagi daripada Profesor Dr Muhaya di FB livenya.


6 Manfaat Selalu Mendengar Kata-Kata Motivasi

1) Bersikap lebih matang dan lebih tenang bila menghadapi pelbagai situasi.
2) Jadi lebih sabar.
3) Mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan lebih bijak.
4) Sentiasa berfikiran positif.
5) Berupaya mengawal depresi.
6) Meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.

Di sini Kak Fieza nak kongsikan beberapa koleksi Mutiara Kata Motivasi yang para ilmuwan. Kak Fieza pilih dari 2 orang idola Kak Fieza iaitu Prof Muhaya dan Dr Azizan Osman

Sekiranya anda rasa ingin melembutkan jiwa anda boleh belek-belek Mutiara Kata dari Prof Muhaya.

#1 "Orang yang bahagia adalah orang yang suka lihat orang lain bahagia"~ Prof Dr Muhaya Mohamad


#2 "Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Maafkan Semua Orang" ~ Prof Muhaya


#3 "Kurangkan Berfikir Apa Yang Orang Kata. Banyakkan Berfiir Apa Yang Allah Mahu Daripada Kita." ~ Prof Muhaya



#4 "Lihat Apa Kita Fokus Pada Hari Ini. Kesyukuran Atau Kesukaran. Ia Menentukan Kualiti Hidup Kita Hari Ini" ~ Prof Muhaya


#5 "Tiga Perkara Seseorang Boleh Mencapai Kebahagian, Jangan Ada Perasaan Negatif, Jangan Menghukum Orang, Jaga Keseimbangan Dalam Semua Hal Terutamanya Hubungan Ibadah Dengan Allah" ~ Prof Muhaya.


Kak Fieza juga selalu baca dan dengar kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah

#6 "Ramai Orang Tidak Berubah Bukan Kerana Mereka Tidak Mahu Berubah, Tetapi Mereka Tidak Tahu Atau Tidak Nampak Keperluan Untuk Berubah"~DFK


#7 "Setiap Pagi Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Kedua Ibu Bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada), nescaya Pintu Rezekimu akan terbuka buat kamu" ~FDK
#8 "Ubah Cara Berfikir Ke Arah POSITIF untuk Menangani Anak Bermasalah Kerana Apa Yang Kita Fikirkan Merupakan DOA Yang Sangat MUSTAJAB." ~DFK



#9 "Dipinggir Kerana Tidak Berjaya, Disisih Kerana Tidak Bergaya, Dihina KeranaTidak Berharta, Tapi Jangan Bersedih, Kerana ia hanya SEMENTARA" ~DFK




Sekiranya anda inginkan motivasi meningkat momentum bisnes anda, Dr Azizan Osman adalah individu yang berikan magnet kekayaan anda.

#10  "Apa Yang Kita Fikir, Apa Yang Kita Rasa, Apa Yang Kita Cakap, Apa Yang Kita Buat, Semuanya Adalah DOA" ~ DAO



#11 "Cabaran Paling Susah Di Dalam Proses Memperbaiki Kehidupan Diri Adalah Memperbaiki SANGKAAN dan NIAT" ~DAO




#12 "Dalam Bisnes Jangan MENJUAL, kita PERKENALKAN pada orang ramai. Kalau buat bisnes tujuan untuk untung MESTI takkan jadi KAYA, Kita buat bisnes tujuan untuk bantu menyelesaikan masalah orang, baru boleh KAYA dan BERJAYA" ~DAO




#13 "Lagi Best Hidup, Bila Anda Kawal Minda Anda Untuk Fikir POSITIF dan dikelililingi oleh Mereka Yang POSITIF" ~DAO




#14 "Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Memulakan Sesuatu Dan Melakukan Sesuatu Dengan Hebat Sehingga Habis"~DAO



#15 "Jangan Berhenti Mengayuh Basikal Anda Ketika Mendaki Gunung Kejayaan, Walau Apa Pun Cabaran Atau Halangan, Jika Kita Terus Berkayuh Walaupun Perlahan, Kita Pasti Akan Sampai Insya Allah. Tetapi Jika Berhenti Berkayuh Kerana Melayan Batu Jalanan Yang Sibuk Bertanya,Kita Tak Akan Sampai Ke Puncak Dengan Pantas!" ~DAO


#16 "Perniagaan Yang Terbaik Adalah Perniagaan Yang Kita SUKA dan SERONOK jalankan serta MENGUNTUNGKAN Dunia Akhirat" ~DAO


#17 "Jangan pernah TUNDUK dan rasa kalah dengan kata-kata negatif orang. Kadang-kadang, kata-kata mereka yang buatkan kita rasa bengang dan PUSH kita untuk beraksi sehingga BERJAYA" ~DAO


#18 "Ramai Orang Yang Mampu Berubah. Tetapi, hakikatnya Tidak Ramai Yang Mampu ISTIQOMAH" ~DAO


#19 "Kita BERSYUKUR dengan apa yang kita ada, tetapi kita tak boleh rasa selesa. Sebab apa yang kita ada mungkin akan HILANG suatu hari nanti" ~DAO


#20 "Belajar Untuk BERSYUKUR kerana syukur itu mampu mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik" ~DAO



Kata-kata Mutiara ini memberi inpirasi mendalam terhadap diri Kak Fieza. Sebab itu dengan kata-kata ini Kak Fieza bertahan dengan Empayar Bisnes yang Kak Fieza bina.

Cukuplah setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Insya Allah saya akan terus menulis dan menulis.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.


ANDA BAGAIMANA? :)


Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan





 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)