Wednesday, March 6, 2019

Breast Milk Story : Beza Susu Awal (Foremilk) dan Susu Akhir (Hindmilk)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.

Seperti yang dijanjikan saya nak share beza antara susu awal (Foremilk) dan susu akhir (Handmilk).

Jemput baca perkongsian sebelum ini

Susu ibu meriah selepas melahirkan (SILA KLIK)

Dalam entri lepas Kak Fieza ada cerita bagaimana staff nurse Andorra Hospital beri tunjuk ajak Kak Fieza nak collect lebihan susu yang melimpah ruah.

Semasa collect susu tu, Kak Fieza dapati warna susu antara 2 botol Milk Collector sangat berbeza.

Kenapa ye?




Sebelah kiri : Susu Awal (Foremilk), Sebelah kanan : Susu Akhir (Hindmilk)


Kenapa susu sebelah kiri lebih jernih warnanya banding susu sebelah kanan gambar ye?

Jom Kak Fieza ceritakan.


Apa itu Susu Awal (Foremilk)?

Sebelum ni Kak Fieza pelik jugak kenapa ada susu yang berwarna cair dan ada pula susu yang berwarna putih pekat.

Foremilk adalah susu yang berasa di depan kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Jadi bila baby mula menyusu, foremilk akan keluar dulu.

Kandungan Foremilk lebih cair kerana tinggi kandungan airnya. Manakala warnanya pula kehijauan dan kebiruan.

Foremilk mengandungi KARBOHIDRAT, PROTEIN dan VITAMIN.

Apa itu Susu Akhir (Hindmilk)

Hindmilk ialah susu yang berada di belakang breast. Hindmilk lebih pekat berbanding foremilk. Ia mengandungi KALORI dan LEMAK yang lebih tinggi. Manakala warnanya lebih kelihatan pekat dan rich.

Mana Penting, Foremilk atau Hindmilk?

Kedua-dua Foremilk dan Hindmilk sama pentingnya untuk bayi anda.

Foremilk mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan laktosa yang penting untuk perkembangan otak dan tenaga bayi.

Foremilk menghilangkan dahaga bayi kerana kandungan airnya tinggi. Sebab itu, bayi yang menyusukan sepenuhnya susu ibu tidak perlu air masak. Dalam susu dah cukup airnya.

Manakala Hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi. 

Sekiranya bayi tidak dapat cukup Foremilk, bayi boleh dehidrasi (kurang air dalam badan).


Manakala sekiranya kurang Hindmilk pula, bayi tidak kenyang dan tumbesaran tidak berkembang.

Jadi, penting bagi ibu menyusukan sehingga payudara berasa ringan sehingga anak mendapat Hindmilk. Jadi bayi merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk dan hindmilk.

Ibu menyusu PASTIKAN kerap mengosongkan payudaranya dengan cara mengepam atau menyusukan secara kerap direct feeding. Secara teori, semakin sedikit susu yang berada dalam payudara, semakin banyak Hindmilk. Jadi, semakin pekat susu yang dihasilkan.

Sebab itulah, ikut pengalaman Kak Fieza, susu lebih pekat dan banyak di bulan puasa atau semasa puasa.

Manakala ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu susu penuh kononnya akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam.

Waktu ini, terjadinya ketidakseimbangan antara Foremilk dan Hindmilk. Tika ini Foremilk lebih banyak banding Hindmilk. Sekiranya Foremilk lebih banyak, bayi akan minum lebih banyak susu cair. Ini akan menyebabkan bayi tidak mantap rasa  kenyangnya.

Antara tanda-tanda bayi anda tak dapat susu yang berkualiti

1. bayi akan meragam, 
2. kembung, 
3. najis bayi menjadi kehijauan, 
4. tak kenyang, 
5. berat bayi tidak meningkat dan 
6. bayi kerap buang air besar.

Sekiranya bayi anda mengalami tanda-tanda diatas, antara puncanya

1. Susu ibu yang tidak seimbang antara Foremilk dan Hindmilk ( Foremilk lebih banyak).
2. Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusukan. Bayi tidak sempat nak dapatkan Hindmilk memandangkan susu ibu terlalu banyak (over supply ).
3. Bayi tertidur semasa menyusu ( tak sempat dapatkan Hindmilk ).

Cara atasi

Sekiranya anda mengalami situasi seperti di atas, cara yang terbaik kepada ibu yang over supply untuk mengatasinya adalah dengan menyusukan bayi anda dengan sebelah payudara, sedangkan payudara sebelah lagi perlu dipam secara konsisten dan susukan bayi.

Kesimpulannya, ada beberapa cara mudah supaya bayi anda dapat susu yang betul-betul berkualiti, antaranya:

1. ibu perlu mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi dapat Hindmilk.

2. ibu perlu mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan.

3. Ibu wajib mengambil makanan yang tinggi protin dan serat.

Jadi, kepada anda ibu yang mengalami situasi bayi seperti ini, tak perlu risau. Anda boleh cuba cara mudah mengatasinya. Ikut saja cara yang dinyatakan di atas.

Disamping itu, anda boleh amalkan SET MENYUSU LENGKAP Shaklee untuk dapatkan susu yang berkualiti.


kredit to mamapeduli dan mysuperkid.net


#SetMenyusuShaklee
#SetPantang
#SetLepasBersalin
#FullyBreastMilk
#PantangHariKe8
#AffanDiary
#StokEBM



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di fiezabard.blogspot.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 


So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.


Kepada anda yang suka entri saya kali ini mohon tekan button SHARE dan LIKE. Mudahan ramai yang dapat manfaatnya.

Tuesday, March 5, 2019

Breast Milk Story : Milk Collector Cara Mudah Untuk Atasi Lelehan Susu Ibu

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan rezeki kesihatan melimpah ruah.

Dah lama tak berblog. Bila dah mula nak menulis Kak Fieza tak berhenti nak menulis. Idea mencurah-curah.

Kak Fieza terpaksa bercuti berblog untuk beberapa bulan yang lalu sebab Kak Fieza baru saja melahirkan baby Affan. Jadi masa lebih tertumpu kepada proses kelahiran dan berpantang. Alasan kan.

Entri kali ini Kak Fieza nak share dengan anda pengalaman Kak Fieza menyusukan penuh konsisten kepada baby Affan ( baby yang ke 6 ). Insya Allah baby bongsu keluarga kami.

Pada hari ke 7 berpantang, staff nurse dari hospital Andorra datang melakukan pemeriksaan ibu dan baby. Tak sangka pulak Kak Fieza bila dapat call mereka nak datang buat follow up check up lepas melahirkan. 

Biasanya nurse atau biasa kita panggil misi kerajaan je yang datang check up. Memandangkan Kak Fieza tak buat laporan di mana-mana klinik kesihatan, misi tak datang ke rumah check up.

Istimewanya kali ini bila staff nurse Andorra kurniakan satu ilmu tentang penyusuan walaupun dah 5 kali Kak Fieza menyusukan baby sebelum ini.

Setiap kali berpantang, masalah utama ialah bila baju Kak Fieza lencun dengan air susu lebihan. Bila baby menyusu sebelah kanan, susu sebelah kira akan mencurah-curah keluar. 

Kak Fieza pasti anda para ibu pun hadapi masalah sama macam Kak Fieza kan.

Solution Kak Fieza, apa yang Kak Fieza buat selama ini hanya menekapnya dengan kain lampin. Itu pun basah lencun juga. Kak Fieza perlu tukar baju banyak kali, sebab susu ibu ini melekit. Mulalah rasa tak selesa.

Staff nurse dari Andorra Hospital datang check. Terkejut juga mereka datang, sebab tak perasan pun rupanya service lawatan nurse ke rumah termasuk dalam pakej. Ala-ala Misi kat kampung tu la datang check postnatal. Terbaik service Andorra ni.

Mereka check luka jahitan, check baby dan yang paling bestnya mereka share ilmu mcm mana nak mengatasi susu badan yang melimpah ruah.

Alhamdulillah, Baby dikurniakan Allah susu badan yang sangat mencukupi. Terlebih dari demand. Always, ibu ni lencun basah dengan susu. Tak payah mandi susu @ #fiezaDBeautyHomeSpa. Mandi susu sendiri jadinya. 😊😊😊

Bila nurse tengok susu saya melimpah banyak walaupun baby dah banyak kali menyusu. Mereka suggest guna 'Milk Collector'.

Ya Allah, kenapalah selama ni ibu tak tahu nak guna Milk Collector nih. Jakun pulak bila nurse demo cara guna Milk Collector dengan betul.😅😅😅 



Ni la Milk Collector yang Kak Fieza katakan, Mudah sangat nak collect susu lebihan tanpa pump. Portable boleh bawak ke mana-mana tanpa pegang. Ada cara yang betul nak mengunakannya hingga dapat sebotol penuh tu. Kadang dapat dua-dua botol penuh.


Sangat sangat membantu kepada ibu yang melimpah ruah susu badan.

Selama ni nampak je kat kedai jual pump susu. Tak terasa pun nak beli sebab tak tahu functionnya. 


Bilamana nurse tu ajar cara yang betul menggunakan Milk Collector tu, Syukur sangat dapat selesaikan masalah ibu yang sentiasa bermandikan susu. 😊😊😊

Terus Kak Fieza beli sepasang Milk Collector dengan nurse yang ready stok Milk Collector. Efisien sungguh nurse Andorra.

Bukan apa. bila dah mandi susu lencun melekit satu badan, menyebabkan ibu sangat-sangat tak selesa.

Milk collector ni tak sama dengan breastpump. Ia sekadar memungut lebihan susu yang meleleh semasa menyusukan baby atau diluar sessi penyusuan.

Siapa yang biasa susukan baby belah kanan, susu belah kiri meleleh banyak terbuang sampai baju basah lencun? Haaaa....saya la tu.

Mudah sangat penggunaannya. Tak perlu pump. Hanya dibiarkan susu meleleh sendiri dalam Milk Collector. 

Sangat portable. Boleh dibawa kemana-mana. Dalam diam-diam, Dalam 5-10 minit je dah dapat collect 10 oz kiri dan kanan. Sambil² borak dengan nurse. Perghhh...banyak tu. selama ni susu sebanyak tu terbuang begitu saja melencunkan diri ibu.

Dah tak pasal-pasal Kak Fieza terbuat stok susu awal. Setakat 2 hari ni Kak Fieza dah berjaya buat stok susu EBM lebih dari 60 oz. Hmmm...boleh tahan jugakkan. Tanpa pump dapat banyak mcm tu. Kalau pump nanti lagilah banyak.




Syukur sangat.
Tak de rahsia pun nak susu banyak. Makan lauk berpantang. Jangan ngelat. Minum air banyak dan yang penting ambil #fullsetBerpantang Shaklee.

Insya Allah, baby kenyang sekenyang² nya.



#SetMenyusuShaklee
#SetPantang
#SetLepasBersalin
#FullyBreastMilk
#PantangHariKe8
#AffanDiary
#StokEBM


Entri lain yang anda boleh lihat:( SILA KLIK)

>> Beza Susu Awal (Foremilk) dan Susu Akhir (Hindmilk)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di fiezabard.blogspot.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 


So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.


Kepada anda yang suka entri saya kali ini mohon tekan button SHARE dan LIKE. Mudahan ramai yang dapat manfaatnya.

Thursday, February 28, 2019

Kisah Kantung Kosong 2 Tahun Lalu

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini Kak Fieza nak share peristiwa yang Kak Fieza alami pada tahun 2017.


Kantung Kosong?
============



Sebelum ni tak pernah hadap kes macam ni. 
"Kantung Kosong"

Air ketuban ada, kantung ada, tapi janin tak de.

Aiks...peliknya.

Sejak usia kandungan 7 weeks lagi saya dah minta doktor scan dan doktor tak dapat kesan janin pun. Bila scan hanya ada kantung kosong.

Tak seperti kandungan sebelum-sebelum ni 7 weeks dah nampak janin.

9 weeks scan lagi, pun sama kantung masih kosong, janin tak nampak. ukuran kantung pun tak membesar. Masih sama saiz macam 7 weeks. Cuak la kita kan.

Doktor kata scan lagi 11 weeks nanti. Kalau tak nampak jugak janin boleh refer ke hospital.

Sehari sebelum appointment Doktor, ada sikit bleeding. Opsss...apakah?

Bila Doktor scan masih kosong, terus doktor buat reference letter ke hospital pakar. Saya pilih Hospital Pakar Annur Hasanah sebab nak consult dengan Doktor O&G feveret saya Doktor Khamsiah Muda.

Sebelum tu saya dah google nak tahu kenapa terjadinya kantung kosong. Saya jumpa blog Dr Zubaidi. Barulah jelas kenapa terjadinya kantung kosong.

Kantung kosong terjadi bila persenyawaan berjaya berlaku tetapi embrio gagal menjadi janin.

Tak retilah nak cerita ayat doktor. Boleh baca blog Dr Zubaidi ni ye utk penjelasan.


Doktor Kham pula kata, kes macam ni sekiranya janin ini berjaya berkembang maybe ia menjadi abnormal baby seperti down syndrom.

Untuk wanita berusia bawah 40 tahun kes begini adalah dalam nisbah 1: 800 . Bermakna dalam 800 wanita hamil berumur 40 tahun ke bawah hanya 1 yang mengalami kes baby abnormal.

Manakala bagi wanita berusia 40 tahun ke atas risiko mendapat abnormal baby adalah 1:40

Baru clear, umur saya 41 sekarang. So, elakkan risiko sebegini.

Kes macam saya ni Doktor panggil "MISS ABORTION"

Apa yang terjadi terhadap diri saya ada hikmahnya. Allah beri sesuatu ujian kepada hambaNya pasti ada hikmahnya.

Mudahan Allah permudahkan proses D&C saya next week. Appointment hari isnin. Seram jugak ni sebab tak pernah ada pengalaman begini. Beranak dah 5 kali, lain rasanya.

Syukur walau dalam keadaan begini saya tetap cergas melakukan tugas harian. Awina pun makin manja. Almaklumlah belum ada rezeki ada 'adik'.

Sampai sekarang saya masih amalkan makanan tambahan nutrisi hebat SET KESIHATAN SHAKLEE disamping memastikan saya ambil makanan yang seimbang untuk pastikan saya sentiasa bertenaga dan tak longlai.

Kepada anda yang mengalami kes seperti saya sila rujuk kepada PAKAR SAKIT PUAN anda. Jangan biarkan bleeding melampau baru nak jumpa doktor.

#MissAbortion
#D&C
#LiveAmazing
#LiveWithShaklee

---------------------------------------------------------------------

Kisah ni kantung kosong Kak Fieza ini berlaku pada 22 Jun 2017. Dah 2 tahun berlalu.

Betul ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah, pada tanggal 7 December 2018 Allah gantikan dengan baby Affan yang comel. 


Waktu gambar ini diambil Affan dah pun berusia 2 bulan 1/2

Alhamdulillah, Affan baby yang ke-6 dalam keluarga Kak Fieza dalam usia Kak Fieza 42 tahun semasa melahirkannya.

Dalam usia begini, syukur Kak Fieza mampu lagi untuk menimang seorang lagi baby.

Insya Allah, sekiranya anda mengamalkan pemakanan sihat dan nutrisi yang seimbang, ditambah lagi dengan suppliment yang disarankan anda akan dapat kualiti kesihatan yang optimum.

Kepada anda yang belum Allah rezekikan cahaya mata jemput baca perkongsian Kak Fieza.

Jemput klik link


Sekiranya ada suka dengan perkongsian Kak Fieza mohon SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan dapat manfaat kepada semua.


Monday, February 25, 2019

4 Kandungan Rahsia Vivix Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum wbt,



Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan rezeki kesihatan yang melimpah ruah.


ADA APA DENGAN VIVIX?



Korang tau ke apa yang ada dalam Vivix? Dalam Vivix ada 4 item je tau. Ye! 4 SAHAJA. Semua 100% natural. Kak Fieza share 1-1 ingredients .



Kali ni Kak Fieza nak share 4 kandungan Rahsia Vivix. Mohon anda baca sampai habis ye.


Kak Fieza suka makan anggur.

Tak sangka pulak anggur ni adalah buahan yang mengandungi antioksidan yang tinggi.

Begitu juga dalam Vivix. Antara kandungan Vivix adalah MUSCADINE GRAPE.

Anggur apalah Muscadine ni. Kak Fieza makan ubi kayu je orang kampung. Tak kenal Anggur Muscadine ni.

= = = = = = = = = = = = = = = = = =
1- ANGGUR MUSCADINE 🍇 
==================



🍇 Anggur bukan sebarang anggur, takde jual kat kedai buah tepi jalan. Satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. 

🍇 Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

🍇 Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang

🍇 Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 X ganda lebih POLIFENOL yang terbukti memberi manfaat bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah dan melambatkan proses penuaan.

🍇 Saiz anggur muscadine adalah luar biasa. Jauh lebih besar dari anggur biasa. Tengok je gambar kat bawah. 5 kali ganda lebih besar dari saiz anggur biasa. Dapat makan sebiji ni puas hati. 



🍇 Kak Fieza ni dah la peminat anggur. Kalau lah Kak Fieza jumpa anggur muscadine ni jual kat sini, belum tentu Kak Fieza akan beli. Sebab harganya sebiji je hampir RM100 tau!

🍇 Mujur lah ada dalam Vivix. Sebulan baru berapa ringgit je kos nak dapatkan khasiat anggur muscadine ni. Dapatlah makan anggur ni tiap-tiap hari. 



🍇 Anggur bukan sebarang anggur, takde jual kat kedai buah tepi jalan. Anggur paling besar di dunia. Sebiji Anggur muscadine dijual dengan harga RM100. 

🍇 TIDAK PERLU DISEMBUR RACUN PEROSAK kerana mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus. 

🍇 Satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang menjadikannya MAMPU MELINDUNGI DIRINYA SENDIRI jika diserang serangga dan burung.

🍇 Anggur muscadine mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

🍇 Kulit dan biji anggur muscadine, adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang

🍇 Kuasa antioksida anggur muscadine jauh lebih tinggi dari Vitamin C Dan Vitamin E. 

🍇 Mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol dari anggur biasa yang terbukti membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.





🍇 Anggur Muscadine adalah anggur dari Alam Yang Luar Biasa.


Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan luar biasa. Besar, tahan rintangan dan mengandungi antioksidan ia menarik perhatian saintis Shaklee, yang menjadikannya tersedia untuk semua  dalam bentuk minuman yang sihat dan pekat.

=====================


Alhamdulillah, Kak Fieza hari-hari dapat khasiat anggur muscadine ni sebab anggur ni ada dalam sebotol VIVIX! 

OK. Ni ingredient ke-2 yang ada dalam Vivix.

=====================
2- EUROPEAN ELDERBERRY 🍒
=====================



🍒 Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. European Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat yang sangat penting dari jus European Elderberry adalah:

🍒 Mengurangkan simptom sakit otot
🍒 Menyembuhkan demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza
🍒 Mencegah kanser, tinggi dengan kandungan antioksidan
🍒 Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu mengurangkan radang penyakit kritikal seperti AIDS dan kanser
🍒 Berupaya menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penyakit jantung
🍒 Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes

🍒 Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal

==================
3- PURPLE CARROT 
==================



ANTIOKSIDA
Purple carrot mengandungi kandungan antioksida yang tinggi berbanding lobak biasa. 
Kandungan Vitamin A dalam purple carrot juga adalah tinggi.
.
Ia mengandungi PHYTOCHEMICAL termasuk lah Carotenoids, Phenolics, Polyacetylenes, Isocoumarins dan Sesquiterpenes dan ini membantu tubuh mengekalkan kesihatan dan penglihatan yang lebih baik.
.
.
ANTI-RADANG
Purple carrot mengandungi ANTHOCYANINS yang bertindak sebagai antiradang yang dapat  melegakan kesakitan sendi dan berfungsi untuk melindungi sel badan kita daripada  rosak, punca kepada pelbagai jenis penyakit kritikal terutamanya penyakit kardiovaskular dan diabetes.
.
.
ANTI-CARCINOGEN
Purple carrot bertindak sebagai Anti Carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit kanser dan membantu tubuh melawan penyakit ini. 
.
Kajian juga mendapati lobak ungu atau purple carrot mengandungi lutein dan karotenoid yang mampu melindungi tubuh dari kanser kolon.
.
.
ANTI-VIRAL
Ia juga mengandungi Anti Viral yang membantu tubuh melawan virus dan bakteria. Ia sangat bagus untuk melawan virus & bakteria yang mudah berjangkit dan mudah merebak seperti flu, campak & jangkitan dalaman seperti jangkitan pada salur kencing, mulut & perut.


Kandungan hebat vivix yang terakhir iaitu ke 4 pula.



====================

4. POLYGONUM CUSPIDATUM
====================



🌿 Polygonum Cuspidatum dikenali sebagai Japanese knotweed.

🌿 Polygonum Cuspidatum kaya dengan RESVERATROL.

🌿  RESVERATROL adalah ANTIOKSIDAN tinggi yang sangat bermanfaat untuk menentang RADIKAL BEBAS.

🌿 RESVERATROL juga sebagai anti viral, anti radang, anti bakteria dan anti kulat.

🌿 Sebagai ANTI PENUAAN kerana ia bertindak melindungi sel dari rosak dan diserang oleh radikal bebas.

🌿 Polygonum Cuspidatum adalah menyumbang menjadikan warna hitam kepada ramuan vivix. Pekat dan gelap menjadikan vivix istimewa yang tiada pada supplimen lain.

" PEKAT DAN GELAP MENJADIKAN VIVIX ISTIMEWA YANG TIADA PADA SUPPLIMENT LAIN


Di sini Kak Fieza nak share video bagaimana vivix bertindak dalam sistem sel tubuh anda. Jemput tonton ye. Klik video penuh.



TESTIMONI VIVIX

1. Emma Maembong : kulit glowing dalam 24 jam

2. Rita Rudaini : Detox darah


3. Perkembangan drastik lepas kemalangan



4. Gula dalam darah terkawal (mengawal tahap diabetis)


5. Asid Urik, Kolestrol dan Berat turun SERENTAK


6. Redakan Simptom Kencing Tikus (Leptospirosis)


7. Turun berat dalam masa sebulan


8. tekanan darah tinggi turun


Siapa yang perlukan Vivix?



Macam mana? Adakah anda salah seorang dari kategori di atas?

Anda layak sebagai pengamal Vivix, minuman botanik semulajadi



Bulan ni ( FEBRUARI 2019) ada Tawaran Hebat VIVIX!!



Jimat hampir RM 300 !! 

Jadi jangan tunggu lama-lama lagi, contact Kak Fieza (019-211 8757) untuk dapatkan VIVIX PERTAMA anda sekarang.

ATAU

Klik je 👇👇👇





Nak dapatkan semua produk Shaklee pada HARGA TERENDAH?

Jom register sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT dan UNTUNG tau! Diskaun sehingga 20% tau.

ATAU

Dapatkan VIVIX PROMO BULAN FEBRUARI 2019 untuk KEAHLIAN PERCUMA.

Ada banyak kelebihan sebagai ahli, walaupun hanya makan sendiri. 

Nak belajar JANA INCOME dengan Shaklee hanya DARI RUMAH pun boleh!   

Hubungi KAK FIEZA (019-211 8757), kami sedia membantu anda.

JEMPUT BACA PERKONGSIAN KAK FIEZA TENTANG VIVIX (JEMPUT KLIK)

# 5 Pilihan mengatasi sakit batu  karang dalam buah pinggang

# Wonderful Life With Vivix

# Wow! Suamiku jadi badang gara-gara Vivix
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 


Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:


pages:


Purplehomeshoppe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di fiezabard.blogspot.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 


So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.


Sekiranya anda suka dengan entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali tekan anda ramai yang akan dapat manfaat. Anda akan dapat pahala FREE je.